TAK ADA CINTA SEPERTIMU

By dearnovels

320K 2.2K 176

WHATSAPP 013 2588069 www.dearnovels.my Tajuk: TAK ADA CINTA SEPERTIMU Penulis: ANNA MILIA ISBN: 978-967-2116... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9

BAB 10

47.1K 400 145
By dearnovels

ATHEA tiba di rumah Hazran awal lima minit daripada jadual pertemuan mereka. Kebetulan, dia baru pulang dari kediaman Encik Yassin yang sehala dengan kawasan perumahan Sri Casa Menora. Kereta Volkswagen kuning yang diparkir di hadapan rumah Hazran membolehkan Athea meneka itu kereta Bella.

Athea memberi salam. Kelihatan Bella dan Hazran sedang berbual-bual mesra. Bella menampar bahu Hazran dan lelaki itu mengekek ketawa. Apa yang lucu sangat tu? Entahlah. Dua makhluk itu berdua-duaan di dalam rumah. Hurmm. Athea setia berdiri di muka pintu dan memberi salam untuk kali kedua.

Kali ini barulah Hazran tersedar akan kehadiran Athea. Dia bangun menuju ke pintu untuk menyambut kehadiran Athea.

Athea melangkah masuk ke dalam rumah. Dia bersalam dengan Bella. Gadis itu tidak berdiri untuk menyambut salamnya. Tangan Athea juga disambut antara mahu dengan tidak. It's okay. Perempuan cantik memang kerek. Padan sangat dengan Hazran.

Mata Athea menyorot sekitar ruang tamu. Kemas dan ringkas. Itu yang dapat Athea komen.

"Okey, sayang, konsep macam mana yang you prefer?" Hazran bertanya kepada Bella.

"Oh! Dah sampai. Aku boleh keluar dululah," ujar Hayuzi Widad, adik kepada Hazran.

Athea menoleh. Wajah yang mirip Hazran dipandang.

"Kenalkan, ini Hayuzi. Saya minta dia temankan kami sementara tunggu awak," jelas Hazran.

Athea telan liur. Itulah Athea. Lain kali husnuzon. Bukan mereka berdua saja di dalam rumah itu.

"Awak tinggal berdekatan area sini ke?" tanya Athea.

Hayuzi senyum. "Tak, saya datang sini sebab cuti semester. Lepak sini boleh juga kikis duit Abang Ran."

Bella menjeling Hayuzi. Kata-kata bakal adik iparnya itu menyakitkan telinga. Hayuzi memang selalu meminta wang daripada Hazran. Dia memang tak suka. Hayuzi tidak boleh diberi muka.

"Yalah, belum kerja lagi, kan? Kalau dah kerja pun masih nak mengikis, melampaulah namanya." Athea berkata sambil melirik Hazran.

Kata-kata Athea dan cara Athea melirik tunangnya, Bella tidak suka.

"Kakak siapa nama?" tanya Hayuzi apabila nama Athea belum diketahuinya.

"Athea."

"Cik?" tanya Hayuzi lagi.

Muda trang tang tang. Ciklah kut, teka Hayuzi.

Athea senyum. Ikutkan hati, dia mahu menggangguk, tetapi menyedari Bella sedang memandang tajam ke arahnya, Athea menggeleng.

"Puan. Saya ada dua orang anak."

"Alah! Dah ada cik abangnya," ujar Hayuzi, sengaja tayang wajah sedih yang dibuat-buat.

"Pergilah keluar. Tak payah nak menggatal kat sini. Kau tu belajar pun tak habis lagi. Ada hati nak mengurat," sindir Hazran.

Hayuzi menguntumkan senyuman untuk Athea sebelum melangkah keluar.

"Okay, shall we start now?" Bella bersuara sambil tayang wajah bosan.

Athea melabuhkan duduknya. " Konsep yang bagaimana Cik Bella suka?"

"Vintage." Athea mencuri pandang Hazran apabila melihatkan lelaki itu membuat memek muka tidak senang dengan konsep yang dipilih oleh Bella.

"What you have in mind, En. Hazran?" Athea membuka peluang kepada Hazran untuk menyatakan pendapatnya.

"Maybe modern?" Hazran memandang Bella.

"Vintage tu lebih kurang modenlah, kan?" tanya Bella kepada Athea.

Athea senyum. "One of the biggest trends nowdays is mixing vintage with modern furniture to create uniquely personal look. Using vintage home decor is ideal if we are working with a limited amount of money. Vintage things are everywhere yet the modern furniture fits perfectly to the interior view. We need to use white color scheme in every room so there will be a lot going on in furniture, accessories and decorations. We could mixed up vintage with modern-style. Rasanya tak ada masalah."

Hazran terpaku seketika mendengarkan lantunan suara Athea berbahasa Inggeris. Fasih.

Bella berfikir. "Okay, we stick to modern vintage. Tapi, bukan sebab nak save bajet ya. Kami tak ada masalah nak keluarkan duit untuk menghias rumah kami. Tapi, sebab I memang suka konsep vintage."

Hazran mendengus perlahan. Dia tidak gemar cara Bella bercakap. "Kalau macam tu, saya akan bawa beberapa contoh gambar yang berkonsepkan cita rasa Cik Bella dan Encik Hazran. Bagi saya masa untuk buat homework sebelum kita jumpa sekali lagi."

"Berapa lama?" tanya Bella.

"Dua minggu."

"Lamanya," tukas Bella.

Athea memandang Hazran. Lelaki itu pernah memberitahunya yang dia tidak perlu tergesa-gesa. Kenapa Bella yang kalut pula ni? Atau Bella tidak suka kepadanya?

Smokey berjalan keluar dari bilik. Dia masuk ke ruang tamu dan berhenti di hadapan Athea. Smokey tidur di atas kaki Athea. Bukan itu sahaja, Smokey menjilat pula kaki Athea.

Bella mengangkat kedua-dua belah kakinya dan bersila di atas sofa. Sengaja dia memeluk lengan Hazran sambil dagunya ditongkat pada bahu lelaki itu. Kononnya geli dengan Smokey. Padahal kucing itu langsung tidak mendekati dia pun.

"Smokey likes you, Cik Meow," ujar Hazran kepada Athea yang tunduk mengusap kepala Smokey.

Athea memandang Hazran. Lelaki itu sudah terlepas cakap, tetapi tidak menyedarinya.

"You kata apa tadi? Cik Meow?" tanya Bella.

Athea dan Hazran berbalas pandang.

"Cik Meow? I rasa macam dia buat bunyi kucing," ujar Athea lalu mengambil Smokey dan meletakkannya di atas riba.

"Siapa nama dia?"

"Smokey." Hazran tersenyum mendengar soalan Athea. Pandai cover line.

"Anak saya mesti suka kalau saya cerita pasal Smokey kepada dia," ujar Athea.

Bella yang kurang senang tadi kembali ceria apabila teringatkan yang Athea sudah berkahwin dan mempunyai anak. "Anak you lelaki ke perempuan?"

Hazran mengulum senyum apabila mendengar soalan Bella. Athea memang bijak menyelamatkan keadaan.

"Dua-dua lelaki. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu, Encik Hazran, Cik Bella."

Hazran dan Bella mengangguk.

Athea mendukung Smokey. Dia bangun dan menyerahkan Smokey kepada Hazran. Tindakannya itu membuatkan Bella tiba-tiba menjerit dan terus bangun.

Smokey terkejut apabila Bella menjerit. Athea terpandang lengan Hazran yang luka kerana dicakar oleh Smokey.

"Tangan awak berdarah," ujar Athea sambil menuding jari pada lengan Hazran.

Ketika itu barulah Hazran mula terasa pedih. Lengannya dibelek.

"Sorry, sayang. I tak sengaja," ujar Bella dengan rasa bersalah.

"It's okay. You tak sengaja," pujuk Hazran tanpa memandang Bella. Matanya masih memanah lengan yang tercalar. Ini kali pertama Smokey bertindak agresif.

Athea mengeluarkan minyak gamat dari dalam beg tangannya.

"Nah. Sapu minyak ni," suruh Athea.

Hazran mengambil botol minyak gamat dari tangan Athea lalu minyak itu disapu pada lengannya. Bella mula tidak selesa apabila Athea seakan-akan menjadi penyelamat Hazran.

"Nak letak plaster ke?" tanya Athea prihatin.

Bella melirik kepada Hazran.

"Ada juga ke dalam handbag tu?" tanya Hazran.

Athea ketawa kecil. "Ada."

"Patutlah nampak macam beg Doraemon," komen Bella pedas.

Athea tersenyum pahit. Hazran menggeleng perlahan.

"Beg ibu-ibu, mak-mak macam saya ni mestilah macam beg Doraemon. Masa anak-anak saya kecil dulu, pampers, botol susu, puting semua ada dalam handbag. Cik Bella bila dah ada anak nanti pun macam itulah juga."

Bella tayang wajah bosan.

"No, no, no. I tak nak rosakkan imej I dengan jadi spesies mak-mak yang selekeh," ujar Bella sambil tayang wajah geli.

Athea gagahkan satu lagi senyuman. Ikutkan hati, mahu saja dia muntah hijau di depan Bella. Athea terus meminta diri untuk beredar dari situ sebelum dia jolok tekak sendiri dan muntah atas rambut karat Bella.

Continue Reading

You'll Also Like

79.1K 1.7K 15
Tajuk: Oh, My Prince! Penulis: Hannah Dhaniyah Penerbit: Karyaseni Harga: RM27.00 (Semenanjung) RM30.00 (Sabah & Sarawak) http://karyaseni.my/index.p...
66.7K 1.1K 5
Tajuk: Cik Cinderella dan Encik Tengku Penulis: Airisz Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-71-0 Harga: RM21 (Semenanjung) // RM24 (Sabah & Sarawak...
303K 2.2K 10
Karya ke-4 Nurfaza Alisya
35.1K 623 16
Tajuk: Tak Sempurna Mencintaimu Penulis: Rehan Makhtar Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-083-0 Muka Surat : 480 Harga: RM23.00 (Semenanjung) // R...