TAK ADA CINTA SEPERTIMU

By dearnovels

335K 2.3K 177

WHATSAPP 013 2588069 www.dearnovels.my Tajuk: TAK ADA CINTA SEPERTIMU Penulis: ANNA MILIA ISBN: 978-967-2116... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 10

BAB 9

28.3K 174 1
By dearnovels

ATHEA terpaksa mencari kucing lain apabila Qaleef asyik merengek hendak pergi ke rumah Hazran. Athea tahu Qaleef rindukan Smokey setelah hampir seminggu tidak bertemu haiwan kesayangannya itu.

"Kau tahu mana aku boleh beli kucing? Murah-murah aje. Qaleef kacau sangat nak bela kucing."

"Dalam Mudah.com kan ada? Satu lagi, kau cuba search dalam FB Kucing parsi dan baka DLH. Adik aku yang bongsu tu rajin layan. Jenuh pilih," terang Intan.

Adiknya juga penggemar kucing, tetapi kucing betina yang dibela oleh adiknya telah dimandulkan. Jika tidak, boleh juga sedekahkan anak kucing kepada Athea.

Athea terus memulakan carian.

"Tu dia! Banyaknya weh! Semua bawah RM500. Ada yang tak jual, tapi nak tukar dengan makanan dan ni, yang ni pula nak kasi percuma aje sebab anak dia alah bulu kucing," ujar Athea teruja.

"Yalah, tukar dengan makanan kucing. Kau tanya dulu makanan jenama apa yang dia nak? Berapa kampit? Kalau dia sebut Orijen 10 kampit, jenuh kau."

"Orijen tu apa?"

"Makanan kucinglah. Parah juga harga dia. Kualiti tak payah cakaplah. Melahap kucing kau makan nanti."

"Ya ke? Aku bagi dia makan ikan rebus dan ayam rebus aje. Sihat dan bulat aje Smokey tu. Kalau tak sempat sangat, aku bagi aje nasi."

"Kalau kau bela kucing, leceh tau nak pergi makan angin. Lainlah kalau kau bela dia kat luar. Kau tak ada, dia boleh cari makan sendiri."

"Tak naklah macam tu. Nanti hilang, mengamuk pula Qaleef tu. Aku balik tunjuk dulu kucing-kucing ni kat dia. Biar dia pilih."

Telefon bimbit Athea berbunyi. Nama Hazran tertera. Athea menelan liur. Riak wajahnya sedaya mungkin dikekalkan tenang. Jika tidak, banyak pula soalan Intan.

"Assalamualaikum," sapa Athea.

Hazran menjawab salam. "Boleh datang ke rumah saya petang ni?"

"Boleh saya tahu kenapa?"

"Nak suruh awak tengok rumah. Bella pun ada sekali."

"Nak suruh tengok rumah?"

"Dah lupa ke? Kan saya nak suruh awak beri sentuhan eksklusif pada rumah saya?"

"Eh! Tak lupa. Tapi, bukan ke awak kata lambat lagi?"

"Sementara Bella free ni, bolehlah kita tengok-tengok dulu."

"Okey. Pukul berapa?"

"Pukul 6.00?" Hazran meminta persetujuan Athea.

"Okey. Pukul 6.00." Athea setuju.

"Awak, Bella tak perlu tahu yang kita ni berjiran dan awak dan anak-anak awak adalah penjaga Smokey." Hazran berpesan.

Athea kerut dahi. Bibirnya diketap. Takutkan tunanglah tu! Athea melirik pandang kepada Intan yang bangun menuju ke tandas. Dia menarik nafas lega. Lebih selesa untuk dia berbincang dengan Hazran.

"Okey. No problem, Encik Hazran. Kalau tunang encik tak selesa kita bekerjasama,saya boleh kenalkan rakan saya kepada encik."

"Kenapa dengan awak ni? Berencik-encik pula?"

"Dah tu? Takkan nak panggil abang handsome? Atau Abang Hazran?" balas Athea.

Kedengaran suara Hazran ketawa. "Betul tu, Cik Athea. Kita jumpa petang ni."

"Boleh pula awak sebut nama saya dengan betul, kan?"

"Tapi, saya tetap suka panggil awak Cik Meow. Dah lama tak dengar awak buat bunyi kucing."

Athea membulatkan matanya. Hati, bertabahlah kau. Kalau kau dah tergoda atau digoda sekalipun, dia tetap hak orang. Encik Hazran, kenapa awak macam main tarik tali dengan saya?

ATHEA tiba di rumah Hazran pada pukul 6.00 petang. Hazran keluar menyambutnya.

"Qayyum tak main bola ke petang ni?"

"Kenapa? Awak takut Qaleef akan ikut datang sini juga?" Soalan Hazran dijawab dengan soalan.

Hazran terkejut. Terasa yang Athea menyerangnya dengan sindiran pedas. "Nope! Saya saja tanya sekadar nak berbual dengan awak sementara menunggu Bella."

Athea menggaru dahinya. Lama lagi ke dia perlu tunggu Bella? Dia perlu mengambil Qayyum pada pukul 7.00 malam."

"Saya pergi tepi padang dulu, ambil angin. Nanti Bella sampai, saya datang sini semula."

Hazran tidak sempat bersuara apabila Athea sudah menapak ke padang. Bahu diangkat dan dia masuk semula ke dalam rumah. Kenapa Athea dingin pada petang ini? Yang Bella ni pula, kenapa tak sampai-sampai lagi ni?

HAZRAN keluar semula apabila Bella membatalkan janji temu mereka. Dengan rasa sebal, dia melangkah ke padang. Jam tangan dikerling. Rupa-rupanya sudah lebih setengah jam dia dan Athea menanti Bella.

Dia melihat kanak-kanak sedang mengerumuni Athea.

"Awak belanja mereka semua makan asikrim?" tanya Hazran tidak percaya. Sekali imbas, bilangan kanak-kanak di situ hampir mencecah 20 orang.

Athea mengangguk.

"Awak nak?" tanya Athea kepada Hazran

Lelaki itu ketawa kecil. "Boleh. Aiskrim free, kan? Siapa yang tak nak?"

"Aiskrim murah aje. Kalau Uncle Maniam ni jual aiskrim Magnum, mahu parah saya dibuatnya. Hujung bulan makan nasi lauk kicap ajelah."

"Uncle, tambah aiskrim kon lagi dua." Athea membuat pesanan.

Hazran memegang kedua-dua aiskrim sementara Athea membuat bayaran untuk kesemua aiskrim yang dibelinya. Hazran berasa segan apabila melihat Athea membayar. Kalau dia ada duit di dalam poket, dia tidak akan sekali-kali membiarkan Athea membayarnya. Sayangnya, dia hanya membawa telefon bimbit sahaja.

"Nah!" Hazran menghulurkan aiskrim kepada Athea.

Mereka bersama-sama menikmati aiskrim kon. Kanak-kanak lain mula menyambung permainan yang terhenti seketika tadi.

"Gembira budak-budak tu dapat makan aiskrim free," ujar Hazran memulakan perbualan. Dia mengerling Athea yang duduk di sebelahnya.

Athea masih dengan pakaian kerjanya. Seluar slek hitam yang dipadankan dengan blaus kosong berwarna biru gelap. Blaus yang mengikut potongan badan itu agak longgar, tetapi cukup untuk Hazran mengetahui yang tubuh Athea ramping. Walaupun sudah seharian bekerja, gadis itu tetap kelihatan cergas. Wajahnya tetap kelihatan menarik.

Athea tersenyum mendengar kata-kata Hazran.

"Awak, dah pukul 6.45 ni. Saya rasa tak boleh nak tunggu lagi dah. Saya nak ambil Qayyum tuisyen dan Qaleef pula dah habis kelas mengaji," ujar Athea setelah melirik jam tangannya.

"I am sorry. Saya datang ni nak bagi tahu yang Bella tak boleh datang. Dia postpone esok. Boleh ke?"

Athea rasa macam mahu menggeleng kecewa, tetapi dia sabarkan hati. Customer is always right. "Okey. Boleh sangat. Pukul berapa?"

"Sempat tak kalau waktu lunch hour? Dalam pukul 1.00?"

"Insya-Allah, boleh. Saya balik dulu." Athea bangun. Beg tangan dicapai dan dia mengucapkan salam.

Athea memujuk hati supaya bersabar. Kalau dia berada di rumah, sudah banyak kerja rumah yang boleh dia lakukan. Athea mengeluh. Dia melangkah keluar dari padang menuju ke keretanya.

"Cik Meow, tunggu!" jerit Hazran. Dia berlari mengejar Athea.

Dalam keadaan tercungap-cungap, dia memandang Athea yang sudah berada di dalam kereta. Hazran meletakkan lengan kanannya di atas pintu kereta yang terbuka. Dia tunduk memandang wajah Athea.

"Saya tahu awak mesti tak masak malam ni, kan? Sebab buang masa kat sini tunggu Bella."

"It's okay Hazran. On the way ambil anak-anak, saya belilah apa-apa untuk mereka."

"Kita keluar makan? Saya belanja."

Athea memandang Hazran. Kalau lelaki itu bukan tunang orang, dia akan melompat suka dan terus setuju.

Athea senyum. "It's okay. Tak payahlah nak rasa bersalah. Saya bukan tak biasa dengan situasi macam ni. Macam-macam pelanggan yang saya jumpa setiap hari."

"If you say so. Kirim salam kepada anak-anak," ujar Hazran lalu merapatkan pintu kereta Athea.

"Insya-Allah." Athea memandang wajah Hazran sesaat dua.

Entah kenapa matanya bagai tertarik untuk terus merenung wajah Hazran. Mungkin kerana dia terkesan dengan perkataan anak-anak yang digunakan oleh Hazran.

Hazran yang segan apabila Athea merenungnya berdeham.

"Assalamualaikum," ujar Hazran.

Athea tersenyum kelat. Pandangannya dihalakan ke hadapan dan enjin kereta dihidupkan. Dia lupa untuk menjawab salam. Malunya. Merah wajah Athea menahan rasa malu.

Hazran masih menunggu di hadapan rumahnya sehingga kereta Athea tidak kelihatan. Dia rasa, Athea sukakannya. Tapi, Hazran tidak begitu teruja. Athea bukanlah gadis pertama menunjukkan reaksi begitu. Sudah ramai wanita yang menunjukkan minat terhadap dirinya.

Meskipun dianugerahkan wajah yang kacak, dia tidak pernah menggunakan kelebihan itu untuk mempermain-mainkan perasaan wanita. Dia setia kepada Bella meskipun gadis itu bukanlah pilihan keluarganya.

]Y

Continue Reading

You'll Also Like

172K 11.3K 54
Kisah Embun yang hanya memiliki seorang adik perempuan bernama Senjawati. Juga kisah seorang lelaki bernama Eibram yang menyukai gadis ayu bernama S...
105K 4.9K 63
[TAMAT] PEREMPUAN adalah kelemahan terbesar seorang lelaki. 𝐖𝐀𝐑𝐍𝐈𝐍𝐆❗️‼️❗️‼️ 𝘊𝘦𝘳𝘪𝘵𝘢 𝘪𝘯𝘪 𝘥𝘪𝘵𝘶𝘭𝘪𝘴 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘴𝘦𝘯𝘥𝘪𝘳�...
10.2K 550 44
- Sinopsis - Muhammad Haqeem Idham seorang tentera laut yang berwatakan tegas dan lidahnya tajam dalam berkata-kata. Dia bukan sahaja tentera laut bi...
160K 4.4K 56
[Completed] Bagi orang ramai Tengku Ammar Dareeq merupakan CEO dan juga duda hot Malaysia yang mempunyai 2 orang anak lelaki kembar yang berusia 3 t...