Mrs. Hazrael: His Belonging

By theonlykae

366 33 0

"Aku cintakan kau sekalipun, takkan mengubah dendam aku pada kegilaan keluarga kau." Begitulah ayat lelaki be... More

Prolog & Pengenalan
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36

Bab 12

10 1 0
By theonlykae

Sakit yang menyengat kulit lengan Jasmine membangunkan gadis itu. Nafas lemah berbaur rasa penat yang teramat beransur-ansur semakin perlahan. Matanya dipaksakan untuk melihat sekeliling.

Dia sedang berada di dalam sebuah bilik kecil. Bilik tersebut kosong, tiada penghuni selain dirinya. Digagahkan tubuh untuk perlahan-lahan berdiri menuruni katil namun terduduk akibat rasa sakit pada bahagian lutut yang bertalu-talu menikam reseptor derianya.

Tangan yang berbalut diteliti perlahan selama beberapa saat. Lalu tiba-tiba sahaja teringat pada telefon pintarnya.

"Atirah. Atirah..." Dia memanggil sayu. Hampa apabila kocek seluar diseluk, tiada apapun yang tersisa. Pasti sudah digeledah dan diambil oleh para manusia gila yang tiba-tiba sahaja menimbulkan persoalan dan memori gelap dalam hidupnya.

Andai saja jika bukan ugutan sosok yang merentap pinggangnya di dalam sebuah kereta itu, pasti dia sudah berteriak meminta pertolongan daripada Atirah yang menghubunginya sebentar tadi.

"Cakap kau dekat mana sekarang. Make your excuses. Atau kau nak aku letupkan kereta kawan kau dari dalam sini?"

Suara lelaki dengan iris kelabu menyapa gegendang telinga. Jasmine mengetap gigi dengan penuh amarah. Kurang ajar! Dia begitu tidak terima dengan perlakuan yang diberikan kepadanya. Tidak tertahankan rasa sakit yang menyerang atma. Menganggap hari ini sebagai hari yang akan bahagia namun sebaliknya peristiwa hitam satu per satu meleburkan rasa sukacita.

"Auntie... Ying minta maaf... Ying tak telefon auntie tanya khabar... Ying sibukkan diri dengan belajar sampai lupa..." Jasmine tidak menahan dirinya lagi. Tangisan yang begitu menyayat hati dilepaskan. Air mata tidak diseka bertalu-talu membasahi wajah. Bibirnya dikemam menahan amarah terhadap diri sendiri dan anasir-anasir yang bermunculan saat ini lalu menimbulkan rasa perit dalam hidupnya.

Cermin mata yang tadinya dia genggam segera dicari-cari. Wajahnya menunjukkan reaksi panik yang teramat. Mencuba memaksakan upaya diri untuk melangkah lebih jauh dari tempatnya terduduk sebentar tadi. Namun upaya gadis itu tidak dapat melebihi usahanya. Gagal. Terduduk lagi. Dicuba sekali lagi namun masih tidak mampu menggerakkan tubuh dengan baik.

"Ya Allah..."

Baru sahaja Jasmine ingin menyandarkan tubuh pada dinding bilik kecil yang tidak diketahuinya itu, bunyi tapak kasut menyentuh lantai bergema. Bunyinya semakin lama semakin mendekat. Jasmine mempamerkan riak penuh benci. Wajahnya tidak terlihat seperti dirinya yang sering mengukirkan butiran senyuman pada bibir merekahnya.

"Sir, dia dah bangun." Wajah tidak berekspresi yang tertonggak di hadapan pintu diteliti Jasmine. Tiada kaca mata menyebabkannya harus menggosok mata beberapa kali. Masih tidak jelas.

Namun suara itu seperti pernah dia dengari sebelum ini.

"Shh. Ini cuma mimpi."

Suara itu! Suara sama yang pernah muncul dalam... mimpinya? Atau benarkah itu mimpi? Dengan keadaannya yang seperti ini, seolah-olah tiada satu pun perkara yang dapat dia terima dengan logik akal. Semuanya terlihat tidak nyata, bahkan tiba-tiba sahaja menjengah ruang hidupnya yang begitu jauh daripada segala yang dihadapi detik ini.

"A- awak tak apa-apa?" Tiba-tiba sahaja seorang lelaki berlari anak mendekati tubuh lemah yang tersandar pada dinding bilik itu. Apabila tubuhnya bercangkung di hadapan Jasmine, barulah dia mengenali lelaki itu.

"Kau... Kau lelaki yang datang rumah aku 3 tahun lalu. Kau... kau." Jasmine mengurai nafas lemah. Farid menelan liur yang terasa kelat. Wajahnya terlihat dihambat rasa bersalah yang seolah menjatuhkan diri tepat di atas bahunya.

"Farid, move." Suara serak basah yang cukup garau menggoyahkan hasrat Farid untuk memeluk tubuh Jasmine itu. Tudung Jasmine yang sudah tidak tentu arah namun masih gagah menutupi auratnya dibetulkan perlahan oleh Farid. Mengundang keluhan kecil daripada Hazrael.

"Farid." Kali ini, Carrie pula yang memanggil kerana menyedari wajah Hazrael yang semakin tegang.

"Menyusahkan betul perempuan ni." Carrie melepaskan rasa kesal di dalam hatinya. Sememangnya dialah yang ditugaskan menjaga Jasmine sejak tadi. Beberapa minit lalu dialah juga yang berdiri di hadapan pintu namun gagal dikenalpasti oleh Jasmine.

Farid menghentikan tangannya yang mahu membetulkan tudung gadis bertubuh lebih kecil daripadanya itu. Kehadiran Hazrael yang berdiri di belakangnya dapat dirasai. Tidak mahu menimbulkan sebarang kemarahan dalam hati tuan mudanya itu, Farid menegah niat sendiri. Bingkas bangun dan berjalan mendekati tubuh Carrie yang menggulingkan mata ke atas dengan ekspresi jijik.

"Jasmine."

Suara Hazrael berdentum pada gegendang telinga gadis yang sudah pun dipapahnya untuk dibaringkan ke atas katil. Jasmine terlihat mencuba untuk menolak Hazrael dengan susah payah namun kondisi yang cedera itu melemahkan kudratnya. Hanya mampu menuturkan kata-kata yang meminta lelaki itu menjauhkan diri daripadanya. "J- Jangan sentuh aku..."

Terjelepok tubuh itu di atas tilam lembut tempatnya beradu sebentar tadi. Hazrael lantas mencabut sarung tangan hitam yang digunakan selepas dirinya menyentuh tubuh Jasmine sebentar tadi. Dibuang ke dalam tong sampah kecil yang terdapat di sebelah katil.

"Passcode. And your life's saved."

Tanpa sebarang ekspresi, Hazrael tiba-tiba menbuka mulut. Farid dan Carrie berkongsi tatapan sejenak sebelum kedua-duanya mengalihkan pandangan ke arah Jasmine yang kini terlihat bagaikan anak harimau terluka.

"Kenapa kamu semua tak serik-serik dengan passcode ni? Hah?! Kalau benda tu dah lama dengan aku, aku dah cakap dah! Kau ingat sebab benda tu aku sanggup korbankan makcik aku?!" Air mata cantik meleret jatuh lagi. Terbenam pada tilam yang ditempatinya.

"I'm not going to say it twice."

Hazrael memandang wajah Jasmine. Akhirnya sebuah kenangan lampau terimbas kembali pada sudut fikirannya.

Lelaki 3 tahun lalu... Yang menembak seseorang di hadapannya. Lelaki yang menyoalnya dengan soalan yang sama. Lelaki yang menjadi tanda tanya pada fikirannya.

"K- kau. Lelaki yang aku panggil mister masa tu." Jasmine terdiam sejenak. Rasa ingin tahu menyerang otaknya. Sejak 3 tahun lalu lelaki ini memburunya.

"Mhm." Hazrael mendekatkan diri setapak. Dek kerana perbuatan itu pula Jasmine mengengsotkan diri menjauhi lelaki bertubuh lampai itu.

"Budak yang tendang leher aku 3 tahun lalu tu." Ada tawa sinis yang menerjah ruang pendengaran Jasmine. Dia terdiam sejenak, tangannya mencengkam erat tilam yang diduduki.

"You should've been grateful I didn't shoot you last time. You were so small back then... Naive and oblivious." Suara garau Hazrael menyebabkan bulu roma gadis itu terasa merinding. Gila! Ekspresi lelaki itu sangat aneh, bahkan boleh dia katakan layaknya seorang pesakit mental yang tidak memahami diri sendiri.

"Aku? Naif. Hah." Jasmine membalas renungan tajam itu kembali. Rahangnya diketap. "Aku anggap kauorang semua imaginasi aku. Tapi aku tau kamu semua nyata. Aku anggap kamu semua mimpi gila yang aku alami."

Jasmine melihat ke samping apabila Hazrael semakin mendekati wajahnya. Tangan kekar yang dilitupi lengan baju ketat direbahkan pada kedua sudut untuk mengunci tubuh gadis itu.

"You're so good with words." Ujarnya perlahan. Langsung tidak memperdulikan reaksi Jasmine yang seperti ingin meletus bagai gunung berapi yang menyala-nyala.

Jasmine menundukkan kepala apabila wajah Hazrael bergerak mendekati wajahnya. Nafas hangat menyentuh pipi yang terasa bergetar akibat rasa takut yang cuba dibendung. "Passcode. Now."

Kemarahan Jasmine akhirnya sudah tidak dapat dibendung lagi. Tangannya yang terbalut kain pembalut luka itu secara pantas menghentam dada Hazrael. Namun reaksi yang diperlihatkan lelaki itu sangat berbeza daripada yang disangkakannya.

"Ow." Lelaki bertubuh sasa itu ketawa kecil dengan riak menghina. Jasmine mengerutkan dahi. Belum sempat dia beraksi untuk meninju wajah lelaki itu, kedua tangannya ditahan dengan mudah oleh Carrie.

"Woi, betina sial! Kau jangan berani sentuh tuan muda-"

"Let her go." Hazrael berbicara perlahan tanpa mengalihkan pandangan daripada Jasmine. Riak lelaki itu agak terkesima melihat keberanian yang terhidang di hadapannya. Dalam hati, dia ingin Jasmine meronta dan menangis. Dia ingin gadis itu memohon simpati daripadanya. Sebaliknya gadis itu memberi reaksi yang berbeza.

"Sini." Hazrael meraup wajah Jasmine dengan tangan kanannya lalu tangan kiri pantas menghentikan kedua lengan Jasmine yang sigap ingin menerkam tubuh gagah jejaka itu.

"Darah ayah kau mengalir dalam badan kau. Aku tak sangka aku akan dipertemukan dengan keturunan anjing ni." Hazrael tergelak besar melihat Jasmine yang kepayahan melepaskan tangannya. Wajahnya yang digenggam semakin dieratkan. Mengunci pergerakan gadis yang sejak tadi melemparkan kata-kata benci kepadanya.

"Kau jangan berani nak sebut ayah aku! Kau tak layak!"

Pap!

Sebuah tamparan singgah ke wajah Hazrael. Terjungkit kening Carrie dan Farid. Bibir Hazrael luka pada bahagian tepi. Darah merah pekat mengalir keluar bersamaan senyuman yang sinis.

"Aku suka cara kau. Pukul puas-puas. Have it your way. You do know what's coming next, don't you?"

Hazrael tersenyum kecil. Didekatkan jarak antara dahinya dengan Jasmine.

"Lepas ni, you'll scream for my mercy. We'll have it that way, okay? Hahaha."

Bunyi tawa sinis bergema di dalam bilik kecil itu. Jasmine terkelu dengan wajah yang tidak dapat menyembunyikan rasa takutnya lagi. Jantung berentak begitu laju. Seluruh tubuhnya terkujur kaku. Terasa seperti berpeluh dalam dingin.

"Apa.. Apa kau nak buat dengan aku?" Kening Jasmine bertaut. Mencuba menjauhkan jarak wajah mereka namun tiada upaya. Hazrael menyedut nafas cukup dalam.

"You'll see."

— Bab 12 selesai.

Continue Reading

You'll Also Like

169K 10.2K 61
Kata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku femini...
216K 9.3K 83
Afaf Adra. Seorang gadis yang berketinggian sederhana dan bertubuh sedikit berisi. Sudah biasa digelar dengan panggilan 'makcik' atau 'puan' dari s...
45.6K 4.5K 6
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih a...
210K 4.8K 52
Kerana satu pertaruhan Elena Marzuien terperangkap di dalam sebuah hubungan dengan suami orang, taruhan yang bernilai hampir setengah juta itu disahu...