Bintangku

By jaeryana

15.2K 2K 610

★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada ke... More

PROLOGUE
001
002
003
004
005
006
007
008
009
010
011
012
013
014
015
016
017
018
019
020
021
022
023
024
025
026
027
028
029
030
031
032
033
034
035
036
037
038
040
041
042
043
044
045
046
047
048
049
050
051
052
053
054
055
056
057
EPILOGUE

039

202 30 4
By jaeryana

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  DUA CAWAN air susu suam dan sebekas char keuw teoy diletakkan ke hadapan Dayana. sejurus itu, dia duduk disamping Dayana. kepala dilagutkan.

“mana latte aku?” soal Dayana. gadis itu sepertinya mahu protest.

“dah malam, bintang. nanti awak tak boleh tidur. lagipun awak selalu sangat ambil kafein.”

“mana ada selalu.” dalih Dayana.

“tipu dosa.”

gadis itu mencebik. kedua manusia itu sedang duduk diatas rumput berlapikan tikar. dihadapan mereka pula, terbentangnya sebuah tasik.

“iyalah, terima kasih.” ucap Dayana, separuh ikhlas. separuh lagi tak ikhlas sebab Ziyad tak belikannya latte.

bekas yang berisi char keuw teoy itu dibuka. sesudu char keuw teoy disuakan ke mulut. perlahan - lahan dia mengunyah char keuw teow tersebut.

“esok awak cuti atau ada kuliah?” soal Ziyad.

“cuti. kenapa kau tanya?”

“saya nak bawa awak pergi satu tempat esok.”

“pergi mana?” wajah dikalihkan kearah Ziyad. wajah bingung ditayangkan kepada lelaki itu.

lelaki itu mengukir senyuman penuh makna. kedua - dua belah bahunya dijungkitkan. sengaja dia membiarkan pertanyaan Dayana itu sepi.

bekas char keuw teoy itu ditolak mendekati Ziyad. secawan air susu suam itu diambil lalu diteguk.

“makanlah juga. kenapa kau beli sebekas sahaja?”

“sebab saya bukannya makan banyak sangat pun. daripada membazir, lebih baik saya kongsi dengan awak. awak kan spesies yang kuat membazir.” ujar Ziyad. lelaki itu kedengaran menyindir.

“iyalah, iyalah. memang aku kuat membazir pun.” kelutuk gadis itu.

dia mencebik. tangannya dilipatkan ke bawah dada. kemudian, dayana melagutkan kepalanya.

“awak tak mahu cerita dengan saya ke, kenapa awak tak rapat dengan mama dan papa?” soal Ziyad seraya memecah kesunyian.

lelaki itu memalingkan wajahnya kearah Dayana yang berada disamping. isterinya itu masih lagi leka memandang kearah langit.

“tetapi kalau awak rasa tak selesa, tak perlulah cerita.” tambah Ziyad apabila menyedari gadis itu sepertinya tidak mahu berbicara.

“mama itu jenis pentingkan pendidikan. semua anak - anak dia dituntut buat belajar pandai - pandai. cuma aku jadi kecil hati bila adik - adik aku yang lain, dia tak tuntut buat belajar keras── seperti yang dia lakukan kepada aku.”

Dayana mula bersuara.

“sejak daripada sekolah rendah lagi aku cuba untuk banggakan mama dengan papa. aku belajar rajin - rajin supaya setiap akhir tahun, nama aku akan dicalonkan sebagai penerima anugerah. dan perkara itu diteruskan lagi sehingga aku naik sekolah menengah.”

“ya jujur, mama dan papa akan usaha buat hadir ke majlis anugerah sekolah kalau nama aku naik sebagai penerima anugerah. tetapi mama tak pernah sebut pun perkataan, ‘tahniah, kakak’ atau mungkin, ‘mama bangga dengan kakak’. sekali pun dia tak pernah sebut.”

gadis itu jeda. nafas berat dihembuskan sebelum menyambung ceritanya.

“yang dia selalu sebut, ‘kalau kau dapat nombor satu, mama belikan...’ bla, bla, bla. aku pun satu, bodoh. percayakan sangat mama itu. dia cakap semua itu hanya untuk gunakan aku sahaja. dia tahu, aku akan buat perkara itu bersungguh - sungguh kalau dia janjikan sesuatu. lawak bukan?”

sekali lagi mafas berat dihembuskan. Dayana membetulkan duduknya. gadis itu memusingkan tubuhnya supaya berhadapan dengan Ziyad.

“aku sedar yang mama lakukan semua itu supaya dia dapat bercerita dengan kawan - kawan sekerja dia. dia dapat berbangga - bangga dengan kawan dia yang dia ada anak yang pintar. biar kawan - kawan dia puji dia kerana telah didik anak dengan baik.”

“sedangkan dia sikit pun tak pernah nak teman aku belajar. aku usaha semuanya sendiri. kalau aku tak faham dengan satu - satu topik itu, aku akan usaha untuk cari jalan penyelesaian sendiri. sebab aku tahu, kalau aku tanya pada mama, dia tak akan jawab hahaha.” cerita gadis itu panjang lebar.

“kau yang pergi sekolah. bukannya mama. waktu cikgu mengajar kau buat apa? tidur?” itulah ayat yang selalu diulang - ulang oleh Puan Dhalila jika Dayana menanyakan soalan tentang pelajarannya.

sebutir mutiara jernih jatuh pada pipinya. laju sahaja tangan kecil itu naik mengesat air mata tersebut. tawa turut dibuat - buat bagi menyembunyikan perasaannya itu.

“aku benci bila kawan - kawan aku cerita betapa baiknya ibu mereka. benci bila mereka cerita yang ibu mereka akan dengarkan cerita tentang hari - hari mereka. ucap tahniah atas kejayaan mereka. pujuk mereka bila mereka tak dapat capai sesuatu kejayaan. aku benci semua itu. aku bertambah benci bila aku mula bandingkan mama dengan ibu mereka.” tambah Dayana lagi.

air mata yang turun semakin menjadi - jadi. sungguh dia tak dapat menyembunyikan perasaannya itu.

senyuman kecil dikuntumkan oleh Ziyad. tubuh kecil itu dibawa masuk ke dalam dakapannya. ditepuk lembut belakang tubuh isterinya itu.

“dia selalu herdik aku. dia selalu hina penampilan aku, rupa paras aku. macam aku ini bukan anak kandung dia. dia kata aku gemuk, hitam, selekeh, pemalas, bau. sedangkan aku tak minta pun untuk lahir dalam keadaan macam ini.”

“dia banding - bandingkan aku dengan sepupu aku. dia banding - bandingkan aku dengan academic rival aku. itu je lah yang dia reti buat. bandingkan, bandingkan, bandingkan. nama nak beri semangat pada aku, tidaklah.” luah gadis itu.

Dayana menyembamkan wajahnya pada dada Ziyad. dia mahu menangis sepuas - puasnya malam ini.

kalau sebelum ini, dia yang memujuk hatinya ketika menangis. kali ini, dia ada Ziyad. kehadiran lelaki itu sedikit sebanyak dalam mengurangkan beban yang dipukul selama ini.

Ziyad hanya mendiam diri. membiarkan Dayana yang berada dalam dakapannya itu menangis sepuas - puasnya terlebih dahulu. selesai gadis itu menangis, baharulah dia akan membuka mulut.

sejujurnya, dia tidak tahu ingin memujuk isterinya itu bagaimana. dia lahir dalam keluarga yang serba cukup. umi dan abah tak pernah berat sebelah. kasih sayang diberikan sama sahaja. baik Aidan, baik Ziyad. kedua - duanya mendapat sukatan yang sama.

umi dan abah juga tidak pernah menuntut Aidan dan Ziyad buat belajar bersungguh - sungguh. cukup dengan apa yang mereka mampu.

kata Puan Aida, buat apa nak tekan anak supaya mereka berjaya? kalau mereka berjaya sekali pun, kualiti itu tiada. mereka akan membesar dalam keadaan penuh dendam pada ibu dan ayahnya.

ambil masa sepuluh minit juga buat Dayana untuk meredakan tangisannya. sebaik sahaja tangisan gadis itu reda, Ziyad menolak tubuh kecil itu menjauhinya.

tangan kekar lelaki itu naik menyeka air mata yang masih bersisa pada wajah cantik itu. senyuman kecil terbit pada wajah tampan Ziyad.

“lega?” soal Ziyad dan gadis itu mengangguk.

“sudah ya? lepas ini jangan menangis lagi dengan sebab yang sama. luahkan semuanya malam ini supaya hari - hari seterusnya, awak tak akan menangis dengan sebab yang sama.” ujar Ziyad.

lelaki itu menguntumkan senyuman manis buat Dayana. wajah basah gadis itu dipandang lucu. tambahan pula dengan rona yang menghiasi kulit gadis itu, bertambah comel apabila dipandang.

apalah kau ini, Yad. Aya baharu sahaja lepas menangis. kau boleh pula puji dia comel. salah timing betul. kelutuk hati si jejaka.

“saya tak tahu nak pujuk awak macam mana. saya tak pernah rasa berdiri ditempat awak. saya tak pernah tahu rasanya menjadi Dayana Zhalifah.” ucap lelaki itu.

“tetapi satu je saya yakin, kalau saya berada ditempat awak, mungkin saya tak akan mampu jadi sekuat awak. kejayaan tanpa penghargaan itu berat. sedangkan awak usaha bersungguh - sungguh untuk raih perhatian mama. tetapi boleh pula mama tak ucap kata tahniah pada awak.” tambah Ziyad lagi.

sedangkan ketika dia berjaya dalam pasukan bola sepak dahulu, Puan Aida lupa untuk mengucapkan tahniah. walaupun itulah sekali Puan Aida terlupa, dia tetap terasa hati dengan Puan Aida ketika itu.

inikan pula berada ditempat isterinya. setiap kali kejayaan tanpa penghargaan? gila, siapa sahaja tidak terasa kalau macam itu.

“awak beritahu saya yang mama selalu cerita tentang kejayaan awak pada kawan - kawan kerja dia? bagi saya, itu satu tanda yang dia bangga dengan awak. mungkin dia tak cakap secara langsung pada awak tetapi awak tahu ke cara dia bercakap dengan kawan - kawan dia? mesti dia bangga cerita dengan kawan - kawan dia yang dia ada anak sempurna macam awak.”

“ibu bapa ini, ada ego dia. dia terlalu ego untuk mengaku yang dia bangga dengan anak dia. saya tak tahu sebab apa ibu bapa macam itu tetapi percayalah. saya yakin, mama bangga dengan awak. cuma dia tak tahu macam mana nak beritahu pada awak. mungkin bagi dia, dia sudah cukup tunjukan perasaan bangganya itu.” jelas Ziyad panjang lebar.

kedua - dua belah pipi Dayana dielus lembut. pandangan redup diberikan pada anak mata si gadis. berharap hati Dayana bakal terpujuk dengannya.

“cuba awak pandang sesuatu, pada side yang positif lepas ini. janganlah terlalu pandang pada bahagian buruk sahaja, bintang. akhir - akhir, semua itu bakal memakan diri awak sahaja.” pujuk Ziyad, lembut.

gadis dihadapannya itu hanya diam. anak mata berwarna coklat itu tidak lepas daripada pada memandang wajah Ziyad.

dia tidak tahu ingin mengeluarkan kata apa lagi. apa yang keluar daripada ulas bibir suaminya itu ada betulnya juga.

“kita betulkan semula semua ini ya, sayang? saya janji, saya akan cuba bantu awak untuk betulkan semuanya. termasuk hubungan awak dengan mama dan papa.”

Continue Reading

You'll Also Like

66.6K 6.2K 17
Qaayed - melambangkan seorang pemimpin. Amna - Memberi ketenangan Ini kisah mereka, Amna dan Qaayed. Persahabatan yang tidak dijangka kukuhnya ia. ...
7.1K 663 31
Nazrin Amsyar | Aalya Syahmina " Sejak awal sudah diingatkan, risiko besar perlu diambil sekiranya hubungan itu diteruskan. Namun siapa tidak kenal...
49.2K 2.6K 39
For younger me, who wanted to be someone's first choice.
411 70 5
[Spin-off of The Royal Asmaraloka] ❝Welcome, Princess Luna.❞ Adrea Luna, dia hanyalah seorang yatim piatu yang hidup sederhana di desa. Kisahnya berm...