The Truth Untold

By hazelmilktea

431K 28.5K 5.3K

[Winner of Wattys 2020 in Romance] :: Completed โœ“ :: Sad Romance | TeenFiciton Sakit. Sakit yang Aireen rasak... More

The Truth Untold
00 + Prologue
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
โ™กโ™กโ™ก

21

7.5K 545 36
By hazelmilktea

Aku melangkah turun daripada motor yang ditunggang oleh Ian itu apabila tiba di perkarangan rumah opah. Tangan aku disuakan kepada Ian untuk meminta kunci rumah Opah.

"Nak apa?" Dahinya berkerut memandang tangan aku. Wajah aku dipandang sekilas lalu dia tergelak kecil.

"Gelak lah lagi! Ni semua salah kau! Tak pasal-pasal rambut aku yang warna dark brown yang lawa tu jadi warna blond. Eiii! Bagi kunci rumah!" Kata aku dengan nada menahan marah. Dia tergelak kecil.

"Aku mana bawak kunci rumah tadi. Ni ha, ada kunci motor je." Aku memandangnya dengan geram sebelum aku melangkah menuju ke depan pintu rumah itu dengan geram. Sebuah keluhan berat dilepaskan. Boleh pulak terlupa nak bawak kunci. Eiii!

"Assalamualaikum!" Aku memberi salam dengan kuat. Pintu itu diketuk beberapa kali. Badan aku mula meremang akibat geli. Siapa tak geli kalau jatuh dalam sawah yang berlumpur tu? Nasib baik dah kering sikit sebab kena angin semasa naik motor tadi.

"Assalamualaikum! Opah ohh Opah!" Salam kedua diberikan lalu aku cuba untuk menyabarkan hati aku yang sudah tak sabar mahu mandi. Yang paling sedihnya rambut aku huwaa. Habis disalut dengan lumpur!

"Ya, ya. Waalaikumussalam... Sekejap!" Aku dengar opah menyahut. Seketika kemudian, pintu rumah itu terbuka dari dalam. Aku hanya tersengih memandang opah yang sudah melihat aku dengan wajah terkejut.

"Ya Allah... Nad! Hang buat apa sampai berlumpur satu badan ni! Astaghfirullahalazim..." Aku mencebik sekilas sebelum aku memandang Ian yang berada di belakang aku.

"Hiks... Dia ni lah opah! Dia buli Nad pastu dia tolak Nad dalam sawah! Pastu Nad sempat tarik tangan Ian sekali. Ha, padan muka dia!" Aku menunding jari ke arah Ian lalu memandangnya yang berada di belakang aku itu.

"Eh... Mana ada! Dia yang terjatuh sendiri pastu boleh pulak tarik Ian sekali. Ha, nak salahkan siapa? Aireen la!" Balas Ian sambil memadang aku dengan matanya yang disepetkan. Aku mencebikkan bibirku lalu memandang opah semula. Opah hanya menggeleng melihat telatah kami berdua.

"Sudah sudahlah tu... Hampa berdua pergi mandi cepat. Banyak bakteria apa semua tu. Pergi mandi cepat." Kata opah lalu badanku ditolak sedikit untuk masuk ke dalam oleh Ian. Aku memandangnya sekilas dengan pandangan geram sebelum aku melangkah menuju ke bilik aku dengan laju.

Sampai sahaja di dalam bilik, aku mencapai sepasang baju dan towel sebelum aku menuju ke bilik air untuk mandi.

Habis rambut aku jadi kusut. Haih...

♡♡♡

Tok! Tok! Tok!

Badan aku automatik terbangun dari berbaring apabila mendengar ketukan pintu itu. Lantas, aku bangun dan melangkah menuju ke pintu bilik aku.

Pintu bilik itu dibuka dari dalam oleg aku lalu tubuh Ian menyapa pandanganku. Aku mengerut dahi melihatnya.

"Kenapa?" Soalku. Ada apa dia datang ke sini? Nak kata opah ajak makan malam, kami baru sahaja selesai dinner tadi.

"Dah solat isyak ke belum?" Soalan aku dibalas dengan soalan... Aku menggeleng sebagai jawapan kepada soalannya.

"Siap lah cepat. Opah dengan atok ajak solat isyak berjemaah." Katanya sebelum berlalu pergi. Sempat aku menangkap sebuah senyuman oleh Ian kepada aku itu.

Wahh, sekarang dia dah pandai senyum kat aku balik!

Terharu jap.

Tanpa membuang masa, aku melangkah keluar menuju ke tandas untuk mengambil wuduk. Selesai sahaja, aku menuju semula ke bilik aku untuk mengambil telekung lalu aku melangkah menuju ke bilik solat.

Awal-awal lagi opah dan atok sediakan bilik solat. Katanya nanti nak solat terawih beramai-ramai semasa cuti puasa senang. Ataupun solat berjemaah biasa. Tak ada lah sempit kalau nak guna ruang tamu.

Aku berdiri di sebelah opah apabila selesai memakai telekung manakala atok berada sedikit belakang di sebelah Ian sebagai makmum lelaki. Ian pula sudah bersiap sedia untuk mengimamkan kami bertiga.

Langsung pandangan aku tidak beralih dari memandang Ian di hadapan. Ini pertama kali aku melihatnya menjadi imam.

Bacaannya didengar dengan teliti. MasyaAllah, merdunya. Macam mana aku nak fokus solat kalau macam ni?

Sedaya-upaya aku memaksa diri aku untuk fokus. Walaupun agak susah, namun aku paksa juga diri aku.

Selesai sahaja solat dan mengaminkan doa yang dibaca oleh Ian, atok mula bersuara.

"Esok Ian dengan Nad ikut atok pergi dusun, nak tak?" Soal atok. Aku sudah mula teruja apabila mendengar sahaja ajakkan atok itu. Laju kepala aku mengangguk setuju.

"Nak!" Nada teruja kedengaran apabila aku membalas. Opah hanya tergelak kecil melihat keterujaan aku itu.

"Ian ikut je." Balas Ian. Atok hanya tersenyum sambil melihat aku dan Ian silih berganti.

"Kita keluar sesudah subuh ya? 6.45 pagi macam tu lah. Tak ada lah panas sangat nanti. Atok nak kait rambutan esok." Keterujaan aku semakin meningkat apabila terbayangkan rambutan di dusun atok itu.

Ya Allah, kemanisannya tak boleh dibawa bincang!

"Boleh, boleh. Atok nak pergi pukul 6 pun tak apa!"

"Dia punya excited tu tak boleh bawak bincang." Kata Ian lalu tergelak kecil. Opah dan atok turut tergelak kecil melihat telatah aku.

"Sudah lah. Opah dan atok nak masuk tidur dulu. Jangan tidur lewat ya." Kata opah. Aku dan Ian hanya mengangguk tanda akur lalu opah dan atok melangkah keluar dadi bilik solat itu. Hanya tinggal aku dan Ian berdua.

"Ermm aku pun nak tidur. Ngantuk la haha! Bye..." Kata aku lalu aku bangun dan mula berlari anak menuju ke bilik.

"Heh... Goodnight, Dee." Sempat aku mendengar Ian mengucapkan selamat malam kepada aku. Aku hanya mampu tersenyum nipis.

"Night."

♡♡♡

"Ya Allah... Merahnya rambutan tu!" Aku menjerit dengan teruja. Ini kalau panjat, best jugak kan?

"Ha, Ian... Hang tolong atok kait rambutan ni boleh? Atok tak berapa nak larat dah kalau nak pegang galah tu lama-lama." Kata atok yang sudah melabuhkan punggung di pondok yang berdekatan.

"Yang tinggi-tinggi tu, hang guna tangga lah kalau galah tu tak cukup panjang." Sambung atok lagi. Ian hanya mengangguk sebelum dia mencapai tangga yang terdapat di belakang pondok itu. Aku hanya memerhati gerak-geri Ian dari situ.

Setelah beberapa jam, dua buah bakul sudah terisi dengan rambutan yang berwarna merah. Aku hanya mampu menahan diri untuk sabar agar tidak memakan buah itu disini.

Kalau diikutkan, memang bertambah sedap kalau makan buah rambutan itu dekat sini, tapi aku bukan lah jenis yang makan dengan tangan tak berapa nak bersih ni. Eheh mengada kan?

Nak basuh tangan, aku tak jumpa paip pulak. Haih...

Aku memerhati Ian yang sedang turun dari tangga itu dengan berhati-hati. Lantas, sebuah idea masuk ke dalam fikiran aku. Banyak lagi rambutan yang masih melekat dekat pokok tu. Tak salah kan kalau aku tolong Ian? Tengok dia pun dah macam lenguh je tangan tu.

"Ermm Ian..." Panggil aku lalu aku mencuit sikit bahunya. Dia memusing belakang lalu memandangku dengan sebelah keningnya terangkat.

"Ada apa, Puan Aireen Nadhirah?" balasnya lalu aku memberi sebuah jelingan kepadanya.

"Ehee... Nak tolong boleh?" Soalku sambil tersengih memadangnya.

"Boleh. Boleh tolong makan rambutan ni." Dahiku berkerut. Apakah? Jarang orang suruh aku tolong makan ni.

"Tak lah haih... Aku nak tolong kaitkan sekali. Boleh lah boleh lah boleh lahhhhhh!" Kataku dengan nada memaksa. Aku dapat agak yang dia takkan benarkan aku memanjat semua ni.

"No. Bahaya untuk kau. Kau tu dah lah perempuan. Nanti kalau kau jatuh macam mana? Aku jugak yang kena jaga." Aku menjeling Ian buat kali kedua. Tak ada siapa yang suruh dia jaga aku pun!

"Alaa... Boleh lah! Aku janji tak jatuh punya lah!" Ian hanya menggeleng sebagai jawapan. Aku mencebik sekilas sebelum aku memukul-mukul belakang badannya.

"Eiiii sekali je kot takkan tak boleh! Bagi lah aku chance nak try kait!" Kata aku sambil memukul dia. Rengekkan Ian akibat sakit diabaikan.

"Ish... Berhenti lah pukul aku. Ye ye, pergi lah try. Nak sangat kan! Kalau jatuh, tanggung sendiri! Aku malas nak jaga kau kalau kau jatuh ke apa ke." Ujar Ian dengan pasrah. Aku hanya tersengih kerana berjaya menang.

"Heh. Tak payah lah berdoa bagi aku jatuh. Cuba doa yang baik-baik sikit." Kataku sebelum aku menuju ke tangga itu lalu dipanjat. Galah yang disandarkan ke tangga itu dicapai lalu aku mula mengait beberapa buah rambutan yang terdapat berdekatan situ.

Beberapa minit kemudian, aku melepaskan helah apabila berjaya mengait buah rambutan itu. Tubuh Ian yang memeluk tubuh memandang aku itu dipandang.

"Huh, selamat je aku kait! Tak ada cedera apa-apa pun." Kata aku dengan nada perli. Dia hanya menjeling sekilas sebelum beredar menuju ke atok yang sedang berehat di pondok itu.

Aku melihat kebawah. Astaghfirullahalazim, sumpah tinggi. Kau bayangkan aku panjat 9 anak tangga. Ya, tangga ini memang tinggi, khas untuk orang yang jenis memetik buah dekat pokok yang tinggi macam ni.

Dengan perlahan-lahan, aku menurun tangga itu satu persatu. Terasa gementar pula apabila menurun tangga itu.

Tiba-tiba sahaja otak aku teringat ayat Ian. Kalau betul-betul aku jatuh macam mana? Tak sanggup weh!

Entah dimana silapnya, kaki aku yang baru nak jejak anak tangga ke 6 itu tergelicir lalu dengan automatiknya Aireen Nadhirah menjerit dengan kuat.

"Ahhhh!"

_______________________________

:: Astaghfirullahalazim makin hambar kan cerita ni dengan scene dia jatuh tangga pulakk 🤦🏻‍♀️ Dah tak ada life ke sampai asyik jatuh ni 😂 Biarlah Aireen tu ehee~

Btw, saya craving rambutan 😔🖐️

9'6

Continue Reading

You'll Also Like

519K 39.9K 65
Known as Learn To Love You "Jangan ingat awak lebih muda daripada saya awak boleh panggil saya suka-suka hati!" - Asyfa Hanan "Jangan ingat kau lebih...
521K 43.4K 50
[ 2021 ] SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAK "Tepi sikit boleh tak?" Hanya dengan sebaris ayat itu sudah mampu membuatkan NUR ELYANA ERIKA jatuh.Jatuh buk...
3.9K 263 16
Apa salah dia? Itulah yang sering menerjah fikiran dia. Entah dimana silapnya, semua tidak menyukai dia kecuali Bang PD-nim yang sentiasa memberi sem...