Pre-order Novel The Hunter (C...

Per missdiyyah

1.7M 13.6K 1.4K

<2nd Novel> Highest Ranking- #1inAction(23/2/2021) [Completed] Known as Healing Love. "Di saat awak... Més

TH BAB 1
TH- BAB 3
TH BAB 4
TH BAB 5
TEASER THE HUNTER 1
TEASER THE HUNTER 2
PRE-ORDER KOMBO ADRENALINE
Special Announcement(Siapa baca dia comel)
The Hunter's Price List✨
PRE-ORDER NOVEL THE HUNTER🤍

TH BAB 2

29.1K 2.4K 195
Per missdiyyah

"AWAK...."

Dahi Zufar berkerut. Kenapa dia macam dengar suara perempuan? Tapi tak mungkin lah. Sekarang ni kan dah pukul empat pagi. Tak mungkin seorang perempuan boleh ada di pantai ini.

"Awak...."

Zufar menghela nafas perlahan. Siapa pula nak main-main dengan dia ni? Terus dia menoleh kepalanya untuk mencari gerangan yang tengah memainkan dia sekarang ini.

"Ya Allah!" Zufar terkejut. Matanya membulat apabila melihat seseorang sedang duduk di tepinya. Dia terus bangun dari duduk kemudian menjauhi 'lembaga putih' itu. Sudahlah lembaga itu berpakaian baju warna putih ditambah lagi dengan wajah yang comot!

Aakif terus melangkah laju menuju ke tembok itu selepas mendengar jeritan Zufar. Dadanya berdebar-debar. Jarang Zufar nak jerit macam itu. Did something happen?

"Arghh!" Jerit Aakif sebaik sahaja dia tiba di tembok itu. Wajahnya pucat tak berdarah. Zufar di sebelahnya juga sedang tergamam. Masing-masing tergamam dan kelu untuk berkata apa-apa. Wajah lembaga itu diperhati lama oleh mereka berdua.

"Tuan, ini hantu ke manusia?" Bisik Aakif. Zufar terus menjeling Aakif dengan tajam.

"Kau ingat aku nak ambil tahu ke?" soal Zufar kembali.

Terkebil-kebil Tihani apabila dirinya diperhati dengan begitu lama oleh dua orang lelaki di hadapannya ini. Geram juga dia apabila dilabel sebagai 'hantu' oleh mereka berdua. Ini semua sebab baju tidur dia yang berwarna putih dan wajahnya yang sedikit kotor dengan debu tanah. Tak ada masa dia nak fikir tentang penampilan dirinya. Sudahlah dia melompat keluar dari beranda biliknya dari tingkat dua. Memang teruklah penampilan dia!

"Excuse me, I am a human for sure." kata Tihani. Aakif menghela nafas lega. Zufar pula hanya beriak biasa.

"What are you doing here, miss? Sekarang ini dah pukul 4 pagi and you are here alone? At Pantai Cahaya?" Aakif memandang Tihani dengan tidak percaya. Nampaknya ada 'tiga orang gila' yang datang ke pantai pada waktu-waktu sebegini. Dia, Zufar dan wanita yang dia tak tahu nama ini.

Tihani diam tidak menjawab tapi matanya hanya memandang Zufar dari tadi. Aakif yang menyedari perlakuan Tihani, terus memberikan hoodie miliknya kepada Zufar. Risau jika wanita di hadapan mereka ini mengenali Zufar walaupun perkara itu amat mustahil untuk terjadi.

Zufar terus memakai hoodie Aakif kemudian ditarik sikit hoodie itu menutupi mukanya. Tidak selesa dia apabila dipandang sebegitu oleh Tihani.

"Aakif, jom balik." Zufar mengajak sambil dia melangkah pergi. Aakif terpinga-pinga. Biar betul Zufar ini.

"Tuan Zufar, takkan nak tinggal je perempuan ni? Macam mana kalau ada orang jahat nak culik dia ke, ragut dia ke atau lebih teruk lagi kena rogol?" soal Aakif dengan nada risau. Tihani pula hanya memandang gelagat Zufar dan Aakif dari tadi.

'Jadi, nama dia Zufar?' Tihani berbicara di dalam hatinya. Sebenarnya tadi dia ingin mencari rantai miliknya yang mungkin terjatuh di atas tanah. Tengah dia cari, tiba-tiba dia ternampak seorang lelaki sedang menangis. Lama juga dia memerhati lelaki itu dan perasaan tenang lahir di dalam hatinya tatkala melihat wajah lelaki itu. Sebab itulah dia duduk di sebelah Zufar. Rasa ingin tahu tentang keadaan Zufar yang menyebabkan dia memanggil lelaki itu.

Zufar menghentikan langkahnya kemudian wajah Tihani dipandang. Tak lama, hanya 3 saat dia pandang wajah polos itu. Keluhan dilepaskan.

"Kau tanya dia, siapa yang kita boleh hubungi untuk hantar dia pulang." arah Zufar. Aakif mengangguk faham kemudian dia mendekati Tihani.

"Cik, maaf saya bertanya. Nama cik siapa ye?" soal Aakif dengan sopan. Tihani memandang Aakif kemudian dia memandang pula Zufar yang sedang memerhatinya dari jauh.

"Tihani....Tihani Arissa." Aakif mengangguk faham. Cantik sungguh nama. Seindah maksudnya.

Tihani Arissa, maksudnya bahagia dan kuat.

"Ermm Cik Tihani, apa yang kami boleh bantu? Mungkin kami boleh hubungi keluarga cik? Lagipun bahaya cik duduk seorang diri di sini." soal Aakif dengan prihatin. Tangannya sudah memegang telefon.

Tihani pantas menggeleng kepalanya. Balik rumah? Memang tak la! Susah payah dia larikan diri dan kalau mereka di dalam rumah agam itu tahu, habislah dia. Biarlah dia pulang dengan sendirinya.

"Tak apa. Saya tak perlukannya. Terima kasih." Ucap Tihani dengan senyuman nipis. Aakif pelik. Biar betul? Boleh ke duduk seorang dekat sini?

"Miss, are you sure? Kami tak ada masa nak main-main sekarang ini." Tegas Zufar.

Tihani memandang wajah Zufar yang sedikit tertutup dengan hoodie biru gelap itu. Wajah itu hanya beriak biasa tanpa senyuman. Tak marah dan tak risau tetapi hanya riak tenang terpancar di wajah itu.

"Yes, I am very sure. Saya boleh duduk seorang diri dekat sini." Jawab Tihani dengan yakin sambil matanya mencari-cari rantai itu. Dia tak boleh hilangkan rantai itu.

Tanpa menunggu lama, Zufar terus melangkah pergi. Nak buat apa terhegeh-hegeh lagi dah kalau tuan empunya tak sudi. Aakif pula masih teragak-agak ingin meninggalkan Tihani tapi dia terus melangkah pergi sebaik saja Zufar memandangnya dengan tajam dari jauh.

Tihani masih mencari-cari rantai itu kemudian dia bangun berdiri di atas tembok itu. Mana tahu rantai terjatuh atas batu-batu itu walaupun perkara itu sangatlah mustahil untuk berlaku. Ye la, rantai mana boleh terbang!

Aakif menoleh ke belakang untuk memastikan Tihani dalam keadaan baik tetapi sebaliknya kejutan yang dia dapat! Bulat matanya apabila melihat Tihani sedang berdiri di atas tembok itu.

"Ya Allah! Cik, bahaya!" Jerit Aakif. Zufar turut terkejut kemudian dia terus berlari laju ke arah Tihani. Jantungnya berdegup dengan pantas! Tak, tak mungkin seorang lagi manusia akan mati di depan matanya.

Badan kecil itu dipeluk erat kemudian dia menarik Tihani turun dari tembok itu. Mereka sama-sama terjelepuk di atas tanah. Terketar-ketar tangan Zufar memegang baju tidur Tihani.

"Kau gila ke nak bunuh diri!" tengking Zufar. Matanya mencerlung marah! Tihani tergamam. Terkejut dia ditengking macam tu. Wajah marah Zufar dipandang dengan geram.

"Mana ada saya nak bunuh diri! Berdosa lah!" Tihani mendengus kasar!

"Tahu pula berdosa! Yang kau pergi panjat tembok itu kenapa? Kau tahu tak, kalau kau jatuh tadi memang pasti aku yang jadi saksi kematian kau!" Zufar mencerlung matanya ke arah Tihani. Tihani hanya diam. Dia masih terkejut ditengking sebegitu oleh Zufar.

"Rantai saya hilang. Sebab itu saya berdiri atas tembok tu. Mana tahu rantai tu jatuh atas batu-batu tu ke? Saya nak tengoklah atas batu-batu tu." Tihani mengembungkan pipinya. Dalam diam bibirnya tersenyum kecil. Entah kenapa hatinya gembira. Inilah kali pertama ada orang luar yang prihatin terhadapnya.

Zufar mengeluh lemah. Penat dia dengan Si Tihani ni. Tak pernah lagi dia jumpa dengan orang yang macam ni. Lantas dia bangun dari atas tanah kemudian dia menjauhi Tihani.

"Aakif, kau suruh Rina datang sini. Sebelum itu, suruh dia cari maklumat tentang Tihani Arissa. Nak tak nak, kita kena hantar dia balik rumah." Zufar memicit dahinya. Dia penat sungguh sekarang ini. Seminggu berada di London dan tanpa berehat terlebih dahulu, dia terus datang ke Pantai Cahaya. Tiba-tiba kena hadap manusia bernama Tihani Arissa ni pula!

"Baik, tuan." Aakif segera mengambil telefon di dalam poket seluarnya.

Zufar pula melangkah menuju ke arah keretanya. Pintu kereta dibuka kemudian diambil sneakers miliknya. Keluhan terlepas dari mulut. Mungkin ini kali terakhir dia lihat dan pegang sneakers kegemarannya ini. Dia kemudiannya melangkah kembali ke arah tembok itu. Sneakers di tangan dihulurkan kepada Tihani.

"Pakai ini. Nanti lagi luka kaki kau." kata Zufar kepada Tihani. Matanya hanya memandang tanah. Wajah Tihani pun hanya dipandang sekejap.

Teragak-agak Tihani ingin mengambil sneakers di tangan Zufar tapi dia tetap mengambil. Aakif terkebil-kebil. Terangkat keningnya tatkala melihat perlakuan Zufar terhadap Tihani. Tak sangka, hari ini dia akan nampak sisi lain dalam diri Zufar Emiir.

"Thank you." Ucap Tihani dengan senyuman nipis. Kaki disarung ke dalam sneakers berwarna hitam itu. Ada lebih dua inci juga. Biasalah kaki lelaki memang besar daripada perempuan.

"Aakif, kau dah telefon Rina?" Zufar bertanya. Aakif mengangguk kepalanya.

"Sudah. Dia kata mungkin ambil masa sikit." Zufar mengangguk faham.

"Cik Muda Tihani!" Seseorang tiba-tiba memanggil kuat nama Tihani.

Zufar dan Aakif menoleh ke belakang. Kelihatan seorang perempuan sedang berlari ke arah mereka. Di belakangnya ada dua orang lelaki berpakaian hitam dengan tubuh badan yang tegap.

Zufar mengerut dahinya. Wajah pucat Tihani dipandang. Cik Muda Tihani?

AAKIF memerhati keadaan di hadapannya sekarang ini. Zufar sedang berpeluk tubuh sambil bersandar pada pokok. Tihani pula sedang membatu di atas tembok itu. Di sebelahnya pula ada seorang wanita. Lagaknya seperti sedang memujuk.

"Rina, tuan bagitahu awak tak perlu datang. Everything is under control." Ujar Aakif sambil dia memandang situasi di hadapannya ini.

"Are you sure, Aakif?" soal Rina di corong telefon.

"Yes, and for your information, Tuan Zufar tak masuk kerja hari ini."

"Okey noted. Then, kalau ada masalah apa-apa bagitahu Rina ya."

"Sure." Aakif terus mematikan panggilan. Dia mendekati Zufar yang kelihatan letih di bawah pokok. Dia tahu Zufar tak cukup rehat. Tapi apakan daya, dia sendiri tak jangka perkara ini akan berlaku.

"Tuan, what about that girl?" soal Aakif.

Zufar hanya mengangkat bahu. Dia sendiri pun tak pasti. Dari tadi Tihani hanya membatu di atas tembok itu. Walau dipaksa oleh dua orang lelaki yang memang pasti bodyguards itu, namun gadis kecil molek itu hanya buat tak tahu. Malah sempat lagi Tihani menendang perut salah seorang bodyguard itu.

'Complicated juga kau ni, Tihani Arissa'. Zufar berkata di dalam hatinya. Jam di pergelangan tangannya dipandang. Lagi 10 minit nak masuk subuh. Dia takut lambat pula nak solat subuh.

"Aakif, kau pergi bagitahu dekat perempuan sebelah Cik Tihani itu yang kita dah nak pergi. Satu lagi kalau dia nak jumpa aku, jangan benarkan." arah Zufar kepada Aakif dengan tegas. Takkanlah nak pergi macam itu sahaja. Dia tak mahu dilabel sebagai orang yang kurang sopan.

Aakif menurut perintah. Dia kemudiannya terus melangkah ke arah tembok itu. "Maaf menganggu Cik Tihani dan err cik?"

"Cik Flora. Nama saya Flora." Flora tersenyum. Aakif mengangguk faham.

"Cik Tihani dan Cik Flora, kami dah nak pergi. Lagipun waktu subuh dah nak masuk dan tuan saya perlukan rehat sebab dia baru balik dari luar negara. Minta maaf sebab kami tak boleh nak tunggu lebih lama."

Flora mengangguk faham sambil dia tersenyum lebar. Wajah Zufar dipandang dari jauh. Namun lelaki itu hanya menunduk dan wajahnya dihalang dengan hoodie. Tanpa meminta kebenaran Aakif, dia terus bangun kemudian melangkah menuju ke arah Zufar.

"Eh Cik Flora!" Jerit Aakif perlahan. Alamak! Kalau Tuan Zufar marah macam mana?

Dengan cemas, Aakif melangkah laju ke arah Flora dan Zufar.

Flora berdiri di hadapan Zufar yang langsung tidak memandangnya.

"May I know your name, sir?" Sungguh dia terpaksa bertanya atas permintaan majikannya iaitu bonda dan ayahanda Tihani. Mungkin mereka mahu berterima kasih atau mungkin mereka mahu bertemu dengan lelaki di hadapannya ini.

'Huh, mesti nak suruh lelaki depan aku ni tutup mulut tentang hal Cik Muda Tihani.' Flora membebel di dalam hatinya.

"No." Zufar bertegas. Dia kemudiannya terus melangkah pergi meninggalkan semua orang di situ. Aakif sempat memberi senyuman kepada Flora sebelum dia mengikut Zufar dari belakang.

Tihani memandang sepi Zufar dan Aakif yang berlalu pergi. Lama matanya memandang belakang badan Zufar yang tegap. Dia tiba-tiba teringat akan air mata yang mengalir di pipi Zufar.

"Kenapa saya rasa kita berdua berkongsi perasaan yang sama? Seperti ada sesuatu pada awak yang membuatkan saya turut merasakan perit itu." Tihani bercakap perlahan.

Flora pula hanya diam. Kepalanya ligat memikirkan sesuatu selepas Zufar dan Aakif berlalu pergi. Entah kenapa, dia seperti kenal dengan suara itu. Tapi tak mungkinlah.

"Tak mungkin itu Tuan Muda Emiir."

♟️♟️♟️

Continua llegint

You'll Also Like

1M 115K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...
229K 7.2K 17
Hidup Niarayha berubah sekelip mata. Dia dibuang keluarga dan dihina untuk perkara yang bukan dilakukan olehnya. Kerana fitnah itu, jiwanya menangis...
163K 5.6K 61
KARYA PERTAMA - NURUL ASYIQIN Tengku Aaryan Zahreen ❆| Azzahra Raissa ❃ "Me? I'm cold hearted men & a killer" -Tengku Aaryan Zahreen- Sejauh manapun...
166K 8K 43
MY GREY GUY ( NEW VERSION ) -everyone can't touch you, or death will overtake them- ... LUTH AELDEN EVRARD seorang lelaki yang mampu membuatkan gadi...