Hati Untuk Cikgu

By hanaakhairul

254K 9.1K 1K

>> COMPLETED Cikgu Thaqief! Sebut nama je dah cukup untuk buat seorang pelajar bernama Niaa Syafina menggelib... More

P R O L O G 💃
C A S T 🐣
1 - B I S K U T 🍪
2 - I N T A I 👀
4 - K A N T O I 💀
5 - L E T S G O 🌵
6 - M E L T I N G 😘
7 - S T O R Y 🍒
8 - F A I N T E D 💀
9 - S E D A R 🐢
10 - R E V E A L 🦋
11 - C O O K I N G 🍳
12 - P R O P O S E 💍
13 - D A T I N G 🎤
14 - P U L A N G 👋🏻
15 - A N S W E R 🌦
16 - L A S T M E E T 🍃
17 - R I N D U 💘
18 - N E W Y E A R 🐞
19 - G A D U H 🩸
20 - W A R D E D 💉
21 - S U R A T 💌
22 - F I T N A H 🌵
23 - C O N F E S S 🐝
24 - M O V E 🚗
25 - T R U T H 🌻
26 - R E G R E T 💔
27 - S E M A K 🌾
28 - A M A R A N ⚠️
29 - A N A K 👧🏻
30 - M E E T 👀
31 - H O S P I T A L 🏥
32 - P U J U K 🐊
33 - M A R R I E D 💍
34 - G A N G G U 🌾
35 - U G U T A N 🔪
36 - D U G A A N 🍂
37 - T A K D I R ☔
38 - P S Y C H O 🍁
39 - W O R S T 🍂
40 - B U N U H ⚠️
41 - B L E S S E D 💗
42 - D I S C U S S I O N 😍
43 - W O R S T 🙏🏻
44 - W A R D E D 💉
45 - T A K D I R 🌾
46 - B A H A G I A 💘

3 - M E M O R Y 🍃

5K 206 6
By hanaakhairul

P R E S E N T ;

~ H a t i  U n t u k  C i k g u ~

♡♡♡

PUNGGUNG dilabuhkan di atas kerusi empuk itu, tangannya naik memicit kepala. Penat juga tubuh badannya mengajar seharian, nak balik asrama pun malas. Telefon pintarnya berdering, nama pemanggil dikerling sekilas. Muncul senyuman di wajahnya, panggilan itu dijawab.

"Hello bu, assalamualaikum"

"Walaikumsalam Qief, sihat?" soal Puan Fizah, sejuk hatinya mendengar suara anak lelakinya itu.

"Alhamdulillah sihat bu, ibu sihat?"

"Alhamdulillah sihat"

"Ibu call ni ada apa?"

"Macam ni, semalam Fiq bagitahu mama yang dia nak masuk meminang kawan perempuan dia"

"Alhamdulillah, jodoh dia sampai dah bu" balas Thaqief, tersenyum dia dibuatnya.

"Tapi kalau boleh, ibu nak Qief nikah dulu baru Fiq. Tak elok lah lah langkah bendul ni, boleh?"

"Oh, tak apa lah ibu tak salah pun langkah-langkah ni. Lagi pun, Qief calon lagi lah bu" adu Thaqief, serik dia mendengar perkataan kahwin itu.

"Ibu boleh tolong cari"

"Tak apa lah ibu, Qief boleh cari sendiri"

"Hm, ikut Qief lah. Ibu tak paksa cuma ye lah... ibu harap Qief faham lah ye niat ibu ni" ujar Puan Fizah, Thaqief hanya tersenyum kelat.

"Qief balik sini bila?"

"Tak tahu lagi ibu, Qief busy sikit lately ni. Minggu depan Qief ada camping dekat Desaru Waterfall, mungkin balik sana lewat sikit kot"

"Oh ha ye lah, jaga diri molek"

"Baik, ibu pun sama. Kirim salam ayah dengan yang lain"

"Ok In Sya Allah, assalamualaikum"

"Ok ibu, walaikumsalam" Thaqief mengeluh setelah panggilan ditamatkan, wajahnya diraup. Puan Fizah tak henti-henti menyuruhnya mendirikan rumah tangga, entah mengapa hatinya pula sudah serik bercinta. Dia termenung, pen merah ditangannya itu berputar seiring dengan kejadian beberapa tahun lepas.

"Sayang, I nak pergi toilet kejap ea. Jagakan handbag I tau" ujar Edrina kepada Thaqief, tunangnya itu hanya mengangguk. Beberapa minit kemudian, telefon pintar gadis itu berdering. Telefon itu dicapai, berkerut dahinya memandang skrin.

Faizal ❤️

Dia membuat kira-kira, nak jawab atau tak? Akhirnya dia membuat keputusan untuk menjawab panggilan itu memandangkan emoji yang diletakkan pada nama itu juga sudah membuat dia penasaran.

"Hello baby girl!!!" ujar seorang lelaki dari dalam talian, wajah Thaqief berubah bengis serta-merta. Dah bau-bau kecurangan dah ni!

"Kau nak apa?" soalnya, Faizal pula sudah terdiam seketika. Suara itu saja sudah membuatnya kenal siapa yang mengangkat panggilan.

"Eh Qief hahaha, tak sangka kau yang jawab"

"Aku tanya kau nak apa!"

"Haha chill bro, aku cuma-... rindu suara dia je. That's why aku call dia tapi kau yang jawab. Hm, kesian dekat aku dapat fakehope ahah" selamba Faizal menuturkan kata, semakim berang lah Thaqief dibuatnya.

"Since when kau dengan dia?"

"Lama dah bro, kau je yang bodoh. Huh! Percaya sangat perempuan tu, kau tak tahu dia kencing kau selama ni hahah! What a pity" sindir Faizal, Thaqief terus menamatkan panggilan. Entah kenapa, hatinya tergerak untuk membuka aplikasi iMessage. Pantas tangannya menekan kenalan Faizal, satu persatu mesej tunangnya dengan lelaki itu dibaca.

Mesra, sangat mesra.

Secara tidak langsung tangannya melempar telefon milik Edrina ke atas meja sehingga skrin iPhone 11 itu pecah hampir 90 peratus. Semua pelanggan di kafe itu memandangnya, Edrina mengutip telefon miliknya dengan dahi yang berkerut.

"Sayang what's wrong with you?!" tengking Edrina, wajah bengis Thaqief dipandang memohon penjelasan.

"Apa hubungan kau dengan Faizal?" dingin suara Thaqief menyapa halwa telinga Edrina, panggilannya juga sudah bertukar. Edrina bagai tertampar, tidak dia sangka semuanya sudah terbongkar.

"Y-you-... erm Faizal, d-dia just kan kawan I" jawab Edrina dengan nada ketakutan, gerun dia melihat wajah bengis tunangnya ini.

"Kau tipu aku Rina"

"Ha? Tipu apa? Q-Qief, I rasa y-you salah faham" tergagap-gagap Edrina menuturkan kata.

"Kawan? Selama ni aku pekakkan telinga pasal cerita kau dengan Faizal tu sebab aku lebih percaya tunang aku berbanding orang lain, tapi rupanya kau tipu aku"

"You betul, I-I dengan Faizal cuma kawan. I tak tipu you, serious I sayang you sorang je"

"Kawan sampai kau bersayang-sayang dengan dia? Keluar dengan dia bila aku tak ada? Then kau masih cakap kau kawan je dengan dia? Bodohnya kalau aku percaya" ujar Thaqief, semua pelanggan di kafe itu memandang ke arah mereka.

"Sayang, I'm sorry. I-I sayang you sorang je percayalah" rayu Edrina, berjuraian airmatanya menitis. Thaqief bingkas bangun dan meninggalkan kafe itu, Edrina pula mengejarnya dari belakang sehingga ke tempat kereta.

"Sayang tolonglah percaya I!" sejurus itu, tubuh Thaqief dipeluk dari belakang namun dengan pantas lelaki itu menolaknya.

"Astaghfirullahalazim Rina! Kau dah kenapa ni ha? Tak tahu hukum? Mana hilangnya harga diri kau sebagai perempuan?" Thaqief mula menengking, tidak dia sangka perangai Edrina begitu.

"Sayang, I mintak maaf. Please, bagi I second chance. I'll fix everything sayang please, maafkan I" rayu Edrina, Thaqief tersenyum sinis.

"Second chance?"

"Qief I'm sorry, I'm really really sorry"

"Aku tak perlukan maaf kau"

"Sampai hati you nak tinggalkan I Qief, you tak sayang I ke?" rintih Edrina, airmatanya semakin laju menuruni pipi.

"Aku sayang kau, tapi hati aku hancur bila kau buat aku macam ni. Apa kurangnya aku dan apa lebihnya dia Edrina?!!"

"Qief you selalu tinggalkan I, you selalu busy. When I really need you, where have you been? Faizal yang selalu teman I, jadi you jangan salahkan I kalau I curang" jawab Edrina berani, dengan harapan Thaqief sebersalah.

"So dia lagi better kan? Pergi lah kat dia, jangan cari aku lagi"

"Qief percaya lah, I-I sayang you sorang je"

"Aku dah tak nak dengar apa-apa lagi dari mulut kau, bla dari hidup aku. Farsya Edrina, kita putus tunang. Majlis pernikahan kita bulan depan aku akan batalkan, we're over!" tegas lelaki itu menuturkan kata sebelum di masuk ke dalam kereta, Edrina tergamam.

"Woi Qief!" tegur Amir, meja guru itu ditepuk sekuat mungkin sehingga rakannya itu terkejut.

"Berangan je kau ni, eh orang single ni memang kemurungan erk?" ujar Amir, Thaqief hanya menjeling.

"Diam lah kau! Kau nak apa ni?"

"Kau tak balik lagi asal? Nak tidur sini ke apa" soal Amir, namun Thaqief tiba-tiba kembali mengelamun.

"Woi!!!" meja ditepuk lagi, Thaqief tersentak.

"Ha?"

"Astaghfirullahalazim parah dah kau ni Qief, kau apa hal gila? Tebiat eh?"

"S-sorry, sorry sorry! Aku-... aku serabut ar! Tak, kau tanya apa tadi? Aku tak dengar"

"Ey kau! Aku tanya, asal kau tak balik lagi"

"Oh, kejap lagi lah. Kau balik dulu, kejap lagi aku susur" balas Thaqief, Amir menjongket kening.

"Sure?" soalnya meminta kepastian, Thaqief mengangguk.

"Eh Am, kau dah bayar duit kem tu?"

"Dah, kau?"

"Belum, aku tak sempat cari Maya tadi. Berapa student pergi?"

"Aku tak pasti, tapi tak ramai rasanya. Maya cakap tak sampai 10 orang, kita drive sendiri je lah tak payah sewa bas" ujar Amir, lengan kemejanya dilipat hingga paras siku.

"Oh ye? Asal tak ramai pergi? Biasanya budak-budak pantang dengar camping, berdedai semua nak ikut" soal Thaqief, dia bersandar di kerusi.

"Alahai kau macam tak kenal Maya, budak-budak semua takut dengan dia. Memang tak adanya lah diorang nak pergi kalau Maya jadi guru pembimbing" balas Amir, Thaqief tergelak. Betul juga tu, pelajar di situ gerun sungguh dengan Maya. Garang sangat, budak pun takut.

.

.

.

.

.

.

🌵🌵🌵

Teruskan membaca , thankyou

V o t e
¤¤¤
C o m m e n t

Sincere ,
hanaakhairul

ThaqieFina

Continue Reading

You'll Also Like

5M 199K 46
"I hate you!" - Aisya Zahra "But I love you." - Airil Iskandar Seorang wanita yang kena tangkap basah dengan anak bossnya sendiri? Dia, lelaki mafi...
7.4M 240K 30
US Mafia: 3rd Series [COMPLETE] "I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. Peluru aku takkan pernah tersasar dari kepala orang. Ra...