[ Completed ] Because Of You...

By Nurin_1418

202K 16.6K 834

Aku benci dia. Memang aku benci dia. Tapi semua tu berubah. Perasaan benci mula bertukar kepada sayang dala... More

Satu [ 1 ]
Dua [ 2 ]
Tiga [ 3 ]
Empat [ 4 ]
Lima [ 5 ]
Enam [ 6 ]
Author Note .
Tujuh [ 7 ]
Lapan [ 8 ]
Sembilan [ 9 ]
Sepuluh [ 10 ]
Sebelas [ 11 ]
Dua Belas [ 12 ]
Tiga Belas [ 13 ]
Empat Belas [ 14 ]
Lima Belas [ 15 ]
Enam Belas [ 16 ]
Tujuh Belas [ 17 ]
Lapan Belas [ 18 ]
Sembilan Belas [ 19 ]
Dua Puluh [ 20 ]
Dua Puluh Satu [ 21 ]
Dua Puluh Dua [ 22 ]
Dua Puluh Tiga [ 23 ]
Dua Puluh Empat [ 24 ]
Dua Puluh Lima [ 25 ]
Dua Puluh Enam [ 26 ]
Dua Puluh Tujuh [ 27 ]
Dua Puluh Lapan [ 28 ]
Dua Puluh Sembilan [ 29 ]
Tiga Puluh [ 30 ]
Tiga Puluh Satu [ 31 ]
Tiga Puluh Dua [ 32 ]
Tiga Puluh Empat [ 34 ]
Tiga Puluh Lima [ 35 ]
Tiga Puluh Enam [ 36 ]
Tiga Puluh Tujuh [ 37 ]
Tiga Puluh Lapan [ 38 ]
Tiga Puluh Sembilan [ 39 ]
Empat Puluh [ 40 ]
Empat Puluh Satu [ 41 ]
Author Note 2
Empat Puluh Dua [ 42 ]
Empat Puluh Tiga [ 43 ]
Empat Puluh Empat [ 44 ]
Empat Puluh Lima [ 45 ]
Empat Puluh Enam [ 46 ]
Author Note 3 [ Mianhae ]

Tiga Puluh Tiga [ 33 ]

4.1K 341 41
By Nurin_1418

" Hah?! "

Soo Mi agak terkejut. Dia tidak faham apakah maksud di sebalik ayat itu. " Aku nak kau jadi isteri aku yang sebenar. Bukan hanya di atas borang perkahwinan yang kau tandatangan dulu. " ujar Suga sekali lagi. Kedua-dua tangan Soo Mi ditarik dan digenggam lembut.

" Aku nak kau layan aku macam suami. Jaga makan minum aku. Jaga pakaian aku. Macam isteri sebenar. " sambung Suga. " Tapi...." ayat Soo Mi tergantung. Malu dan takut untuk menyambung apa yang difikirnya. Suga menarik senyuman. " Jangan risau. Kau takkan mengandung selagi tak bersedia. " kata-kata Suga membuat Soo Mi menarik nafas lega.

Namun seketika cuma, Soo Mi menundukkan wajah apabila terasa pipinya panas. Suga tertawa kecil. Entah kenapa hatinya terasa lapang ketika ini. Melihat senyuman malu menghiasi wajah Soo Mi bagai mencuit hatinya untuk turut tersenyum.

" Hah!!!! Buat apa tu!!! "

Sergahan Jhope dan Jimin membuatkan Soo Mi menarik tangannya daripada terus digenggam Suga. Soo Mi segera mengangkat dulang untuk dibawa turun dengan niat untuk melarikan diri. " Kau orang ni sibuk la! " rungut Suga tak puas hati.

Jhope dan Jimin tersengih. " Jangan buat aksi terlarang hyung. Kecut perut author yang menaip. " kata Jimin. " Mana kau kenal author? " tanya Jhope. " Scandal jimin. " ujar Jimin sebelum tersengih. " Jangan buat lawak. Sekarang blah sana. Hyung nak rehat. " halau Suga. Jimin dan Jhope akhirnya berlalu pergi setelah menutup pintu.

Skip~

" Nanti...kita akan adakan spot check . Bagitau kat pengawas lain ya. " kata Soo Mi pada Woozi yang berjalan di sebelahnya. Juniornya ini kecil dan comel sahaja. Sudah dianggap seperti adiknya. Woozi juga ialah kawan kepada Mingyu dan Hoshi. " Baiklah sunbae-nim. Sunbae nak pergi rehat ke? " tanya Woozi.

" Yep. Kenapa? " tanya Soo Mi kembali. " Nak join dengan Woozi? Jeonghan kata dah lama tak jumpa sunbae. " balas Woozi. Soo Mi tertawa kecil. Dia dan Hye Rin suka melihat rambut Jeonghan yang lembut dan mukanya yang flawless mengalahkan perempuan.

Belum sempat Soo Mi menjawab pelawaan Woozi, namanya dipanggil. Serta-merta Soo Mi dan Woozi memandang ke belakang serentak. Kelihatan Suga sedang berjalan ke arahnya. Ya. Kaki Suga sudah sembuh sepenuhnya. Berkat urutan Soo Mi pada setiap malam dan usaha Suga untuk sembuh, akhirnya ia sembuh.

" Annyeong sunbae-nim " tegur Woozi. Suga melemparkan sebuah senyuman. " Woozi, boleh sunbae amik Soo Mi? " tanya Suga sekadar berbasi-basi. Ikutkan hati mahu sahaja dia menarik Soo Mi pergi. " Boleh. Jumpa nanti sunbae. " kata Woozi sebelum berlalu pergi.

Suga menarik tangan Soo Mi memaksa Soo Mi mengikut langkahnya. " Nak bawa pergi mana ni? " tanya Soo Mi. " Sakitlah..." rintih Soo Mi apabila tangannya digenggam kuat oleh Suga. Tangannya dilepaskan sebaik sahaja dia dan Suga berada di dalam bilik khas untuk ketua pelajar.

" Kenapa buat macam tu depan Woozi? Soo Mi baru je nak rehat dengan dia. Boleh jumpa Jeonghan. " bebel Soo Mi sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi. Raut wajahnya jelas tidak puas hati. Begitu juga Suga. " Salah ke? Yoongi pun nak rehat dengan Soo Mi! " lawan Suga.

" Balik nanti kan jumpa. " rungut Soo Mi. Suga memuncungkan mulut. " Nak bermanja pun tak boleh. " rungut Suga perlahan. " Aigooo...awak bukan budak-budak okay. " kata Soo Mi lalu mencubit pipi Suga. " But I'm your husband. Jadi penting okay . " lawan Suga. Soo Mi menggelengkan kepala.

Sudah hampir sebulan lebih Suga berperangai sebegini. Pening kepala Soo Mi. " Dah. Pergi rehat sana. Soo Mi ada banyak kerja. " halau Soo Mi. Raut Suga jelas tidak puas hati . " Rehat dengan Woozi nak je. Rehat dengan aku tak nak. " Suga bermonolog sendirian sebelum keluar dari bilik tersebut.

' Nak merajuk!!!! ' jerit hati Suga.

[ 8:30 malam ]

Soo Mi berlari ke arah kafe. Sebaik sahaja sampai, air matanya sudah berjuraian membasahi pipi. Taehyung dan Jungkook yang baru sahaja selesai mengambil pesanan pelanggan terkedu melihat Soo Mi menangis. " Tae oppa. Yoongi oppa mana? " tanya Soo Mi. " Aaaaaaaaaa.....ada dalam pejabat. " jawab Taehyung.

Soo Mi terus berlalu ke pejabat sementara Taehyung dan Jungkook berpandangan sesama sendiri. Soo Mi terus meluru membuka pintu tanpa mengetuk terlebih dahulu. Air matanya makin deras mengalir apabila melihat sekujur tubuh terbaring di atas sofa di dalam pejabat tersebut.

" Yoongi......" rintih Soo Mi sambil melutut di tepi sofa. " Jangan tinggalkan Soo Mi..." kata Soo Mi dalam tangisan. Ingatannya berputar kembali ketika dia mendapat panggilan dari Suga tadi. Ketika itu dia sedang mengemas rumah sementara mereka yang lain berada di kafe.

Tiba-tiba dia mendapat panggilan daripada Yoongi. Suara Yoongi ketika itu lemah sekali.

" Yeoboseyo? "

" Soo Mi....k-kalau...aku mati.. "

Kata-kata Yoongi yang tergantung akibat batuknya mengundang resah di dalam hati Soo Mi. Apa yang telah terjadi?

" kalau aku mati...jaga diri..."

Talian dimatikan. Soo Mi terkedu dengan telefon rumah masih melekap di telinga. Dia pantas berlari keluar dari rumah setelah mengunci pintu dan meredah hujan.

Sentuhan di tangannya mematikan ingatannya sebentar tadi. Pandangan dialihkan pada Suga yang memandangnya lemah. Air mata Soo Mi mula membasahi pipi kembali. Dipeluk tubuh Suga yang terbaring di sofa sambil melepaskan tangisannya.

" Apehal ni? " tanya Suga risau. Tangan kanannya memeluk Soo Mi. " Jangan tinggalkan Soo Mi.... Soo Mi sayang yoongi. " ucap Soo Mi diselangi tangisan. Suga terkedu. ' Ouh...ni pasal aku call tadi tu ke? Hehehe. '

" Betul kau sayang aku? " tanya Suga pura-pura lemah. Sememangnya dia terasa tubuhnya lemah ketika ini tetapi suaranya sengaja dibuat-buat seperti orang sakit tenat. " Ya! Soo Mi sayang Yoongi! " ulang Soo Mi lagi dengan serius. " K-kalau macam tu...jauhkan diri dari Woozi, Mingyu, Hoshi atau Jeonghan atau sesiapa pun. " pinta Suga.

" Huh? " Soo Mi meleraikan pelukan dan mula bingung. " K-kau nak aku mati k-ke? " soal Suga sambil diselangi batuk yang dibuat-buat. Soo Mi menggeleng laju sama seperti air matanya yang turut mengalir laju. " Soo Mi? Kenapa ni saeng? Menangis-nangis nih. Kenapa? " tanya Jin yang baru masuk sambil menatang dulang berisi semangkuk bubur dan segelas air putih.

" Hey saeng. Kenapa basah-basah ni? " ujar Jhope sebelum berlari ke sebuah almari untuk mengambil sehelai tuala sebelum diberikan kepada Soo Mi. " Hyung. Apa hyung buat kat Soo Mi sampai menangis ni? " tanya Jimin sambil mengambil sapu tangan dari poketnya dan dihulurkan kepada Soo Mi.

Soo Mi menyambutnya dan mengelap air matanya. " Jin oppa...Yoongi oppa okay kan? " tanya Soo Mi sambil memandang Jin menagih jawapan. " Kenapa tanya macam tu? Yoongi okay la. Perut dia cuma masuk angin sebab tak makan dari pagi. Tu je. " jawab Jin sebelum memandang Suga.

" Apa yang Yoongi cakap kat Soo Mi sampai dia menangis macam ni? " tanya Jin. Yoongi hanya tersengih. " Yoongi acah dia yang Yoongi nak mati. " bisik Suga. Jin, Jhope dan Jimin menghamburkan tawa mendengar perkara tersebut.

" Tak baik la hyung buat Soo Mi macam tu. Dah merah dah mata dengan hidung dia. " kata Jimin sebelum ketawa. " Okay la. Hyung nak keluar. Soo Mi, suapkan Yoongi bubur ya. " pesan Jin sebelum berlalu keluar diikuti Jhope dan Jimin.

Suga tersengih memandang wajah masam Soo Mi. Tangan Soo Mi yang sejuk ditarik lalu digenggam. " Sejuknya tangan. " kata Suga sebelum menarik Soo Mi untuk duduk di sebelahnya di atas sofa. Tuala yang diberi oleh Jhope sebentar tadi hanya dipegang Soo Mi.

Suga mengambil tuala tersebut lalu menggosok lembut rambut Soo Mi yang basah. " Dah tahu hujan...kenapa tak bawa payung? Sweater pun kau tak pakai. Nanti kalau demam kan susah. " bebel Suga sambil tangannya lincah menggosok kepala Soo Mi.

Selepas itu, Suga membaluti tubuh Soo Mi dengan selimut yang dipakainya dan kemudian memeluk Soo Mi yang kesejukan. " Mianhae buat macam tu. Aku cuma nak tahu kau sayang aku atau tak. " ucap Suga dengan rasa bersalah. Pelukan dieratkan untuk mengurangkan kesejukan yang dirasai Soo Mi.

Soo Mi menolak Suga dari terus memeluknya. Soo Mi terus bangun dari sofa membuatkan Suga terkedu. Dia mula bimbang sekiranya Soo Mi marah akannya dan membuat keputusan untuk pulang. Tapi telahannya salah apabila Soo Mi mengambil mangkuk bubur dan kembali duduk di sebelah Suga.

Sudu yang dipenuhi bubur disua ke mulut Suga. Suga membuka mulut menerima suapan Soo Mi. " Kenapa tak makan dari pagi? " tanya Soo Mi sambil tekun menyuap Suga dihadapannya. " Nak rehat dengan Soo Mi..." rajuk Suga.

" Dah tu tengah hari tak boleh nak makan? " marah Soo Mi. " Nak makan dengan Soo Mi..." kata Suga perlahan seakan berbisik. Bimbang dimarahi Soo Mi lagi. Soo Mi melepaskan sebuah keluhan. " Makan ni sampai habis. " arah Soo Mi lalu menyuap lagi bubur ke mulut Suga.

" Soo Mi...kau janji tak nak dekat dengan junior kau tu lagi kan? " tanya Suga setelah selesai makan. " Nope. I don't promise anything with you. " balas Soo Mi serius. Muka Suga mula berubah. Dia akhirnya pasrah. " Yoongi...tak percaya lagi ke dengan apa yang Soo Mi cakap tadi? " soal Soo Mi.

Suga mengangguk lemah. Tapi dia tak suka Soo Mi rapat dengan dia orang. " Then...you should always trust me too. " kata Soo Mi. " Can I hear that confession again? " tanya Suga memandang Soo Mi dengan pandangan berharap. Matanya bersinar - sinar menanti jawapan Soo Mi.

Soo Mi menggelengkan kepala sambil bibirnya tersenyum melihat perangai manja dan mengada-ngada Suga yang kadang-kadang menjelma. Soo Mi menggenggam kedua-dua tangan Suga sebelum melepaskan satu nafas. " Soo Mi...sayang sangat kat Yoongi sejak dari darjah satu ...aku suka kamu~ "
Tetiba masuk lagu Mark Adam. 😆

" Soo Mi sayang Yoongi macam abang sejak kecil. Tapi sayang sebagai lebih daripada abang sejak dari tahun ..." Soo Mi menaikkan tiga jari menandakan dari tahun tiga dia sudah menyimpan perasaan pada Suga. Suga terkejut. " Bermakna dah..." belum sempat Suga menghabiskan ayatnya, Soo Mi menghadiahkan sebuah kucupan di pipi kanan Suga membuatkan Suga terdiam.

Beberapa saat kemudian, Suga menayangkan sebuah senyuman nakal. " Can I get a kiss for my lips? It's hurt today. " adu Suga pura-pura sakit. Soo Mi tersenyum sebelum mencubit pipi Suga geram. " Kyaa!!! Appeo! " marah Suga sambil menggosok perlahan pipinya. Baru dapat cium tadi, dah dapat sakit.

" So...boleh tukar panggilan Yoongi tu? Nampak macam kasual sangat. " kata Suga sambil menanggalkan jaket di tubuhnya. " Eh?! Nak buat apa ni?! " jerit Soo Mi cemas. Suga hanya ketawa sebelum menggelengkan kepala. Jaket milik Suga dipakaikan ke tubuh Soo Mi. Soo Mi terdiam.

Baru perasan bahawa Suga tidak memakai baju kerja kafe pun. Ini bermakna , Suga sakit sejak dari sebelum datang ke kafe. " Nak kena panggil apa? Yoongi pun dah sedap. " kata Soo Mi. " Yoongi~ " panggil Soo Mi dengan nada manja. Suga pantas menggelengkan kepala walaupun panggilan tadi agak menggetarkan hatinya.

" Oppa? " tanya Soo Mi. " Nope. I'm not your ' oppa '. I'm your husband. " balas Suga. " Chagi? Jagi? Yeobo? Sayang? Honey? Darling? Bie? Hubby? Baby? " tanya Soo Mi sebelum tawanya pecah. " Hey. Kenapa ketawa ni? " tanya Suga pelik. " Tak biasa la nak panggil semua tu. " kata Soo Mi dengan sisa tawanya.

Suga mendekatkan wajahnya pada wajah Soo Mi membuatkan Soo Mi terdiam dan terpaku. " Pilih satu yang sayang selesa dan senang nak panggil atau...." Suga makin mendekatkan wajahnya pada wajah Soo Mi namun bibirnya tersasar ke pipi Soo Mi apabila Soo Mi berpaling.

Soo Mi agak terkedu mendengar panggilan yang sudah bertukar kepada ' sayang '. " I will call you what ever I want. " putus Soo Mi. Yoongi berpeluk tubuh. Geram dengan kedegilan Soo Mi. " Arasseo! " protes Suga. Soo Mi tersengih.

" Ouh ya. Ai nak yu buat semua yang yu buat dengan Jimin atau dia orang semua....yu kena buat dengan ai. Luangkan masa dengan ai." kata Suga sambil membelek telefonnya. Soo Mi mengerut dahi. Yu? " I'm not fish. " ujar Soo Mi geram. Suga menjongket bahu. " Selagi yu tak nak panggil ai dengan apa-apa panggilan, ai terpaksa panggil yu, ' yu '. " balas Suga.

" Apa benda yang Soo Mi buat dengan Jimin? " tanya Soo Mi pelik. " Yu belanja dia air, yu keluar dengan dia orang, banyak benda yu buat dengan dia orang atau Jimin. Tapi yu tak buat
kat ai pun. " rungut Suga. Soo Mi tersengih. ' Jeles la tu. ' desis hati Soo Mi.

Suga menekan perutnya yang terasa sakit. Soo Mi mula bimbang. Dia menghulurkan segelas air putih kepada Suga supaya perutnya dapat dineutralkan kembali. Suga berpeluk tubuh setelah minun air tanda merajuk. Soo Mi memeluk lengan kanan Suga manja.

" Jangan risau jagi. Nanti kita date okay. " kata Soo Mi seraya memberikan ciuman pada pipi Suga sebelum berlalu keluar dari bilik pejabat untuk bertemu dengan mereka yang lain. Suga memegang pipi yang masih terasa hangat sebelum tersenyum.



To Be Continued...

Ya Allah. Senak perut nak menaip . 😆

Abaikan kesalahan ejaan. 😔

Continue Reading

You'll Also Like

129K 6.9K 60
"Saya minta maaf sebab selalu lukakan hati awak , saya selalu pedulikan perasaan awak selama ni . Im sorry , sayang" - Jeon Jungkook
205K 21.5K 28
bila kau frust nonggeng pasal berat badan naik seciput, tak semena-mena salah download apps.
1.4K 479 7
+ dia dan aku adalah orang yang sama . © ssawvaend storyline
21.6K 2.6K 25
Nak dengar cerita pasal aku? Itupun kalau korang sudi Start : 19 / 03 / 20 End : 19 / 03 / 20