Gengster Tu Aku Punya!

By cuteflwara

9M 471K 65.8K

Highest Rank #1 in Romance Dia jahat. Dia samseng. Dia annoying. Dia selfish. Dia gengster. Tapi, dia aku pun... More

Prolog
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
Epilog
thank you!

BAB 49

118K 6.3K 1.6K
By cuteflwara

Keesokkan harinya, Ayna dan Alief pergi ke sekolah berasingan masa. Ayna sampai di sekolah dulu sebelum Alief. Mereka terpaksa buat begitu sebelum rumour tentang mereka lebih teruk.

Semalam mereka tidak balik ke sekolah semula, sampai saje rumah cikgu Nurul sudah tunggu sambil bercekak pinggang. Kena bebel habis lah sebab ponteng sekolah.

Ayna menggengam erat tali begnya apabila semua mata memandang ke arahnya sebaik sahaja dia melangkah masuk ke kawasan sekolah. Ada yang berbisik-bisik seperti biasa.

Pandangan mereka memang semacam. Lagi-lagi pelajar perempuan. Pandang tak puas hati je. Ayna sudah mula berpeluh. Mereka sudah tahu tentang dia dan Arfan ke??

Atau tentang dia dan Alief?

Ayna menelan air liur seketika. Terus dia berjalan selamba tanpa menghiraukan jelingan-jelingan maut daripada pelajar-pelajar sekolah itu.

"hoi perempuan"

Ayna menoleh. Dia memandang tiga orang pelajar perempuan yang berpeluk tubuh dan bercekak pinggang memandangnya dengan pandangan tidak puas hati.

"Seronok kan kau?? Baru masuk sekolah ni berapa bulan dah naik minyak!" ujar salah seorang budak perempuan itu. Mereka bertiga melangkah setapak lagi mendekati Ayna.

Ayna sepeti biasa, menayang wajah selamba. Buat seperti kata-kata itu langsung tidak terusik hatinya. Padahal punya lah sakit. Rasa nak sepak aje perempuan ni.

"Apa korang nak?" soal Ayna malas mahu melayan.

"Alief kau nak, Arfan kau nak, Hafey pun kau nak kan??? Tamak!" Budak perempuan yang sebelah kiri itu menolak bahu Ayna kasar dengan jari telunjuknya. Ayna tersentak. Apa main tolak-tolak ni??

"Kau dah kenapa main tolak-tolak?" soal Ayna lagi tidak puas hati. Dahinya berkerut tidak puas hati.

Beberapa pelajar mula berkumpul untuk melihat adengan drama mereka.

Tiga orang gadis itu tersenyum sinis. "Pilih satu jelah perempuan! Jangan tamak sangat. Pikir kau lawa, semua lelaki kau boleh dapat la?" tukas salah seorang budak perempuan itu lagi.

"Bila masa aku cakap macam tu?? Aku tak hamak lah!" balas Ayna.

Mereka bertiga terus ketawa sinis sambil makin mendekati Ayna. Rambut Ayna diusap lembut sebelum mereka menarik kasar rambut Ayna. Ayna ternganga akibat terkejut. Dahinya berkerut menahan sakit.

"Kau ingat aku tak tau?? Kau game Alief dan Arfan kan? Kau ingat Alief sayang sangat ke dekat kau?? Seronok lah main dua lelaki sekali ha!?" jerit budak perempuan itu lebih lantang.

Dania yang melihat dari jauh tersenyum puas. Dia tidak perlu tunggu untuk buat begitu kerana pelajar lain sudah pun buat. Rasa puas hati kerana seluruh sekolah memandang keji pada Ayna sekarang.

"Mana ada aku game sesiapa! Lepaslah" Ayna meronta-ronta. Air mata cuba ditahan daripada jatuh.

"hoi!!"

Semua menoleh ke arah jeritan itu. Terus budak perempuan itu melepaskan rambut Ayna apabila melihat Alief melangkah ke arah mereka. Wajahnya berubah cemas.

Ayna mengemam bibir sambil membetulkan rambutnya. Air mata yang jatuh setitik pantas dihapuskan.

"Siapa izinkan kau sentuh dia?!" jerit Alief lantang sambil memandang pelajar perempuan itu dengan pandangan maut. Mukanya merah menahan marah yang amat. Betapa sakitnya hati dia apabila melihat Ayna dibuat begitu tadi.

"Ak- aku cuma--"

"Kau apa!? Suka-suka hati kau je tarik rambut dia tadi kan!?" balas Alief melangkah setapak demi setapak ke hadapan. Tiga orang budak perempuan itu menelan air liur seketika.

"Ak- aku tolong kau je. Kau tau tak dia game kau de- dengan Arfan!" tukas mereka.

Alief ketawa sinis seketika memandang tiga orang gadis itu tajam. "Kau cakap apa??" soalnya perlahan. Kakinya melangkah kehadapan setapak. "Ulang balik!!" jerkahnya lagi membuatkan bahu tiga orang gadis itu terhenjut.

"Kau dengar sini baik-baik" tukas Alief lalu menarik tangan Ayna lebih dekat dengannya. "Tengku Ayna Maisarah adalah hak milik aku seorang sahaja. Aku ulang lagi sekali, AKU SEORANG SAHAJA. Jadi, kalau sesiapa kacau dia atau cari pasal dengan dia, you're dead. Faham!?" jerkah Alief lagi.

Terus mereka bertiga mengangguk-angguk faham. Alief memandang semua pelajar-pelajar yang berkumpul di situ. Terus mereka semua menunduk memandang lantai. Tidak mahu bertentangan mata dengan Alief.

Seram woo

Alief terus menarik tangan dan Ayna berlalu dari situ.

●●●●●

Ayna menunduk memandang lantai sambil tangannya ditarik oleh Alief. Alief menoleh ke belakang. "Nak masuk kelas tak?? Cepat la" ujar Alief selamba seolah-olah tiada apa yang berlaku tadi.

Ayna menggeleng.

Alief menghela nafas. "Ayna..." panggilnya perlahan. Wajah monyok Ayna dipandang. Dagu Ayna dipegang lalu dia mengangkat wajah Ayna perlahan.

Ayna memandangnya dengan mata berkaca. Alief merenung mata yang bersinar-sinar seolah-olah ingin menangis itu. "Ayna baby girl. You need to be strong. I know its hard but please stay strong."

Setitik air matanya jatuh

Alief mengusap lembut air mata Ayna yang tumpah. "Don't cry. I will always be there for you. Forever. Till' the end." ujar Alief lagi tersenyum. Ayna mengesat air matanya lalu juga ikut tersenyum.

"Dah jom."

Mereka berdua terus melangkah ke kelas bersama. Sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke kelas, semua mata tertumpu ke arah mereka. Pelbagai pandangan mereka berikan kepada pasangan itu.

Alief hanya buat tidak tahu lalu terus pergi ke tempatnya. Arfan langsung tidak dia pandang. Ayna pula perlahan-lahan melangkah ke tempatnya.

"Untung lah kau kan. Ada Alief tolong backup. Kalau Alief tak backup kau, sampai kesudah kau menangis sorang-sorang dalam tandas" perli Dania sambil mengilap kukunya. Ayna dipandang sinis seketika.

"Aku malas lah nak gaduh dengan kau" balas Ayna lalu mengeluarkan buku dan alat tulisnya. Dania tersenyum sinis seketika. "Kau berkepit je dengan Alief sepanjang masa tak penat pulak?" tukas Dania tajam.

Ayna mengetap bibir. Dia hanya diam. Malas mahu menjawab.

"Wah, sejak bila Ayna Maisarah mengalah dalam perang mulut ni??" sindir Dania. sinis. Dia meniup perlahan kukunya lalu dia menoleh memandang Ayna. "Dah putus asa ke??" sambungnya lagi.

"Amboi amboi Dania.. sedap rasa nenek kau je bawak benda ni dekat sekolah kan??" Iqa terus merampas pengilap kuku dari tangan Dania. "Aku akan bagi dekat pengawas" ujarnya lagi lalu dimasukkan ke dalam poket baju kurungnya.

Dania merengus perlahan.

"Kau tak penat ke asyik cakap sorang-sorang?? Dah orang tak layan tu diam jela" ujar Hasya pula berpeluk tubuh menjeling Dania tajam.

"Ada aku cakap dengan korang ke? Tak payah menyemak dekat sini" balas Dania membuat muka lalu berpeluk tubuh. "Kau lah menyemak hal orang. Dah putus cinta, nak sebok hal orang pulak" tukas Hasya membuatkan Dania terus merenung tajam.

"Apa pandang-pandang? Pikir aku takut?" balas Hasya. "shhh! Dah lah tu" Ayna terus menyampuk. Rimas mendengar mereka berbalah. Sampai ke esok tak berhenti.

Dania mencebik. Dia terus bangun lalu berlalu ke tempat Wani. Aku tak nak lah cakap dengan kau.

"Ayna.. aku nak cakap sikit dengan kau" ujar Hasya. Ayna meletakkan kepalanya di atas meja. "Aku takde mood lah nak bercakap" jawab Ayna tidak mengendahkan Iqa dan Hasya.

Hasya dan Iqa berpandangan seketika sebelum memandang Ayna kembali "kau ada sorokkan sesuatu daripada kitaorng kan??" soal Iqa. Ayna menggeleng. Kepalanya masih diletak di atas meja.

"Tipuu.. bagitau lah kitaorng. Kau dengan Alief ada rahsiakan sesuatu kan daripada kitaorng??" soal Hasya pula memegang lengan Ayna. Ayna menghela nafas. "Takde ape lah" balasnya lagi

Dia masih tidak bersedia ingin bagitahu sesiapa. Entah kenapa dia takut sangat nak bagitahu. Dia takut mereka akan fikir buruk-buruk.

"Ayna--"

Iqa terus menahan Hasya. "Bagi lah dia masa.. i think she's not ready to tell us anything." pujuk Iqa. Hasya menarik muncung. Sungguh dia tidak puas hati apabila Ayna berahsia dengannya.

"Why do you think she don't want to tell you guys? Sebab rahsia dia sangat, sangat lah teruk." Rizki menyampuk sambil tersenyum sinis. Tangan diletakkan ke dalam poket seluarnya.

Iqa dan Haysa menoleh. Iqa menjeling tajam. "Kau tak payah menyebok lah" balas Iqa tidak senang dengan kehadiran Rizki di situ. Suka sangat menyebok hal orang. Apa yang dia nak pun tak tau.

"Betul apa aku cakap? Aku dah kata semalam. Ayna dengan Alief ni bukan biasa-biasa. Kalau tak, takkan dia nak rahsiakan daripada korang" jawab Rizki.

Hasya termenung seketika. Dia mula berfikir tentang kata-kata Rizki. Apa yang Rizki katakan ada juga betulnya. Dia dapat rasakan Ayna ada sorokkan sesuatu yang sangat besar daripadanya. Agak kecewa kerana Ayna tidak mahu berkongsi.

Ayna mengangkat wajahnya. "Aku tak rahsiakan apa-apa lah. Apa yang kau cakap semua tu tipu" tukas Ayna memandang Rizki tajam. Kenapa semua orang tak puas hati sangat dengan dia harini?

Rizki ketawa sinis. "Tipu?? Apa yang aku nampak pun tipu lah?? Dah lah Ayna. Bagi jelah tahu benda betul" tukas Rizki lagi langsung tidak mahu mengalah. Iqa dan Hasya memandang Ayna.

Entah kenapa kali ini mereka seolah-olah percayakan kata-kata Rizki.

Belum sempat Ayna membalas, kelihatan cikgu masa pertama telah masuk. Terus semua pelajar kembali ke tempat masing-masing.

●●●●●

"Ayna, kau terus balik rumah tau." pesan Alief sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari kawasan sekolah. Ayna memandang Alief. "Kau nak pergi mana??" soal Ayna pula.

"Aku kan ada latihan. Kau balik dulu." ujar Alief menggosok kepala Ayna lembut sebelum dia tersenyum sambil melangkah ke belakang. Ayna mengangguk. Dia naik basikalnya lalu mengayuh pergi.

Alief terus melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah semula. Kakinya terus melangkah ke gelanggang untuk latihan.

"Semua dah ada??" soal cikgu Syukri sambil memandang kertas di tangannya. Semua ahli memandang sesama sendiri.

"Coach! Arfan takde" ujar Iqbal

Terus semua cuba mencari wajah Arfan. "Mana pulak mamat kerek ni??" soal Faris dengan dahi berkerut. "Ponteng la tu" balas Ameer. Alief juga tertoleh-toleh. "Berani dia skip latihan kan." tukas Alief.

"Dah.. takpe lah. Esok saya tanya dia. Sekarang mari kita mulakan latihan. Seperti biasa, panaskan badan"

Mereka pun memulakan latihan pada petang itu.

Sementara di kediaman Ayna dan Alief,

Ayna membuka peti sejuk lalu ais krim milo dicapai sebelum dia menutup semula peti sejuk itu dan melangkah ke ruang tamu. Dia duduk di atas sofa lalu tv dibuka.

Sempat dia mengeluh. Rasa macam dah takmau pergi sekolah. Macam mana lah semua benda ni boleh terjadi?? Semua disebabkan Rizki lah! Kaki penyebok! Suka sangat jaga tepi kain orang.

Ayna menghisap ais krimnya dengan cebikan. Sakit hati je! Cerita yang terpapar di televisyen langsung tidak menarik perhatiannya.

Tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Ayna mengangkat kening. Jam dikerling. Siapa pulak yang datang ke rumahnya ni? Alief ke? Baru pukul 2:30.

Ayna berdiri lalu dia melangkah ke pintu dengan malas. Sebaik sahaja pintu dibuka, mata Ayna terbeliak. Hampir sahaja ais krim di tangannya jatuh. Matanya memandang orang yang berdiri di hadapannya ini.

"Hai Ayna" sapa Arfan dengan senyuman. Tanpa dijemput, Arfan terus meluru masuk ke rumah Ayna. Ayna ternganga. Terus dia menahan Arfan daripada masuk.

"Apa kau buat dekat sini??" soalnya bengang. Suka suka dia je main redah masuk. "Saya nak jumpa awak lah" balas Arfan selamba.

"Banyak lah kau! Keluar sekarang!" Ayna cuba menolak tubuh Arfan yang jauh leboh besar berbanding dengan tubuhnya. Arfan memegang tangan Ayna. "Jangan lah macam tu Ayna. Saya datang nak buat kerja sekolah sama-sama" tukas Arfan lagi.

Ayna menepis kasar. "Aku tak ajak kau datang pun lah! Keluar!" Ayna mengetuk kepala Arfan dengan ais krim di tangannya. Arfan terus memegang kepalanya. Uish, kasar betul minah ni.

"Ayna jangan lah kasar sangat" ujar Arfan menahan kedua belah tangan Ayna. Ais krim di tangannya Ayna telah jatuh. Ayna meronta-ronta. "Lepaskan aku!" ujar Ayna.

"Saya takkan lepaskan selagi awak tak berlembuy dengan saya" ugut Arfan. Ayna merengus kasar. "Lepaslah! Kalau tak aku jerit!" tukas Ayna lagi dengan dahi berkerut menahan marah.

Terus Arfan menarik Ayna ke dalam pelukan. "Ayna sayang please..."

Klik! Klik! Klik!

Gadis yang mengambil gambar dari jauh itu tersenyum puas dengan hasil tangkapannya.

Ayna terkedu. Pantas dia menolak tubuh Arfan kasar sehingga dia jatuh terjelupok di luar rumah. "Gila! Kau jangan berani lagi datang sini orang gila!" Ayna terus menghempaskan pintu lalu dikunci.

Arfan berdiri lalu bajunya dibetulkan. Sempat dia tersenyum sinis sebelum berlalu dari situ.

Selamat tinggal Ayna.

Continue Reading

You'll Also Like

2.5M 196K 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Na...
1.1M 59.8K 57
#1st series of His Secret Status ; [ COMPLETE ] Pertemuaan antara Zaskia Melania dengan seorang jejaka di lorong madrid bagaikan dejΓ‘ vu. Setiap kali...
66.1K 2.4K 73
Berdamai dengan takdir. Sebaris ayat itu ringkas, bukan? Namun, Nurdarya tidak mengerti. Kenapa orang sekelilingnya seringkali berpesan sebegitu kepa...
81.2K 4.7K 67
Ayra - gadis cantik yang terpaksa mendewasa sebelum usianya.Menjadi anak nombor dua dan sentiasa terpaksa menjaga orang di sekelilingnya.Saat orang l...