Pernah Ada (✔)

By FiqAnNur

42.3K 3K 187

Kerana pernah ada cinta, benci dan rindu, ini semua terjadi... Author's Note : Setiap update pendek2 saja isi... More

Pernah Ada 1
Pernah Ada 2
Pernah Ada 3
Pernah Ada 4
Pernah Ada 5
Pernah Ada 6
Pernah Ada 7
Pernah Ada 8
Pernah Ada 9
Pernah Ada 10
Pernah Ada 12
Pernah Ada 13
Pernah Ada 14
Pernah Ada 15
Pernah Ada 16
Pernah Ada 17

Pernah Ada 11

1.8K 147 9
By FiqAnNur

Kamilia mula diserang homesick.

Sudah enam bulan Kamilia tidak balik. Setiap kali dia ada masa untuk pulang bercuti, Cik Mah akan menyuruh Kamilia balik ke rumah Opah.

"Balik rumah Opah. Nanti mak balik sana." Arahan emaknya tegas. Langsung tidak dapat dibantah.

Kamilia tak mahu bertanya lebih. Dia tahu ada sesuatu yang menyebabkan Cik Mah bertegas tidak membenarkan dia pulang ke sana. Mungkinkah berkait dengan Aswad?

Mustahil.

Hal di antara mereka sudah tamat. Terakhir Kamilia dengar, Aswad sudah selamat bertunang. Namun sehingga hari ini masih tidak diletakkan tarikh akad nikah.

Aswad sengaja melengah. Kamilia tahu itu. Dia yakin lelaki itu sengaja memanjangkan tempoh pertunangannya untuk menunjukkan pada dunia tentang hatinya yang masih tidak rela.

Telefon di atas meja study tiba-tiba bergetar. Tak mahu bangkit dari baringnya, Kamilia cuma menghulur tangan menarik gajet itu. Namun mesej yang baru masuk itu membuatkan dia sepantas kilat bangun duduk.

Aswad?

Berkali-kali Kamilia memeriksa waktu mesej masuk. Mana tahu kalau-kalau itu adalah mesej lama. Mungkin dia yang tersalah buka.

Tapi tidak. Memang benar Aswad baru menghantar mesej kepadanya.

+ Can we meet?

Aswad mahu berjumpa? Di mana?

+ Saya ada di bawah.

Tangan Kamilia naik menutup mulut yang terlopong kecil. Terkejut. Kelam-kabut dia turun dari katil dan keluar berlari ke hujung koridor. Dari tingkat tiga dia ternampak kereta berwarna biru yang cukup dikenalinya di perkarangan kolej.

Jantung Kamilia berdegup kencang. Mula hilang arah. Tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Jalan terakhir, Kamilia menelefon Cik Mah. Bukan untuk meminta izin, tapi untuk bertanya apa yang perlu dia lakukan dalam keadaan itu.

"Aswad cari Milia kat sana?"

Kamilia diam. Tahu soalan itu sebenarnya kerana emaknya ikut sama terkejut, bukan untuk dijawab.

"Jangan Milia. Dia tunangan orang."

"Milia tahu." Lemah suara Kamilia membalas. Tak perlu diingatkan pun, setiap hari dia akan mengulang hakikat itu dalam kepala.

"Kalau Aswad tak boleh rasionalkan fikiran dia, Milia kena jadi yang boleh berfikir. Jangan timbulkan masalah."

Nasihat akhir emaknya itu Kamilia sematkan kemas-kemas dalam hati. Mesej Aswad dibalas sebaik saja talian terputus.

- Maaf, saya tak ada di kolej

Lebih baik dia menipu dengan harapan Aswad akan beredar tanpa rasa sakit di hati.

Tiada balasan dari Aswad, tapi Kamilia lihat kereta biru yang berada di bawah bangunan hostelnya itu perlahan-lahan berundur, membuat U-turn dan meluncur keluar dari situ.



MALAM itu Kamilia tidak boleh tidur. Ligat berguling di atas katil sehinggakan teman sebiliknya yang sedang membaca novel menggunakan lampu kecil di katil sebelah menegur.

"Kenapa kau? Tak boleh tidur?"

Kamilia mengiring ke kanan. Dipandang saja Syakira tanpa menjawab. Terang lagi bersuluh matanya terbuka luas. Pastilah dia tak boleh tidur.

"Lampu aku kacau kau ke?"

"Tak." Pantas Kamilia membalas bila dilihatnya Syakira sudah berura hendak menutup lampu membacanya.

"Dah tu, teringat orang yang bukan milik kau?"

Ketawa Kamilia pecah. Syakira memang sedikit direct orangnya. Pun begitu, Kamilia lebih memilih teman yang begitu daripada mereka yang sering bermuka-muka dan tidak berani berkata benar kerana tidak mahu melukakan hatinya.

"Bukan kau cakap petang tadi dia datang ke? Tapi mak kau tak bagi jumpa. Kan?"

"Emm..." Kamilia kembali menelentangkan tubuh. Bantal kepala dilipat dua untuk meninggikan kedudukan kepalanya.

"Apa jenis lelakilah ex kau ni. Dah bertunang tu sudahlah. Nak sedih tu, sedih jelah sorang-sorang. Tak payah nak heret kau sekali. Sebab dia tak boleh lupa, dengan kau-kau sekali kena ingat dia."

"Jangan cakap macam tu." Lembut Kamilia menegur. Walaupun terhibur dengan cara pemikiran Syakira, tak bermakna dia suka juga mendengar Aswad diburukkan begitu.

"Kau sendiri pun sebenarnya tak boleh nak lupa kan?" Pantas Syakira menembak.

"Aku kenal dia dari aku kecil, Kira. Mustahil aku boleh lupa dia."

"Okay, fine. Aku faham kalau tak boleh lupa. Tapi at least berhenti simpan hati kat dia. Dia dah jadi milik orang."

"Ya, aku tahu .... Aku tengah cubalah ni. Tapi ambil masa sikit."

Hening.

Kamilia cuba pejamkan mata. Paksa diri untuk tidur, tapi masih gagal.

"Aku peliklah Milia."

"Pelik apa?" Dengan mata yang masih terpejam Kamilia menyoal.

"Dah berbulan wei dia bertunang, korang dah tak contact. Nampak macam dia cuba nak stay true juga dengan tunang dia. Taknak jadi lelaki tak guna. Kenapa tiba-tiba dia muncul balik?"

Tiada jawapan.

Jujur, Kamilia pun tidak tahu mengapa.

"Datang tengok muka kau untuk hilangkan penat kot. Banyak bulan berlakon jadi lelaki Melayu terakhir, dia datang nak buka topeng depan kau sekejap." Syakira ketawa sendiri mendengar kenyataan yang baru keluar dari mulutnya. Macam dramalah pula!

"Kejam betul parents dia. Tak peduli langsung dengan perasaan anak sendiri."

"Kira ...." Senada Kamilia melarang Syakiran memburukkan orang tua Aswad. "Puan Mona tu baik tau."

Puan Mona bukan begitu sikapnya. Ibu Aswad sangat baik orangnya. Sama seperti anaknya, tidak pernah membezakan status. Kamilia dan adik-adiknya yang lain dilayan baik. Ada saja duit yang akan dihulur setiap kali sekolah dibuka. Kadang-kadang persiapan sekolah pun disiapkan lengkap oleh wanita itu. Langsung tak lokek memberi.

"Bapa dia? Tak sama kan?"

Kali itu Kamilia tidak dapat memberi komen.

Tuan Ghazali sedikit berbeza daripada si isteri. Lelaki itu tidak pernah cuba beramah dengan mereka. Sentiasa ada satu garisan halus yang membuatkan mereka tidak pernah berani mendekat. Bapa Aswad nampak agak memandang status. Cuma semua itu tidak pernah disuarakan keluar kerana pandangan matanya saja sudah cukup untuk meletakkan jarak.

"But still ... family tu orangnya baik-baik. Buat hal sendiri dan tak usik orang lain." Mudah saja fahaman Kamilia. Hidup untuk diri sendiri bukanlah satu jenayah. Bukan juga satu sikap yang sepatutnya dikritik teruk. Itu adalah satu pilihan yang seharusnya dihormati oleh orang lain.

"Tengokkan ex kau tergilakan kau sampai tahap ni, takkanlah dia pengecut sangat nak lawan cakap parents dia. Kenapa dia tak reject aturan parents dia tu?"

Terkejip kosong mata Kamilia memandang kipas di siling yang sedang berputar. Bibir rapat tertutup. Tak mahu dijawab soalan Syakira.

Kemarahan Aswad yang hampir melangkau garisan benci, resah dan risau Puan Mona, tegang yang dilihat tidak pernah meninggalkan air muka Tuan Ghazali, semua itu sebenarnya sedang menyampai cerita.

Aswad bukannya tidak cuba melawan. Lelaki itu malah pernah cuba hendak berterus terang, tapi terhalang apabila Kamilia menggunakan keluarga sebagai alasan.

Syakira tidak akan faham.

Orang luar tidak akan faham.

Aswad mahu mencuba. Aswad benar-benar tekad mahu mencuba. Tapi ada sesuatu sedang membelenggu lelaki itu. Menyebabkan dia tidak dapat berkongsi dengan sesiapa pun tentang masalahnya.

Itu juga adalah salah satu sebab mengapa Kamilia lebih senang memilih jalan begini. Kerana dia dapat melihat kemelut yang sedang melanda dalam diri lelaki itu. Kamilia tak mahu hati Aswad terbahagi dua. Sengsara tersepit di antara hati dan pertalian darah. Bukankah sayangkan Aswad juga bermakna dia perlu membantu meringankan beban lelaki itu?

Dalam sunyi bilik itu, telefon Kamilia tiba-tiba berdering. Sepantas kilat Kamilia menyambung talian apabila melihat nama emaknya naik di skrin.

"Kenapa mak?" Salam tak diberi, terus Kamilia menerjah. Malam-malam begini, Cik Mah tak akan menelefon tanpa sebab.

Diam seketika.

"Ya Allah ...." Keluhan Kamilia keluar seperti nafasnya sedang tersekat di dada. Telefon terlepas dari tangan, jatuh ke atas katil begitu saja.

"Kenapa?" Syakira di katil sebelah ikut kalut. Novel diletak ke tepi.

"Aswad ...." Kamilia sudah menekup muka ke lutut. Tangan naik menolak rambut ke belakang sebelum dicengkam kuat.

"Aswad accident." Tangisan Kamilia keluar seperti empangan pecah.

Kenapa semua ini terjadi pada hari ini? Rasa bersalah terus datang berlumba-lumba apabila teringatkan permintaan lelaki itu hendak bertemu petang tadi.

Kalaulah dia tidak berbohong petang tadi.

Kalaulah dia turun dan berjumpa dengan Aswad petang tadi.

Kalaulah mereka sempat berbual sepatah dua petang tadi.

Saya minta maaf, Aswad. Saya minta maaf ....

Continue Reading

You'll Also Like

6.1M 312K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
1.4M 6K 2
𝒌𝒆𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝒗𝒐𝒍 2 "𝑱𝒂𝒅𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒌𝒖 𝒌𝒆𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒕𝒆𝒓𝒂𝒌𝒉𝒊𝒓..." TUAN IAN AL- FATTAH. ARLUNA INSYIRAH. NAWAL SALWANA...
847K 31.9K 44
Detik pertama mata Una melekat pada wajah kacak Rees. Hati Una sudah terpaut. Tanpa ragu, Una dah letak nama Rees di tempat paling tinggi dalam carta...
1.1M 48.1K 67
Syafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan...