ANDI CEDRIC: Encik Mafia Duda...

By CtNorLiana

5.6M 95.1K 7.6K

"Excuse me. Can I help?" "Apa yang kau boleh tolong?" "Boleh cakap Melayu ke?" "Dah tu ada nampak aku cakap... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
OFFICIAL COVER EMED
ORDER EBOOK EMED DI SHOPEE
PROMOSI AIDILADHA (EBOOK)
SURVEY REPRINT NOVEL EMED
OFFICIAL COVER ANDI
PRE-ORDER ANDI
TEASER #ANDRIA
TEASER #ANDI PENCABUL
TEASER #NASYA GENGSTER
TEASER #NASYA KEJAM
TEASER #GADUH
TEASER #GUGUR
TEASER #PISTOL
TEASER #ANDRIA
TEASER #FIGHT
TEASER #MATI
KOMBO ANDI & ANDRI

BAB 13

77.3K 4K 278
By CtNorLiana

P/s : Saya up semula dari prolog hingga bab 20. Tetapi yang ni versi edit punya.
____________________________________________________

SYA ada bagitahu kau apa-apa?”

Andri yang sedang memakan roti bakar itu memandang wajah Clark penuh tanda tanya.  “Bagitahu? Maksud kau?”

“Rachel ada jumpa dia,” jelas Clark mendatar. 
Automatik tiga pasang mata memandang ke arah Clark. 

“Mana kau tahu?” Andi yang berada di sebelah Andri menyoal. 

“Bila?” Andri turut mengajukan soalan.

“Semalam, masa kau dekat mall.  Kau ada tinggalkan dia kan?”

Andri diam sesaat.  “Oh aah.  Aku pergi tandas.  Takkan aku nak bawa dia sekali kot masa tu.  Aku biarkanlah dia.”

“Masa tulah Rachel datang jumpa dia,” jelas Clark.

Andi dan Andri saling berpandangan.
“Kenapa kau tak tangkap dia?” Adam yang senyap sejak tadi mencelah. 

“Saja.  Nak tengok sejauh mana kepandaian dia tu.”

“Kau tu yang nampak bodoh sekarang ni,” ujar Andri.

“Aku yakin, dia dah cakap sesuatu dekat Sya. Pembunuh.  Mafia.  Dia mesti dah bongkarkan pasal tu.” Andi menyampuk.

Kesemua yang berada di situ diam.  Sebelum masing-masing mengangguk kepala.  Bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Andi.  

“Semalam lepas keluar dari mall pun, Sya senyap je.  Selalu dia paling riuh,” ujar Andri. 

“Jadi kita nak buat apa?  Kalau betullah Sya dah tahu pasal kita, apa plan kita lepas ni?  Dah tentu dia akan jauhkan diri daripada kita semua.  Dia akan takut dengan kita.  Silap-silap nanti dia tak nak jaga Elsa lagi.  Macam mana?”

Andri memandang ke arah Adam.  Ya, semuanya akan menjadi semakin rumit selepas ini.  

“Bro, kau ada plan tak?” Clark menyoal Andi yang sedang termenung.

“Aku kena kahwin dengan Sya.”

Sebaris ayat yang keluar daripada mulut Andi buat semua kelu.

“Kau dah fikir betul-betul?  Bukan hari tu kau bantah ke?  Ni dah kenapa?  Tak menyesal?” Andri memandang pelik ke arah abangnya.  Hari itu beriya membantah.  Hari ini, setuju pula.  Pelik bin ajaib.

“Demi Elsa,” balas Andi.  Ya, dia akui dia sudah mula menyayangi Elsa.  Dan sekarang dia rasa tanggungjawab untuk menjaga keselamatan Elsa terletak pada dirinya.  Namun Elsa memerlukan Nasya.  Jadi, dia perlu mengikat Nasya terlebih dahulu. 

Adam dan Clark sudah tersenyum.  Manakala Andri masih dengan wajah peliknya. 

“Aku kena buat semua ni.  Kalau Rachel nak jadikan Sya sebagai mainan dalam game ni, kita pun akan guna cara yang sama,” jelas Andi. 

“Okay.”  Serentak Adam dan Clark menjawab. Faham dengan apa yang hendak disampaikan oleh Andi.

Andi menoleh ke sebelah.  Terjongket keningnya memandang Andri.  “Kau dah kenapa?  Dah jadi bodoh?”

“Aah.  Aku terasa bodoh pula sekarang ni.  Hahaha!”

Andi menggelengkan kepala.  Minumannya yang berbaki separuh di dalam gelas disedut perlahan. 

*****

DAUN pintu bilik pejabat milik andri itu ditolak perlahan.  Kepalanya menjengul sedikit ke dalam.  Melihat tiada sesiapa di dalamnya, dia terus masuk ke dalam bilik itu.  Pintu dirapatkan semula.  Sememangnya dia sengaja tidak mengikut Andri untuk turun ke kafe.  Ada perkara yang perlu disiasat. 

Perlahan-lahan kakinya menapak ke arah setiap almari yang berada di dalam bilik itu.  Dibuka satu demi satu, mencari sesuatu.  Dia perlu mencari bukti tentang apa yang dikatakan oleh bekas isteri Andi semalam. Jika benar Andi dan Andri adalah mafia, pembunuh, sudah pasti mereka mempunyai senjata.  Kan? 

Setelah puas menyelongkar, apa yang dilihatnya hanyalah fail-fail hitam berkulit keras yang berada di dalam setiap almari yang dibukanya.  Tiada senjata. 

Nasya menggaru kepalanya sendiri.  Matanya melilau melihat seluruh ruang di dalam bilik itu, sebelum pandangannya tertumpu pada meja kerja milik Andri.  Matanya sempat mengerling ke arah pintu, memastikan tiada sesiapa yang perasan akan apa yang dilakukannya di dalam bilik itu.  Setelah dipastikan selamat, dia melangkah ke meja kerja Andri.  Setiap laci pada meja kerja itu dibuka.  Dua laci teratas, tiada apa yang dijumpainya melainkan pen, serta resit-resit kecil.  Laci yang paling bawah pula ditarik.  Nasya terbungkam apabila melihat objek di dalam laci itu. 

Pistol! 

Jadi benarlah apa yang dikatakan oleh bekas isteri Andi semalam?  Mereka pembunuh?  Mafia?
Nasya menarik nafas panjang.  Perasaan takut dibuang ke tepi.  Dia memberanikan tangannya untuk mencapai pistol di dalam laci itu.  Pistol berwarna silver yang sudah berada di tangannya itu dibelek. 

Bam!

Dentuman berserta kuakan kasar pada pintu bilik itu menyentakkan Nasya.  Spontan pistol yang berada di tangannya itu terpelanting ke atas meja.  Matanya memandang ke arah pintu.  Andi, Andri, Adam dan Clark sudah melangkah masuk ke dalam bilik itu.  Nasya terkaku di tempatnya. 

What are you doing, Nasya?”

Nasya menelan liur mendengar soalan yang diajukan oleh Andri. Tangannya sudah menggigil.   Peluh-peluh kecil mula merenik di dahinya.  Takut.  Rasa menyesal pula masuk ke bilik itu tadi. 

I asked you.  Answer me!” jerkah Andri. 

Terhinjut bahu Nasya akibat terkejut dijerkah oleh Andri.  Kepalanya menunduk ke bawah. “Sa...  saya...”

“Saya apa?  Siapa izinkan you masuk bilik ni? Siapa izinkan you untuk selongkar barang-barang I?  Siapa?” Bertalu-talu soalan diajukan.  Andri melangkah ke arah meja kerjanya.  Pistol yang berada di atas mejanya itu diambil. 

Nasya yang melihatnya sudah mula kecut perut.  “Sa...  saya minta maaf.  Tolong, jangan bunuh saya.” Dia terus berlutut di hadapan Andri.  Kedua tapak tangannya dirapatkan memohon maaf. 

Andri menghela nafas kasar.  Nasya yang sedang berlutut di hadapannya itu dipandang dingin.  “Bangun.”

Nasya tidak menurut.  Dia masih lagi dalam keadaan berlutut di hadapan lelaki itu. 

“Bangun!”

Nasya terus bangun.  Wajah Andri dipandang sipi.  Dia tidak pernah melihat Andri marah seperti itu.  

“Berhenti nangis.”

Air mata di pipinya laju dilap dengan tapak tangan.  Nasya kelipkan kelopak matanya berkali-kali supaya air matanya berhenti mengalir. 

Andri mahu saja tergelak melihat tingkah gadis itu.  Comel!  “Balik bilik you.  Now!”

Tidak menjawab apa, Nasya laju melangkah ke arah pintu.  Andi, Adam dan Clark yang berada di dalam bilik itu tidak dihiraukan.  Dia terus keluar dan menonong masuk ke dalam biliknya yang terletak bersebelahan dengan bilik pejabat Andri itu. 

“Takut budak tu,” ujar Adam lalu melangkah ke arah sofa. 

“Entah kau.  Tak baik betullah buat dia macam tu.  Kalau dia ada sakit jantung tadi, dah mati tahu tak.” Giliran Clark bersuara.  Dia duduk di sebelah Adam. 

Andri sudah tergelak sakan.  Dia duduk di atas kerusi pejabat di hadapan meja kerjanya itu.  “Saja.  Tahu takut,” ujarnya bersama sisa tawa yang masih kedengaran.  Pistol di tangannya diletak semula di atas meja. 

Andi sudah menggelengkan kepalanya.  “Sekarang nak buat apa?  Yang kau pun satu, simpan pistol kat sini buat apa?”

Andri memandang wajah abangnya. “Ikut aku.”

Andi menjongket keningnya.  “Kenapa aku kena ikut kau?”

“Ikut jelah!  Banyak songehlah kau ni.  Aku tembak nanti.  Bodoh!” Andri terus bangun daripada kerusinya. 

“Aku bodoh, kau lagi bodoh,” ujar Andi selamba.

“Eh, biasa adik lagi pandai daripada abang.  Jadi aku pandai. Dah jangan banyak bunyi.  Ikut je aku.” Tombol pintu dipulas perlahan.  Sebelum keluar, Andri sempat menoleh. 

“Kau dan kau, tunggu je dalam ni.  Faham?” Jari telunjuk menghala ke arah Adam dan Clark.

“Tak dengar,” balas Adam lalu memandang ke arah lain. 

“Tetiba aku rasa telinga aku ni rosak pula.  Kau cakap apa tadi?  Boleh ulang tak?”

“Satu, dua, tiga.  Tiga-tiga stupid!” ujar Andri selamba dan terus meninggalkan bilik itu. 

Andi memandang tajam ke arah adiknya yang sudah masuk ke bilik sebelah.  “Satu tunjuk kat orang, empat berbalik kepada kau semula.  Kau bodoh empat kali ganda daripada kitorang,” omelnya lalu melangkah ke arah pintu. 

“Hahahahaha!” Adam dan Clark ketawa serentak.

*****

NASYA termenung sendiri di dalam biliknya itu. Rambut nipis Elsa dielus lembut. Fikirannya masih memikirkan tentang apa yang berlaku di dalam bilik Andri sebentar tadi.

“Fikir apa?”

Mendengar suara garau itu, Nasya mendongakkan wajahnya. Wajah dingin Andri dipandang sedikit takut. Jantungnya sudah berdegup kencang. Bulu romanya mula meremang.

“I tanya, fikir apa?” Andri mengulang soalan yang sama. Dengan selamba, dia mengambil tempat di sebelah kiri Nasya. Wajah gadis itu dipandang daripada sisi. Jelas gadis itu takut dengannya.

“Tak... Tak ada apa,” jawab Nasya sedikit gugup. Elsa yang sedang lena di pangkuannya itu dipandang.

“Takut dengan I? Hmm? Takut I bunuh you? Macam tu?”

Nasya diam. Bibirnya dikemam.

“Apa betina tu bagitahu dekat you?”

“Betina mana?” Nasya memberanikan diri memandang ke arah Andri.

“Jangan buat I marah lagi. Apa dia cakap pada you?”

Nasya menelan liur. Perlu ke dia menceritakan hal tersebut kepada Andri? Nasya memejam matanya rapat. Nafas dihela perlahan sebelum matanya dibuka semula. “Dia cakap...”

Bam!

Nasya dan Andri serentak memandang ke arah pintu.

“Kau dah kenapa? Gila?”

Andi yang sedang berdiri di muka pintu menayang riak tidak bersalah. Sengaja dia menghempas daun pintu. Kaki melangkah ke sofa. Dan dengan selamba, dia mengambil tempat di sebelah kanan Nasya.

Nasya sudah tergamam. Kini dia berada di tengah-tengah.

“Apa Rachel cakap pada kau?” soal Andi mendatar.

Nasya menarik nafas panjang lalu dihela perlahan. “Dia cakap, saya kena jauhkan diri daripada korang semua. Dia kata korang pembunuh.  Mafia.” Wajah Andi dan Andri dipandang bergilir.

“Dia cakap apa lagi?”

“Saya akan jadi mangsa kalau berkawan dengan korang semua. Musuh akan attack saya. Betul ke?” soal Nasya.

“Lagi?” Andi yang berada di sebelah kanannya masih belum berpuas hati.

“Dia cakap, dia tinggalkan Encik Andi sebab encik ni pembunuh.”

Andi berpandangan dengan Andri. Sebelum keduanya melepaskan tawa.

“Kenapa?” Nasya mengerutkan dahinya. Apa yang lawak?

It's funny. Aku pesan dekat kau, jangan percayakan dia. Faham?”

“Tapi encik memang pembunuh kan? Kalau tak, takkan Andri ada pistol,” tungkas Nasya.

“Ya. Aku memang pembunuh. Jadi?” Andi menjongketkan keningnya apabila Nasya memandang ke arahnya.

“Awak pun sama?” Nasya menyoal pula ke arah Andri.

“Ya. I'm a killer too...

Nasya sudah menarik nafas panjang. Jadi selama ini dia bekerja dengan pembunuh?

“Saya tak nak kerja lagi. Saya tak nak subahat dengan pembunuh.” Nasya bingkas bangun. Elsa yang berada di pangkuannya tadi diletakkan di dalam katil bayi.

“Macam mana dengan Elsa?” soal Andi tiba-tiba.

“Saya tak boleh.” Beg silangnya yang berada di atas meja dicapai. Kakinya mula melangkah ke arah pintu.

“Sya! You tak boleh buat macam ni!”

“Saya tak nak subahat! Awak pembunuh!” Tombol pintu dipegang. Namun belum sempat dipulas, telinganya disapa sesuatu. Nasya tersentak. Tangisan Elsa kuat kedengaran di telinganya. Air matanya mula bergenang.

She needs you Sya...”

Kata-kata Andri itu menusuk ke hatinya. Tombol pintu digenggam kemas.

“Nasya, please... Demi Elsa. Dia perlukan you. Dia dah anggap you sebagai ibu dia. Please... Jangan tinggalkan Elsa.” Andri tidak berputus asa daripada memujuk.

Nasya memejamkan kelopak matanya. Luluh hatinya mendengar tangisan sayu Elsa. Demi Elsa. Ya, demi Elsa. Pegangan pada tombol pintu dilepaskan. Dia berpatah semula ke arah katil bayi. Tubuh kecil Elsa diangkat keluar daripada katil bayi itu. Dipeluk lembut tubuh kecil itu.

Syyhh... I'm sorry... I'm sorry...” pujuknya. Dahi Elsa dikucup kasih. “I'm sorry baby...”

Tangisan Elsa yang tadinya kuat mula perlahan. Dan akhirnya bayi itu berhenti menangis. Nasya mengeratkan pelukan pada tubuh kecil itu. Air mata yang bersisa di pipinya dibiarkan sahaja.

“Sya...”

“Saya nak awak terangkan kat saya daripada A sampai Z. Saya nak tahu semuanya,” ujar Nasya, tegas. Bebola matanya memandang tepat ke arah Andri dan Andi.

Andri berpandangan dengan abangnya.

“Okay. I will explain. But please, stay with Elsa.”
Nasya tidak menjawab. Wajah comel Elsa direnung. Lambat-lambat kepalanya mengangguk.

I will stay with her.”

Continue Reading

You'll Also Like

332 54 4
Lottie, gadis comel yang dijaga ketat oleh tiga abang protective yang juga gila. Suatu hari, Lottie yang sedang melarikan diri daripada tiga abangnya...
4.7K 66 60
Sipnosis:Ti Amo Mr Blind Mafia "Bodoh!!!!!Baik aku jual kau kat bapak ayam jer!Hidup suka menyusahkan orang!!" Dicaci dan dihina seolah tiada beza an...
181K 8.9K 45
MY GREY GUY ( NEW VERSION ) -everyone can't touch you, or death will overtake them- ... LUTH AELDEN EVRARD seorang lelaki yang mampu membuatkan gadi...
1.2M 60.5K 132
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...