Bukan Untuk Dimiliki

By appleflakes

4.1M 248K 37.8K

Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin de... More

Bukan Untuk Dimiliki
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Epilog
Bahagian I
Bahagian II

Bab 15

50.1K 2.8K 452
By appleflakes

Pemanduanku yang tiada ada arah tujuan akhirnya tiba ke destinasinya, apartment Rayqal. Aku tidak tahu bagaimana aku boleh ke sini, mungkin rasa sedih yang bersarang dalam diri yang membawa aku ke sini. Kesedihanku hanya akan terhapus apabila Rayqal ada di sisiku. Aku tidak peduli apa yang terjadi antara kami sebelum ini kerana aku perlukannya.

Punat loceng aku tekan beberap kali namun tiada tanda-tanda yang Rayqal akan membuka pintu. Air mata makin laju merembes turun ketika ini, Rayqal sepertinya tiada di rumah. Rasanya masa pergaduhan itu terjadi, baru jam lapan malam. Ke mana Rayqal pergi?

Aku mula bersandar pada dinding yang bertentangan depan pintu, dari berdiri mula mencangkung di situ. Dengan linangan air mata, aku sembamkan muka ke lutut. Sepasang bahu mula-mula terhinjut menyembunyikan duka.

"Farisya?"

Aku angkat muka tatkala suara itu menyebut namaku. Rayqal mula menghampiriku, kedua-dua belah lenganku di pegangnya untuk memudahkan aku kembali berdiri. Seperti dulu, jarinya mula mengusap tangisan aku.

"Kenapa ni?"

Tiada sebarang jawapan yang mampu aku berikan hanya tangisan saja yang kedengaran, rasa sedih ini membuatkan lidahku kelu untuk menjawab pertanyaannya. Rayqal menarik aku ke dalam pelukannya.

"Kita masuk dulu, you cerita kat I apa dan jadi. Okay?" Rayqal melingkarkan tangannya di bahu untuk membantu aku masuk ke dalam.

"Duduk sini," kata Rayqal sambil mengarahkan aku untuk di atas sofa.

"Kejap ya."

Rayqal mula menghilang ke dapur. Aku sembamkan muka ke tapak tangan, air mata terus menjadi peneman setia. Apabila teringatkan kembali, kisah cinta aku dan Airil terputus begitu, hati bagaikan disiat-siat dengan sembilu. Terlalu menyakitkan.

Dan malam ini, aku dikhianati oleh ayah kandung aku sendiri. Patutlah Aunty Aliyah beria-ia ingin jodohkan Airil dengan perempuan lain, kononnya teringin sangat melihat Airil berkahwin dengan menantu pilihannya. Kalau papa dan Aunty Aliyah ingin berkahwin sekali pun, kenapa hubungan aku dan Airil terkena tempiasnya?

Kalau mereka berkahwin sekali pun, bukan kah tidak akan menjejaskan hubungan aku dengan Airil? Kenapa harus pisahkan aku dan Airil.

"Farisya-" Rayqal memanggil namaku, kali ini dia datang dari dapur dengan dua mug lalu meletakkannya di atas meja.

"Okay tak ni?"

Rayqal mula duduk di sisiku, muka yang masih lagi tersembam di tapak tangan dirungkainya. Dia memegang dagu aku untuk mengalihkan wajah supaya memandang ke arahnya, aku menangis lagi. Ibu jarinya tidak jemu untuk menyeka air mataku.

"Please- Jangan nangis macam ni, I tak suka tengok you nangis."

Perkataan hypocrite agaknya sedang berbalik kepada diri sendiri, aku cakap yang aku tak ingin jumpa Rayqal lagi, tapi sekarang aku berada di sini. Aku kata yang aku tak sudi dekat dengannya lagi, tapi dia yang mengusap tangisanku ketika ini. Aku menyesal kerana memberinya peluang tapi aku relakan saja ketika dia memelukku.

"Shhhh, I ada kat sini. Jangan nangis lagi." Rayqal membisikkan kata-kata itu, tangannya membelai lembut belakang tubuhku. Rasanya sama seperti dia memelukku dulu, tetap menenangkan, menghadirkan rasa selamat dan memberikan aku kekuatan.

"Papa- Kenapa-" Aku tidak mampu untuk meneruskan lagi, tangisan sekali lagi mengambil alih.

"Jangan cakap apa-apa, menangis selagi you nak." Kalau tadi dia memujuk supaya berhenti menangis, kini sebaliknya. Peluang yang Rayqal berikan itu membuatkan suara semakin kuat, air mata kembali laju mengalir, menangisi ketidakadilan hidup.

"Lepaskan semuanya. I akan selalu ada untuk you," kata Rayqal lagi.

Hujung bajunya aku cengkam, bajunya di bahagian dada sudah basah kerana air mataku. Tangisanku yang tadinya mula perlahan-lahan reda dan Rayqal kini sudah memujukku untuk berhenti menangis.

"Ambik ni," ujarnya sambil menghulurkan mug yang berisi air hangat.

Aku meneguk sedikit air itu, mataku terpejam untuk menikmati rasa. Aku menghulurkan kembali mug itu kepada Rayqal, dia menarik kepalaku untuk berehat di dadanya. Sesekali tangannya mengelap air mata yang berbaki.

"I rasa papa tak pernah sayangkan I." Aku memulakan bicara, Rayqal hanya mendengar. Tangannya mula mengusap rambutku.

"Agaknya benci," kataku lagi. Mungkin aku dan Iskandar lahir tanpa kerelaannya. Dari kecil lagi aku tidak dapat merasa kasih sayang darinya.

"You nak tahu apa yang jadi tadi Rayqal?" Aku mendongak memandang ke arahnya, Rayqal mengangguk memberi isyarat supaya aku membuka cerita.

"Papa nak kahwin lagi."

Tubir mata sekali lagi terasa hangat, manik jernih mula timbul. Rayqal sudah mula memujuk aku supaya jangan menangis lagi.

"Dia nak kahwin dengan mama Airil- Kenapa dia buat I macam ni?" Aku tanyakan Rayqal soalan yang dia tidak ada jawapannya. Tanganku memukul dadanya perlahan untuk luahkan rasa kecewa.

Dalam banyak-banyak perempuan, kenapa harus Aunty Aliyah? Aku tidak kisah kalau papa ingin berkahwin lagi, tapi kenapa yang di pilihnya adalah ibu kepada bekas kekasihku?

Agaknya, tanpa pengetahuan aku, mereka sudah merancang untuk memisahkan aku dan Airil. Tapi bila aku fikirkan balik, takkan lah Aunty Aliyah tidak tahu aku siapa? Takkan dia tidak tahu yang aku anak kepada bekas kekasihnya? Kenapa dia tidak halang hubungan aku dengan Airil dari awal lagi? Kenapa perlu tunggu sepuluh tahun? Perlu ke mereka sakitkan hati aku dengan cara ini?

"Farisya- Look at me-" Rayqal mula memegang kedua-dua belah pipiku, matanya merenung dalam ke arah anak mataku.

"Papa nak kahwin dengan mama Airil. Rayqal-" Aku ulang kembali kata-kata itu. Sampai sekarang aku masih belum percaya yang semua ini terjadi. Tergamaknya papa buat aku macam ni.

"Yes I know baby, but please- Stop crying."

Macam mana aku hendak berhenti menangis? Kalau dia di tempatku, boleh kah dia melakukan perkara yang sama? Dikhianati oleh darah daging sendiri?

"It's too much, I can't handle this." Aku memegang tangan Rayqal yang sedang mengusap tangisanku, aku cuba mencari kekuatan darinya. Mataku terpejam tatkala air mata turun berderai.

"Semua orang yang I sayang, pergi tinggalkan I- Sekarang ni papa-"

Walaupun papa masih lagi hidup, ada depan mata aku, tinggal serumah tapi apa yang aku rasakan adalah dia turut sama tinggalkan aku. Sekarang ini, dia lebih memilih kekasih lamanya berbanding anak sendiri.

"I tak akan tinggalkan you."

Aku kembali memandang ke arah Rayqal, dia makin mendekatkan wajahnya. Satu kucupan hangat singgah di dahiku, singgah di kedua-dua belah kelopak mataku.

"I love you." Dia mengucapkan kalimah itu sebelum mengucup bibirku.

Aku relakan saja ketika bibirnya menjamah bibirku, kucupan ini membuatkan kejadian sebentar tadi perlahan-lahan pudar dari ingatan. Aku membalas kembali sentuhannya ini, cukup membuatkan aku terasa berada di awang-awangan.

"I tak akan tinggalkan you macam mereka," kata Rayqal ketika dia melepaskan tautan kucupan kami.

"I sayang you." Dia berkata lagi, helaian rambutku yang terurai di wajah dialihkan oleh Rayqal lalu diselitkan di celah telingaku.

"Macam mana you boleh sayangkan I, sedangkan kita baru kenal?" Sudah lama sebenarnya aku ingin tanyakan soalan ini. Kami baru kenal, kenapa begitu mudah dia sukakan aku?

"Sebab kita baru kenal, I mula jatuh suka pada you," ujar Rayqal dengan senyuman manis di bibirnya. Tangannya mula mengenggam erat tanganku.

"Pada malam kita jumpa, I tengok you menangis dan I mula rasa sesuatu."

"What is it?"

"I don't know, itu kali pertama I rasa. I mula terbayangkan you, I feel like I want to erase your pain. I tak nak tengok you menangis lagi. I nak you happy."

Mendengarkan kata-kata Rayqal, mataku sudah mula mengepam air mata kembali. Tersentuh kerana adanya dia yang sudi melakukan perkara itu. Bagaikan hilang memori mengenai Rayqal yang satu itu.

"And I think I'm in love." Tanganku di bawa ke bibirnya, mendaratkan satu ciuman di situ.

"I love you," ucapnya lagi seraya membawa aku ke dalam pelukannya. Jarinya mula mengusap kepalaku, mengurai rambutku yang melepasi bahu.

"You love me, Rayqal?" Aku mendongak sedikit untuk memandang ke arahnya. Satu perasaan menjalar di setiap nadi dan satu tuntutan yang aku inginkan.

"Yes, I love you-"

"Prove it."

"What?"

Matanya terkebil-kebil memandang ke arahku seolah-olah memberi isyarat supaya aku mengulang kembali kata-kataku. Aku paut lehernya supaya jarak kami lebih dekat, tanpa melengah aku pagut bibirnya.

Rayqal bagaikan terkejut dengan tindakanku, selalunya dia yang memulakan langkah tapi kali ini aku terlebih dahulu memulakannya. Dia mula memberi respon, ciumanku di balasnya kembali. Pinggangku dipautnya erat sehingga tiada sebarang kami antara kami.

"Are you sure?"

Itu pertanyaannya ketika kami meleraikan ciuman yang bertaut. Anggukan yang aku beri sebagai jawapan, Rayqal memberikan senyuman untukku sebelum dia mendakap aku seeratnya lalu mengangkat tubuhku ke dalam dukungannya.

Dia membawa aku ke bilik, tubuhku di baringkan atas katil. Rayqal sudah berada di atasku, aku dapat merasakan kehangatan yang menjalar tatkala tubuh kami bersentuhan. Mata kami bertentang, menyalurkan rasa yang terpendam dan keinginan yang perlu dilunaskan. Aku inginkannya pada malam ini untuk melupakan apa yang terjadi.

"Rayqal." Aku menyebut namanya ketika ibu jarinya turun dari mengusap wajahku ke bahagian leher.

"I love you."

Mulutnya tidak henti-henti dari melafazkan kata-kata itu ketika setiap inci kulit wajahku menjadi santapan bibirnya. Rayqal berhenti seketika, anak matanya merenung aku lagi.

"I love you, baby." Rayqal mengucup bibirku kembali. Ciuman yang tadinya lembut bertukar menjadi rakus apabila aku balas kembali. Tangannya mula menyelinap masuk ke dalam t-shirt yang aku pakai.

Walaupun ini terjadi kerana keinginan nafsu tapi aku tidak akan menyesal apabila aku tersedar pada esok hari. Ini terjadi dengan kerelaan dan kemahuanku sendiri, Rayqal tidak memaksa dan dia berikan sesuatu yang pernah aku rasai sebelum ini. Cukup untuk aku lupakan masalah yang membelenggu dari hari pertama aku berpisah dengan Airil.

Bab ni dah lama siap tapi tak tahu kenapa rasa segan nak update 😳 kahkahkah, bab 16 aku update kejap lagi ✨

Continue Reading

You'll Also Like

962K 33.8K 67
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟑 Known as His Lovely Wife Tengku Hanim Eriana | Naim Faeeq Start : 2022 End : 2023 ➾ Crush to marriage...
1.4M 66.7K 65
Setelah bertahun tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air kerana bermasam muka dengan ayahnya sendiri menjadikan Faryna Aireen sangat liat untuk pul...
856K 62K 44
"Bila aku stres,aku hisap rokok."Katanya selamba dan melepaskan asap daripada bibirnya. What? Errghh. "Apa kata kau,kalau aku betul-betul nak bun...
216K 27.6K 97
ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20