TOMBOY SEASON 5 - The Supreme...

Bởi FirTreeJune

4.7K 510 410

10 tahun yang lalu, Fir Tandingan dan Jonaz mengorbankan nyawa mereka untuk memberi peluang kepada kawan-kawa... Xem Thêm

Kepulangan - Part 1
Test Power - Part 2
#THROWBACK 'Sayonara Mempy' - Part 3
Cincin Menanti Mimpi - Part 4
Keturunan Rogon Rundawi - Part 5
Asal Usul Putera Rundawi - Part 6
Kelahiran Cham - Part 8
A Family Tree - Part 9
You're Not Welcome - Part 10
The Clue - Part 11
Endless Love - Part 12
Merentasi Alam - Part 13
Bambarayon - Part 14
Face to Face - Part 15
Bersatu Kembali - Part 16
RINGKASAN BAGI YANG MALAS MAU BACA BALIK
Faith a.k.a Si Raja Naga - Part 17
Pertarungan Ratu dan Raja Rundawi - Part 18
Luca, Ratu dan Kuma - Part 19
The King of kings - Part 20
I Love You, Beloved - Part 21
The Final Journey - Part 22

Kerajaan Rundawi - Part 7

243 27 9
Bởi FirTreeJune

IKLAN: Awal banar iklan sy nikali sebab berkurun sudah ni part hanging inda abis. Sy kasi ringkasan bab yang dulu, definitely kamurang semua sudah lupa apa kisah sebelumnya.

Part 1; Throwback Mempy & Janice dari from the book Tomboy - Janice The Original dan juga kepulangan si Tham, menantu ke-2 Tedd/Luc. Gempak juga kenen entrance si Tham ni dengan tali kerbau di tangan. In addition, pengenalan watak2 anak2 Annie/James for Cham, dan Mary/Madi for Kelv & Earl. Aii.. jajal ni budak2 ni terutama si Cham.

Part 2; Entrance si Penghulu a.k.a Faith Abram. Perggghhh! Lagi stylo 😂😂.

Part 3: Throwback macam mana penjelmaan Mempy jadi urar baaaasaaar and how Janice punya condition from the last book.

Part 4: Cincin menanti mimpi, lebih kepada adat istiadat mcm mana proses menunang kaum dusun yang dulu2. Inda pernah lagi sy jumpa ni adat kena buat sepanjang sy jadi bobolian. Eh? Pembetulan. Sepanjang sy ikut2 nenek bobolian. Dar sini akan terungkap kisah si Kojack, bf si Angel.

Part 5; Faith membawa kanak2 ribena a.k.a anak-anak buahnya i.e Earl, Kelv (anak Mary/Madi) Cham (anak Annie/James), Odeth dan Kirana (anak April/Will) mengunjungi apartment Kojack setelah melihat cincin menanti mimpi kepunyaan bf si Angel itu. Dalam bilik tersebut, kejadian paranormal berlaku, beratus ratus ekor ular putih kecil keluar dari kota kayu pusaka tinggalan ibubapa Kojack padanya. Dalam situasi itu, Earl dan Cham masing-masing mengeluarkan aura power yang dahsyat membakar hangus sehingga menjadi debu kesemua binatang kecil yang merayap itu. Sekembalinya mereka di rumah Luc/Tedd, sekali lagi kejadian tidak disangka berlaku pada Kojack. Bf si Angel itu bertukar rupa dan menggelar dirinya sebagai Putera Rundawi! Omoooo!

Part 6: Menceritakan asal usul Kojack, siapa yang melahirkan dia dan bagaimana dia dilahirkan.
Ainaa... Pindik juga penerangan part 6 😂😂

Bah, mulakan pembacaan part 7 ar. Pindik juga kali ni part ni sebab gimbaran sy bilang dia panaaaat bh turun dari gunung 😂😂

Beberapa tahun dahulu di suatu pergunungan kediaman bunian...

ISTANA RUNDAWI

"Sy rindu anak kita, kanapa sy inda buli lawat dia hari-hari?! Kau tau juga sekelip mata sy buli lenyapkan semua manusia yang mendekati Putera Rundawi!" Kedengaran pertengkaran mulut di antara Raja dan Permaisuri Rundawi, keluarga kandung Putera Rundawi a.k.a Kojack yang dijaga manusia bernama Hildy dan Rusia.

"Kau jangan kasi dedah sangat kewujudan kita di alam manusia, Kunai! Kita sudah membuat perjanjian dengan kaum mereka. Kalau bau anak kita dihidu oleh molohing-molohing yang lain, putera kita tidak akan hidup lama! Kau faham!" Merah padam muka Raja Kuma apabila permaisurinya tidak mendengar kata.

"Sy kasi mati diorang semua! Sy tidak peduli! Sy mau anak sy balik ke pangkuan sy juga!" Masih degil dengan keputusannya, Permaisuri Kunai dengan beraninya melawan raja.

"Kunai!" Kepala Raja Kuma yang tadinya berupa seperti manusia bertukar menjadi kepala ular putih berjalur emas. Lidah hitam bercabang tiga terjelir dan taring sepanjang 10cm tersembul keluar dari mulutnya. Aura putih panas mulai keluar dari badan Raja Kuma. Permaisuri Kunai terdiam. Dia tahu kuasanya tidak setanding raja pemerintah Rundawi. Kakinya terundur beberapa tapak ke belakang, menjauhi aura putih yang membahang wajah dan badannya. Kalau saja dia berkeras nescaya dia akan lentur menjadi debu sebelum sempat menyentuh badan sang raja.

Permaisuri Kunai berlalu dari ruang istana, membawa hati yang sungguh luka. Dia rindu pada puteranya, anak yang dikandung manusia terpilih bernama Rusia. Untuk menjadikan anaknya itu sebagai pemerintah dunia Rundawi dan manusia, Permaisuri Kunai tidak dapat menghalang takdir yang zuriatnya itu mesti dilahirkan sebagai manusia. Dan sebelum dia kembali ke kerajaan Rundawi, puteranya itu harus membawa bersama pasangannya yang pada ketika itu dikandung oleh pendamping yang diamanatkan pada Odu Bodu oleh Raja Kuma. Ini bermakna dia harus menunggu lagi untuk Putera Rundawi pulang ke pangkuannya.

"Ah! Persetan sama perjanjian manusia! Sy permaisuri Rundawi! Siapa yang berani mau lawan kaum kami?!" Marah Permaisuri Kunai dengan geram. Matanya yang tiba-tiba menyala menjadi seperti warna api membakar serumpun buluh kuning di hadapannya.

"Puteri Memphis mesti berjumpa dengan Putera Rundawi. Kalau berharap sama Raja Kuma punya orang kanan saja mungkin diorang berdua tidak akan bertemu. Sy inda percaya si Odu Bodu. Manusia mimang selalu ada sifat tamak. Huh!" Permaisuri Kunai berkata lagi pada diri sendiri. Dia nekad untuk mengingkari perintah rajanya demi untuk berjumpa puteranya yang tersayang. Segera dia keluar dari kawasan istana menuju ke kaki gunung, pintu keluar masuk ke dunia manusia dan kerajaan Rundawi.

Sementara itu di istana Rundawi, Raja Kuma menarik nafas panjang apabila permaisurinya meninggalkan balai utama. Dia tahu Kunai yang keras kepala itu akan terus pergi ke dunia manusia berjumpa dengan Putera Rundawi. Hatinya menjadi semakin bimbang dengan berita yang disampaikan oleh Odu Bodu dua hari yang lalu.

"Raja Kuma, salah satu molohing macam sudah nampak ramalan pasal Putera Rundawi. Sy inda buli tutup mata diorang selama-lama kalau Permaisuri Kunai inda mau dingar cakap. Odu Yanis buli meramal masa depan yang berpuluh tahun akan datang. Kalau masih macam ini, anak yang dijaga oleh pendamping sy pun akan kena tahu juga. Kalau salah satu diorang dijaga oleh sunduan doh Kinorohingan (semangat Kinorohingan/tuhan), anak kau akan kekal di dunia manusia dan tidak akan balik sama kamu lagi. Kuasa yang ada dalam peti itu sepatutnya cukup untuk bawa balik Putera Rundawi sama tambalut dia (Puteri Memphis) pigi sini tapi itupun kalau pendamping yang kau bagi itu panjang umur. Kau tau juga umur sy sampai mana, Raja Kuma. Kalau terus begini dunia kamurang inda akan selamat lagi." Kata-kata panjang lebar dari Odu Bodu terngiang-ngiang di telinga pemerintah itu dunia ular bunian itu.

"Koilo oku (sy tau) Odu Bodu. Si Kunai cuma mau jumpa anak dia saja tapi ko pun tau dia macam mana," kata Raja Kuma yang tahu berbahasa seperti bobolian tersebut. Persahabatan mereka dengan generasi manusia ini sudah terjalin begitu lama sejak dari keturunannya lama dahulu.

"Apa macam pun, molohing-molohing tatap inda buli tau kewujudan Putera Rundawi. Kuasa ko pun bergantung dengan anak ko juga, Raja Kuma." Demikian isi kandung perjumpaan singkatnya dengan Odu Bodu. Raja Kuma semakin tertekan. Sudah banyak bangkai-bangkai rakyatnya dijumpai di luar kawasan istana mereka gara-gara perbuatan tidak kisah Permaisuri Kunai. Semakin lama, kewujudan mereka semakin terdedah. Sehari sebelum Odu Bodu berjumpa dengannya, bangkai ketua pengawal Sang Suna yang sangat dipercayainya dijumpai tanpa kulit menampakkan isi dagingnya. Manusia menjadi semakin kejam. Kulit ular yang unik dijadikan mereka sebagai perhiasan. Raja Kuma tidak juga boleh menyalahkan Permaisuri Kunai seratus peratus kerana kegilaan manusia semakin menjadi-jadi. Pemerintah itu menarik nafas panjang, keputusannya tersepit diantara permaisuri dan perjanjian nenek moyang.

"Sang Sawa, di mana Permaisuri Kunai?" Tanya Raja Kuma seraya berjalan ke arah takhtanya. Sang Sawa, seekor ular sawa berwarna biru yang setia menunggu di sebelah kerusi diraja itu segera menunduk.

"Permaisuri Kunai sudah memasuki alam manusia, Raja Kuma. Perlukah saya hantar orang untuk membawa dia balik?" Raja Kuma tidak terkejut dengan berita yang sampai di telinganya.

"Biarkan saja Sang Sawa. Nanti dia pandai balik sendiri. Ko sudah pigi tingu pasangan Putera Rundawi (merujuk kepada Mempy)?" Tanya Raja Kuma seperti tidak merasa risau permaisurinya memasuki dunia larangan.

"Budak perempuan itu membesar dengan baik, Raja Kuma. Pendampingnya tidak pernah jauh dari sisinya," penjelasan yang singkat dari Sang Sawa itu diikuti anggukan kepala sang raja.

"Sy mau melawat seseorang, kalau Permaisuri Kunai kembali dan bertanya, katakan saja sy berjumpa dengan Odu Bodu," kata Raja Kuma seraya keluar dari kawasan balai istana diiringi Sang Sawa yang setia.

"Arahan Raja Kuma sy fahami," begitu jawapan Sang Sawa sebelum ditinggalkan oleh Raja Kuma...

******************************

Raja Kuma menghampiri rumah banglo kepunyaan Luc/Tedd dengan kuasa halimunannya. Matanya melirik memperhatikan gerak geri Mary yang sudah lama berkenan di hatinya. Kejelitaan wajah gadis kacukan itu membuatkan hati Raja Kuma selalu rindu untuk bertandang ke dunia manusia sekadar untuk menatap si jelita namun kali ini pemerintah kerajaan Rundawi itu mempunyai hasrat yang berbeza...

"Sweetheart, marilah tidur. Lewat sudah ni," kata Professor Madi yang sejak dari tadi sudah berada di atas katil. Berulang kali sudah si professor itu menguap.

"Iya, jangan ko tidur dulu sebab ko belum bayar bil air satu minggu," bilang si Mary berbaur 20sx 😂

"Bah capat sikit nanti bertiduran si awang," ujar Professor Madi tidak akun kalah dengan bahasa kiasan. Pada ketika ini Raja Kuma berdiri di tepi katil sebelah Professor Madi. Ditiupnya nafas pada telinga professor itu membuatkan suami Mary tiba-tiba terlena. Di kala inilah Raja Kuma memasuki badan tersebut tanpa diketahui sesiapa...

Selepas menggomoli si jelita di dalam bentuk manusia biasa, Raja Kuma pulang ke kerajaannya dengan perasaan yang puas. Benih keduanya sudah mengalir di dalam tubuh Mary dan ini bermakna Putera Rundawi akan mempunyai seorang lagi adik yang akan mewarisi kuasa sepertinya...

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

8.5K 382 33
Rank 1 #in Misteri Rank 1 #in Movie Rank 1 #in Hantu Rank 1 #in teka-teki Rank 1 #in Kampus Rank 1 #in Jiwa Rank 1 #in Universitas Rank 1 #in sunyi R...
2.5M 83.9K 37
| 2017 | PREVIU 35 BAB PDF | EBOOK ROMANCE 𝐐𝐮𝐢𝐝 𝐩𝐫𝐨 𝐪𝐮𝐨 : 𝐀 𝐟𝐚𝐯𝐨𝐮𝐫 𝐨𝐫 𝐚𝐝𝐯𝐚𝐧𝐭𝐚𝐠𝐞 𝐠𝐫𝐚𝐧𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐫𝐞𝐭𝐮𝐫𝐧 𝐟𝐨𝐫 �...
41.7K 4.2K 57
🔥Winner Wattys 2020🔥 🔥Best Horror Storys🔥 AWAS! KEPADA YANG LEMAH SEMANGAT! Cerita ini di kisahkan tentang sebuah bangunan asrama yang telah la...
177K 10.7K 48
#1 in paranormal. Aku mendapat sesuatu yang mulanya menyeksa aku selama beberapa jangka masa.. Namun aku dapat rasakan ianya adalah daripada keturuna...