The Truth Untold

By hazelmilktea

431K 28.5K 5.3K

[Winner of Wattys 2020 in Romance] :: Completed โœ“ :: Sad Romance | TeenFiciton Sakit. Sakit yang Aireen rasak... More

The Truth Untold
00 + Prologue
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
โ™กโ™กโ™ก

26

7.2K 618 199
By hazelmilktea

Aku melangkah keluar dari kereta grab itu setelah membayar duit. Aku melangkah masuk ke dalam kawasan rumah aku dengan tiada semangat.

Kunci di bawa keluar dari bag aku lalu dibuka pintu rumah menggunakan kunci tersebut. Kasut ditanggalkan dan dibiarkan tidak tersusun.

Langkah aku dibawa naik ke atas menuju ke bilik. Rumah itu sunyi sepi. Mungkin semua dah tidur.

Baru sahaja aku mahu memulas tombol pintu bilik aku, kedengaran bunyi pintu bilik bersebelahan aku terbuka.

"Eh, adik? Awalnya balik..." Aku memandang tubuh Abang Alif yang berada di pintu biliknya itu. Aku tersenyum nipis memandangnya. Nasib baik gelap, kalau tidak mesti dia nampak muka aku yang sudah sedikit sembab itu.

"Adik rasa tak berapa sihat. Err Reen masuk bilik dulu eh? Nak rest." Aku melihat Abang Alif sekadar mengangguk.

"Hmm okay. Goodnight."

"Goodnight." Aku menjawab sepatah itu lalu aku terus masuk ke dalam bilik aku, begitu juga dengan Abang Dani yang turut masuk ke dalam biliknya semula.

Bag yang aku bawa itu dicampak begitu sahaja. Terus kaki aku melangkah menuju ke katil dan aku menghempaskan badan aku ke atas katil itu.

Muka aku disembamkan ke bantal aku lalu aku menangis sepuas-puasnya. Seorang diri tanpa siapa pun tahu.

Begitu juga dengan perasaan aku yang tiada siapa pun tahu. Hanya dipendam kepada diri sendiri.

1 month later  

Tangan aku bergerak mengikat rambut aku yang panjang itu lalu aku menunduk untuk mencapai salah satu baju basah yang terdapat di dalam baldi itu sebelum ianya di sidai di ampaian.

"Oh, woah, oh... In a world where you feel cold... You gotta stay gold, oh baby." Aku meneruskan kerja aku sambil menyanyi lagu Stay Gold daripada kumpulan boy band, BTS itu.

"Hah! How you like that?" Jerit satu kelibat yang lompat di hadapan aku secara mengejut itu. Automatik bahuku terhinjut.

"Argh!" Aku menjerit akibat terkejut lalu hanger baju yang berada di dalam genggaman aku itu dilibas ke arah kelibat yang berada di hadapan aku itu.

"Aduh!" Mata aku yang terpejam itu automatik terbuka secara drastik lalu aku memandang tubuh itu. Tengku Ian Raykarl yang sedang mengusap lengannya itu menyapa pandangan aku. Sah terkena tadi.

"Sakitlah bangang." Setepek bangang dia bagi kepada aku. Dahiku berkerut seketika. Aku yang bangang ke ataupun dia yang bangang?

"Yang kau pergi terkejutkan aku tu dah kenapa? Ha ini baru betul. HOW YOU LIKE THAT! Sedapkan kena libas dengan hanger." Kata aku dengan nada geram. Wajahnya dijeling sekilas.

"By the way... Macam mana kau masuk?" Soal aku lalu aku memandangnya sekilas sebelum aku  kembali menyambung kerja aku yang tertunda itu.

"Tadi aku dah bagi salam tapi tak ada siapa pun jawab. Pastu aku nampak bayangan kau tengah sidai baju dekat sini pastu tengok pintu kecik tu tak kunci, so aku masuk je lah." Aku hanya mengangguk memandangnya. Baju terakhir yang disidai itu disepit menggunakan penyepit baju. Tubuh Ian yang sudah melabuhkan punggung di tebing swimming pool yang terdapat berdekatan kawasan ini dipandang.

"Sini lah!" Dia menjerit memanggil aku. Dengan pasrah, aku berjalan ke arahnya. Dia menyuruh aku duduk di sebelahnya dan aku hanya akur. Aku memastikan ada jarak diantara kami berdua. Kaki kami berdua berendam di dalam air itu.

"Kenapa?" Soal aku. Air yang sedikit berkocak itu ditenung. Bayangan aku dan Ian kelihatan di permukaan air itu.

"Saja lah. Sejak malam graduation tu, aku tak jumpa kau pun. Dah sebulan kot. Aku rindu kau nii. Terharu tak?" Katanya sambil tersengih. Aku hanya tersenyum nipis. Rindu? Huh.

"Aku ada je dekat rumah ni. Erm..." Balas aku dengan teragak-agak. Otak aku kembali memainkan scene ketika malam graduation itu.

Biarlah aku pendam perasaan tu sorang-sorang. Memang satu keputusan yang baik untuk aku tidak meluahkan perasaan aku dekat Ian. Tak pasal-pasal kena friendzone.

Itu lebih menyakitkan.

"Baru aku teringat nak tanya kau... Malam tu, kau pergi mana? Aku cari kau macam orang gila. Daniel cakap kau hilang macam tu je?" Aku langsung tidak memandangnya, masih merenung air kolam renang itu.

"Aku rasa tak berapa nak sihat. So aku balik awal sikit." Balasku dengan malas. Kenapa dia nak kena ungkit tentang hari itu juga?

"Kau sakit ke? Sakit apa? Kenapa aku tak tau pun?" Soalnya lagi.

"Ye, Ian. Aku sakit. Sakit hati." Kaki aku yang sedang berendam itu digerak-gerakkan sedikit.

"Gurau je. Aku sakit kepala time tu. So, aku balik lah awal. Tak boleh nak tahan dah." Sambung aku lagi. Dia hanya mengangguk mendengar jawapan aku.

"Tau lah kau gurau. Takkan lah kau nak sakit hati pulak kan? Nak kata putus cinta, kau tu single! Ke kau sakit hati sebab aku confess dekat Hanis ni? HAHAHAHAHAHA." Dia sambung bergelak seorang diri. Aku hanya tersenyum nipis. Suasana sepi buat seketika.

"Erk, by the way... Aku datang sini sebab nak bagitau something dekat kau ni. Penting sangat and kau wajib tahu." Kali ini, aku memandang wajahnya. Suaranya kedengaran serious. Dahiku sedikit berkerut.

"Apa dia? Why so serious?" Kedengaran Ian menarik nafas yang dalam sebelum dia menghembusnya dengan perlahan-lahan.

"InsyaaAllah, nextweek... Aku fly pergi Ireland tau." Terus mata aku membulat besar. Fly pergi Ireland?

"Kau buat lawak apa ni? Tak lawak lah weh." Kata aku dengan hambar. Sempat aku membuat gelak palsu. Walaupun aku tahu yang dia sebenarnya bukan sedang menipu.

"Aku serious, Dee." Mata aku terasa mula berair. Cepat-cepat aku memalingkan wajah aku dari memandangnya. Terkedu dan sedih. Hanya itu sahaja yang mampu aku katakan. Automatik aku bangun dari dudukku.

"Pergi je lah. Kenapa kau nak kena bagitau aku? Aku bukan siapa-siapa pun dalam hidup kau." Kata aku dengan nada tiada perasaan. Sejurus itu, kaki aku mula melangkah masuk ke dalam, meninggalkan Ian keseorangan di situ.

♡♡♡

Siling ditenung sedalam-dalamnya sebelum mata aku dipejam rapat. Cuba untuk menghilangkan rasa yang bercampur-baur di dalam hati ini. Sakit? Sedih? Kecewa? Semuanya bercampur. Aku tau masa ini akan tiba juga. Masa yang Ian akan betul-betul tinggalkan aku.

Setelah 5 tahun aku hidup ditemani dengan gelak tawanya, sekarang aku akan kehilangan orang yang selalu ceriakan hidup aku. Orang yang juga merupakan kawan baik aku dan juga orang yang aku paling sayang. Crush aku sejak aku berusia 13 tahun!

Patutkah aku terus berdiam dan tidak berjumpa dengan dia lagi atau patutkah aku meluangkan masa yang ada dengannya? Aku keliru. Phone aku yang berada di sebelah aku itu dicapai lalu direnung buat seketika. Nafas dihelah perlahan.

Aku mula bangun dari pembaringan lalu menuju ke balconi yang terdapat di bilik aku itu. Sliding door itu dibuka dengan perlahan lalu aku menapak keluar. Pemandangan kawasan taman perumahan aku itu dipandang lalu aku beralih memandang langit pada malam itu.

Beberapa bintang yang mengelilingi bulan purnama itu kelihatan. Tak sangka harini bulan penuh. Tanpa aku sedar, bibir aku tersenyum melihat bulan yang bercahaya itu. Phone yang berada di genggaman aku itu di hidupkan lalu contact nama Ian dicari lalu didail. Phone itu dibawa menekap ke telinga.

"Dee...?" Suara Ian menyapa gegendang telinga aku. Senyuman nipis terlakar di wajah aku.

"Aku... Erm... Kau free tak esok?" Teragak-agak aku nak menyoal. Apatah lagi apabila otak aku teringat bahawa Ian sudah menjadi milik Hanis.

"Free je. Kenapa ni? Kau okay tak?" Soalnya dengan nada yang kedengaran risau. Bibir bawak aku digigit perlahan.

"I'm okay. Erm... Kau boleh tolong aku something tak?" Soal aku dengan gemuruh. Masih memikir tentang perasaan orang lain iaitu Hanis. Macam mana kalau dia marah?

"Ofcourse... Kenapa? Bagitau lah." Balasnya lalu aku mengambil nafas. Biarlah Hanis tu! Baru girlfriend, bukannya isteri orang pun!

"Kau boleh tolong spend time kau dengan aku esok? Before kau fly. Please?"

_______________________________

:: Pendek dan hambar je chapter kali ni 🤧🖐️ Btw, tekan lah bintang dekat bawah tu hiks...

Ha kamu! Kamu yang tengah baca ni! Jangan lupa stream Stay Gold dengan How You Like That tauu! 💫 Stream sampai banyak baru author update next chap 🌚✌️

26'6

Continue Reading

You'll Also Like

2.2M 34.6K 29
Areej Dhafira. Wanita muda yang bekerjaya. Tampak sempurna di pandangan mata manusia. Namun, tidak pada hati dan jiwanya. Kerana kisah hidupnya yang...
3M 172K 64
Because no matter what, I'd still choose you. Highest rank [#1 in romance](3-8/08/18) [#4 in romance 10/02/18][13/2/18] Start:22/09/17 END:17/02/18 ...
1M 42.2K 39
Siapa tak gerun bila dengar je 'The Qiz' pasti tiada siapa yg berani mencari masalah dengan mereka lagiยฒ the leader of The Qiz. Dalam dunia Mafia pun...