Cikguku Suami Private πŸ’œjjk οΏ½...

By Miss_RoseGold

139K 13.5K 3.6K

πŸ‡¨ πŸ‡΄ πŸ‡² πŸ‡΅ πŸ‡± πŸ‡ͺ πŸ‡Ή πŸ‡ͺ πŸ‡© [Siri Bangtan x Readers] πŸ’„K-NovelπŸ’„ Suami hak milik persendirian. Sharing is not... More

🚧 NOTIS PEMBERITAHUAN
Prolog
πŸ’£1
πŸ’£2
πŸ’£3
πŸ’£4
πŸ’£5
πŸ’£6
πŸ’£7
πŸ’£8
πŸ’£9
πŸ’£10
πŸ’£11
πŸ’£12
πŸ’£13
πŸ’£14
πŸ’£15
πŸ’£16
πŸ’£17
πŸ’£18
πŸ’£19
πŸ’£20
πŸ’£21
πŸ’£22
πŸ’£23
πŸ’£24
πŸ’£25
πŸ’£26
πŸ’£27
πŸ’£28
πŸ’£29
πŸ’£30
πŸ’£31
πŸ’£32
πŸ’£33
πŸ’£34
πŸ’£35
πŸ’£36
πŸ“€ 37
πŸ“€ 38
πŸ“€ 39
πŸ“€ 40
πŸ“€ 41
πŸ“€ 42
πŸ“€ 43
πŸ“€ 44 🌑
πŸ“€ 45
πŸ“€ 46
πŸ“€ 47
πŸ“€ 48
πŸ“€ 49
πŸ“€ 50 🌑
πŸ“€ 51
πŸ“€ 53
πŸ“€ 54
πŸ“€ 55
πŸ“€ 56 🚫
πŸ“€ 57
πŸ“€ 58
🍁 Epilog 🍁
πŸ’ Appreciation Post πŸ’
Cikguku Suami Private S2

πŸ“€ 52 🌑

1.3K 139 136
By Miss_RoseGold

"Minjoo-ah, tengok saya bawa siapa?" seorang gadis lingkungan tujuh tahun berdiri sopan di samping Jeon Seobyul. Wanita lewat 30-an yang baru menapak ke pintu utama tersenyum manis ke arah mereka.

"Eo, siapa gadis manis ni? Jangan cakap ini anak madu saya pula" selorohan Minjoo mengundang kekehan kecil Seobyul.

"Awak dah terlalu sempurna untuk saya, takkanlah saya nak curang. Ah, ini anak setiausaha saya"

"Anak Yoonju?" Seobyul mengangguk.

"Mereka berdua terlibat dalam kemalangan jalan raya awal pagi tadi. Upacara pemakaman akan berlangsung petang nanti" riak terkejut terpapar jelas di wajah mulus milik Minjoo. Tangan lembut gadis itu digenggamnya.

"Takziah. Yang hidup, pasti akan meninggal. Kita pula perlu teruskan hidup dan banggakan mereka kerana mereka sentiasa melihat dari atas sana. Nama kamu siapa?"

"Hwayoung. Park Hwayoung"

🌧🌧🌧

Upacara peringatan ulangtahun kematian pasangan Park itu sayu. Semua ahli keluarga dan rakan korporat hadir bagi memperingati ulangtahun pemergian pasangan Park itu. Suami Yoonju bukanlah ahli korporat biasa tetapi merupakan Duta Keamanan Korea Selatan. Wajarlah jika pemergiannya merupakan kehilangan besar buat negara walaupun sudah menginjak tahun kesepuluh.

Dia baik.

Dia sopan.

Dia berintegriti.

Dia bijak.

Itulah pujian yang meniti di bibir para hadirin tentang Park Yoonju, bekas setiausaha handalan Seobyul. Segala jadual dan keperluan Seobyul dipenuhi dengan tangkas tanpa ada sebarang keciciran. Dia juga terkenal di dunia ahli konglomerat itu kerana rupa parasnya yang menawan. Sayang sekali, ramai jejaka patah hati kerana dia memilih Jungho sebagai belahan jiwanya.

Hwayoung hanya mematung sejak tadi. Tiada airmata mahupun senyuman. Gadis itu keliru dengan perasaannya.

Dia gembira kerana dapat hidup bebas tanpa kongkongan Yoonju tetapi pada masa yang sama dia kehilangan Jungho, bank bergeraknya.

Keluarga? Tak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Rumahku syurgaku, family comes first, charity begins at home, semuanya hanya omong kosong bagi gadis itu.

Rumah ibarat penjara untuknya dengan ibu bapa sebagai warden. Dibesarkan oleh pembantu rumah membuatkan gadis itu terus mempersoalkan statusnya. Adakah dia anak pungut? Bukan dari benih Jungho, bukan dari rahim Yoonju.

S

K

I

P

Hwayoung berlari ke pintu apabila bel rumah ditekan beberapa kali. Sebaik daun pintu terkuak, kelibat seorang lelaki seusia atau lebih tua sedikit darinya kelihatan. Dia terpesona. Hatinya seperti menerima panasnya bahang yang tak pernah dia rasakan.

"Kamu siapa?"

"Ah, saya H-hwayoung" lelaki itu mengangguk dan menghulurkan tangan kanannya.

"Ah, Hwayoungie. Ingatkan siapalah tadi. Eomma dan appa ada di rumah?"

"Ada. Masuklah" Jungkook membuka ikatan tali kasutnya dan membontoti langkah Hwayoung. Walaupun rumah agam itu mahligai miliknya, Jungkook tetap berasa canggung kerana dia hanya pulang setiap akhir tahun.  Kekangan masa dan tuntutan terhadap pelajar pintar sepertinya membuatkan dia terpaksa tinggal di asrama. Jika mendapat cuti pendek, pasti lelaki itu akan ke rumah datuk dan neneknya di Busan.

Mulai hari itu, mereka tidak pernah berenggang antara satu sama lain. Jungkook telah menganggap gadis berketurunan Park itu sebagai adiknya. Makan bersama, bersiar-siar bersama dan menelaah pelajaran bersama. Malah, mereka akan saling menghubungi di waktu malam jika Jungkook telah pulang ke asramanya. Namun, tanpa mereka sedar, hal itu telah membibitkan rasa cinta dalam hati milik gadis itu.

"Tak pernah aku bayangkan akan sedekat ini dengan Jungkook. Sejak mama dan papa meninggal, Jungkook hanya pulang ke rumah beberapa kali dan tidak pernah berkesempatan untuk berbicara denganku. Sibuk dengan peperiksaan katanya"

🍷🍷🍷

Hwayoung mengintai tubuh kekar Jungkook dari bukaan kecil pintu bilik lelaki itu.

"Bagaimana mungkin seorang pelajar sekolah tinggi boleh terlihat segagah itu" monolog Hwayoung sendiri. Jantung Hwayoung mulai berdegup kencang saat lelaki itu melucutkan singlet dan seluar sukan miliknya, meninggalkan boxer hitam yang tersangkut di pinggang.

Ah, Hwayoung tak keruan. Lelaki itu merebahkan tubuhnya di atas katil membuatkan Hwayoung terpana. Fantasi liar mula memenuhi benaknya, membayangkan jika Jungkook dan dirinya berada di atas katil yang sama dan bercinta layaknya pasangan berbulan madu. Membayangkan bagaimana dirinya berada di bawah dominasi dan penguasaan lelaki bermarga Jeon itu.

Gadis itu berpura-pura tidur di atas sofa apabila derapan kaki Jungkook terdengar menghampiri pintu bilik. Lelaki itu membalut bahagian bawahnya dengan tuala putih dan melangkah ke bilik air utama di tingkat bawah.

Jungkook tidak mengendahkan kehadiran gadis itu malah melangkah laju ke bilik mandi. Terbit rasa kesal di hatinya kerana tidak diperhatikan lelaki itu.

"Semua lelaki akan jatuh dengan godaan seduktif seorang wanita"

Hwayoung mula berpakaian secara minimum apabila pasangan Jeon itu berada di luar daerah untuk menghadiri mesyuarat atau seminar. Dengan lancangnya gadis itu berjalan di dalam rumah dengan mengenakan baju tidur yang diperbuat daripada fabrik satin. Lekuk tubuhnya jelas kelihatan.

Berdalihlah Jungkook jika jiwanya tidak pernah bergelora melihat Hwayoung yang begitu mengiurkan di hadapannya. Namun, atas akal rasional dan rasa tanggungjawab, lelaki itu membutakan matanya dan mula menjauhkan diri dari gadis itu supaya tiada insiden keterlanjuran berlaku.

🍎🍎🍎

Hwayoung berdecit sinis saat melewati pintu bilik milik Jungkook.

"Aku tahu kau mahukan aku. Tapi, kau terlalu konservatif, Jungkook-ah" gumamnya sendiri. Sebuah kamera litar tertutup bersaiz nano ditempelkan pada dinding bilik itu. Jika Jungkook tidak mahu berlebihan dengannya, maka dia akan memuaskan diri sendiri dengan klip video dari dalam bilik teruna muda itu.

"Perfect" Hwayoung menyeringai puas apabila kamera itu berfungsi, menampakkan segenap penjuru ruangan itu tanpa ada yang tersembunyi.

"Jungkook-ah, you're so attempting"

Minjoo meregangkan sendi-sendi leher yang terasa kaku kerana penerbangan yang memakan masa belasan jam dari United Kingdom. Seobyul pula memilih untuk menyegarkan badan di bilik mandi.

"Apalah yang budak berdua tu buat" belum sempat dia melangkah ke bilik Jungkook, satu dentingan menandakan ada pesanan yang masuk.

"Eomma-rang. Kook nak ke Hokkaido dengan kawan-kawan. Minggu depan Kook balik. Aish, budak ni. Bukannya nak cakap awal-awal" maka, kakinya beralih arah ke bilik tidur gadis seusia anaknya, Hwayoung.

Mata Minjoo tertancap pada beberapa keping foto yang tak layak dilihat oleh sesiapa. Foto tidak senonoh milik anak lelakinya berada di atas meja belajar milik Hwayoung. Gambar-gambar itu digenggam kuat sehingga remuk seiring dengan remuknya hati keibuan milik Minjoo.

Tidak terima anak terunanya dilecehkan, Minjoo terus mendapatkan gadis itu yang sedang bernyanyi ria di halaman rumah. Rambut belakang gadis itu dicengkam kuat membuatkan Hwayoung meringis kuat.

"E-eomma sakit"

"Apa ni? Dari mana kau dapat gambar-gambar ni?" kepingan foto yang sudah berkedut itu dilempar ke wajah mulus Hwayoung.

"Kau pasang kamera litar tertutup kan dalam bilik anak aku?! Mana kau letak kamera tu?" gadis itu masih mematung dan menangis seolah-olah dialah mangsa keadaan. Berbekalkan sedikit ilmu, Minjoo masuk ke dalam bilik anak lelakinya.

Lampu dipadamkan, membuatkan seluruh ruangan itu gelap. Kamera belakang pada telefon pintarnya dihalakan di serata bilik dan terhenti apabila kedipan cahaya merah dikesan oleh lensa.

Kamera itu dicabut kasar dan dimasukkan ke dalam tong sampah. Kelibat suaminya yang sedang menenangkan Hwayoung menaikkan meter kemarahannya. Lengan suaminya lantas diragut supaya menjauhi gadis yang dianggapnya jijik itu.

"Yeobo! Saya nak yeobo hantar dia kembali pada keluarga kandung dia di Guam. Saya dah tak sudi untuk menjaga dia. Keselamatan Jungkook akan semakin terancam jika dia berlama-lama di sini"

"Apa maksud awak, Minjoo?"

"Perempuan ni cuba untuk lecehkan Jungkook secara seksual. Saya jumpa kamera litar tertutup dalam bilik Jungkook"

"Tapi--"

"Awak pilih. Sama ada saya yang keluar dari rumah ni atau dia. Kalau awak pilih dia, talakkan saya"


















































📷 ᴵᵀˢᵞ ᴮᴵᵀˢᵞ ᴵᴺᶠᴼ 🎲


Disebabkan ramai yang mempersoalkan salah satu dialog oleh Jeon Minjoo iaitu "Budak ni nak kena sunat untuk kali kedua gamaknya", di sini saya sertakan sedikit info untuk pengetahuan bersama.

Dalam agama Islam, berkhatan atau sunat adalah tuntutan wajib ke atas setiap kanak-kanak lelaki yang mencapai umur yang sesuai. Tujuan utama berkhatan adalah untuk menjaga kebersihan terutamanya dalam beribadah.

Sama juga untuk lelaki dia Korea Selatan. Rata-rata bayi lelaki yang lahir sekitar 1990-an dan awal tahun 2000 akan menjalani proses ini ketika mencapai umur 14 hingga 29 tahun. Tujuannya sama, untuk menjaga kebersihan.

Bukan sahaja di Korea Selatan malah hampir kesemua negara mengetahui tentang berkhatan atau disebut sebagai circumcision dalam Bahasa Inggeris. Yang membezakan kita adalah, bagi Muslim ianya tuntutan manakala bagi bukan Muslim, ianya untuk kebersihan diri. Setiap negara mempunyai kadar circumcision yang berbeza. Di Korea Selatan khususnya, kadar itu merudum pada lewat 2000-an, kepada 25%.

Jadi, frasa budak tak sunat sememangnya tidak boleh diterima pakai. Ramai saja lelaki bukan Muslim yang menjalani proses ini.













































{🌟} Vote 😘

[💬] Comment 😍
















































Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓

Continue Reading

You'll Also Like

77.1K 3.1K 23
adakah Harry akan datang balik ke Bella? atau tidak? Adakah Harry masih obseskan Bella? atau tidak? author sarankan baca book 1 dulu baru korang bo...