[C] Dutch Lady + jjk

By lattaesthetic

151K 19K 2.4K

❝ Semuanya bermula dari sekotak susu dutch lady. ❞ Jeon Jungkook ft. Kim Nayeon Highest ranking ; #2 i... More

Prologue
One
Two
Three
Four
Five
Six
Seven
Eight
Nine
Ten
Eleven
Twelve
Thirteen
Fourteen
Fifteen
Sixteen
Seventeen
Eighteen
Nineteen
Twenty
Twenty-one
Twenty-two
Twenty-three
Twenty-four
Twenty-five
Twenty-six
Twenty-seven
Twenty-eight
Twenty-nine
Thirty
Thirty-one
Thirty-two
Thirty-three
Thirty-four
Thirty-five
Thirty-six
Thirty-seven
Thirty-eight
Thirty-nine
Forty
Forty-one
Forty-two
Forty-three
Forty-four
Forty-five
Forty-six
Forty-seven
Forty-eight
Forty-nine
Fifty
Epilogue

Final

3K 314 65
By lattaesthetic

aku terus menyiapkan diri selepas mendapat panggilan dari yoongi. katanya nak ajak aku ke suatu tempat dan ianya penting.

aku hanya turutkan sahaja katanya.

"kyung mi, bagitahu namjoon yang aku nak jalan okay?" pintaku kepada nya yang sibuk menghidangkan sarapan.

"okay okay. tak nak sarapan dulu ke?" dia mengelap tangannya pada tisu basah.

"tak apa lah. nanti aku makan kat kedai."

"ye lah, suruh yoongi bawa kereta elok elok. kang terbabas pula kat jalan." kyung mi tertawa kecil.

"boek."

+++

"kau tak bawa jiwoo sekali ke?" soalku sambil memandang ke belakang kereta. kelibat jiwoo langsung tidak kelihatan.

"tak. aku suruh omma jaga dia. lagipun, kesian omma sebab tak ada yang teman dia kat rumah. kalau ada jiwoo, tak lah omma bersendirian." jelas yoongi. aku hanya menganggukkan kepala.

"kau nak bawa aku pergi mana?"

"aku nak bagi surprise tapi kau siap tanya pula. nanti kau tahu la. sepak kang."

"ish jangan la marah. kuat marah ni mesti ada high blood pressure kan?" teka ku sambil tersenyum. yoongi mengerutkan dahinya.

"apa kau merepek ni? mulut tu tak boleh eh duduk diam diam? asyik nak bercakap je."

"eh mulut tak duduk. dan untuk pengetahuan kau, mulut diciptakan untuk mengatakan kebenaran. apalah gunanya mulut jika tidak digunakan dengan elok? lainlah kalau kau. ada mulut tapi guna untuk mencarut je." bebelku lagi. senyuman mereng dihadiahkan.

yoongi kemudiannya mengeluh.

"ye lah, kau menang. aku ni kuat mencarut, ada high blood pressure. tak macam kau. semua perfect. seratus peratus sempurna." matanya dijegilkan. berkemungkinan malas mahu melayan aku kerana dia masih fokus dengan pemanduannya.

"aku tak nak menang pun. aku cakap kebenaran bukannya kepalsuan." aku menjuihkan bibir.

"ye la negro. diam la sikit ish."

"jangan racist boleh tak? sikit sikit nak jadi racist. satu hari nanti orang palau kau sebab kau terlalu putih haa kau nak ke?"

"tak nak, saem." yoongi menjawab dalam nada sarkastik. kemudian dka menggelengkan kepalanya perlahan.

"saem hotak kau la."

"habistu? kau membebel kalah omma aku. tahi telinga aku ni ni ha. kalau kau perhati baik baik, cair dah disebabkan bebelan kau yang tak pernah ada penamatnya." katanya tanpa memandang aku.

"aku nasihat je- eh mak kau!" aku melatah pendek sebaik sahaja yoongi menekan brek. badanku terkehadapan sedikit disebabkan oleh brek mengejut yang baru sahaja dilakukan oleh yoongi.

ceit, mentang mentang kereta baru.

"nasihat hotak kau la. jom. dah sampai dah ni." yoongi mematikan enjin kemudian keluar dari perut kereta. sempat lagi dia meniru gaya percakapanku.

"cepat la!" jerit yoongi dari luar.

euw tak gentleman langsung mayat hidup ni. sekurang kurangnya, bukakan la aku pintu. dah la ajak aku jalan tiba tiba dalam keadaan yang kelaparan.

dengan pasrahnya aku keluar dari kereta. pintu kereta milik yoongi aku tutup kuat tanda geram.

"woi kesian baby aku kau kerjakan!" jeritnya lagi. kemudian dia berpura pura mengusap keretanya yang tidak seberapa cantik itu.

"nak pergi mana? cepat la aku dah- woi sakit la beruk! lepas woi!" soalan aku tergantung sepi dan automatik tersambung dengan sebuah jeritan akibat pegangan yoongi yang terlebih erat.

"kalau kau diam, aku lepaskan tangan kau." yoongi kata dalam nada mendatar sambil berjalan ke hadapan diikuti dengan aku.

serta merta aku terdiam.

❁❁❁❁❁❁

.

.

.

.

.

"tempat apa ni? gelap semacam je. kau nak buat maksiat ke apa?" aku memandang sekeliling tempat tersebut. gelap. hanya cahaya lampu chandelier sahaja yang menerangi ruang di dalam itu.

"tak habis habis nak fikir negatif. aku rogol kau tak ke naya." bebola matanya digulingkan.

aku hanya tersengih.

"aku nak keluar jap. tunggu sini eh?" yoongi membuka langkah meninggalkan aku.

"gelap la weh! nak ikut!" jeritan aku hanya seperti angin. langsung tidak dihiraukan dan sia sia.

aku memeluk tubuh sambil memandang sekeliling.

"sekurang kurangnya hidang la makanan ke apa ke. tak tahu ke yang perut aku tengah berkawad satu satu hora horey kat dalam ni?" aku mengeluh sendirian.

"dah la tak ada kerusi. sakit pinggang aku."

"dasar mayat hidup. entah entah dia dia tinggalkan aku sorang sorang kat sini." aku menghela nafas berat.

"aku ada. jangan risau." suara garau menjadi sapaan di telingaku.

suara tu..

ting!

satu notification muncul menandakan mesej masuk.

[myg]

good luck :p ✅✅

hotak dia good luck!

"selama beberapa tahun, akhirnya aku dapat tatap kau semula. aku dapat berjumpa dengan kau, tepat di hadapan aku. aku rindu kau. sangat sangat rindu." perlahan lahan satu figura muncul di sebalik cahaya lampu chandelier tadi.

kenapa kau datang semula?

aku cuba untuk lupakan kau.

tapi, kau paksa aku untuk mengingati semula memori antara kita berdua.

"kim nayeon, do you still remember me?" dia berjalan mendekati aku. aku hanya berdiri kaku pada tempat asalku.

"do you still remember our memories?"

"..."

"and, do you still remember our old relationship?" sebuah senyuman diukirkan olehnya.

"jangan dekati aku! a-aku ada em haa silat gayung aku! kau dekat kau mampus!" aku berpura pura melakukan aksi silat walaupun sebenarnya aku langsung tidak tahu menahu tentangnya.

"dari dulu sampai sekarang, kau tak pernah berubah kan." dia tertawa kecil.

aku rindu..

rindu tawa tu..

"aku berubah la. tengok baju aku. berubah kan? baju aku dari dulu sama ke dengan sekarang? tak kan?" aku cuba menafikan jawapannya.

dan dia masih dengan sisa tawanya.

kemudian dia berdehem kecil.

"orang kat sini sukakan orang kat sana tu." bibirnya dijuihkan.

"tapi orang kat sini tak sukakan orang kat sana." aku melarikan pandanganku dari bertembung dengannya. aku membalas soalannya yang kedengaran comel di telingaku.

"nayeon, dengar penjelasan aku dulu. boleh kan?" rayunya.

"tak boleh." aku menggeleng pantas.

"boleh la. please?"

dan aku masih menggelengkan kepalaku tanda protes. kemudiannya dia mengeluh.

"semua ayat aku yang aku nak jelaskan kepada kau tiga tahun yang lepas masih segar dalam ingatan aku dan kau tak nak bagi aku jelaskan walau sekali?" aku sedar bahawa dia sedang memerhati aku walaupun pandanganku aku lemparkan ke arah lain.

aku mendiamkan diri. tidak mampu dan tidak berani untuk membuka bicara. aku ingin meninggalkan ruang ini tetapi kakiku terlalu berat untuk melangkah.

"kau sebenarnya dah salah faham. aku dan amy langsung tak ada apa apa hubungan walau sekalipun. kau dah lupa ke yang aku hanya anggap dia adik angkat aku? kan aku pernah cakap yang aku anggap dia tak lebih dan tak kurang dari seorang adik angkat?" nadanya kedengaran sayup sayup.

tak ada hubungan?

"aku buat macam tu sebab aku nak nampak reaksi kau. aku nak nampak sama ada kau cemburu atau tak." jelasnya lagi.

tipulah kalau aku tak cemburu, jeon jungkook.

kau dan amy macam suami isteri. terlalu rapat sehinggakan aku rasa aku dah tawar hati.

"aku buat semua ni bila aku dapat tahu kau dengan yoongi hyung berpeluk kat rooftop. tahu tak betapa hancurnya hati aku masa tu?" jungkook mengambil nafas sedalam yang mungkin kemudian dia menyambung semula ayatnya.

jadi, jungkook tak layan aku disebabkan aku dan yoongi berpeluk kat rooftop?

lagipun, salah aku juga sebab tak paksa diri aku untuk terangkan walaupun jungkook mengelakkan diri daripada aku.

"aku tahu dari amy. semuanya dari amy. tapi aku percaya yang kau tak cintakan yoongi hyung. aku boleh tahu dari gaya kau." jungkook tersenyum.

"aku memang dah lama tahu yang yoongi hyung sukakan kau. dia sendiri pernah bagitahu aku. tapi dia kata dia tak nak rosakkan hubungan kita sebab dia tahu, aku sayangkan kau lebih dari segalanya."

"aku perasan yang kau nampak aku dan amy kat dalam butik beberapa tahun yang lalu. aku sedar. terlebih sedar, nayeon."

"aku nampak riak wajah kau berubah. aku rasa bersalah tapi aku terpaksa jalankan rancangan aku sebab aku nak kau jujur. aku nak kau katakan yang kau cemburu. tapi rancangan aku gagal." jungkook mengeluh. kepalanya digelengkan.

"tentang slut tu pula, sebenarnya bukan aku. jujur, bukan aku. amy yang taip semua tu."

amy?

aku terus gagahkan diri untuk memandang jungkook.

"masa tu, aku jalan dan phone aku tertinggal kat rumah. phone aku tak ada password dan amy buka segala privasi aku."

"bukan tu je, number kau pun dia padam. tapi yang beruntungnya, chat kau dia lupa padam." sambung jungkook lagi.

"prom night tu pula, aku cuba untuk jelaskan semuanya dan kau larikan diri daripada aku. siap suruh aku lupakan semua memori kita."

j-jungkook..

"orang bodoh je yang akan lupakan semua kenangan manis dia dengan orang yang dia sayang." jungkook mendekatkan jaraknya dengan aku.

"aku pernah janji yang aku takkan pernah berhenti sayangkan kau hingga jantung aku berhenti berdetak. takkan kau dah lupa semua tu?" jungkook berhenti melangkah sebaik sahaja dia berdiri tepat di hadapan aku.

jantung aku, rasa nak terkeluar.

tanpa sebarang keizinan, tanganku diambilnya perlahan kemudian dia letakkan ke dadanya.

degupan jantung dia, laju. sangat laju.

"macam begini lah rasanya setiap pertemuan aku dengan kau. walaupun tiga tahun dah berlalu dan berkemungkinan kau dah lupakan aku, tapi aku takkan pernah lupakan kau. jantung, hati, bibir dan semua anggota badan ni hanya milik kau seorang. tak ada sesiapa yang boleh ganti tempat kau." tanganku dilepaskan dalam keadaan yang perlahan.

aku takkan pernah lupakan kau.

aku dah cuba jungkook.

tapi, gagal.

aku tak boleh.

perasaan aku langsung tak boleh pudar.

"hey, jangan nangis." ibu jarinya menyeka air mata aku yang mengalir di pipi.

oh aku nangis rupanya.

aku tak sedar. langsung tak sedar.

"kalau kau sedih, aku lagi sedih." bibirnya dicebikkan.

tanpa aku sedar, aku tertawa kecil.

"kan comel macam tu?" jungkook mencubit pipiku.

"s-sakitlah.." aku kata dengan sisa air mataku yang masih ada di pipi.

"mianhae, chagiya." bisiknya.

kemudian bahunya aku tumbuk.

"aww kenapa tumbuk tumbuk ni? sakit tahu tak?" tanganku ditahannya.

air mata aku mengalir semula.

"hey, kenapa ni? janganlah nangis. aku tak pandai pujuk." kali ini, dia menggunakan kedua dua ibu jari nya untuk menyeka air mataku.

"k-kenapa k-kau buat m-macam tu? a-aku s-sangkakan yang k-kau dah kahwin d-dengan amy.." tersedu sedan aku berkata.

jungkook tertawa.

"comellah sayang saya ni!" hidungku pula dicuit olehnya.

"kan aku dah cakap aku anggap dia macam adik aku? jangan lah emo sangat." rambutku diusapnya perlahan.

"a-aku rindu k-kau. selama ni k-kau pergi mana?"

"tak ada pergi mana mana pun sayang. aku tunggu masa yang sesuai untuk berjumpa dengan kau. tu je." tangannya beralih pula ke daguku.

"oh ya! aduh lupa pula!" jungkook memukul dahinya perlahan.

"kenapa?"

lampu tiba tiba terpasang. terang benderang sehinggakan mata aku menjadi sedikit kecil. silau sangat!

dan jungkook mula hilang dari pandangan ku.

"jungkook?" aku memandang sekeliling. aku berhenti mencari jungkook apabila aku melihat beberapa buah frame yang elok digantung di bilik ini.

iaitu, gambar aku dan jungkook.

gambar zaman persekolahan dulu..

dan jungkook masih ingat kesemuanya?

"minumlah. mesti kau haus kan?" suara garau menjadi sapaan telingaku.

kelihatan jungkook yang tercungap cungap nafasnya menghulurkan aku sekotak susu.

"kau masih-"

"mustahillah kalau aku lupa yang susu ni susu kegemaran kau." jungkook tertawa kecil.

dutch lady..

selepas prom night tiga tahun yang lalu, aku berhenti minum dutch lady sebab aku cuba untuk lupakan jungkook.

aku membuka plastik straw pada belakang kotak dutch lady tadi dan kemudiannya aku cucuk pada lubang yang telah disediakan di tepi susu kotak itu.

aku menghirup susu dutch lady dengan perlahan lahan. rasanya langsung tidak berubah dari dulu.

rindunya haih :')

tiba tiba sebuah bunyi jatuh kedengaran di atas lantai.

aku hendak memandang ke bawah tetapi terlebih dahulu dihalang oleh jungkook. dia duduk melutut lalu mengutip benda yang jatuh tadi.

"apa yang jatuh-" jungkook terus meletakkan jari telunjuknya di bibirku sekali gus membuatkan kataku terhenti seketika.

"will you marry me?" jungkook memandang aku. sebuah cincin perak dipegang erat di tangannya.

aku berhenti menghirup. rasa macam nak pitam. mataku aku kerdipkan beberapa kali.

"kau serius ke-"

"muka aku nampak macam main main ke?" ayatku dipotong oleh jungkook dan kemudian dia tertawa.

aku memandang jungkook. riak wajah jungkook penuh dengan beribu harapan.

susu dutch lady yang berada di tanganku aku hirup sehingga habis. aku mengambil nafas sedalam yang boleh.

aku menggeleng kecil.

"kau tak nak ke?" cincin yang jungkook pegang tadi hampir saja terlepas dari pegangannya.

"aku setuju.." aku senyum segaris.

jungkook kembali memandang aku.

"haa?"

"aku setuju, jungkook."

"aku setuju!" aku jerit sekuat yang boleh. senyuman kegembiraan terukir di bibir.

aku terus didakap dengan erat.

"aku dah lama tunggu dan akhirnya. aku sayang kau weh! aku sayang kau!" pelukannya makin erat. semakin lama semakin erat.

"a-aku tak boleh bernafas la-" belakangnya aku pukul sebagai tanda ingin dilepaskan dari pelukan.

"okay, mian." jungkook tertunduk.

"so?"

"i love you!" jungkook peluk aku sekali lagi.

aduh mamat ni terkejut aku dibuatnya hshshs.

"kau ni hahaha," aku mengambil nafas yang dalam.

"nado, jeon jungkook." ujarku perlahan.

kemudian perlahan lahan senyuman terukir di sebalik bibir.

☁☁☁

Continue Reading

You'll Also Like

355K 15.8K 67
(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan...
2.3M 134K 71
|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cintakan isteri aku. Hawa Sofiah." Siapa sa...