Caramel Macchiato

By AriffAdlyyy

3.2K 194 50

Pada aku, kesunyian adalah rasa paling kejam yang pernah Tuhan ciptakan. More

Caramel Macchiato

3.2K 194 50
By AriffAdlyyy

Pada aku, kesunyian adalah rasa paling kejam yang pernah Tuhan ciptakan.    

Sejenis perasaan yang mencengkam. Sejenis rasa yang membunuh. Sejenis luka yang tidak terlihat oleh mata namun hakikatnya ia mencarik, merobek, meratah segala yang ada dari dalam hingga tiada secebis pun yang tersisa. Hingga akhirnya kau lemah, hingga akhirnya kau mula lelah; lelah dengan semua benda. Dan setelah sekian lama, sudah sampai masa untuk aku rebah.

Dalam melawan kesunyian, ruang dan waktu bukanlah teman.

Aku berdiri di hadapan tangga koridor yang pintunya sudahpun terkopak. Sebatang rokok aku ketip pada bibir, kemudian aku nyalakan pemetik api, kemudian aku tarik nafas dalam-dalam, aku berhenti apabila aku rasa kapasiti paru-paru aku sudah tidak mampu menerima asap nikotin.

Hembus.

Tanpa apa-apa perasaan, aku senyum pada dua batang jari yang masih mengetip Winston merah, "Sorry."

Mungkin sekali ini adalah batang rokok aku yang terakhir. Terima kasih. Setelah bertahun bersama, dia masih lagi setia denganku. Sayang sekali aku harus pergi. Aku menarik asap rokok buat kali kedua. Hembus lagi.

Aku akan akhiri semuanya hari ini.

Malam ini.

Aku teringat kembali perjalanan aku pulang dari pejabat tadi di mana aku harus bersesak-sesak dengan manusia di dalam lif, melalui koridor, hingga ke pintu keluar. Kemudian harus bersesak-sesak dengan mereka yang juga berkejar ke destinasi masing-masing di dalam LRT. Kemudian aku melintas pasar malam yang hingar-bingar dengan suara peniaga dan pembeli. Bagaimana begitu ramai manusia di kanan dan kiri, dan aku masih lagi tidak dapat lari dari sunyi.

Kaki aku melangkah anak tangga satu demi satu. Aku tidak pasti apa yang aku rasa. Berdebar, benar. Takut, juga benar. Namun aku juga lega, memikirkan semuanya akan berakhir hari ini. Mereka boleh panggil aku pengecut, lemah, dan apa-apa saja mereka mahu. Dan aku masih harap mereka tidak lalui apa yang aku rasa.

Sekitar empat minit aku mendaki tangga, akhirnya aku tiba ke tingkat paling atas. Pintunya sudah terkuak sedikit. Jadi aku terus masuk tanpa banyak berfikir dan katupnya semula rapat-rapat. Aku pun tidak tahu kenapa aku memilih rooftop. Mungkin kerana aku rasa aku layak untuk sekurang-kurangnya melihat pemandangan yang cantik dari atas buat kali terakhir.

Agak klise, bukan?

Puntung rokok aku jentik ke tepi sambil mataku meliar mencari port yang sesuai.

What the...

Aku berhenti melangkah apabila ada kelibat seseorang sedang duduk di atas palang; membelakangi aku. Aku cukup yakin dia belum perasan kehadiran aku. Sesekali rambut paras bahunya mengurai apabila ada angin lembut menerpa. Aku tidak tahu kenapa jantung aku tiba-tiba laju. Perlahan-lahan aku angkat tangan kanan untuk melihat waktu.

Tak mungkin hantu. Baru 8.42 PM.

Sekitar 6 saat aku sekadar pegun, kemudian aku ambil keputusan untuk terus melangkah. Sengaja aku biar derap kakiku agak kuat agar dia sedar kehadiran aku. Tidaklah tiba-tiba dia terkejut dan jatuh dan aku pula tiba-tiba menjadi suspek pembunuhan.

Tidak sampai 3 langkah, gadis itu tersentak dan menoleh ke arahku. Cepat-cepat dia berdiri menghadap aku, sebelah tangannya masih berpaut pada palang. Dia sempat menoleh ke belakang – atau bawah – di mana jika jatuh aku anggarkan peratusan untuk hidup adalah mustahil.

"Stop! Stop situ!" sebelah tangannya menunjuk ke arah aku.

Aku menurut, aku angkat kedua tanganku, membuat signal untuk dia bertenang. Walaupun cahaya agak malap, namun dapat lihat matanya baru lepas bergenang tangis. Apa mungkin... tujuan dia ke sini juga sama seperti aku?

"Jangan dekat!" sambil menggerakkan badannya ke belakang sebagai mesej "kalau-kau-dekat-aku-terjun."

"Okay," kataku, masih lagi dengan posisi tangan yang sama, "okay, sis, rilek. Aku bukan datang sini nak selamatkan kau or anything. Okay?"

Matanya dikecilkan sedikit, wajahnya kelihatan kaget dengan apa yang baru aku cakap. Matanya masih lagi merenung aku, mungkin masih menunggu penjelasan. Namun gerak badannya tidak lagi menunjukkan mesej "kalau-kau-dekat-aku-terjun". Dan aku anggap itu sebagai sesuatu yang bagus.

Aku menurunkan semula kedua tanganku. Kami bertentang mata sekitar 5 saat. "Okay, kau stay je kat situ. Aku duduk sebelah tu," aku memulakan bicara, sambil jari telunjuk aku ditunding pada satu arah.

"Okay?" soalku lagi.

"Okay." Balasku sendiri apabila dia kelihatannya tidak mahu beri apa-apa respon.

Perlahan-lahan aku berjalan menuju ke arah palang, kemudian dengan bantuan kedua tangan, aku menarik badanku ke atas. Perlahan-lahan aku duduk, sambil melihat ke bawah buat beberapa saat. Kemudian aku alihkan pandangan aku ke hadapan semula. Kemudian aku menoleh ke arah gadis tadi. Mata kami bertentang beberapa saat sebelum kami mengalihkan semula pandangan secara serentak.

Aku dapat lihat matanya yang letih. Yang sembam akibat tangis. Dan itu sedikit sebanyak melahirkan rasa simpati. Aku menyeluk poket seluar, kemudian aku keluarkan sebatang rokok dan ketipnya pada bibir. Seperti biasanya, sedutan pertama aku akan tarik dalam-dalam. Kemudian hembus. Kemudian aku tarik separuh sebatang lagi dari kotak, dan tawarkan kepadanya dengan tangan kanan.

"You smoke?" soal aku.

Dia menoleh aku lemah, kemudian melihat kotak rokok yang aku hulur. Sekitar 3 saat dia sekadar membungkam, namun setelah itu tangannya mencapai batang rokok yang aku keluarkan separuh tadi.

"Sure." katanya.

"Lighter?" soal aku, cuba menghulurkan pemetik api.

"Takpe, I ada." balasnya.

Aku angguk dan simpan semula rokok dan pemetik api di dalam poket dan kemudian toleh semula ke arah hadapan.

Hampir separuh rokok aku hisap. Dan kami berdua masih lagi senyap. Hanya sesekali terdengar bunyi hembusan nafas kami bercampur dengan kepulan asap nikotin. Habis saja rokok, aku mengeluarkan henfon dari poket seluar. Aplikasi Joox aku buka, dan aku pilih satu lagu.

"All I Want." Gadis itu bersuara.

Aku tersentak.

"You listen to Kodaline?" soal aku, sedikit tersenyum.

"My all time favorite." balasnya.

"Wait, seriously?" soal aku, dan senyuman aku semakin lebar. Jarang aku jumpa sesiapa yang tahu band Kodaline.

Dia mengangguk, juga tersenyum. Dan aku tidak tipu, aku rasa itu adalah senyuman paling manis yang pernah aku lihat. Kami berdua kembali memandang hadapan, dan aku kuatkan sedikit volum henfon. Sesekali aku menjeling ke arahnya. Aku lihat dia sedang tersenyum, juga pada masa yang sama matanya terlihat sayu. Setitis airmatanya mengalir. Entah kenapa, melihat tangisannya membuat aku sakit.

"So, what is your story?" soal aku.

Dia menoleh. Airmatanya mula berjurai. Dan aku terpaksa alihkan pandangan aku kerana aku tidak sanggup untuk melihat. Ia membuat aku rasa pedih. Mungkin tidak mustahil untuk kita memahami sakit dan perit orang lain tanpa perlu berkata-kata. Mungkin.

Aku tunggu lagi 5 saat, dan tangisannya masih lagi tidak berhenti. Jadi aku ambil keputusan untuk duduk rapat di sebelahnya. Gadis itu tidak berganjak. Jadi aku angkat tangan kananku letakkan di belakang badannya, kemudian usap bahunya perlahan-lahan.

"It's okay. Lepaskan semua." kataku, masih lagi mengusap lembut bahunya.

Dia mengangguk, kemudian sandarkan kepalanya pada bahu aku, masih lagi menangis. Sedikit sebanyak, hal ini membuat aku rasa... gembira? Setelah sekian lama, aku lupa bagaimana rasanya diperlukan. Ia buat aku rasa... hidup.

Kira-kira 5 minit, tangisannya mula perlahan. Dia mengangkat kepalanya semula.

"Thank you." kata gadis itu, tersenyum kecil. Matanya masih bergenang tangis.

"Rokok?" tanya aku.

Dia mengangguk, kemudian mencapai kotak rokok dari tangan aku.

"How you feeling?"

"Better." balasnya.

"Kenapa you kat sini?" soal gadis itu.

"Same reason as you." Balasku. "Probably the same reason as anyone who ever think that this is the only way."

"Penat, kan?" soalnya.

"Yeah." balas aku, ringkas.

"You know... sometimes I wonder, if there is really a happy ending untuk semua orang." katanya.

Aku senyum, "I don't know. And I guess... I won't be around to find out."

Dia ketawa kecil.

"Kenapa pilih tempat ni?" soalnya.

"I don't know." Jawabku, sambil menggeleng kepala, "I just thought it would be nice to... you know, ada scenery view ke apa before I... Tapi haram, gelap tak nampak apa." Aku menarik muka jengkel.

Gadis itu turut ketawa kecil. Tawanya buat aku rasa tenang.

"I can't help but wonder, kenapa you pilih jalan ni... I mean... you nampak... OK. With your tie and suit and all... You tak ada gaya macam orang broke, or something."

Aku senyum.

"Yeah." Aku mengangguk kecil. "Honestly, I memang tak ada masalah duit. But..."

"But?"

"I don't know. I just feel... alone." balas aku.

"Come on, is that it? Alone? You ada duit, pergilah travel ke, minum ke, kahwin ke, shopping ke?"

"Hahaha. You know, bukan semua benda kita boleh beli dengan duit. Of course, duit tu penting, but... at the end of the day, what we want is... just to be happy. And speaking of kahwin, I do want that. I do want to settle down, but.." aku diam sebentar, tarik nafas, hembus.

"But it's not that easy. You see, I've been in love with someone... but... I don't know. It's complicated. It's a long story, but... to keep it short, in the end, she left. And since that, even though I ada duit, even though I boleh travel anywhere, but– "

"But kita tak ada sesiapa untuk share kita punya happiness, is it?" celah gadis itu.

Aku menoleh ke arahnya, sekali lagi mata kami bertentang. Buat kali pertama, aku rasa ada seseorang yang faham apa aku rasa. Aku hanya mengangguk kecil.

"And then my life setiap hari becoming emptier and emptier. Pergi kerja, balik kerja. Pergi kerja, balik kerja. I started to shut everybody out. I thought if I buat macam tu, I'd be protecting myself, I'd be safe, I'd live better.. but I was wrong. Day by day, I'm losing myself. Depan orang kita boleh senyum kita gelak kita buat macam everything is okay, but the truth is... we are lying to ourselves. Like when I get home, or time sorang-sorang, then I realized that... I'm not happy." cerita aku.

"Is it worth?" soal gadis itu.

"Apa dia?" soal aku, keliru.

"Putting your happiness in other people's hand?"

Aku senyum. Sejujurnya aku tidak tahu.

"Kalau ikut skema jawapan, memanglah tidak. But... you know, the heart wants it wants. Mana boleh tipu apa kita rasa. Of course you can pretend, but for how long? Dia macam..."

"Hehe. I rasa I tau apa you nak cakap. I rasa kita sama. Because, I can't help but want to have someone who I rely on when I'm in a mess, who I can be childish with, who I can give my all, unconditionally." katanya.

Aku ketawa kecil, sambil mengangguk, "Yeah."

Kami menghabiskan hampir 2 jam duduk di atas palang, berkongsi tawa dan tangis, segala apa yang pernah kami tempuh. Kami punya cerita dan kehidupan berbeza, namun setiap yang terjadi itulah yang membuatkan kami juga punya banyak persamaan. Terlintas juga di fikiran aku, kenapa hari ini baru aku bertemu dengannya?

"So... are we really gonna do this?" soal aku.

Gadis itu diam, kemudian merenung mata aku dalam-dalam.

"I'm scared." katanya.

"Me too."

Sekitar tiga minit, kami berdiri dengan sebelah tangan masih berpaut pada palang. Cuba mengumpul keberanian dan kekuatan. Sebelah lagi tangan kami berpegang erat. Jantung aku semakin laju mengepam darah. Dan ini membuat aku keliru. Aku tidak pasti jantungku kencang memikirkan ini adalah hari terakhir aku, atau kerana kami sedang berpegangan tangan. Dan sejujurnya, aku mula tidak pasti samada aku mahu meneruskannya. Aku mula rasa 3 jam perkenalan aku dengan gadis yang masih aku tidak tahu namanya ini masih tidak cukup.

Tiba-tiba henfon aku bergetar.
Gadis itu perasan, dan dia menoleh.

"Taknak tengok dulu? Your last notification?" soalnya, cuba berjenaka. Dan jenakanya berjaya buat aku ketawa kecil.

Kami berganjak sedikit ke belakang, bersandar pada palang. Aku meraba-raba poket seluar mencari henfon.

"Oh." kataku sebaik sahaja membuka emel yang baru aku terima.

"Apa dia?"

"Nah, I just got free drinks for two, from Starbucks."

"Really? Bestnya! I love coffee!"

"You do? Cool. I biasa order Caramel Macchiato."

"Eh fuck, are you serious?" riak wajahnya terkejut.

"Er why?"

"It was my favourite too!"

"Serius ah?" Aku tersenyum kecil,  "Actually, I think we should met sooner lah, boleh lepak Starbucks sekali-sekala." kata aku. Dan aku tahu aku benar-benar maksudkannya.

"Actually..." dia berkira-kira, "...it sounds good. And since you ada free drinks tu..." gadis itu menjeling.

Aku menoleh ke arahnya, sebelah keningku dinaikkan sedikit, "Are you serious?" soal aku, sambil ketawa kecil.

"Yea, why not? I mean, it's only 12.27 AM, I tau Starbucks yang tutup pukul 2 pagi. This can wait, but coffee is bae." Balasnya, dan dia menoleh ke bawah ketika menyebut perkataan 'this'.

"Sure." Balasku, dengan tawa yang masih lagi tersisa, "Eh, wait, I forgot to ask, nama you siapa?"

Dia senyum, "Get me the coffee first, nanti you tau la."

"Hahaha. Fine."

Jadi kami berdua membuat keputusan untuk mendapatkan minuman percuma kami di Starbucks.

Dan tidak pernah kembali ke sini untuk kali kedua.

All I want is
And all I need is
To find somebody
I'll find somebody like you.

#Np All I Want; Kodaline

Continue Reading

You'll Also Like

65.3K 2.4K 73
Berdamai dengan takdir. Sebaris ayat itu ringkas, bukan? Namun, Nurdarya tidak mengerti. Kenapa orang sekelilingnya seringkali berpesan sebegitu kepa...
3.9M 3.4K 1
Tajuk: KAD Penerbit: Buku Fixi ISBN: 9789670042985 Bil mukasurat: 324 muka surat Harga RM24.90 Sinopsis: Setelah lama belajar di rumah, sudah sampai...
5.6M 256K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...