π‘ͺπ’‰π’‚π’π’ˆπ’† . β€’ jjk

By -ahneul

22.8K 3.3K 1.7K

Bercinta hampir 3 tahun , tapi berakhir hanya ditinggalkan oleh teman lelaki sendiri , Jeon Jungkook. Walau m... More

change
one
two
three
four
five
six
seven
eight
nine
ten
eleven
twelve
thirteen
fourteen
fifteen
sixteen
seventeen
eighteen
nineteen
twenty
twenty one
twenty two
twenty three
twenty four
twenty five
twenty six
twenty seven
twenty nine
thirteen
epilogue
love

twenty eight

504 81 61
By -ahneul

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Apa yang awak berdua fikir yang awak tengah buat sekarang ni , hm ?" pandangan tajam diberikan kepada dua orang pelajar lelaki di hadapannya.

Pengetua Jo mengeluh perlahan. Sisi kepalanya dipicit perlahan. Entah kenapa kepalanya terasa begitu sakit dan pedih sekali. Penat layan kerena budak budak sekolahnya.

Baru sahaja tadi , dilaporkan bahawa dua orang pelajar di hadapannya ini bergaduh sewaktu kelas sedang berlangsung. Nasib Miss Choi sempat datang dan leraikan pergaduhan.

Kalau tak , tak tahu lah apa yang akan terjadi nanti.

Wajah kedua dua orang pelajar di hadapannya dipandang buat seketika. Luka sini sana , tak ubah macam samseng dah. Ini bukannya pelajar sekolah !

Pengetua Jo mengeluh berat sekali lagi.

"Kamu berdua tahu bukan , final exam nak dekat dah , hm ?"

—Diam.

"Kamu berdua kena ingat , kamu berdua ni pelajar senior sekolah ni. Dah tak perlu lagi kamu nak habiskan masa dengan bergaduh dan bermain macam ni , fokus dengan pelajaran kamu tu yang lebih penting"

—Diam.

"Apa awak berdua fikir saya ni tunggul ke dekat depan ni , Park Jimin ? Jeon Jungkook ?"

Serentak mereka berdua mengangkat wajah dan membalas pandangan Pengetua Jo. Kedua dua mereka mempunyai luka di wajah mereka sendiri.

Hasil daripada bertumbuk sebentar tadi.

Entah apa yang menjadi isu mereka perlu bertumbuk dan bergaduh , Pengetua Jo sendiri tidak tahu dan dia sendiri pun malas ingin mengambil tahu.

Masalah peribadinya lebih cukup memenatkan daripada dia ingin mengambil tahu tentang apa yang mereka berdua sedang gaduhkan pada ketika itu.

"Park Jimin-sshi..."

"Nae ?" balas Jimin perlahan.

"Awak ni pelajar yang baik. Kenapa tiba tiba bergaduh , hm ? Selama awak sekolah dekat sini , awak tak pernah ada kes disiplin"

Perlahan Jimin tundukkan kepalanya ke bawah. Tak mahu lagi bertentang mata dengan Pengetua Jo yang berada di hadapannya ketika itu.

Sama ada dia takut ataupun malu ingin bertemu mata , Pengetua Jo sendiri tidak tahu.

Kini , perlahan Pengetua Jo memusingkan kepalanya ke sebelah tepi pulak. Menghadap wajah Jungkook yang penuh luka di hadapannya itu.

Dia mengeluh perlahan.

"Jeon Jungkook-sshi..."

"Hurm ?" balas Jungkook tanpa langsung memandang Pengetua Jo.

"Pandang saya bila saya panggil awak , Jeon Jungkook"

Jungkook mengeluh berat. Mahu atau tidak , terpaksa juga lah dia mengikut sahaja kehendak pengetua wanita di hadapannya itu.

Pandangan malas Jungkook berikan. "Waeyo ?"

"Awak tokoh pelajar tau , Jeon Jungkook. Pelajar terbaik kerana mendapat keputusan yang cemerlang. Tapi kenapa awak libatkan diri dalam perkara tak berfaedah macam ni , hm ?"

Jungkook ketawa sinis. "Perkara tak berfaedah ?"

Riak wajah Pengetua Jo berubah.

Perlahan Jungkook membalas pandangan mata wanita itu. "Mungkin bagi ssaem benda macam ni nampak macam tak matang dan tak berfaedah , tapi bagi pelajar seperti kami , perkara macam ni... sangat penting dalan hidup kami"

Mendengarkan sahaja kata kata Jungkook , perlahan Jimin mengangkat wajahnya dan memandang ke arah Jungkook yang berada di sebelahnya.

Jungkook tersenyum sinis. "Orang dewasa macam ssaem... takkan pernah faham apa yang kami rasakan"

"Jeon Jungkook , saya—"

"Nak tahu apa yang kelakar ?" Jungkook ketawa sinis. "Orang dewasa suruh kami berlagak matang sedangkan mereka sendiri yang melayan kami macam kanak kanak"

Pengetua Jo terdiam.

Keadaan menjadi sunyi sepi buat seketika di dalam bilik disiplin tersebut. Hanya Jungkook sahaja yang daripada tadi tidak henti memberikan pandangan tajam kepada Pengetua Jo.

"Mana anak saya , Jeon Jungkook ?" suara wanita risau yang tiba tiba sahaja menerjah masuk ke dalam bilik disiplin itu kedengaran.

Miss Choi yang juga turut ada sedaya upaya cuba untuk menghalang Puan Jeon yang sudah pun tiba di dalam bilik disiplin itu namun Puan Jeon tetap berkeras.

"Omoya , Jungkook-ah !" Puan Jeon terus mendapatkan Jungkook.

Wajah anak lelakinya itu ditilik dengan wajah terkejutnya. "Ma-macam mana muka handsome kamu ni boleh jadi teruk macam ni ? Ju-Jungkook !"

"Pu-Puan Jeon , biar saya yang jelaskan—" baru sahaja Pengetua Jo ingin menerangkan tiba tiba sahaja Puan Jeon terus bergerak menuju ke arah Jimin.

Wajah Jimin ditamparnya kuat membuatkan kepala lelaki itu terteleng ke tepi. Mata mereka yang melihat semua membulat besar kerana terkejut.

"Mak bapak kau tak ajar ke adab dengan anak orang lain , ha ?" Puan Jeon menjengilkan matanya.

Jimin mengetap bibirnya erat. Menahan rasa sakit yang baru sahaja dirasakannya di pipinya sebentar tadi. Walaupun matanya sudah mula berair , namun disembunyikannya juga.

"Ah tak boleh jadi ni. Kau memang melampau ! Kau dah rosakkan muka anak aku !" Puan Jeon mengamuk tak tentu pasal.

Wajah Jimin di hadapannya dipandang sekali lagi dengan pandangan menjengkelkan. "Mana mak bapak kau ? Call dia sekarang !"

"D-diorang takde..." balas Jimin perlahan.

"Kenapa ? Mak bapak kau dah mati dah ? Patutlah anak dia takde adab. Mak bapak tak sempat nak didik nampaknya" ujar Puan Jeon penuh angkuh.

"P-Puan Jeon , Puan Park dan Encik Park tiada di Korea sekarang. Mereka oustation atas urusan kerja..." ujar Pengetua Jo lembut cuba untuk membetulkan keadaan.

Puan Jeon berdecit perlahan sebelum wajah Jimin yang daripada tadi ditundukkan ke bawah itu dipandangnya buat sekali lagi.

"Kau... aku nak kau melutut depan anak aku sekarang dan cium kaki dia 7 kali"

Mata semua yang ada di dalam bilik disiplin itu terus terbuntang luas. Terkejut dengan apa yang baru sahaja Puan Jeon katakan.

"O-omma..." Jungkook cuba menghalang namun Puan Jeon tetap berkeras.

Ditolaknya tubuh Jimin kuat sehingga lelaki itu terjatuh di atas lantai. Tubuh Jimin dipandang dengan penuh rasa jijik.

"Ha elok kau dah ada dekat lantai tu. Pi melutut depan anak aku sekarang lepastu cium kaki dia baru aku akak maafkan kau. Kau jangan fikir aku tak berani nak saman mak bapak kau..."

Jimin mengetap giginya erat sehingga membuatkan rahangnya mula mengeras. Jujur , hatinya terasa begitu sakit sekali ketika itu.

Namun Jimin hanya tundukkan sahaja wajahnya ke bawah. Entah kenapa , dia langsung tidak mendongak bagi membalas pandangan Puan Jeon.

Tangannya digenggam erat.

"Woi , pekak ke ?" wajah menyampah Puan Jeon tayang. Jungkook sudah mula mengeluh berat.

"Buat apa ahjumma nak maafkan saya sedangkan saya tak buat apa apa kesalahan yang perlu saya mintak maaf ?" soalan sinis Jimin berikan.

Perlahan dia bangun daripada duduknya dan berdiri tegak di hadapan Puan Jeon. Matanya jelas memerah menunjukkan matanya yang sudah mula berair.

Perlahan Jimin tolehkan wajahnya dan memandang ke arah Jungkook yang hanya memandang sahaja mereka berdua. Langsung tidak mampu membuat apa apa.

"Sebab tu lah kau tak boleh nak lindungi Yiseo. Diri kau sendiri kau tak boleh nak lindung..."

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

Jimin melepaskan keluhan beratnya. Mustahil lah jikalau dia langsung tidak merasakan sedih dan kecewa selepas mendengar apa yang baru sahaja Puan Jeon katakan sebentar tadi.

Jimin mengambil tempat di sebuah kerusi yang berada di laluan koridor hospital itu. Dia menekup wajahnya dengan kedua dua belah tangannya.

Jujur , dia betul betul ingin menangis.

Tapi , dia tidak mahu kelihatan begitu lemah di hadapan mata mata yang sedang memerhatikannya ketika itu. Dia tidak mahu dianggap lelaki yang lemah.

"Sial kau , Park Jimin..."

Bibir Jimin terkumat kamit mencarut dan menyalahkan dirinya sendiri. Menyalahkan dirinya kerana menjadi terlalu lemah di hadapan musuh sendiri.

Bagaimana kau ingin melindungi Jang Yiseo sedangkan diri kau sendiri kau tak dapat lindung ?

Entah kata kata itu dia berikan kepada Jungkook ataupun diri sendiri , dia sendiri keliru dan tak tahu. Kerana di matanya sekarang , dia yang nampak lemah sebenarnya.

"Aigoo... kenapa chimchim kita ni menangis ni , hm ?" suara yang sengaja dikecilkan kedengaran.

Jimin pantas menjauhkan tangannya daripada mata sendiri. Agak terkejut lelaki itu melihat sebuah plushie berupa anak anjing dengan hoodie kuningnya berada di hadapannya.

Plushie itu digerakkan perlahan dengan tangan seseorang yang sedang duduk elok di sebelahnya.

"Kalau chimchim kita sedih , nanti chimmy pun nak sedih laaa~" gadis itu merendahkan suara seolah ingin merajuk.

Plushie itu digerak gerak sambil dia berbicara seolah olah plushie itu yang sedang berbual dengan Jimin ketika itu.

"Jadi , nanak tengok chimchim sedih dah. So , chimmy pun happy yeaayy !"

Jimin ketawa kecil.

"Omo omo chimchim dah ketawa lah uyeaaayyy !" plushie itu menari nari comel.

Jimin tersenyum lebar.

Perlahan dia memusingkan kepalanya ke tepi dan memandang ke arah gadis di sebelahnya itu. Gadis itu yang menyedari dirinya diperhatikan mula membalas pandangan Jimin.

Dia mencebik perlahan. Rambut Jimin diusapnya perlahan. "Kenapa sedih sedih ni , hm ?"

"Yiseo-ah..."

"Hurm ?"

"Boleh aku peluk kau ?"

"Alolo meh sini meh kita bagi Jiminie ni peluk meh" Yiseo pantas mendepakan kedua belah tangannya kepada Jimin.

Jimin tersenyum manis sebelum dia memeluk tubuh kecil gadis itu. Wajahnya dibenamkan pada bahu gadis itu dan sekali lagi dia menyambung tangisannya.

Yiseo tersenyum nipis.

Gadis itu sendiri tidak tahu apa yang telah berlaku kepada kawan baiknya itu. Jadi apa yang dia tahu , dia hanya perlu memujuk lelaki itu sehingga dia baik semula.

Belakang badan Jimin ditepuknya perlahan. "Tak mau nangis , nanti muka tak comel cane nak main dengaj chimmy lagi , hm ?"

Jimin ketawa kecil. Tubuh gadis itu dipeluknya semakin erat lagi.

Tubuh kecil gadis bernama Jang Yiseo yang menyarungkan pakaian pesakit hospital di tubuhnya sendiri.

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

𝗧𝝝 𝗕𝗘 𝗖𝝝𝗡𝗧𝗜𝗡𝗨𝗘𝗗

Continue Reading

You'll Also Like

355K 15.3K 41
Pertemuan kami bukan lah seperti drama -drama yang korang tengok di tv tapi aku bertemu dengan nya dalam keadaan menjijikkan. Beautiful cover by @aez...
166K 14.6K 36
Jeon Jungkook β€’ Lee Hani not inchteresting but jeon can make you trustfrated. highest rank #1 in jeon jungkook DILARANG MENIRU, MEMPLAGIAT, MAHUPUN T...
122K 13.4K 31
❛ Yes, I'm a professional baby maker. Tapi aku pun ada hati dan perasaan.❜ - Jeon Jungkook Wanita itu memasang niat yang satu. Memiliki harta ayah ka...
328K 22.1K 56
❝ Put Allah first , and you will never be the last ❞ β€’siri bts mualafβ€’ -completed-