Maid Maiden

By sweetpearly

737K 55K 4.7K

❝Walau apa cara sekalipun, aku tetap akan balas budi 'putera' aku tu suatu hari nanti.❞ Demi membalas budi si... More

PROLOGUE
💛M I N I T A L K💛
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
🌈 M I N I T A L K 2 🌈
BAB 9
BAB 10
TAGGED~
BAB 11
BAB 12
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
SPECIAL CHAPTER : ALL ABOUT US ✨
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
💘 M A I D M A I D E N G A L L E R Y 💘
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
NOTICE
BAB 69
BAB 70

BAB 13

12.2K 889 64
By sweetpearly

"Korang ada dengar cerita tak pasal Tengku Firdaus dengan Mia tu?"

"Mestilah! Tu hot news kot! And kau tahu tak si Mia tu sekarang tinggal serumah dengan dia?"

"Seriously? Budak pendek dan tak beradab tu memang tak tahu malu. Aku ada dengar haritu dia kena halau dari kelas sebab pengotor sangat."

"Eww...she's disgusting. Macam manalah perempuan selekeh macam tu boleh couple dengan Firdaus yang perfect 10 tu!"

Perbualan tiga orang gadis itu tergendala apabila sebuah kereta audi berwarna hitam berhenti di sebelah mereka.

Seorang lelaki turun dari kereta tersebut. Si lelaki yang menyandang beg sekolahnya di bahu kiri membuka pintu di bahagian penumpang, dan seorang gadis berambut hitam keluar. Selepas menekan butang lock, mereka berdua berjalan masuk ke sekolah sambil berpegangan tangan.

Tiga orang gadis yang rancak dengan sesi mengumpat tadi memandang pasangan sejoli tu.

"Weh kau serious la tu Mia yang selekeh kau cakap tadi tu? Apasal cantik je aku tengok?"

Gadis yang bersungguh mengutuk tadi cuma diam sahaja. Dia pun terkejut melihat perempuan yang berpimpin tangan dengan Tengku Firdaus tadi. Lain dari khabar angin yang mengatakan perempuan itu selekeh dan pengotor.

"Mungkin aku tersalah dengar kot..."

________________________

MIA P.O.V

"Dah takde orang kat sini."

Tangan aku cepat-cepat ditarik dari pegangan Firdaus. Firdaus pula cuma membiarkan. Kemudian masing-masing mengambil haluan ke kelas tanpa menoleh sikit pun antara satu sama lain.

Semua yang berlaku tadi cuma satu lakonan.

Selepas pentengkaran haritu, kitorang melancarkan perang dingin. Langsung kitorang tak bertegur sapa kecuali bila perlu. Aku berjanji akan jadi girlfriend dia yang baik dan sopan santun. Dia pula berjanji tak akan masuk campur lagi dalam urusan aku selepas TUGAS aku sebagai girlfriend palsu dia selesai di jamuan nanti.

Tapi apa yang aku tak puas hati ialah dia gunakan masa pembelajaran selama tiga hari haritu untuk balas dendam dekat aku.
.
.
.
.
.

Tiga hari lepas

"Ambik buku ni. Lepas tu baca depan aku!"

"Bahasa Inggeris?"

"Ya cik Mia, bahasa Inggeris."

Aku memandang buku yang diberi pada aku tu.

"Tapi aku tak berapa nak lancar baca bahasa ni."

"Sebab tu lah aku suruh kau baca depan aku. Pandai lah aku betulkan sebutan kau nanti. Ha cepat lah!"

Aku membuka perlahan muka surat pertama buku tu. Sejak azali lagi aku memang tak ngam sangat dengan bahasa Inggeris ni. Subjek ni la yang selalu mencacatkan slip keputusan ujian aku.

Mesti tertanya-tanyakan kenapa mamat ni beriya nak ajar aku bahasa inggeris. Katanya nanti senang untuk aku bergaul dengan tetamu-tetamu lain. Maklumlah orang kaya buat jamuan, mana main ajak makcik Senah je, Tom Cruise pun entah-entah dijemput. Sebab takut aku memalukan dia dengan bahasa inggeris aku yang tunggang-langgang ni, dia dengan rela hatinya menjadi cikgu tutor tak berbayar aku.

Tapi macam yang korang baca sekarang ni, mamat tu menggunakan kuasa veto dia untuk mengajar aku.

Aku memandang perkataan-perkataan yang tertulis dekat kertas dan mula membacanya dalam hati.

"Oi aku tak suruh kau baca dalam hati. Aku suruh baca depan aku."

Ish mamat ni. Sabar lah. Aku tengah nak proseskan otak aku la ni.

Aku berdehem kecil sebelum mula bersuara.

"I ran as fast as lightning without glancing bac...."

Bacaan aku terhenti apabila sebatang pen kena tepat dekat kepala aku.

"Salahlah! Sebutan dia GLENSING, bukan GLANCING! Kau ingat bahasa Melayu ke apa nak baca sebiji-sebiji macam tu."

"Kau ni kalau nak tegur pun guna je lah suara! Tak payah lah nak baling-baling pen."

Tangan aku menggosok bahagian kepala yang terkena pen tadi. Mata aku menghadiahkan pandangan laser 2000 dekat dia.

Firdaus pulak cuma menjongketkan bahu dan membuat muka 'ada aku kisah'.

"Oh kena kepala kau ke? Tak perasan pulak aku. Sekarang kau ulang balik sampai aku puas hati. Selagi tak habis, kau tak boleh makan malam!"

Aku memandang dia tak percaya. Mamat ni nak ajar aku ke nak dera aku?

Dekat berpuluh-puluh kali jugak dia suruh aku ulang. Mulut aku ni pulak tak tahu kenapa asyik tersalah sebut je. Mamat tu pulak langsung taknak berkompromi dengan aku. Tersalah sikit je dia suruh aku ulang balik dari mula.

Akhirnya, sesi latihan aku dengan dia ambil masa tiga jam untuk tamat. Itu pun dah pukul sepuluh malam. Terpaksa lah juga aku makan tengah-tengah malam sambil dalam hati menyumpah seranah mamat hantu tu.

Puan Ethel dan maid-maid yang lain pun tak komen apa-apa. Agaknya, mamat hantu tu dah ugut diorang supaya jangan tolong aku. Agaknya la.

Nasib baik dua hari lepas tu sesi pengajaran tatasusila diajar oleh Puan Ethel. Kalau tak aku dah boleh masuk rancangan Bersamamu, mengadu aku kena dera dengan anak orang kaya.

___________________________

Tergeleng-geleng kepala aku mengingatkan kembali perkara tu. Haih kenapalah aku pergi imbas balik semua tu. Tak pasal-pasal hati aku jadi panas balik.

Tapi aku patut berterima kasih jugak. Disebabkan tiga jam didera oleh mamat tu, bahasa Inggeris aku dah makin okay.

Baru tadi aku disuruh berpuisi dalam bahasa Inggeris di hadapan kelas oleh cikgu Linda, dan bacaan aku tu dapat pujian melambung dari cikgu cina tu.

Ha tengok, sampai boleh berpuisi dah aku. So aku tak boleh nak salahkan mamat tu seratus peratus.

Kelas sejarah harini sangat membosankan, lebih-lebih lagi yang mengajarnya adalah cikgu Herman. Suara dia yang perlahan dan mendayu-dayu tu cukup syarat untuk membuat pelajar masuk ke alam mimpi.

Aku mengeluh bosan dan membuang pandangan ke luar tingkap. Aku nampak ada beberapa pelajar sedang berlatih untuk hari sukan akan datang. Sekolah ni pun katanya hebat jugak dalam bab sukan. Dan pasukan bola sepak sekolah ni pernah masuk perlawanan antarabangsa di Australia.

Aku terpandang beg sekolah aku yang aku letakkan di bawah meja. Aku perasan macam ada satu kain terkeluar dekat hujung zip.

Aku membongkokkan badan sedikit dan cuba menarik kain tu keluar dari beg. Mata pulak memandang ke cikgu Herman yang sedang bercakap tentang mata wang di tamadun Mesir Purba. Takut dia tuduh aku buat benda bukan-bukan pulak memandangkan badan aku sedang membongkok sembilan puluh darjah ni. Beg aku tu seberat seguni beras jadi jangan tanya kenapa aku tak angkat je beg tu.

Beberapa saat bergelut, akhirnya kain tu berjaya keluar sepenuhnya.

Aku meneliti kain berwarna ungu tu.

Ni kan... sapu tangan Firdaus?

Chop. Mana aku tau Firdaus punya?

Sebab dekat hujung sapu tangan tu ada sulaman benang yang cantik membentuk perkataan firdaus hayqal.

Macam mana boleh ada dalam beg aku ni?

Selepas lebih kurang tiga minit otak aku membuat proses imbas kembali, baru aku teringat sesuatu.

Haah la, ni kan dia bagi aku masa kat taman haritu. Macam mana aku boleh lupa nak pulangkan ni?
*facepalm*

Nak taknak terpaksa la jugak aku pergi jumpa mamat tu rehat ni. Ikutkan hati rasa malas nak menghadap muka dia. Tapi aku lagi malas nak simpan harta benda dia ni.

Bunyi je loceng yang menandakan waktu rehat, aku terus keluar dari kelas dan bergegas ke taman.

"Ah Mia! Saya ada benda nak bincang dengan awak!"

Aku menoleh ke arah suara yang memanggil aku tadi.

"Maaf Sara, saya nak jumpa Firdaus kejap. Kita bincang nanti je lah, ya?"

Aku terus berjalan semula ke taman tanpa menunggu jawapan dari Sara.

Dan dari jauh, tanpa Mia sedar, ada seorang lelaki yang sedang memerhatikan langkahnya.

*****

Biasanya meja lunch dia ada kat sini. Kat mana pulak mamat ni rehat harini?

Taman bunga ros tu agak besar dan bila aku cakap 'taman bunga ros', aku betul-betul maksudkan yang taman ni dipenuhi bunga ros berwarna warni. Terlampau banyak sangat warna sampai berpinar mata aku. Dan taman ni pun bukan mamat tu je yang selalu guna. Ramai lagi pelajar yang suka lunch kat sini. Jadi, sesi untuk aku mencari mamat tu agak sukar.

Aku pergi mencari di sudut taman yang agak sunyi. Dan di situlah aku ternampak dua orang makhluk sedang berbual.

Firdaus dan seorang perempuan yang aku tak kenal.

Siapa pulak perempuan tu?

Kaki aku laju melangkah ke arah mereka berdua. Jangan salah faham pulak. Bukan aku nak pergi serang perempuan tu. Niat aku nak jumpa Firdaus tu je.

"Saya dah dengar semuanya. Sebelum ni pun saya pernah nampak korang berdua datang sekolah sama-sama. Betul ke perempuan tu girlfriend awak sekarang?"

Langkah aku yang bukan main laju tadi terhenti. Aku menyorok di sebalik pokok. Cuba mencuri dengar perbualan mereka.

"Yes, perempuan tu girlfriend aku sekarang. Puas hati?"

Aku macam pernah nampak perempuan tu. Rambut perang lurus.

Oh ya lah! Perempuan ni la yang aku nampak kat taman haritu! Bidadari aku tu!

Apa hubungan dia dengan Firdaus. Dan kalau aku tak silap, diorang tengah bercakap pasal aku sekarang ni.

"Kalau tu je kau nak cakap, aku rasa kau dah boleh pergi. Aku dengan kau dah takde kena mengena dah kan?"

Perempuan tadi aku lihat agak terkilan dengan kata-kata Firdaus. Dia kemudian berlari pergi dari situ.

Apa benda lah mamat ni! Suka-suka hati je nak sakitkan hati perempuan! Aku ingatkan dia tunjuk perangai dingin dia tu kat aku je, rupanya kat semua orang pun sama je.

Sedang aku leka memaki hamun dia dalam hati, akhirnya dia memusingkan badan. Baru sekarang aku nampak muka dia sebab tadi dia membelakangi aku.

Terkedu sekejap. Muka dia tak nampak dingin macam kata-kata dia tadi. Sebaliknya, muka bersalah yang terpapar. Aku agak dia dan perempuan tu ada hubungan lain yang aku tak tahu.

Aku rasa macam tak sesuai pulak nak jumpa dia sekarang jadi aku buat keputusan untuk memulangkan sapu tangan tu dekat rumah nanti je.

Baru je aku nak berpusing, tiba-tiba ada sepasang tangan yang memeluk aku dari belakang.

"Gadis baik takkan curi dengar perbualan orang lain, tau?"

Dipeluk oleh orang yang tak dikenali secara tiba-tiba. Dan mengikut pendengaran aku yang masih normal ni, orangnya adalah lelaki. Kau rasa apa aku buat?

Satu jeritan dua puluh harakat dilepaskan.

"Mia?!"

Aku nampak Firdaus dah ada dekat sebelah aku.

"A–Ada lelaki gila kacau aku!"

"Mana?"

"Tu kat belakang pokok tu! Lelaki tu tiba-tiba je peluk aku dari belakang!"

Jari telunjuk aku menunjuk-nunjuk di belakang pokok tempat aku menyorok tadi.

"Hahaha! Ganasnya si kucing ni! Kau dah tak ingat aku lagi ke?"

Aku yang tadinya sedang menutup muka dengan tangan terus membuka mata. Aku memandang Firdaus yang tengah facepalm. Kemudian aku memandang ke tempat aku menolak lelaki yang memeluk aku tadi.

Terkedu. Tu je gambaran yang aku boleh cakap tentang perasaan aku sekarang. Lelaki tu memakai baju berwarna hitam, sama macam Firdaus. Setahu aku cuma pengawas berjawatan tinggi sahaja yang pakai baju ni.

"Jangan salah faham. Aku bukan orang jahat. Nama aku Aryan. Putera Aryan Hakimi. AJKT unit disiplin dekat sekolah ni."

Dia tersenyum memandang ke arah aku.

"Kau tak ingat aku ke? Aku pernah selamatkan kau sebelum ni."

Mulut aku masih membisu. Aku meneliti lelaki yang mengenalkan diri sebagai Aryan tu.

Rambut hitam dan ada tahi lalat dekat bawah mata kanan. Tangan kirinya pula memakai sarung tangan.

Dia ni...

Putera yang aku cari tu ke?!

"Hei cik adik, boleh tarik aku bangun?"

Tangannya dihulur ke arah aku. Aku cuba menyambut tangannya memandangkan aku yang menolak dia sampai terjelepok dekat tanah tadi. Tapi belum sempat aku nak pegang, Firdaus dah tarik dia dulu.

"Biar aku yang tolong. Kau buat apa dekat sini, Aryan?"

Aku nampak muka Firdaus tersenyum paksa. Macam tak suka dengan kehadiran lelaki tu.

"Kelakarnya soalan. Mestilah aku datang sekolah sebab nak belajar."

Firdaus nampak macam nak mencekik lelaki tu je.

"Hm dah alang-alang kita jumpa ni, jom la lunch sama-sama nak?"

Soalan tu bukan diaju pada Firdaus, tapi pada aku. Aku baru nak menjawab sesuatu tapi dipotong oleh Firdaus.

"Jangan buat hal lagilah! Aku dah bagi amaran kan jangan dekat dengan dia, kenapa kau ni degil sangat hah?!"

"Wow relakslah Hayqal... setakat ajak lunch pun marah ke? Aku janji aku takkan cakap bukan-bukan, okay?"

Diorang berdua berbual macam aku takde dekat situ je.

Firdaus dah macam tak tahu nak cakap apa. Jadi, dengan terpaksanya dia membiarkan aku lunch dengan lelaki bernama Aryan tu. Tapi mestilah dia ikut sekali.

________________________

"Wahh! Putera Aryan dengan Tengku Firdaus lunch sama-samalah!!"

"Eh kejap! Kenapa si Mia tu pun ada kat situ jugak?"

"Hee menyampahnya! Kat mana Tengku Firdaus ada, dekat situ jugaklah dia sibuk nak ada jugak!"

Macam biasa, aku buat tak peduli dengan kata-kata orang sekeliling. Aku lebih tertarik dengan reka bentuk dalaman kafeteria yang agak unik ni dan makanan yang dijual.

Dan dari perbualan orang sekeliling serta ditambah dengan suara perempuan-perempuan yang terover fan-girling, aku dapat tahu yang selain Firdaus, Aryan juga ada peminatnya tersendiri dekat sekolah ni.

Disebabkan populariti diorang yang agak tak terkawal tu, aku, Firdaus dan Aryan mengambil tempat di bahagian hujung kafeteria. Aku dan Aryan duduk secara bertentangan manakala Firdaus duduk di sebelah aku.

Sambil makan tu, aku tak banyak bercakap sebab Aryan dan Firdaus berbual pasal benda yang aku tak faham. Tapi aku boleh nampak yang Firdaus macam nak taknak je melayan Aryan.

Aku menyuapkan donut coklat ke dalam mulut aku. Dan aku sedar ada coklat terkena dekat pipi. Baru je aku nak lap, dah ada tangan lain yang tolong lapkan.

"Gelojoh sangat la dia ni. Tengok dah comot muka tu."

Terus donut dekat tangan aku terlepas dan selamat landing atas pinggan. Nasib baik donut tu tak buat drama jatuh bergolek-golek pergi tempat lain.

Dalam masa yang sama, meja kitorang dihentak kuat oleh sepasang tangan, milik makhluk di sebelah aku.

"Aryan, kat luar, now!"

Beberapa saat selepas tu, Firdaus menarik Aryan keluar dari kafeteria.

Aku cuma memerhati dari jauh. Tangan aku pula memegang pipi yang dah membahang.

Gosh. Jantung aku rasa nak terkeluar dah ni.

Aku menggelengkan kepala. Cuba untuk hilangkan malu tu. Dan ketika tu tanpa aku sedar, tiga orang perempuan sedang menghampiri aku dari belakang.

_____________________

FIRDAUS P.O.V

"Kau nak apa sebenarnya hah?!"

Dingin mata aku memandang lelaki di hadapan aku sekarang ni. Geram memikirkan adegan yang berlaku di hadapan mata tadi.

"Alah relakslah..  Aku bukannya nak buat benda jahat pun kat dia."

"Kita dah buat perjanjian, kan?"

"Okay okay fine. Aku takkan dekat lagi dengan dia, okay?"

Aku beri satu jelingan tajam.

"Kau kalau setakat janji je memang tak boleh pakai. Aku remind kau sekali lagi, dia tu girlfriend aku sekarang, so jangan cuba nak main-mainkan dia macam kau mainkan perempuan lain sebelum ni, faham?"

Senyuman sinis terpapar di bibir Aryan.

"Girlfriend? Tu cuma helah kau untuk tipu semua orang je kan?"

Aku tak sempat nak balas balik bila terdengar suara kecoh dalam kafeteria. Aku dan Aryan bergegas masuk semula ke dalam tapi agak sesak kerana semua orang sedang berkerumun.

"Apa dah jadi?"

"Ada pelajar senior cari gaduh dengan pelajar junior."

Hati aku mula rasa tak sedap sebaik terdengar perbualan manusia-manusia di hadapan aku ni.

Jangan-jangan perempuan tu...

Gigih aku mencelah-celah dalam kerumun orang ramai tu untuk melihat siapa yang tengah bergaduh.

Dan betul, macam yang aku jangka.

______________________________

MIA P.O.V

"Aduh, lepaskanlah!"

Aku menarik rambut perempuan yang baru je menyimbah aku dengan air. Air tembikai pulak tu. Habis lencun satu baju.

Perempuan yang berambut karat tu dah terjerit-jerit sakit. Ni lah padahnya cari pasal dengan aku.

Dua orang kawannya pula cuba meleraikan kitorang. Tapi tangan aku ni susah nak lepaskan sebab aku dah calitkan gam uhu kat situ.

Lepas lebih kurang seminit perempuan tu meraung, barulah aku puas hati dan melepaskan rambut dia. Kalau ikutkan hati, aku nak tarik sampai botak je terus biar dia tahu sikit.

"Sakit? Lain kali beradab sikit perangai tu! Jangan ingat aku ni pelajar baru korang boleh senang-senang nak buli!"

Perempuan tu memegang rambut dia yang ditarik tadi. Matanya memberi pandangan maut ke arah aku.

"Mia!"

Aku menoleh ke arah Firdaus yang datang dari arah belakang. Pada masa yang sama, perempuan tadi dah pun mencapai segelas air kopi dan bersiap sedia menyimbahnya ke arah aku.

"Budak sombong!"

Aku menutup mata.

KECEBURRR!!

Semuanya berlaku dengan pantas.

Tapi kejap, kenapa tak basah pun?

Aku membuka mata dan apa yang aku lihat ialah Aryan sudah pun berada di hadapan aku. Bajunya basah terkena simbahan air kopi tadi. Nasib baik kopi ais, kalau kopi panas aku rasa perempuan rambut karat tadi dah kena saman sejuta.

"Maaf Hayqal, tapi aku tak dapat nak tepati janji kau.."

Aryan bergerak ke belakang aku dan kedua-dua tangannya diletakkan di atas bahu aku.

"From now on, this girl is mine."

Firdaus memandang Aryan geram.

"Apa maksud kau?"

"Maksudnya, Mia berhak nak pilih siapa pun untuk jadi boyfriend dia, kan?"

Sebaik habis Aryan bercakap, lengan aku ditarik kuat oleh Firdaus. Dan sekelip mata je, aku bertukar posisi ke sebelah Firdaus.

"Dia ni aku punya!"

Aku memandang Firdaus dan Aryan silih berganti. Kedua-duanya memberi pandangan maut ke arah masing-masing.

"Apa dah jadi kat sini, hah?!"

Suasana tegang dekat situ terus terhenti. Seorang cikgu lelaki menghampiri kami bertiga. Dia memandang kami silih berganti. Kemudian dia merenung baju aku yang dah basah dengan air tembikai.

"Kamu bertiga ikut saya sekarang!"

Aku dah menelan air liur. Firdaus pulak dah facepalm. Muka Aryan yang tadinya dingin berubah risau.

Habislah kitorang.




Continue Reading

You'll Also Like

2.8M 140K 121
2nd Siapa je yang tak kenal mereka? Gadis cantik, bergaya, anak kerabat. Itulah Silent Evils , 4 sepupu yang merupakan cucu kepada usahawan dan ahli...
1.7M 92.8K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
51.3K 3.5K 78
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
38.7K 2.6K 39
Efrina Adleya. Gadis yang berambut perang dan memiliki mata yang unik seperti ibunya. Hazel. Gadis ini merupakan seorang ketua mafia. Dia juga amat d...