TAK ADA CINTA SEPERTIMU

By dearnovels

320K 2.2K 176

WHATSAPP 013 2588069 www.dearnovels.my Tajuk: TAK ADA CINTA SEPERTIMU Penulis: ANNA MILIA ISBN: 978-967-2116... More

BAB 1
BAB 2
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10

BAB 3

30.8K 202 2
By dearnovels

ATHEA duduk termenung di meja kerjanya. Idea untuk memenuhi kehendak Encik Yassin, pelanggan syarikat mereka tidak muncul-muncul meskipun sudah lebih 15 dia memerah otak. Asyik-asyik wajah Hazran yang muncul dalam fikiran.

"Menung apa Athea? Qayyum buat perangai lagi ke?"

Athea memandang teman sekerja merangkap sahabat baiknya, Intan.

"Dia pecahkan cermin tingkap rumah orang, masa main bola di padang," ujar Athea dengan wajah mencuka.

"Tak sengaja tu. Tengah main, kan?" Intan cuba meredakan gelojak hati sahabatnya.

"Tahu. Tapi, kau tahu tak rumah siapa?"

"Siapa?"

"Mr. Kerek handsome yang aku cerita dekat kau hari tu."

Intan membulatkan matanya. Terus pen yang berada di tangannya dicampak ke meja. Intan menolak kerusinya dan memusingkan tubuhnya menghadap Athea. Bersedia untuk mendengar cerita sensasi itu.

"Biar betul? Macam ada jodoh aje kau orang berdua ni."

Athea membaling pemadam ke arah Intan.

"Mana ada orang nak dekat aku ni. Tambah lagi dengan adanya dua hero tu." Athea merendah diri.

"Jodoh, siapa tahu?"

Athea menggeleng. Hakam yang sudah tiga tahun bercinta dengannya pun sanggup memutuskan hubungan mereka gara-gara tidak mahu memikul tanggungjawab menjaga Qaleef dan Qayyum, apatah lagi lelaki lain. Tapi, Athea tidak pernah mengeluh apabila dia perlu menjalankan tanggungjawab menjaga anak-anaknya itu. Dia menganggap mereka sebagai amanah Allah.

"Termenung lagi. Ingatkan Hakamlah tu." Pemadam dibaling semula kepada Athea.

Athea tersenyum kelat. Setiap kali mengenangkan lelaki itu, hatinya pedih.

"Tak payah duk ingat jantan macam tu. Dia tu tak tahu besarnya pahala bela anak-anak yatim. Aku respek dengan kau sebab boleh sayang budak-budak tu macam anak kau sendiri. Wei, balik pada cerita Mr. Kerek kau tu, dia tak meroyan ke semalam?"

"Bolehlah," jawab Athea malas.

"Bolehlah aje?" tanya Intan yang tidak berpuas hati kerana Athea tidak mahu bercerita.

"Malas nak cerita. Buat semak kepala. Petang ni balik kerja, aku dah janji dengan tukang nak tukar cermin tingkap rumah dia. Intan, kau ada idea tak nak buat design rumah Encik Yassin tu? Aku dah blank ni."

"Sebab kau dah penuhkan Mr. Kerek dalam fikiran kau tu."

"Dahlah! Malas nak sembang dengan kau. Balik-balik mamat tu juga yang kau sebut."

Intan ketawa mengekek. Tahu yang Athea marah kepadanya.

"Lain kali aku tak nak dah cerita apa-apa kat kau. Serik." Athea memuncungkan bibirnya dan berpura-pura membelek lakaran yang belum siap.

Intan merenyukkan sehelai kertas lalu dilontar kepada Athea. Tepat mendarat di kepala sahabatnya. Athea menoleh. Wajah Intan dipandang dengan rasa geram yang semakin menebal.

"Buat perangai elok-elok sikit boleh? Takut berjangkit perangai tak senonoh kau tu pada anak dalam perut tu."

Intan mencebikkan bibirnya.

"Aku baru aje pesan, kan? Kau boleh lupa. Besok-besok kalau kau dapat anak, bibir macam platipus jangan nak meraung pula."

"Hisy! Kau ni... Mulut macam puaka."

Giliran Athea pula ketawa mengekek.

HAZRAN menemui Bella setelah hampir tiga bulan mereka tidak bertemu. Rindunya kepada gadis itu sudah sampai ke tahap maksima.

"You dah tiga hari balik, baru cari I?" tanya Bella dengan wajah mencuka.

Ini yang dia tak suka. Sudahlah tiga bulan Hazran berkursus, boleh pula lengahkan masa mereka bertemu.

"I memang nak jumpa you, tapi I terpaksa masuk kerja awal. Langsung tak ada cuti macam selalu. I rindu sangat pada you." Hazran pamer senyuman paling menggoda. Mana tahu kalau ia dapat menyejukkan hati kekasihnya itu.

Bella masih dengan wajah ketatnya.

"You tak beli apa-apa ke kat I?" tanya Bella setelah mengimbas kerusi di sebelah Hazran yang kosong.

"I dah tak tahu nak beli apa dekat you," ujar Hazran sekadar mahu menduga Bella. Gadis itu ternyata naik angin sebaik sahaja mendengar kata-katanya tadi.

"Baru bertunang dah tak tahu nak beli apa. Kalau dah kahwin nanti, hurmm tak dapat nak bayangkan macam mana."

"Kalau macam tu, tak payah bayang," sampuk Hazran yang masih mahu mengusik Bella.

Bella menarik muncung panjang. Pandangannya dihalakan ke sisi kanan seolah-olah tidak sudi lagi menatap wajah Hazran.

"Janganlah merajuk." Hazran panjangkan tangan lalu memicit hidung Bella.

Bella menepis. "Lepaslah. Rimas."

Wajah Bella semakin mencuka.

Hazran tersenyum. Tangannya menyeluk saku seluar. Bella menjeling. Yakin ada sesuatu untuknya. Memandangkan ia berada di dalam poket Hazran, mesti ia barang kemas. Bersinar mata Bella menantikan hadiahnya.

"This is for you, dear." Hazran meletakkan kotak baldu berwarna biru di atas meja lalu ditolak menghampiri Bella.

Sebaik sahaja kotak dibuka, kelihatan sebentuk cincin emas putih Bvlgari Montblack. Bella membesarkan matanya. Reka bentuk cincin itu lamgsung tidak menarik perhatiannya.

"Cantik tak?"

Bella mengherotkan bibirnya ke kanan.

"Nampak macam skru nat aje," ujar Bella, menyamakan cincin pemberian Hazran dengan nat heksagon yang terdapat pada disc brake kereta.

Hazran ketawa kecil. Komen Bella tidak berbekas dalam hatinya.

"Sesekali cuba tukar. Cincin ni nampak simple. I suka. Kalau you tak suka, tak apalah," ujar Hazran lambat-lambat. Kotak cincin ditutup semula.

Segera Bella merampas kotak cincin itu dari tangan Hazran.

"I suka pilihan you. Thank you sayang. That's why I love you so much," ujar Bella bernada manja.

Hazran tesenyum sinis. Dia sudah masak sangat dengan sikap Bella.

"Sampai bila you nak kena kursus di luar negara? I boringlah. Sekali you pergi berbulan-bulan. Macam mana kalau kita dah kahwin nanti?"

Hazran mengeluh. Isu yang sama. Nak buat macam mana? Dah memang itu kerjanya sebagai jurutera projek.

"I thought we've discussed this issue, Bella." Hazran tayang wajah mengharap.

Dia tidak mahu bertegang leher dengan Bella. Biarlah pertemuan setelah tiga bulan ini menjanjikan yang manis-manis sahaja.

Bella mendengus. "Makanlah. I tak nak gaduh dengan you."

"That's my girl," ujar Hazran sambil tersenyum senget.

Pulang daripada bertemu Bella, Hazran melihat Athea dan seorang lelaki berbangsa Cina sudah menunggu di hadapan rumahnya.

"Dah lama tunggu?" tanya Hazran ramah.

Mood lelaki itu agak baik pada petang ini. Itu yang dapat disimpulkan oleh Athea. "Baru aje."

"Kenapa tak call?"

"Baru nak calllah ni," ujar Athea sambil menunjukkan telefon bimbit yang sedang dipegangnya.

"Jom masuk," pelawa Hazran.

Apabila mereka semua berada di dalam kawasan rumah, Hazran kemudian membuka pintu dan bergegas masuk ke dalam rumah untuk mendirikan solat asar.

Athea yang sudah pun membuat bayaran awal kepada tukang cermin terus meminta diri untuk pulang apabila kerja memasang cermin dimulakan oleh lelaki itu.

Hazran keluar semula usai solat.

"Mana itu amoi?" tanya Hazran.

"Sudah balik. Dia punya anak ada tuisyen."

"Oh! Dia dah bayar you?" tanya Hazran.

Itu yang penting. Manalah tahu kalau Puan Meow tu aniaya dirinya. Tak pasal-pasal dia yang kena bayar.

"Sudah bayar."

Hazran mengangguk puas hati. Ketika dia menunggu kerja-kerja memasang cermin tingkap, kedengaran suara memberi salam. Dia menoleh ke pintu pagar.

Hazran menjawab salam. "Hah, Qayyum nak ambil basikal ke?"

Qayyum mengangguk.

"Tak main bola ke hari ni?"

Qayyum menggeleng. "Mama denda."

"Berapa lama?"

"Seminggu."

Hazran ketawa kecil mendengarkan jawapan Qayyum. Dia membiarkan Qayyum mengambil basikal. Dari semalan dia menyuruh Qayyum mengambil basikal itu, tetapi Athea menolak dengan alasan bahaya. Dia tidak mahu Qayyum menunggang basikal pada waktu malam.

"Okay boss. Sudah siap."

Hazran menoleh kepada lelaki Cina itu. Kemudia dia menapak ke tingkap. Cermin yang baru dipasang dibelek. Dia berpuas hati.

"Okay, thank you," ujar Hazran.

"Saya balik dulu, abang," ujar Qayyum.

"Eh! Tunggu." Hazran memegang handle basikal Qayyum.

"Ada apa abang?"

"Yang sedang main bola tu kawan-kawan awak, kan?"

Qayyum mengangguk.

"Tolong bagi tahu mereka, jangan sepak bola kuat sangat. Nanti tak pasal-pasal pecah lagi cermin. Kalau bukan cermin rumah saya, mungkin cermin rumah orang lain."

Qayyum mengangguk faham. Tapi, nanti-nantilah dia beritahu mereka. Dia kan didenda bermain bola? Kalau dia ke sana, tidak mustahil dia tidak akan menolak jika rakan-rakan mengajaknya bermain.

"Boleh saya balik?"

Hazran mengangguk dan menunjukkan isyarat persis menghalau.

"Terima kasih, abang. Assalamualaikum," ujar Qayyum. Senyuman tersungging di bibir remaja itu.

"Waalaikumussalam." Hazran berdiri di luar rumah memerhatikan Qayyum mengayuh basikal.

"Eh! Bukan ke tadi aku suruh dia pesan kat budak-budak tu?" Hazran menggeleng. "Sama macam mak dia juga."

Continue Reading

You'll Also Like

46.4K 757 16
Tajuk: Jadikan Aku Yang Terakhir Penulis: E-Man Sufi Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-2102-51-9 Muka Surat : 464 Harga: RM22.00 (Semenanjung)...
3.8K 134 10
WHATSAPP 013 2588069 WWW.DEARNOVELS.MY Tajuk: PLOT CINTA TAK JADI Penulis: AUNIE AYUNIE ISBN: 978-967-2116-15-8 Harga: RM23.00 / RM26.00 "Sapu-Sapu S...
403K 2.3K 15
Bacaan Bab Awal Sahaja Tajuk: Pujaan Hati Kanda Penulis: Aulia Iman Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0890-91-3 Harga: RM27 (Semenanjung) // RM30 (Sa...
194K 2.5K 15
Bacaan Bab Awal Sahaja Tajuk: Abang Bomba, I Love You (Terbitan Semula/Bakal Adaptasi) Penulis: Mia Kiff Muka Surat : 656 Terbitan : September Pe...