𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjk

By -ahneul

22.8K 3.3K 1.7K

Bercinta hampir 3 tahun , tapi berakhir hanya ditinggalkan oleh teman lelaki sendiri , Jeon Jungkook. Walau m... More

change
one
two
three
four
five
six
seven
eight
nine
ten
eleven
twelve
thirteen
fourteen
fifteen
sixteen
seventeen
eighteen
twenty
twenty one
twenty two
twenty three
twenty four
twenty five
twenty six
twenty seven
twenty eight
twenty nine
thirteen
epilogue
love

nineteen

549 98 72
By -ahneul

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Eo ? Park Jimin ?" Dakyung tersenyum lebar lalu terus menghampiri Jimin dan Yiseo bersama dengan Jungkook yang berada di sebelahnya.

Jimin hanya tersenyum nipis sahaja memandang Dakyung yang merupakan sepupu rapatnya itu. Namun dia tidak terkejut melihat Dakyung bersama Jungkook , kerana awal awal lagi Jungkook sudah pun beritahu kepadanya.

"Apa yang kau buat dekat sini ?" makin melebar senyuman Dakyung memandang Jimin.

"Ah , aku..." Jimin tersenyum kelat lalu menggaru kepalanya yang tak gatal. Mencari idea untuk memberikan jawapan kepada Dakyung.

Sedang Jimin cuba mencari alasan , Dakyung terus menoleh dan memandang ke arah Yiseo yang daripada tadi hanya berdiam diri sahaja di sisi Jimin. Dakyung tersenyum lebar.

"Ni siapa ? Teman wanita kau ke ?" soal Dakyung lembut sambil matanya tak lepas memandang ke arah gadis di sebelah Jimin.

"Eo. Teman wanita aku. Kitorang datang date dekat sini" jawab Jimin selamba membuatkan Jungkook dan Yiseo serentak memandang ke arah Jimin.

"Aigoo... dah maju eh kau sekarang" terkekek Dakyung ketawa.

Jimin tersenyum nipis. Kini , matanya tertumpu kepada Jungkook yang berada di sebelah Dakyung pula. "Ni ? Apa Jungkook buat dengan kau dekat sini ?"

"Oh , korang berdua mesti saling kenal kan memandangkan korang dari sekolah yang sama ?" Dakyung tersenyum lebar. "Jungkook ni--"

"Tunang Ji Dakyung. Kami datang ke sini pun nak date" balas Jungkook tenang.

Mendengarkan sahaja jawapan yang diluahkan Jungkook , perlahan lahan Yiseo tundukkan pandangannya. Memandangkan di waktu itu , Jungkook memang berdiri betul betul di hadapannya.

"Bila kau balik dari US ? Tak bagitahu aku pun" sengaja Jimin cuba mengubah topik.

"Dah lama dah. Kau je yang tak datang jenguk aku dekat rumah. Kalau tak kita dah boleh spend time sama sama dah" Dakyung tersenyum mesra.

"Kalau aku ajak kau spend time dengan aku harini boleh ?" soal Jimin selamba membuatkan sebelah kening Dakyung terangkat ke atas.

"Nae ?"

"Kita boleh spend time harini kat sini sama sama dan..." Jimin memandang ke arah Jungkook dan Yiseo silih berganti. "Jungkook , boleh aku pinjam sepupu aku ni kejap ? Aku nak spend time dengan dia. Dan boleh kau tolong tengok tengokkan teman wanita aku ?"

Kata kata Jimin membuatkan riak wajah Yiseo terus sahaja berubah. Yiseo dan Jungkook serentak memandang wajah Jimin dengan pandangan terkejut. Jimin hanya tersengih.

Tanpa segan silu , pantas sahaja lengan Dakyung dirangkulnya erat sebelum dia memberikan senyuman lebar dan sinis kepada Jungkook yang masih lagi terpinga pinga.

"Jagakan Jang Yiseo tau" sebelah mata dikenyit ke arah Jungkook.

Sebaik sahaja berkata begitu , pantas sahaja Jimin pergi meninggalkan Yiseo dan Jungkook berduaan di situ bersama dengan Dakyung. Dakyung pulak tidak membantah dan mengikut sahaja kehendak Jimin.

"Haih..." Jungkook mengeluh berat.

"Kalau kau sendiri malas tengok muka aku , baik kau berambus je"

Berkerut dahi Jungkook mendengar apa yang baru Yiseo katakan. "Kau ? Tu-tunggu , kau cakap dengan aku ke ?" pandangan sukar dipercayai diberikan.

Perlahan lahan Yiseo mengangkat wajahnya dan memberikan pandangan malas kepada lelaki di hadapannya. Jelas kelihatan dia cukup menyampah melihat wajah Jungkook.

"Aku tak nak kena cop perampas pulak sebab keluar berduaan dengan tunang orang" balas Yiseo dingin.

Jungkook sedikit terkejut melihat perubahan dari segi layanan Yiseo kepadanya itu namun pantas sahaja dia sembunyikan perasaan terkejut itu. Bahu Yiseo pantas sahaja disentuhnya.

"Kau nak pergi mana dulu ? Makan ? Tengok wayang ? Aku belanja"

Pantas sahaja lengan Jungkook ditepis kasar. Wajah Yiseo didongak ke atas lalu pandangan tajam diberikan kepada lelaki itu. Terasa begitu menyampah sekali.

"Jeon Jungkook , kau memang tak malu ke ? Nak orang panggil kau perampas ke sebab keluar berduaan dengan teman wanita orang lain ?"

"Ahh... jadi kau dengan Jimin betul betul in relationship ?" Jungkook mengangkat keningnya ke atas.

Yiseo mengangguk. "Yang pasti , Park Jimin layan aku lebih baik daripada bekas teman lelaki aku yang dulu"

Jungkook terdiam.

"Jadi daripada kau susah susahkan diri kau layan perempuan murahan macam aku ni , lebih baik kau pergi dekat tunang kau yang--"

Pantas sahaja kedua dua belah tangan Yiseo dipegang Jungkook erat membuatkan Yiseo terkejut dan ayatnya tergantung. Matanya membulat memandang Jungkook.

Pandangan redup diberikan kepada gadis itu. "Dan teman lelaki baru kau tu , bagi amanah dekat aku untuk jaga kau buat sementara waktu"

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Dan kau fikir aku ni budak budak ke , hm ?" aku menyoal dingin kepada Jungkook yang tiba tiba sahaja menghulurkan lollipop kepada aku.

Apa dia fikir aku ni kanak kanak ribena ke yang boleh dia hasut aku dengan lollipop ni ? Ugh , dasar seketul Jeon Jungkook betul. Legit aku rasa nak bagi penyepak je.

Entah lah , lepas apa yang aku dah hadap selam ni , makin aku tengok muka dia makin aku rasa sakit hati. Semua janji manis dan ayat manis dia bagi dekat aku tu buatkan aku rasa macam nak humban dia dalam jamban.

"Kalau kau nak aku belikan aku makanan yang best best , kau kena lah bagi aku duit. Apa kau fikir aku ni suami kau ke nak belanja kau makan ?"

Aku menggulingkan mata ke atas. Makin sakit hati pulak aku rasa bila aku layan budak tak berhati perut macam Jungkook ni. Eyyy , nasib aku perempuan je kalau laki dah lama aku belasah dia cukup cukup.

Nak tak nak , terpaksa jugak lah aku bagi duit dekat dia. Seusai sahaja duit bertukar tangan , dia kembali meninggalkan aku semula untuk membeli makanan ringan buat aku dan dia.

Aku yang sedang duduk di atas bangku itu hanya memerhatikan sahaja sekeliling dengan pandangan kosong. Memerhatikan pasangan yang sedang bertangkap gambar , keluarga yang sedang membeli belah.

Perlahan senyuman tawar terukid di wajah aku. "Sayangnya , hidup kau tak bahagia macam mereka..."

Tiba tiba seorang wanita yang berjalan di hadapan aku terjatuhkan sapu tangannya membuatkan aku terus bangkit dari duduk. Pantas sahaj sapu tangan aku itu capai.

"Puan , sapu tangan puan terci--" kata kata aku tergantung.

Buat seketika , jantung aku terasa bagai hendak berhenti berdegup tatkala mata aku bertentang dengan mata milik wanita di hadapan aku itu. Seluruh anggota tubuh aku terkaku.

"Oh , gumawo" dia tersenyum nipis dan pantas sahaja menerima huluran aku.

Tanpa sempat aku ingin mengatakan apa apa kepadanya , dia sudah pun pergi meninggalkan aku. Aku masih lagi terkedu selepas melihat dia. Mata aku masih terbuntang luas.

Muka dia seperti omma kandung aku...

Bukan , aku yakin. Dia memang betul betul omma kandung aku yang pernah tinggalkan aku dan appa suatu ketika dahulu. Dan aku tak sangka , aku bakal bertemu dengannya di sini.

Kedua dua belah kaki aku yang terasa lemah itu membuatkan aku pantas jatuh terduduk di atas bangku itu semula. Wajah aku mula berubah pucat tatkala mindaku terngiang semula segala memori pahit bersama dengan wanita itu.

Di saat dia memukul aku tanpa belas kasihan walaupun aku sudah merayu sambil menangis dengan kuat kepadanya. Dia masih memanggil aku bodoh , budak tak guna.

"O-o..O-omma...." tersekat sekat suara aku.

Air mata mula berkumpul di tubir mata aku. Kepala aku masih tidak henti menayangkan semula memori aku diperlakukan dengan kejam oleh omma kandung sendiri.

Tubuh aku yang ada parut dan luka sehingga kini semuanya disebabkan omma aku yang melepaskan geramnya kepada aku selepas dia bergaduh dengan appa.

Seluruh anggota badan aku sudah mula menggeletar ketakutan. Dada aku rasa berat sangat sangat. Seakan akan aku tidak dapat bernafas dengan betul ketika ini.

"O-ommaa..." aku cuba untuk menarik nafas aku dan hembuskannya keluar namun dada aku terasa begitu sesak dan sakit sekali.

Air mata aku mengalir deras.

Aku mengepal kedua dua belah tangan aku erat sehingga menjadi penumbuk dan meletakkanya erat di sisi kepala aku. Dengan air mata yang tak henti mengalir , aku mula mengetuk kepala aku kuat berulang kali.

"Se-Seo janji a-akan jadi a-anak yang baik..." kedua dua belah tangan aku menggigil dahsyat.

"Ja-jadi jangan pukul S-Seo lagi..." suara aku bergetar sebak dan aku mula menangis.

Tiba tiba Jungkook terus menghampiri aku dan mengambil tempat di sebelah aku. Tubuh aku pantas sahaja dia tarik ke dalam dakapan hangatnya dan aku mula menangis teresak esak.

"O-omma... ja-jangan pukul Seo lagi... S-seo sakit... sa-sakit..." aku menangis teresak esak.

Kedua dua belah mata aku dipejam rapat sehingga membuatkan air mata aku mengalir dengan deras membasahi pipi aku sendiri. Memori pahit didera dengan penuh kejam oleh omma aku , terasa bagaikan aku sedang rasa semuanya ketika ini.

Aku dapat bayangkan batang penyapu yang digunakan untuk memukul tubuh aku yang telanjang itu setiap malam sehingga meninggalkan kesan kesan lebam.

Aku dapat bayangkan tamparan kuat yang omma sentiasa berikan kepada aku ketika aku baru sahaja pulang dari sekolah. Hanya tamparannya sahaja yang akan menyambut aku balik dari sekolah.

Aku dapat bayangkan ketika omma kurung aku di dalam stor gelap dan sunyi di basement rumah apabila aku membuat masalah dan membuatkannya marah.

Semuanya bagaikan aku sedang laluinya ketika ini.

Apa yang aku lalui ketika aku kecil rasakan bagaikan sedang terjadi betul betul ketika ini.

"O-omma... ma-maafkan Seo.... ma-maafkan Seo..." aku menangis kuat.

Wajah aku dibenamkan ke dada Jungkook sehingga membuatkan kemeja bahagian dadanya mula basah dek kerana air mata aku yang tak henti henti mengalir deras.

"S-seo janji akan da-dapatkan markah yang ti-tingi...."

"S-seo janji akan bu-buatkan omma bangga..."

"S-seo janji ta-takkan buat o-omma marah la-lagi..."

Terhinjut hinjut bahu aku berulang kali kerana menangis dengan sangat teruk sekali ketika ini. Tangisan aku semakin lama semakin kuat.

"Shuhh shuhh" Jungkook memeluk tubuh kecilku erat.

Rambut aku diusapnya lembut sebelum dia mencium dahi aku lama dan lembut. Matanya mula berair tatkala melihat aku dalam keadaan begini.

Trauma dengan omma sendiri.

"Gwaenchanna , Yiseo-ah. Semuanya akan okay. Takkan ada sesiapa yang akan pukul kau lagi"

Aku masih menangis.

"Kook ada dekat sini , sayang" pelukan itu dieratkannya lagi. "Dan Kook akan lindungi awak"

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

𝗧𝝝 𝗕𝗘 𝗖𝝝𝗡𝗧𝗜𝗡𝗨𝗘𝗗

Continue Reading

You'll Also Like

824K 19.8K 90
[ C O M P L E T E. ] Hatinya remuk apabila mengetahui hubungan rahsia yang dijalinkan oleh si suami. Hatinya semakin bertambah remuk taktala si suami...
3.1M 165K 70
Romance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel. You are a woman without any honor. I h...
881K 86K 200
"Hi sayang. Kerja sekolah semalam dah siap?" Park Jimin duduk dihadapan aku lalu membelek buku latihan aku. "Tak payah sibuklah!" Add to your readin...
478K 48K 36
Semuanya perlu berada di dalam genggamannya. Gelar si dia, Jeon Jungkook. Si Mr Sexy. Start: 18/10/2018 End: 02/12/2018 Photo [Using For Cover]: Cred...