THE ALCHEMIST (EDITING)

Autorstwa Alexna_Syufa

104K 7.9K 344

"Harapan ini menyedihkan. Harapan ini mendukacitakan. Punah.Segalanya punah begitu sahaja.Impianku hancur... Więcej

•Opening•
Bab 1: Syah
Bab 2: Wanita Misteri
Bab 3: Pixie
Bab 4: Kifft
Bab 5: Elf
Bab 6: The Undead Ghoul
Bab 7: Selamatkan dia!
Bab 8: Oh Tidak!
Bab 9: Penawar?
Bab 10: Racun Sumpahan
Bab 11: Sudah Sampai!
Bab 12: Fellex
Bab 13: Seorang Archer?
Bab 14: Serangan Goblin
Bab 15: Zinnt
Bab 16: Jenaka Fellex
Bab 17: Cabaran
Bab 18: Shasha
Bab 19: Sungai Berasid
Bab 20: King Control
Bab 21: Penjaga Sungai Berasid
Bab 22: Golem?
Bab 23: Tenaga Misteri
Bab 24: Zinnt Yang Disyaki
Bab 25: Penculikan
Bab 26: Siapa Syah Sebenarnya?
Bab 27: Pengakuan
Bab 28: Kisah Lampau (i)
Bab 29: Kisah Lampau (ii)
Bab 30: Jurang Kekayaan
Bab 31: Hampir Mati
Bab 32: Kegilaan Harta
Bab 33: Istana Misteri
Bab 34: Lady Autumn
Bab 35: Selamat tinggal,Syah.
Bab 36: First Kiss?!
Bab 37: Siapa Lady Winter?
Bab 38: Tolong!
Bab 39: Pembunuh!
Bab 40: Mati?
Bab 42: Pertukaran
Bab 43: Cubit? Apa bendanya tu?
Bab 44: Siap kau,Syah!
Bab 45: Tak Boleh!
Bab 46: Godaan
Bab 47: Ivy,Si Pemuda Misteri
Bab 48: Salah Faham!
Bab 49: Berpecah
Bab 50: Rahsia
Bab 51: Bahaya
Bab 52: Pergi mati!
Bab 53: Viola Kematian
Bab 54: Raksasa Yang Kejam
Bab 55: Cagaran Sebuah Ciuman
Bab 56: 'Serangan' Syah?!
Bab 57: Ada 'Sesuatu'
Bab 58: Arien
Bab 59: Naga?
Bab 60: Dragon Knight
Bab 61: Dragon Slayer
Bab 62: Kucing
Bab 63: Tolong Ajarkan Aku!
Bab 64: Pengsan
Bab 65: Kebenaran
Bab 66: Kenyataan
Bab 67: Putik Cinta

Bab 41: Terselamat

1.3K 123 11
Autorstwa Alexna_Syufa

IRYAN terkaku di saat matanya bertembung dengan sepasang mata yang berwarna merah menyala.Adakah pemilik mata itu adalah..hantu? Entahlah.Ketika ini otak dia tak dapat mentafsir dengan baik.Tiba-tiba sahaja blank.

     "Iryannn..."

Suara manja tiba-tiba datang menerpa gegendang telinganya.Tubuhnya terasa dipeluk seseorang.Emm...pelik.

   "Er...Tuanku Autumn?" Teka Iryan,kurang pasti.Melalui suara tadi,rasa-rasanya Lady Autumn kut yang sedang peluk dia ni.

    "Ya..Ini beta.Hmm...Iryan..Beta sunyilah..." Adu suara itu lagi,manja.Terasa pelukan itu semakin di eratkan.

    Bulu tengkuk Iryan serta-merta mencanak naik.Erk..sunyi? Apa perkataan 'sunyi' yang dimaksudkan perempuan ni sebenarnya?

   "Ermm..Maaf tuanku.Patik sedang sibuk rawat Syawal ni.Boleh tak tuanku bukakan pintu tu balik? Gelap sangatlah.Kenapa tuanku tutup pintu?" Soal Iryan,kurang enak.Ada sesuatu yang terasa pelik tetapi..apa?

    "Hahaha.Hmm..Beta tak naklah Iryan..Beta sukakan gelap.Lagipun beta rasa mengantuk sangat sekarang ni.Beta nak tidur tapi tak boleh..." Adu suara itu lagi,lebih manja.Pelukan semakin diperketatkan sehingga Iryan dah rasa susah nak bernafas.

    "Urhh..Tuanku...Tolong lepaskan patik..Patik..tak boleh nak bernafas..." Ucap Iryan,tersekat-sekat.Kekurangan oksigen.Dia cuba untuk meleraikan pelukan itu namun gagal.

     "Iryann..Janganlah macam ni..Tolonglah temankan beta tidur.." Ucap suara itu lagi,mengoda.Jarinya diangkat lalu bibir Iryan disentuh.Ada sesuatu cecair yang disapu ke bibir lelaki tersebut.

     Pandangan Iryan tiba-tiba menjadi kabur.Kepalanya terasa berat.Dalam kegelapan yang berselang-seli cahaya kilat itu,dia dapat melihat wajah Lady Autumn secara samar-samar.Ada sesuatu yang kelihatan asing di wajah itu tetapi apa?! Kenapa dia tak dapat berfikir?

    "Tuanku...Kepala patik rasa berat sangat.." Balas Iryan,pening.Kepalanya dilentokkan ke bahu Lady Autumn a.k.a Vine yang sedang menyamar itu.

  "Pening? Kenapa tiba-tiba je ni?"

    Vine pantas memeluk kepala Iryan lalu diusapnya bagaikan anak kecil.Leher Iryan dihidu.Bau darah...Nafsunya tiba-tiba sahaja bangkit.Gigi taringnya serta-merta muncul.

    "Ermm...Patik tak tahu..Entah kenapa pening tiba-tiba sangat ni.." Balas Iryan bersama mata yang tertutup rapat.

     Vine hanya tersenyum,menampakkan gigi taringnya.

   "Tak mengapa Iryan..Mungkin kamu penat sangat kut.." Balasnya bersama bisikan mengoda.

    "Emm.." Iryan hanya mengiyakan.Matanya masih tertutup rapat.Sudah terlenakah?

    Heh.Vine terus sahaja tersengih.Cecair yang dia sapu dibibir Iryan tadi adalah Dizzy Potion.Orang yang terkena potion tersebut akan berasa pening lalu tertidur.

     "Iryan..Selamat malam,sayang.Moga-moga kamu tak bangun lagi untuk.. selama-lamanya.." Bisik Vine lagi,mengoda.Baru sahaja dia ingin membenamkan gigi taringnya ke leher Iryan,tiba-tiba...

•••••••••••••••••••••••👑•••••••••••••••••••••

...TIBA-TIBA Iryan hilang dalam pelukannya! Vine hanya terpingga-pingga sendirian.Matanya membulat,rasa tak percaya.Dia memerhati sekeliling.Tak mungkin kesan potion tadi hilang macam tu sahaja!
   
    "Hei,perempuan.Kau cari aku ke?" Soal satu suara dari belakang Vine.Oh..tak lain tak bukan,sudah semestinya pemilik suara itu adalah Iryan.

     Vine hanya menguntum senyum.Hatinya gembira kerana ada lawan yang setanding dengannya.Perlahan-lahan dia menoleh ke arah belakang.Kelihatan Iryan sedang berdiri tegak di situ,sambil berpeluk tubuh.

   "Oh..Iryan..Cepatnya kau bertindak..Aku tak sempat pun nak gigit kau tadi..Aku nak tanya,macam mana kau boleh terlepas dari Dizzy Potion tu?" Soal Vine,ingin tahu.

    Dia kemudiannya meraup rambutnya yang mengurai itu ke belakang.Serta-merta,wajahnya kembali semula ke bentuk asalnya.Rupa Vine.Hmm..Nampaknya tak guna lagi dia menyamar dalam bentuk Lady Autumn seperti tadi,bukan?

   Iryan pula hanya tersengih.Bajunya diseluk.Dia pantas mengeluarkan boomerang tajam dari dalam bajunya.Ahh.. Akhirnya..dia akan gunakan jugak boomerang yang sentiasa disimpan kemas selama ini.

    "Well..Biasalah.Potion yang lemah macamtu tak boleh jejaskan aku.Tadi,aku cuma berpura-pura je.Bagus tak lakonan aku? Hmm..Dengan tengok cara muka kau ni,aku rasa kau dah lama tahu kan siapa aku ni?" Soal Iryan semula.Boomerang yang tajam itu diusapnya penuh teliti.

     Vine hanya menguntum senyum.Sayap kelawarnya dikeluarkan.Dia meletakkan jari telunjuknya di bibir,seekan-ekan sedang memikirkan sesuatu.

    "Yup.Aku tahu.Sejak kau mula jejakkan langkah di sini lagi,aku dah dapat bau darah kau,The Undead Devil.Nampaknya,sihir bau darah manusia yang kau guna selama ni dah tak berkesan kan? Kasihan.." Ucap Vine,pura-pura kesian.

    Iryan hanya terpingga-pingga.Dia cuba membau badannya sendiri.Cis! Dia membentak geram.Tak guna punya Kifft! Berani kau kurangkan kuasa aku?!

    Melihatkan reaksi Iryan itu,Vine terus sahaja ketawa mengilai.Dia menghampiri Iryan bersama ketawa lucu.

     "Hahahahahaha! Kesiannya kau ni,Iryan..Kesian..Betul-betul kesian.Hmm..Apa-apa pun,aku nak cakap sikit ni.Orang yang buat Fellex mati tu sebenarnya adalah.."

    Vine sengaja mengantung kata-katanya. Dia perlahan-lahan mendekatkan bibirnya ke telinga Iryan.

   "..sebenarnya adalah aku." Bisik Vine,lembut.Dia kembali menjarakkan dirinya semula.

    Iryab terkaku.Mendengarkan bisikan Vine itu,air matanya perlahan-lahan mengalir turun.Wajah Vine dipandangnya, tajam sekali.

    "Kau...SETAN tak guna!!!" Jerit Iryan,berang.Boomerang miliknya pantas di libas ke leher Vampire tersebut.Malangnya,Vine lebih pantas melarikan diri.

     "Hahahahahaha! Kesian bukan? Aku bunuh seorang,kemudian seorang lagi mati sebab konon-kononnya nak selamatkan nyawa adik dia.Selepas tu..,seorang lagi mati sebab rasa bersalah.Hebat tak permainan aku? Membunuh tanpa membazir walau sedikitpun kuasa aku." Provok Vine,tanpa memunculkan diri.

   Suara gadis itu bergema di serata tempat.Batang hidungnya langsung tidak kelihatan.

     Mata Iryan pula sudah meliar ke sana sini.Perasaan marah menguasai fikirannya.

     "Kau..kau bunuh kawan aku! Kau sememangnya tak guna! Ke sini kau setan! Lawan aku secara berdepan!" Jerit Iryan,bersama linangan air mata.Dia berang,benar-benar berang.Pembunuh tidak seharusnya dibiarkan hidup!

     "Hahahahahaha! Hahahahaha!" Gelak Vine bergema.

   Hati Iryan bertambah panas.Mahu saja dia baling boomerang dia ni sekarang.

    "Lawan secara berdepan? Huh.Aku taklah bodoh macam tu.Aku tahu,kalau aku muncul depan kau nanti,kau pasti aku bunuh aku dulu.Betul bukan?" Soal Vine lagi,bergema.

     "Aku kata MUNCUL sekarang!!" Jerit Iryan,nyaring.

    "Hahahahahaha! Muncul? Baiklah.Aku akan tunaikan permintaan kau."

   Zuppppp!

    Tiba-tiba ada sesusuk tubuh melintasi laju di hadapan Iryan.

   Iryan tersentak.Baru saja dia ingin melancarkan serangan,tiba-tiba lehernya dicekik terlebih dahulu.Boomerang miliknya kini sudah jatuh ke tangan Vine.

     "Hmm? Kenapa Iryan? Menyesal sebab suruh aku muncul tadi?" Soal Vine,sinis.Dia mencekik Iryan dengan sebelah tangan sehinggalah kaki lelaki itu langsung tidak menjejak lantai!

   Iryan hanya mampu meronta-ronta keperitan.Kakinya menendang udara sejak sedari tadi.Dia cuba untuk merungkaikan cengkaman itu namun payah.

   Kini dengan menggunakan sebelah tangan lagi,Vine perlahan-lahan membaringkan boomerang tadi ke leher putih Iryan.Vampire itu tersengih jahat.

    "Iryanku sayang..Pernah tak kau tengok senjata 'makan' tuannya sendiri? Tak pernah bukan? Kau memang bertuah hari ni,sayang.. Sebab.."

    Vine meleretkan bicaranya.Boomerang tersebut  dimain-mainkan di leher Iryan sehingga leher lelaki itu tercalar sedikit.Darah hijau mengalir keluar.

    "...sebabnya...kau akan tengok boomerang kau sendiri yang tamatkan hayat kau!!!" Bentak Vine secara mengejut.Boomerang itu terus sahaja diangkat tinggi ke udara.

   Baru saja dia ingin membenamkan boomerang tersebut ke leher Iryan,tiba-tiba..

   Kreekkk....

   Tiba-tiba....bunyi pintu dikuak, mematikan niatnya sebentar tadi.Hati Vine membara.Hish! Ada-ada saja yang datang mengacau! Dengan rengusan kasar,Vine pantas menoleh ke arah pintu.

    Dia terkejut! Matanya membulat.Oh tidak!

    Kelihatan di muka pintu,sedang berdirinya sesusuk tubuh yang sedang memegang dada.Wajah lelaki itu kelihatan terkejut,sama sepertinya kini.

    Terkaku.Vine terkaku dalam keadaan sedang mencekik Iryan seperti tadi,dengan boomerang yang sedang dihunuskan ke tengkuk Archer amatur ini.

    Melihatkan kesempatan ini,Iryan lebih cepat bertindak.Dia menunjukkan wajah innocent bersama air mata yang mengalir di pipi.

   "Syah..tolong saya.." Rayu Iryan,bersama air mata yang berlinangan.Dia teresak-esak menangis.

    Syah yang berada di hadapan pintu itu masih terkaku.Wajah gadis yang sedang mencekik Iryan itu di amatinya sedalam mungkin.Dia..dia rasa dia kenal gadis tu.

    Vine kemudiannya merenung tajam wajah Iryan.Geram.Pandai kau buat muka tak bersalah dekat sini hah?! Hati Vine membentak kasar.

    Argh! Pedulikan saja Syah tu! Teruskan bunuh si pelakon tak guna ni!

   Dengan amarah yang mengila,Vine sekali lagi mengangkat tinggi boomerang itu ke udara,ingin membunuh Iryan yang tak guna ni!

    Baru saja dia ingin menikam tengkuk Iryan untuk kesekian kalinya,tiba-tiba Syah bersuara.

     "V..Vine?"

    Rasa terkejut Vine semakin menjadi-jadi.Boomerang tersebut serta-merta terlepas dari tangannya.Dia sebak.Ma..macam mana Syah boleh kenal dia,dengan rupa dia yang dah tak sama macam dulu ni?!

   "V..Vine? Itu..awak kan? Saya..tak silapkan?" Soal Syah lagi,naif sekali.Perlahan-lahan dia melangkah ke hadapan bersama tangan yang memegang dada.

    Melihatkan Syah semakin menghampiri,Vine terus sahaja mengelabah penuh kalut.Dia pantas melepaskan cengkaman di tengkuk Iryan yang sedang hebat berlakon menangis itu.

    Dengan larian yang laju,Vine pantas melanggar tingkap bilik tersebut lalu terbang,melarikan diri dari situ.Habis berkecaian cermin tingkap itu dibuatnya.

    Iryan pantas berlari ke arah Syah. Tubuh Alchemist itu dipeluknya,erat.Wajahnya disembamkan ke dada Syah.

    "Syah! Saya takut..." Adu Iryan,penuh kepura-puraan.Air mata yang mengalir di pipinya juga adalah penipuan semata-mata.

    Syah hanya diam.Iryan dipeluk.Rambut si Archer amatur inu diusap perlahan sambil dia membuang pandang ke arah luar tingkap,memerhati Vampire itu terbang pergi meninggalkannya.

   Dia tertanya-tanya, mengapa Vampire itu begitu kalut sebentar tadi sampaikan melarikan diri dengan cara se-dasyat itu sekali?

    "Syah...Vampire tu tadi..dia..dia..dia dah bunuh Fellex! Zinnt pun dah mati,Syah..Syawal pulak sedang pengsan..Tolong Syah..Saya takut!" Adu Iryan lagi,teresak-esak. Kali ini bersama air mata yang sebenar-benarnya.

    Syah terus sahaja tersentak.Dia bernafas dengan kencang sekali.Baru dia perasan,darah banyak memenuhi ruang bilik tersebut! Beberapa tubuh yang sedang terkujur kaku diatas lantai menyentakkan tangkai hati Syah.

   Perlahan-lahan,Syah jatuh terjelopok.Dia mengucap panjang.Ya Allah....Apa yang dah berlaku ni?!

  →bo be continued...

••••••••••••••••••••••🎀•••••••••••••••••••••
Author:

What?! Semua kumpulan Syah dah mati ke?! Oh my! Korang rasa,apa yang Syah akan buat ya? Reda jelah ataupun tolong? 😨

(K)Bagi sesiapa yang ada soalan,sila komen di sini!

Yosh! Author nak cakap sikit,apa pendapat korang dengan cover baru citer The Alchemist ni? Sila bagi pendapat yang jujur wahai pembaca kesayangan sekalian!

Tak mau tipu-tipu okey? Berdosa.😂
Apa-apa pun,thanks sbb sudi baca dan vote! Love you so much!

Czytaj Dalej

To Też Polubisz

64.4K 324 3
Kisah athirah yang masih di bangku sekolah dimanfaatkan kepolosan nya oleh si tua.
19.5K 65 3
kisah ni menceritakan tentang kehidupan janda dan anak perempuan nya yang tinggal di kg
790K 63.1K 63
Cinta Dua Dunia. Tak tercapai dek akal bagaimana cinta antara 2 jiwa ini bersatu namun istilah mustahil itu tidak pernah wujud jika takdir antara ked...
493K 1.2K 17
Mula mula