Jangan Buka Hijabku

By jeffhamz

24K 3.1K 894

𝙅𝘼𝙉𝙂𝘼𝙉 𝘽𝙐𝙆𝘼 𝙃𝙄𝙅𝘼𝘽𝙆𝙐 Aku turun dari kereta. Aku perlu siasat apa sebenarnya bunyi pelik di at... More

PROLOG
Episod 1: HANTU DAPUR
Episod 2: HANTU BONCENG
Episod 3: HANTU TANGLONG
Episod 4: JALAN YANG HILANG
Episod 5: SPIRIT OF THE COIN 1
Episod 6: SPIRIT OF THE COIN 2
EPISOD 7: PUAKA JAM 3.00 PAGI
Episod 8: THANKS MR GHOST!
Episod 9: BANGLO PUAKA DI TEPI KUBUR
Episod 10: PEREMPUAN TANPA KEPALA
Episod 11: IBLIS DALAM ALMARI
Episod 12: OPS CANTAS KEPALA JIN
Episod 13: TILAM PUAKA 1
Episod 15: KEKASIHKU PUTERI BUNIAN 1
Episod 16: KEKASIHKU PUTERI BUNIAN 2
Episod 17: MAYAT TERBANG DI LEBUHRAYA 1
Episod 18: MAYAT TERBANG DI LEBUHRAYA 2
Episod 19: TRAGEDI PANTAI PORT DICKSON
Episod 20: TRAGEDI PANTAI PORT DICKSON 2
Episod 21: SUMPAHAN BAPA JIN
Episod 22: ALLAHU..JIRANKU CIK PONTI!!
Appendix Episod 22: MAAFKAN SAYA!
Episod 23: PUAKA AYER HITAM
Episod 24: GADIS AYU BERKEBAYA KUNING
Episod 25: KEKASIH GELAPKU CIK PONTI
Episod 26: PENONTON TANPA JASAD
さようなら..さようなら (SAYÕNARA..SAYÕNARA)

Episod 14: TILAM PUAKA 2

508 92 20
By jeffhamz

Seperti episod-episod sebelumnya, episod di bawah ini juga based on my real experience. Paranormal experience!
Teruskan membaca:

Petang Sabtu itu iaitu seminggu selepas kematian Pak Teh, aku pulang ke kampungku di TG, Penang.

Ibu seperti biasa menyambut kepulanganku dengan senyuman manisnya. Ayah pula tiada di rumah, kata ibu menziarahi rakannya yang sakit. Adik-adik pula ketika itu sedang bermain jengkek-jengkek di halaman rumah.

Ketika bersalam dengan ibu, aku ternampak sesuatu bekas di lengan ibu. Kesan merah dan lebam begitu jelas dilengannya. Seperti bekas di sengat binatang berbisa.

"Apa kena dengan tangan mak tu? Kena gigit lipan ka?" Aku meneka.

"Bukan lipan..." jawab ibu.

"Kalau bukan lipan, apa yang buat lengan mak jadi sampai macam tu?"

"Entahlah Jeff. Bukan mak saja yang lebam-lebam macam ni. Semua orang dalam rumah ni pun kena. Ayah tu..dia kena kat paha, paha dia lebam. Adik-adik Jeff pun semua kena. Ada yang lebam di lengan, ada yang lebam di paha, di leher pun ada. Semua kena dalam satu malam yang sama. Tempat lebam saja yang tak sama".

"Ishh..sampai semua sekali kena? Ada ka sesapa nampak benda yang serang sampai semuanya lebam-lebam macam ni?" tanya aku.

"Tak sapa yang sedar apa yang buat kami jadi macam ni. Sebelum tidur malam tu, semua elok-elok jaa. Bangun pagi esok, semua orang badan dah lebam-lebam" jelas ibu.

"Habis kalau bukan lipan atau binatang berbisa, benda apa yang buat semua orang badannya lebam? Heran pula?"

"Minggu lepas masa Jeff masuk rumah aruah Pak Teh, Jeff ada kacau apa-apa ka di rumah aruah Pak Teh?" tanya ibu.

Tiba-tiba aku teringat peristiwa tilam katil yang pernah ditiduri aruah Pak Teh masa dia sakit. Teringat tilam itu nampak seperti melekuk di bahagian tengah. Teringat beberapa kali aku mengalih-alihkan tilam itu supaya rata tapi akhirnya tetap juga melekuk di bahagian tengah.

"Nor dan Ani ada cerita apa-apa ka kat mak?" tanya aku saja nak memancing.

"Ada" jawab ibu,"Depa kata Jeff dok pi kacau tilam tu. Dok pi alih-alih tilam tu banyak kali"

Tapi apa kena mengena tilam itu dengan lebam di tubuh ibu, ayah dan adik-adik aku?

"Mak rasa laa kan.." kata ibu memandang wajahku, "Mak rasa benda yang ada kat rumah Pak Teh tu marah sebab tilam tu diganggu. Sebab tu dia mai mengamuk serang rumah kita. Habis semua orang badan lebam kena gigit"

"Jadi mak ingat tilam tu ada penunggu la? Kalau ada penunggu, sapa tuannya? Tak kan aruah Pak Teh yang sangat baik tu ada bela sesuatu?" tanya aku.

"Mak pun tak percaya aruah Pak Teh buat macam tu. Tapi semua satu rumah dah kena gigit. Kami takut dia mai kacau lagi lepas ni".

Hari itu, hari Sabtu malam Ahad. Seperti biasa bila balik kampung hujung minggu, aku akan tidur dua malam di rumah orang tua aku. Pagi-pagi Isnin baru balik ke tempat kerjaku di NT.

Tidur aku begitu nyenyak malam Ahad itu sampai hampir-hampir terlepas solat Subuh. Mujurlah tak terlepas Subuh. Jika terlepas mengamuklah ayahku jika dia tahu.

Hari Ahad berlalu dengan begitu pantas. Minum pagi, makan tengahari, bawa ibu dan adik-adik ke pasar petang di pekan PS, akhirnya malam pun tiba.

Hari Ahad malam Isnin itu, aku bercadang nak tidur awal. Pukul 11.00 malam aku sudah berada di atas katil di bilik tingkat atas. Aku tidur awal sebab pagi-pagi esok lepas Subuh aku dah kena balik ke NT semula untuk kerja.

Hanya aku seorang yang tidur di tingkat atas rumah separuh batu itu. Ibu, ayah dan adik-adik lebih suka tidur di tingkat bawah. Lebih sejuk, kata mereka.

Malangnya malam itu begitu sukar untuk aku melelapkan mata. Mungkin kerana cuaca malam itu agak panas. Kipas cap ayam dalam bilik itu tidak sedikit pun dapat mengurangkan rasa panas yang membahang hingga ke tulang belulang!

Hingga hampir jam 1.00 pagi barulah mataku rasa sedikit mengantuk. Aku memejamkan mata dan berharap sekejap lagi aku akan belayar ke Paris dalam lenaku...

Tapi belum pun aku terlena, telingaku menangkap seperti ada satu suara garau memanggil namaku dari luar rumah. Bukan sekali, tapi tiga kali namaku dipanggil. Aku kenal benar itu bukan suara ayah. Lagi pun buat apa ayah berada di luar rumah pagi- pagi buta begini? Tapi kalau bukan suara ayah, suara siapa?

Ahhh..aku tersilap dengar kot, kata hatiku. Sambung tidurlah!

Aku pejamkan mata semula.

Tapi belum pun terlena, terdengar pula suara geseran agak kuat berulang-ulang di luar tingkap bilik tidurku. Aku cuba meyakinkan diri itu adalah bunyi geseran ranting pokok di luar rumah di pukul angin yang membedal pintu bilik tidurku. Hari nak hujan kot, pikir aku. Patutlah malam ni panas semacam!

Tapi belum pun teka-teki terjawab, terdengar bunyi yang kuat seperti satu benda berat jatuh ke dalam bilik. Aku yang hampir tertidur tersentak dan bingkas duduk. Pokok tumbang timpa bilik tidur aku ke?

Ketika itu tiba-tiba mataku ternampak sesuatu. Dalam cahaya lampu tidur 1 watt yang samar-samar itu, kelihatan satu lembaga hitam berbulu tebal sedang berdiri di sudut dinding bilik sambil matanya tepat memandang aku. Lembaga itu sungguh besar dan tinggi, kira-kira tiga meter tingginya.

Sekali pandang, lembaga berbulu hitam, besar dan tinggi itu menyerupai gorilla dengan gigi yang putih menyeringai. Matanya pula agak besar dan seperti hampir luruh. Lidahnya panjang terjelir, hampir menyentuh birai katil yang sedang aku tidur.

Aku cuba menyatakan itu cuma mimpi. Tapi bila aku mencubit lengan, lengan terasa begitu sakit. Sah ini realiti, bukan mimpi!

Aku cuba bangun, mahu lari ke tingkat bawah. Tapi tangan dan kakiku tidak dapat digerakkan. Segalanya kaku, seperti orang lumpuh. Aku cuba menjerit untuk meminta tolong tetapi lidah juga kaku tidak dapat digerakkan. Hanya otak masih mampu berfungsi tapi fikiran sangat bercelaru dalam ketakutan itu. Nak baca bismillah pun rasa tak mampu. Apa lagi membaca ayat kursi dan surah lain, semuanya bercelaru.

Tiba-tiba, bummmm.. Katil bergegar apabila lembaga hitam menyerupai gorilla yang pada mulanya berdiri kaku di tepi dinding bilik melompat naik ke atas tubuhku. Kakinya terkangkang kukuh di sebelah kiri dan kanan pinggangku. Apa ni..dia nak memperkosa aku ke?

Perlahan-lahan lembaga hitam itu duduk mencangkung di antara perut dan dadaku. Dada dan perutku mula rasa sakit, teramat sakit! Nafas kian tersangkut-sangkut menahan beban yang aku kira seberat 700 kilo itu. Tangannya yang besar dengan kuku yang panjang pula memcengkam kuat kedua-dua belah lenganku yang menimbulkan rasa sakit yang yang bukan kepalang.

Semakin lama lembaga hitam itu menindih bahagian perut dan dadaku, aku rasa semakin sesak nafas. Paru-paru seperti sukar berfungsi, oksigen di dalamnya terasa semakin kurang. Lengan pula rasa semakin sakit ditindih begitu.

Aku cuba menjerit lagi tapi suara masih seperti tersangkut di kerongkong. Dada semakin sakit akibat kekurangan udara dan degupan jantung pula terasa semakin kencang dan tidak teratur.

Walaupun kaki, tangan dan lidahku kaku tidak dapat digerakkan tapi mata aku masih dapat melihat segalanya. Aku pernah dengar orang kata kalau hendak menentang iblis, tentanglah matanya terlebih dahulu kerana iblis takut dengan tentangan mata anak Adam.

Yakin aku dapat menentang matanya dengan pandangan mataku, aku mengumpul keberanian untuk memerhatikan tepat ke arah matanya. Sepasang mata merah bercampur putih, terbeliak dan seperti terkeluar berjuntaian di atas hidung sedang merenung tepat ke arahku. Mulutnya dengan gigi panjang dan tajam menjulur seperti bersedia untuk membaham leherku. Dan lidahnya, ohhhhh....

Lidahnya sepanjang 1 meter terjelir keluar menghampiri mulutku seperti bersedia untuk menghisap mulutku, kerongkongku dan kesemua isi perutku!

Aku cuba melawan renungannya, sambil masih cuba membaca ayat kursi dan beberapa surah yang dikatakan mampu melemahkan iblis. Malangnya lidahku masih kelu, tidak satu pun ayat mampu keluar dari mulutku. Celaka betul puaka lahanat ini, jerit aku dalam hati.

Tapi segala usahaku nampak sia-sia saja. Lembaga itu terus menindih, enggan melepaskan aku.

Dada semakin sesak, jantung rasa akan terhenti tak lama lagi dan kepalaku mula berpinar-pinar dan sangat berat.

Ketika itu aku yakin, malah tersangat yakin yang nyawaku sudah sampai di penghujungnya sebentar lagi. Sebentar saja lagi!

"Ashhadu..." dengan bersusah payah aku cuba mengucap kalimah syahadah di dalam hati untuk kali terakhir sebelum kematianku. Mataku pejam serapatnya, aku tidak mahu mati dalam keadaan mata terbeliak.

Dalam keadaan nafas semakin sesak dan jantung seperti sudah hampir terhenti sama sekali, bayangan wajah ibu dan ayah menjelma.

Selamat tinggal ibu dan ayah. Setakat ini saja takdir pertemuan kita di dunia ini. Maafkan ketelanjuranku sepanjang bergelar manusia selama dua puluh tahun lebih ini.

Tiba-tiba terdengar ketukan sangat kuat di pintu bilik sambil namaku dipanggil berulang kali dengan suara yang kuat.

Serentak dengan ketukan pintu bilik yang kuat itu, lembaga hitam tersebut kelihatan melompat ke siling bilik dan menghilang di celah daun tingkap yang tertutup rapat.

Ketika itu barulah aku dapat bernafas sedikit. Tapi kehilangan oksigen yang banyak akibat tindihan lembaga hitam tadi menyebabkan aku bernafas tercungap-cungap. Liang bulu rumaku pula bagai air sungai mencurah-curah mengeluarkan peluh membasahi cadar dan bantal.

Ayah menerpa masuk dan memetik suis lampu kalimantang. Terkejut dia melihat mukaku yang pucat dan rentak nafas yang agak deras.

"Awat..apa jadi? Ayah terjaga tidur tadi, dengar bunyi bising di tingkat atas macam orang bergaduh. Apa yang jadi. Jeff bergaduh dengan sapa?"

"Ada benda hitam tindih. Mujur ayah mai. Dia lari keluar ikut tingkap tu" kataku dengan nafas tercungap-cungap menunjukkan jari ke arah tingkap.

Lepas ayah keluar dari bilik, aku hanya berbaring. Lampu kalimintang 40 watt yang terang benderang tidak berani aku tutup. Rasa seram pula tinggal sendirian di tingkat atas jika hanya bertemankan lampu tidur 1 watt.

Aku cuba pejamkan mata dan tidur tapi bayangan lembaga hitam menyerupai gorilla itu masih menghantuiku.

Sampai azan subuh bergema aku tidak dapat tidur sedetik pun. Walaupun pernafasan sudah kembali normal tetapi rasa sakit di lengan akibat tindihan semalam masih terasa, masih sangat menyengat. Kepala pula rasa sangat terlalu berat akibat tidak dapat tidur semalaman.

__________________________________

Ketika mandi pagi itu, sambil mengangkat lengan yang sakit, aku terlihat ada bekas lebam di beberapa tempat di lengan kanan dan kiriku. Malah kesan lebam juga kelihatan bertompok-tompok di perutku. Patutlah rasa sakit sampai ke tulang, rupanya banyak tempat ada kesan lebam. Bisa sungguh cengkaman makhluk besar menyerupai gorilla itu!

Memandangkan badan rasa tidak sihat, aku mengambil keputusan untuk mengambil cuti kecemasan dan tidak bekerja pada hari Isnin itu. Jika pergi ofis dengan tangan sakit macam mana nak buat kerja dengan tenang? Macam mana tangan nak pegang pen dan jari nak menaip jika begitulah keadaannya?

Aku tidur sekejap pagi itu bagi menggantikan waktu tidurku yang terganggu malam tadi.

Kira-kira pukul 11.00 pagi selepas tidur seketika, ayah mengajakku ke rumah Tok Jab. Tok Jab adalah seorang pengamal perubatan tradisional yang terkenal di kampung kami.

"Tak boleh jadi", kata ayah,"Takut kalau dibiarkan, gangguan ini akan makin teruk. Sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku, lebih baik kita buat sesuatu"

Sesampai ke rumah Tok Jab ayah terus bercerita tentang gangguan lembaga hitam di rumah aruah Pak Teh dan rumah kami. Ayah juga menunjukkan kesan lebam di pahanya serta di lengan dan perut aku.

Tok Jab meneliti kesan lebam di paha ayah serta di lengan dan di perut aku. Dia menggeleng-gelengkan kepala.

"Kalau lebam sebesar ni maknanya benda tu bukan sebarang benda. Benda kuat tu, takut nanti gangguan tu berterusan, dah tak selamat pula dok kat rumah tu." kata Tok Jab.

"Macam ni lah. Lepas zohor nanti Tok Jab pi rumah hangpa. Kemudian kita buat apa yang patut supaya gangguan tu tak berulang lagi" janji Tok Jab.

Lepas waktu zohor Tok Jab datang ke rumah seperti yang dijanjikannya.

Dari rumah kami Tok Jab pergi ke rumah aruah Pak Teh. Aku tidak pasti apa yang dibuat Tok Jab di rumah aruah Pak Teh. Apa yang aku nampak Tok Jab mengelilingi rumah aruah Pak Teh, merenjiskan air bersama bahan pejal berwarna cerah seperti garam, sementara mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu. Kemudian Tok Jab mengelilingi rumah kami pula untuk melakukan aktiviti yang sama.

Selepas selesai menjalankan kerjanya, Tok Jab mendatangi aku dan ayah yang sedang berehat di ruang tamu rumah kami.

"Okay..dah selesai dah. Tok Jab dah pagar rumah aruah Pak Teh dan rumah hangpa juga. Tok Jab juga dah halau puaka yang dok ganggu tu. Insyaallah lepas ni tak dak apa-apa gangguan lagi kot. Dia tak boleh ceroboh lagi rumah yang Tok Jab dah pagar, insyaallah" kata Tok Jab.

Ketika Tok Jab bangun meminta diri untuk pulang ke rumahnya, ayah menghampiri Tok Jab.

"Tok Jab...boleh tanya sikit?" pinta ayah.

Tok Jab mengangguk sambil memandang tepat wajah ayah. Menunggu apa yang ayah nak tuturkan.

"Begini Tok Jab. Errrr..sebenarnya puaka tu mai dari mana ya? Tak kan pula aruah Pak Teh ada......ada.....". Ayah tidak menghabiskan kata-katanya.

"Dak..dak..makhluk yang kacau tu bukan makhluk belaan aruah Pak Teh. Makhluk tu dibawa oleh seseorang masa melawat aruah Pak Teh waktu dia tengah sakit dulu. Sampai hati depa tinggai puaka di rumah orang sakit. Orang mai melawat orang sakit untuk berdoa mengurangkan kesakitan pesakit. Tapi ada orang mai tengok orang sakit kemudian tinggai pula puaka peliharaannya di sini. Dajai betoii!" marah Tok Jab dengan mata separuh terbeliak.

Sebelum beredar, Tok Jab menyerahkan kami sebotol air penawar untuk diminum dan sebahagian lagi untuk dicampur dengan air mandian. Penawar untuk mengembalikan semangat, kata Tok Jab.

Malam itu aku tidur dalam bilik dengan lampu kalimantang yang dipasang terang benderang. Masih tidak berani tidur dalam lampu tidur 1 watt yang samar-samar itu! Walaupun yakin dengan kata-kata Tok Jab gangguan tidak akan berlaku lagi, tapi aku perlu berhati-hati dengan segala kemungkinan!

Pagi Selasa, selepas solat subuh di rumah ayahku, aku terus memecut kereta balik ke tempat kerja di NT. Hati rasa tenang kerana malam tadi tidur nyenyak tanpa sebarang gangguan.
___________________________________

Minggu berikutnya aku balik lagi ke rumah orang tuaku di TG.

"Macam mana mak, ada benda dok mai kacau kat rumah kita lagi dak?". Belum lagi duduk, aku dah tanya soalan cepu mas itu kepada ibu.

"Alhamdulillah" kata ibu sambil mengurut dada, "Benda tu dah tak mai kacau dah. Aman rasa dunia.."

"Rumah aruah Pak Teh macam mana. Tak nampak apa-apa dah ka?"

"Rumah aruah Pak Teh pun tak dak apa-apa dah. Kalau buka pintu malam-malam pun mak dah berani dah" jawab ibu sambil mengukir senyum.

Malam itu aku tidur di bilik tingkat atas dengan cahaya lampu tidur 1 watt yang samar-samar tanpa dibelenggu ketakutan. Dan alhamdulillah, gorilla hitam yang pernah muncul minggu lepas tidak lagi menghantui tidurku sampai ke pagi.

Sejak itu tiada lagi gangguan makhluk misteri yang mengganggu keluargaku di TG. Mengikut adikku, Ani, sejak itu juga tilam di rumah
Pak Teh telah menjadi normal semula, sentiasa rata dan tidak melengkung lagi.

Alhamdulillah!!

I ❤️ MY READERS
VOTE JIKA KORANG SUKA 😃
ABAIKAN JIKA KORANG BENCI 😭

Episod seterusnya:

Kekasihku Puteri Bunian ------------------>

Continue Reading

You'll Also Like

195K 9.9K 200
Pelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menak...
3.6K 229 22
Tamadun runtuh. Manusia tinggal dalam tembok batu dan besi yang sempat dibina, memisahkan mereka dengan dunia luar yang penuh dengan kesejukan yang m...
37.5K 4.5K 32
Kisah remaja. Berkawan dan bercinta. Di antara realiti dan khayalan. Kadangkala, kita rasa kita kenal kawan kita, tapi tidak. Kita tak kenal mereka...
215K 12.2K 91
20% benar 20%pengalaman 60% rekaan Takut?tapi nak baca jugak?Itu masalah anda bukan masalah saya...jangan baca dalam bilik sorang diri nanti ada yang...