My Gangster Protector | Malay...

De yournaughtybae-

3.7M 234K 22.3K

[Highest Ranking #1 in Teen Fiction] " I do not belong to you, or to anyone else. I will talk to whomever I... Mais

prologue | hurt
1 | start
2 | fight
3 | detention
4 | messing
5 | gastric
6 | warning
7 | ride
8 | busted
9 | partner
10 | punishment
11 | drug
12 | sing
13 | hazel
14 | ghost
15 | sleep
16 | drowning
17 | caring
19 | savior
20 | leaving
21 | soft
22 | enemy
23 | jealous
24 | lie
25 | nurse
26 | hangover
27 | possessive
28 | mad
29 | truancy
30 | dating
31 | cute
32 | promise
33 | champion
34 | kiss
35 | protective
36 | stay
37 | trouble
38 | bobo
39 | hug
40 | shy
41 | rooftop
42 | melting
43 | dress
44 | kidnap
45 | truth
46 | disobey
47 | chaos
48 | hospital
49 | secret
50 | tears
51 | Jackson
52 | family
53 | gone
54 | Change
55 | hate
56 | Quit
57 | unexpected
58 | chase
59 | mission
60 | tears
61 | drunk
62 | explanation

18 | disaster

67.2K 4.7K 915
De yournaughtybae-

BELLA ROSALLES [ POV ]

Kelihatan Rafael baru sahaja keluar dari dalam bilik tidur dengan tuala mandi di gantung pada lehernya. Mukanya nampak masih mamai kerana baru sahaja bangun dari tidur yang lena.

" pehal bising-bising ni ? " tanya dia sambil melihat aku dan yang lain dengan muka yang agak pelik. Nada suara dia agak tinggi dan jelas kedengaran jengkel. mungkin tidak suka tidurnya diganggu.

Luke yang sedang menangis menjuihkan mulutnya ke arah sekujur tubuh yang terbaring di pangkuan nenda. Dia tersedu-sedan menahan sebak. Baju Keith dia jadikan sebagai kain lap hingus.

" dah mati ke budak ni ? " aku terkejut beruk dengan apa yang Rafael tanyakan. Tak guna betul mamat ni. Boleh pulak dia cakap macam tu ! Makan kaki aku baru tahu !

Rafael berjalan mendekati Jackson yang pucat itu. Dia masih tidak sedarkan dirinya.

" hidup lagi woi. Aku kasi terajang jugak mulut tu " Keith berkata sambil menaikkan jari tengahnya membuatkan Rafael tergelak kecil.

" kenapa dengan dia nenda ? " Rafael mengambil tempat disisi nendanya yang sibuk membalut kaki Jackson yang berdarah.

" dia terkejut sampai terpengsan. Itulah jarang sangat balik kampung, kene gigit lintah pun sampai terperanjat macam ni. Padam muka " lah nenda pun sama. Bukan nak kesian dengan nasib si Jackson ni.

Nenek dengan cucu sama sahaja.

" Hai abang Ad " Farisya pergi mendekati Rafael lalu memberi bekal makanan tersebut. Oh aku baru ingat akan kewujudan minah ini. Berapa lama dia dah berdiri kat situ tadi ?

Abang Ad ? Euw. Aku menggulingkan mata 360 darjah. Menyampah punya pasal. Berabang-abang depan aku pehal ?

Keith dah mula menyiku aku membuatkan aku tersentak. Aku  segera memandang ke arahnya. Pelik dengan tindakan drastik yang dia lakukan.

" menyampah sial dengan minah tu. Dah banyak kali sound tapi tetap degil nak gedik-gedik dekat Rafael. Dia fikir Rafael tu senang ke suka dekat orang ? " Keith berpeluk tubuh. Mukanya jelas kelihatan benci benar dengan si Farisya itu. Nampak seperti dia pula yang macam makwe tengah jealous bila pakwe kene ngorat dengan orang lain.

Well, aku setuju kalau Mereka semua tak suka minah ni. Walaupun cantik tapi muka dia obvious menunjukkan yang dia nak terkam si Rafael tu . Kot ye pun nak memikat, ada caranya. Biarlah berpada-pada.

" balik la " kata Rafael dengan rimas membuatkan Farisya mencebik.

Aku macam speechless kejap. Ini reject dah memang tak ada dolak dalih dah ni. Terus straight to the point. Aku cuba sembunyikan tawa aku manakala Keith pula dah mengekek ketawa. Luke yang tadi menangis menyedut semula hingusnya dan mula ketawa terbahak-bahak. Dia kalau ketawa memang tak cover langsung.

" Kuih tu makan ya ? Farisya buat special untuk abang dengan nenda. Esok Farisya datang lagi. Bye abang !" Lalu Farisya mula berjalan untuk keluar dari rumah. Dia ni memang semangat teguh betul. Aku kalau dah kene reject macam ni memang annyeonghigaseyo, sayonara dah.

" entah-entah dia letak minyak pengasih dalam tu kang. Jangan makan woi! Kasi je raya pak samad makan " Luke memberi cadangan.

Tiba-tiba bulu roma aku menegak dan mencanak naik dengan sepantas kilat.

" apa maksud kau ? Bagi Raya pak samad makan? Hantu raya pak samad ?! "

Hantu raya tak makan kuih woi. Kecuali kalau musim hari raya. Kot ye pun nak merepek jangan la sampai libatkan benda halus tu. Kecut perut aku.

"Apa kau merepek ni ? Raya tu nama kucing pak samad lah " Keith mengerutkan dahinya.

Dang !

Terasa bagai diri diperbodohkan. Aku segera memberi jelingan maut pada Dennis. Taguna kau !

" hehe aku tak sangka pulak kau percaya. " Dennis tersengih sambil menggaru lehernya.

" kau ni memang species syaiton kan ? " aku memukul bahunya berkali-kali sampai suara gedik sajatnya keluar. Lantak apa aku, serius aku punyalah takut sampai terpaksa rendahkan ego ajak si Rafael lepak sekali malam tu.

Tiba-tiba Jackson membuka matanya perlahan-lahan. Dia agak terkejut melihat semua orang duduk di sisinya. Dengan muka yang kebingungan dia mula membuka mulut untuk bertanya.

" aku kat mana ni ? Kenapa korang berkumpul macam ni ? "

" kau dekat hospital. Doktor cakap nyawa kau dah tak boleh diselamatkan lagi. Katanya malam ni kau mati " Rafael lantas membalas.

Dengan segera Jackson bangun dari pembaringan ke posisi duduk akibat terkejut yang amat.

" kau biar betul ? Aku kahwin pun belum lagi ! Masih dara dan bergetah !" muka Jackson cuak habis. Matanya sudah mula memerah ingin mengeluarkan cecair jernih. Aku sekarang tak tahu la nak kesian ke nak gelak. Setelah beberapa minit menahan tawa akhirnya..

Aku memilih untuk ketawa. Terhembur ketawa aku dengan Luke, Keith dan Dennis. Ketawa bukan yang biasa-biasa tu tapi ketawa yang sambil bertepuk tampar. Serious muka Jackson lawak habis. Tak sangka dia percaya pulak !

Rafael hanya tersenyum senget. Heh dia ni tak pernah nak bergelak tawa sama.

Jackson yang sedari tadi sudah ditipu cukup-cukup oleh kawan-kawan yang mithali tetapi perangai macam harom ini terus bangun.

" MAJU LU SINI HANJING "

Maka sekali lagi rumah nenda bergegar dengan bunyi tapak kaki manusia berlari-lari. Aku tak tahu kenapa tapi, aku rasa happy sangat. Ini first time aku dapat rasa macam mana ada kawan. Macam mana rasa bila bergelak ketawa dengan teman.

Dan paling penting.. macam mana rasanya bila tidak keseorangan. Aku tersenyum kelat.

Setelah tamat sudah acara lari-larian, kami mula duduk semula di atas sofa ruang tamu sambil tercungap-cungap.

" Dennis pergi potong bawang, Keith pergi goreng ikan, Bell pergi siapkan meja dan pinggan mangkuk, Luke pergi masak nasi, Rafael lepas mandi pergi buat air bandung. Jacky pergi mandi sekarang ! Nenda nak pergi lipat baju kejap. " dengan arahan yang telah diberikan oleh tuan rumah maka kami tiada pilihan lain selain menurutkan sahaja. Lagi pula, kami juga yang akan makan nanti !

Dennis dan Keith terlebih dahulu pergi ke dapur sementara itu aku masuk ke bilik untuk mengemas katil yang tidak sempat di kemas tadi. Rafael pula hanya berjalan menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

Selesai sahaja kemas, aku pergi ke dapur. Rasa macam nak terlompat bila tengok Dennis yang memakai topi kaledar dalam dapur ni. Entah topi keledar siapa dia bantai.

" buang tabiat ke apa ni ? Kau dah kenapa?  " aku jadi curious. Tertanya-tanya juga kenapa dia pakai macam tu.

" tengah potong bawang ni tak nampak ke ? " dia pandang aku sekilas lalu kembali melihat bawang yang berada di atas papan penghiris. Dengan berhati-hati dia kembali memotong bawang tersebut.

KAU DAH KENAPA ADUH.

aku hanya mampu menggeleng kepala. Biarlah kau nak pakai apapun asalkan makanan tengah hari siap sebab perut aku dah berbunyi dari tadi minta diisi.

Aku ingin berjalan menuju ke dapur gas pertama. Dapur nenda ni ada dua dapur gas, satu di hujung sebelah kiri dan satu di hujung sebelah kanan. Tiba-tiba langkah aku terhenti setelah melihat satu ekor makhluk yang pelik.

Aku macam too stunned to speak.

" ini dah kenapa ? " aku tepuk dahi sendiri. Diaorang punya protection ni melebih ! Nasib tak pakai PPE.

Ni baru masak benda yang basic ! Kalau suruh masak benda pelik-pelik nanti maunya satu rumah terbakar !

" aku takut minyak ni merecik dekat muka aku yang cantik " Keith dengan rasa tidak malunya tersengih. Nasib baik comel. Kalau tak dah lama aku tendang sampai masuk dalam kuali tu.

Sekarang Luke sahaja yang nampak sedang bergoyang kaki sambil bermain handphonenya. Seingat aku tugas dia adalah masak nasi ? Mungkin tugas masak nasi terlalu senang kot sampai dia dah boleh settlekan cepat, siap bergoyang kaki lagi.

" Luke, mana nasi yang nenda suruh masak ? "

Luke menjuihkan bibirnya ke arah dapur gas kedua di sebelah kiri sebagai tanda menjawab persoalan aku.

" cepat benar kau masak nasi, memang selalu masak na-

Dan aku melihat satu objek yang berada di atas dapur gas.



" LUKE MARSHALL ??!!!! "

Belum sempat Luke menjawab, aku terlebih dahulu melayangkan kaki ke mukanya. Terus dia tersungkur mencium lantai yang enak itu.

Ini lah bebudak zaman sekarang ! Terlalu dimanjakan dengan duit sampai nak berdikari sikit pun tak mampu ! Selalu sangat berada dalam zon selesa ! Tak pernah nak rasa susah sikit ! Mesti semuanya pembantu rumah yang tolong buatkan !

Kalau inilah persngai anak muda zaman sekarang, macam mana Malaysia nak bangkit ?!

" weh ikan ni dah nak hangus ! Aku tak boleh nak angkat ! Minyak dia tengah meloncat-loncat ni ! " mata aku mula bergerak memandang ke arah Keith pula.

" macam mana tak hangit kalau api kau bukak besar gila bapak ?! " langtang suara aku bersuara. mati jugak budak ni aku terajang !

" eh senyap boleh tak? Kecoh pehal ? Persoalannya sekarang, apa aku nak buat dengan bawang ni ? " Dennis mendekati aku dan Keith sambil memegang cebisan bawang yang dia potong halus sebentar tadi.

" sekali lagi, apsal bising-bising ni ? Sampai ke luar aku boleh dengar " Rafael datang sambil mengelap rambutnya yang basah menggunakan tuala.

" tengok la apa kawan-kawan mithali kau masak " mata aku tiba-tiba berair dan hidung aku ingin mengeluarkan hingus. Aku tetiba terasa sebak.

Oh patutla, Dennis pergi hulur bawang yang dia potong ke arah muka aku.

" dah siap dah makanan tengah hari ?Kamu semua makan je lah ye. Nenda dah makan dah tadi " nenda melaung dari luar sambil ketawa terkekek-kekek.

Dan kami berlima pun berpandangan sesama sendiri. Sah ! Dah terkena jerat nenda dengan Sir Alex !

Memang saja nak suruh kitaorang masak !

Patutlah nenda macam relax je ! Rupanya perut dah penuh dah !

** 🌙 **

Dan malam pun menjelma dengan harunya. Deruan angin sejuk mula menyapa muka kami berenam. Sekarang tengah lepak dekat luar rumah nenda, di sebuah pondok bawah pokok yang terbina cantik dengan lampu yang digantung.

" Gurrr "

Perut aku sudah berbunyi. Lapar tho ! Seharian tak makan ! Maunya kene gastrik nanti !

" aku lapar " Dennis merungut di sebelah aku.

" jom lepak mamak " setelah sekian lama Jackson menyepi kini dia mengeluarkan satu buah fikiran.

Mamak ? Sounds good ! Aku tak sangka pula mamat-mamat kaya ni lepak mamak.

" cun ! " serentak kami berkata.

" nak pergi naik apa ? " aku bangun sambil membuat regangan kecil.

" jalan kaki. Kedai tu tak adalah jauh sangat " Rafael terlebih dahulu bangun sambil membawa lampu suluhnya. Dia berjalan maju ke hadapan dan kami semua hanya membontoti langkahnya.

" jangan jalan laju sangat Rafael ! " aku dah mula terkocoh-kocoh berlari sambil memegang hujung baju hoodienya. Aku takut !

Perjalanan kami dihiasi oleh lampu jalan dan lampu rumah-rumah penduduk kampung disini. Kampung Paloh Rambai. Suasana yang harmoni. Kesejukan malam membuatkan aku rasa ingin bertempel sahaja dengan Rafael. Aku tak faham kenapa lelaki ni badan dia hangat sangat sedangkan badan aku sudah terketar-ketat menahan kesejukan.

" aku rasa tak sedap hati lah" Keith tiba-tiba berhenti daripada berjalan. Mukanya jelas kelihatan serius. Ini pertama kali aku melihat reaksi tersebut olehnya. Baru sahaja aku nak bukak mulut bertanya, sekumpulan abang-abang motor datang mengelilingi kami. Aku cuak.

Okay sekarang sumpah aku takut !

" Biar aku teka, ini mat motor tahun lepas ? " Luke berkata sinis seolah-olah situasi ini tidak memberi apa-apa kesan kepadanya.

Apa maksud diaorang mat motor tahun lepas ? Maknanya ini bukan pertemuan pertama mereka dengan mat motor ni ?

" ni cucu-cucu nenda Alisandra yang kaya-raya tu kan ? " salah seorang daripada mat motor itu mula turun dari motornya. Badannya yang tegap dan sasa membuatkan aku mau sahaja terkencing. Lengannya yang bertatoo menyerlahkan lagi sisi jahatnya. Macam mana kalau dia nak gaduh dengan mereka semua ? Apa aku boleh buat ?

Tangan sudah mula terketar-ketar. Suasana kian menegang. Mereka yang menaiki motor sudah pun turun dengan memegang satu batang besi.

Bila dikira semula, jumla mereka ialah enam. Sama macam jumlah kami tetapi apa gunanya aku kalau seni mempertahankan diri pun tak ada ? Rafael, Keith, Luke, Dennis dan Jackson seriously are in dangerous!

Aku tutup mata. Peristiwa ni aku pernah rasa. Rasa macam mana dikelilingi budak -budak jahat yang nak buli dan pukul aku. Terasa seakan-akan dejavu Serta-merta air mata aku jatuh bila teringat kembali peristiwa hitam aku di mana diri ini menjadi punching bag mereka.

Ya Tuhan, aku tak kuat !

" Ra-Rafael .. " bergetar suara aku memanggilnya.

" just stay behind me "


Tanpa aku duga kesunyian malam itu diisi dengan suara-suara mereka yang sedang bergelut.










** 🌙 **

Continue lendo

Você também vai gostar

4.2M 292K 73
First romance story by cweetiee 𝐇𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐐𝐇𝐀𝐋𝐈𝐒𝐇 𝐅𝐈𝐓 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀. Tidak tersangka di dalam fikiran Qaseh yang dia baka...
1.1M 116K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...
31.3K 3.2K 4
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belaka...
6.5K 280 15
A true crime writer. A crime journalist. And a serial killer on the loose. Who will win this game? Bekerja sebagai seorang wartawan jenayah membuatka...