THE ALCHEMIST (EDITING)

Bởi Alexna_Syufa

104K 7.9K 344

"Harapan ini menyedihkan. Harapan ini mendukacitakan. Punah.Segalanya punah begitu sahaja.Impianku hancur... Xem Thêm

•Opening•
Bab 1: Syah
Bab 2: Wanita Misteri
Bab 3: Pixie
Bab 4: Kifft
Bab 5: Elf
Bab 6: The Undead Ghoul
Bab 7: Selamatkan dia!
Bab 8: Oh Tidak!
Bab 10: Racun Sumpahan
Bab 11: Sudah Sampai!
Bab 12: Fellex
Bab 13: Seorang Archer?
Bab 14: Serangan Goblin
Bab 15: Zinnt
Bab 16: Jenaka Fellex
Bab 17: Cabaran
Bab 18: Shasha
Bab 19: Sungai Berasid
Bab 20: King Control
Bab 21: Penjaga Sungai Berasid
Bab 22: Golem?
Bab 23: Tenaga Misteri
Bab 24: Zinnt Yang Disyaki
Bab 25: Penculikan
Bab 26: Siapa Syah Sebenarnya?
Bab 27: Pengakuan
Bab 28: Kisah Lampau (i)
Bab 29: Kisah Lampau (ii)
Bab 30: Jurang Kekayaan
Bab 31: Hampir Mati
Bab 32: Kegilaan Harta
Bab 33: Istana Misteri
Bab 34: Lady Autumn
Bab 35: Selamat tinggal,Syah.
Bab 36: First Kiss?!
Bab 37: Siapa Lady Winter?
Bab 38: Tolong!
Bab 39: Pembunuh!
Bab 40: Mati?
Bab 41: Terselamat
Bab 42: Pertukaran
Bab 43: Cubit? Apa bendanya tu?
Bab 44: Siap kau,Syah!
Bab 45: Tak Boleh!
Bab 46: Godaan
Bab 47: Ivy,Si Pemuda Misteri
Bab 48: Salah Faham!
Bab 49: Berpecah
Bab 50: Rahsia
Bab 51: Bahaya
Bab 52: Pergi mati!
Bab 53: Viola Kematian
Bab 54: Raksasa Yang Kejam
Bab 55: Cagaran Sebuah Ciuman
Bab 56: 'Serangan' Syah?!
Bab 57: Ada 'Sesuatu'
Bab 58: Arien
Bab 59: Naga?
Bab 60: Dragon Knight
Bab 61: Dragon Slayer
Bab 62: Kucing
Bab 63: Tolong Ajarkan Aku!
Bab 64: Pengsan
Bab 65: Kebenaran
Bab 66: Kenyataan
Bab 67: Putik Cinta

Bab 9: Penawar?

1.5K 128 2
Bởi Alexna_Syufa

SYAH menitiskan beberapa titik Healing Potion yang berwarna hijau diatas luka Zamry.Kemudian,dia mengeluarkan kuasa pemulihannya.

Zamry pula hanya melihat luka tersebut tanpa perasaan.Dia menunggu dengan sabar apa yang bakal dituturkan oleh Syah.

"Awak betul-betul nak tahu,apa yang saya risaukan?" Soal Syah,perlahan.

Kadang-kadang kuasanya tersangkut-sangkut.Sekejap ada,sekejap tak ada.Ini kerana tumpuannya terganggu.

"Ya..awak beritahu sajalah er..Syah.." Ucap Zamry penuh yakin tetapi,ketika menyebut nama Syah,dia agak ragu-ragu.

Syah tengok muka Zamry dengan senyuman.Dia gembira sebab Zamry panggil dia 'Syah' tadi. Matanya sudah bersinar-sinar.Zamry juga turut tersenyum.

Senyuman dari Syah mampu mengembirakan hati orang lain.Entahlah kenapa jadi macamtu,mungkin juga sebab Syah ni seorang Alchemist ataupun..kerana senyuman itu ikhlas dari hatinya.

Tiba-tiba senyuman Syah yang terukir,mati tatkala dia melihat luka Zamry semula.Dia mengeluarkan kuasa pemulihannya kembali.

"Zamry..awak tahu tak,jika awak digigit raksasa pemakan daging belaan Kifft dan kemudiannya awak bunuh raksasa itu,..gigi yang tertinggal dalam isi awak akan merembeskan suatu racun yang dipanggil Racun Sumpahan..." Ucap Syah,kembali perlahan.Dia menunduk sehingga wajahnya terhalang disebalik hud yang dipakai.

Tiba-tiba ada beberapa titisan air jernih,jatuh ke tangan Zamry.Zamry agak terkejut dengan kehadiran cecair yang tidak disangkanya itu.

Syah kembali mengangkat wajah memandang Zamry.Matanya berkaca-kaca..

"Zamry..racun dari gigi tu,akan menukarkan awak seperti raksasa yang telah gigit awak sebelum ni..Selepas tempoh 40 hari,tubuh badan awak akan jadi seratus peratus sepertinya.." Ucap Syah dalam esak tangis.Dia memeluk Zamry.

Zamry pula agak terpingga-pingga.

"Macam mana awak tahu semua ni sedangkan ia tidak tertulis pun dalam buku racun?" Soal Zamry dengan wajah curiga.

Pelik.Dia tidak pernah jumpa pun tentang info Racun Sumpahan ni dalam mana-mana buku yang pernah dibacanya.

Syah meleraikan kembali pelukan itu.Dia kelihatan begitu sedih sekali.Tak sangka benda ini berlaku pula kepada sahabatnya.

"Ini kerana,Kifft sendiri yang mencipta raksasa pemakan daging itu.Dia mencampurkan nisbah songsang dalam eksperimen dia.Raksasa itu tercipta dan ia...pernah gigit saya.." Ucap Syah,sedih.Dia memandang siling,untuk menghalang air matanya dari menitis.

Zamry tersentak.Apa?! Raksasa sama jenis dengan raksasa tu pernah gigit Syah?

"Habis tu..awak jumpa penawarnya?" Soal Zamry kembali.

   Syah hanya menggeleng-geleng kepalanya,perlahan.

"Tak..saya tak jumpa penawarnya...Saya..cabut jantung saya sendiri sebelum racun itu merebak ke seluruh badan..Sebab tulah jantung saya tak berdenyut..Jantung saya dah tak ada lagi sebenarnya.."Jawab Syah,sedih.Dia kembali merawat luka Zamry.

"Apa?! Awak cabut jantung awak?! Biar betul?" Soal Zamry lagi,agak terkejut.

Syah mengangguk laju.Dia memang tidak menipu,jauh sekali mereka-reka cerita.

"Ya..tetapi saya rasa..saya sudah tahu apa penawarnya sekarang. Termasuklah penyakit misteri yang dihadapi oleh semua penduduk kampung,kini." Ujar Syah,mulai tersenyum semula.

"Hmm? Apa nama penawar tu? Dari mana awak tahu semua ni? Macam mana nak buat penawar tu?" Soal Zamry bertalu-talu.Dia sudah teruja ingin tahu.

"Adalah..Saya nak beritahu Syawal dulu..." Sengih Syah.Dia sudah habis merawat kecederaan luaran Zamry namun dia tidak mampu untuk merawat luka dalaman rakannya itu.

Zamry memuncung.Ish..sikit-sikit Syawal,sikit-sikit Syawal.Siapa yang adik angkat Syah sebenarnya? Dia atau Syawal?

Syah menarik pipi Zamry.Hah.Ambik.Kan dah kena cubit pipi.Syah ketawa pabila Zamry tidak memberikan sebarang reaksi.

Sekarang,perasaan Syah kini kuat mengatakan yang Gunung Kematian dan Bunga Asfloera tu benar-benar wujud.Syah rasa,dia akan beritahu Syawal dulu tentang bunga Asfloera itu.

•••••••••••••••••••••••×•••••••••••••••••••••••

"APA?! Gunung Kematian? Bunga Asfloera? Awak buat lawak ke Syah? Mana ada wujud tempat dan bunga macamtu.Ke awak ni dah demam? Baik awak cepat-cepat makan ubat.Nanti melarat." Ujar Syawal seraya meletakkan belakang tapak tangannya di dahi Syah.

Syah menepis perlahan tangan Syawal. Dia mengerutkan dahinya.Tak faham kenapa Syawal masih tak nak percaya dia walaupun dah beratus kali dia cakap yang benda tu sememangnya betul!!

"Saya tak tipu! Betul.Saya yg nampak sendiri tempat tu! Awak ni kenapa? Saya tak demamlah.Awak tu yang demam sebenarnya. Selalunya awak akan percayakan saya.." Rajuk Syah.Dia mengetap gigi.

"Ya.Selalunya saya akan percayakan awak tapi..tidak untuk kali ni.Awak dah semakin mengarut,Syah.Baik awak cantas saja mimpi siang hari awak tu sebelum kamu pun jadi gila macam Kifft." Sindir Syawal.Buku herba ditangan kemudiannya dibelek-belek.

"Kenapa..awak..masih..tak nak..percaya saya hah?! Susah sangat ke nak percaya saya? Pernah ke saya tipu awak? Tak pernah kan?!" Marah Syah dengan suara yang meninggi.Tahap kesabaran sudah menjadi angka kosong.

Gedebakk!!

   Salah satu buku herba,dibaling Syah ke tanah.Dia benar-benar sudah naik angin.Mata kelabu asapnya sudah bertukar menjadi biru tua.

Syawal pulak agak terkejut dengan tindakan luar biasa Syah tu.Tak pernah lagi Syah membaling buku ketika marah.Nampaknya,Syah benar-benar serius.

"Errr...Saya percaya..saya percaya.." Ucap Syawal,takut.Terketar-ketar tangan dan lutut dia dibuatnya.

Syah tersenyum.Perlahan-lahan matanya kembali bertukar kepada warna kelabu asap.Dia mengutip kembali buku herba yang setebal dua jengkal itu lalu disapu sedikit tanah yang melekat.

"Okey.Kalau awak percaya, beritahu Lord Zaiyron yg kita akan pergi ke Gunung Kematian,esok pagi.Minta sepuluh orang satria diraja untuk ikut kita nanti.Jumpa dekat sini.Saya akan panggil naga saya." Ucap Syah,gembira.Dia segera beredar dari taman herba itu.

Syawal pulak sudah mengaru-garu kepala.Nak sepuluh satria diraja? Mahu ke raja tu bagi orang dia untuk benda yang tak pasti ni? Arghh! Serabut betul!



                       →to be continued..

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

1.4K 9 3
kisah mengisahkan seorang lelaki kuat judi .. secara tk langsung di menjual isteri dia untuk bayar hutang judi dia
63.8K 232 13
HANYA SEKADAR HIBURAN SEMATA-MATA
isteri ku Bởi mrk1921

Viễn tưởng

1.9M 4.3K 27
Sebuah kisah isteri ke arah cuckold
852K 61K 71
[SIRI FLEUR SOPHIA, BUKU DUA ] Selepas segala dugaan dan cabaran yang Fleur Sophia alami selepas pindah ke Malaysia, gadis itu akhirnya dapat miliki...