Mawar Terakhir | (COMPLETED)

By ryahaena_

29.7K 1.7K 210

Maysarin Γ— Esra Wildan (karya 1) ----- 7/11/2023 - 13/1/2024 ----- Masa kecil Maysarin tidak indah seperti or... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
EPILOG

Bab 30

542 39 2
By ryahaena_

Masuk saja ke dalam bilik hotel, May terus bawa langkah menuju ke arah katil. Dia rebahkan tubuh yang tidaklah sepenat mana. Dia cuma rasa malas dan mengantuk walaupun sekarang baru pukul 10 malam.

Esra tidak merungut kemaskan beg-beg yang isterinya tinggalkan separuh jalan. Dari jauh, dia perhati saja kelopak mata isterinya yang sudah tertutup rapat.

"Kalau ya pun pergi lah mandi dulu." tegur Esra sambil bercekak pinggang. Ala seorang bapa sedang marah anak.

Walaupun mereka bergerak terus dari lapangan terbang ke hotel tanpa singgah ke mana-mana, Esra tetap rasa tak elok sekiranya mereka tidur dalam keadaan tubuh yang tidak dibersihkan.

"Sakit di perut dah okey ke?" Esra duduk dihadapan isterinya yang meniarap dengan mata tertutup.

May diam. Sungguhpun begitu, Esra tahu isterinya itu sekadar rehatkan mata bukannya tidur.

"Kenapa diam? Perut masih sakit ke?" dia ulang soalan.

"Hmmm..." hanya itu balasan dari May. Bukan setakat mata, bibirnya juga terkatup rapat.

"May mandi lah dulu, nanti Es urutkan."

May akur lalu bangkit dari meniarap dan bergerak malas menuju ke cermin untuk membuka tudungnya.

Tak sempat dia capai pin atas kepala, terasa ada tangan kasar yang membukakan pin tudungnya satu persatu. May turunkan semula tangannya dan hanya pandang kelakuan si suami melalui biasan cermin.

"Dah." beritahu Esra. Dia pusingkan tubuh May menghadapnya.

Pengikat rambut Esra buka lalu menyelak rambut lurus May ke belakang bahu. Kemudian pipi mulus isterinya dia usap lembut. Bila terlalu dekat begini dengan May, hatinya seakan mengelonjak suka. Desahan nafas isterinya itu rasa sungguh menenangkan.

"Tadi dia suruh kita mandi." omel May dalam nada perlahan. Buat apa nak cakap kuat-kuat sekiranya Esra sudah terlalu dekat dengannya.

Esra tersenyum menampakkan lesung pipit di bawah bibirnya. Ini kali kedua May dapat lihat. Tunak mata May berubah menjadi teruja. Dia ingin melihat dan mengagumi keindahan ciptaan Allah itu banyak kali, namun jarang sekali Esra menampakkan senyuman lesung pipitnya. Memang ikut mood ke apa?

Bila Esra bergerak sedikit, May boleh cium bau maskulin datang dari tubuh lelaki itu. Wajah tenang May tidak dapat menutup degupan jantungnya yang seakan sedang dikejar oleh anjing. Halwa telinga Esra dapat tangkap bunyi itu, perlahan dia tergelak halus.

"Kita? May nak ajak Es mandi sama ke?" usiknya nakal. Semakin memerah wajah May, semakinlah dia rasa nak mengusik.

"Saya nak mandi. Sorang."

"Eh? Saya tu siapa?" Esra jongketkan sebelah keningnya. Daripada berniat hendak lepaskan May, dia halang semula dengan meletakkan kedua belah tangan ke atas meja dibelakang May. Dia perangkap May di tengah lalu mendekatkan lagi tubuh mereka.

"May mandi dulu." geram betul lah. 'Saya' tu kata ganti nama, tak kan itu pun tak boleh nak guna.

"Baik." Esra lepaskan juga May pada akhirnya.

Tatkala May capai tuala, dia sempat beri jelingan tajam buat Esra yang sudah gelak mengusik. Ketawa yang kedengaran agak sensual di telinga May.

Lebih kurang 30 minit kemudian, May keluar dari bilik air dengan hanya bertuala. Itu pun sekadar menutup apa yang penting.

Paha putih itu menyebabkan Esra yang duduk mengunjurkan kaki atas katil terus jadi bersila bersama mulut yang melopong luas dan mata yang terbuntang besar. Esra telan air liur kesat. Dia masih tidak alihkan pandangan. Ah, apa nak hairan? Benda dah halal untuk tengok!

May yang sibuk tertunduk mencari pakaian dalam bagasi atas bangku tidak sedar dirinya diperhatikan. Sangkanya Esra sedang tidur kerana suasana dalam bilik kini terlalu hening selain dari bunyi aircond.

Esra telan air liur lagi sekali. May nak balas dendam pasal tadi ke apa ni? Giliran dia pula yang memerah muka.

"Ehem..." Esra berdehem. Dia nampak laju saja kepala isterinya itu berpusing memandangnya yang sedang bangkit dari katil.

Saat Esra menuju ke arahnya, May pegang utuh tualanya dibahagian dada. Risau sungguh gamaknya.

"Nak apa ni?" berketar-ketar suara May menyoal. Sudah lah dia kesejukkan dek angin aircond, tambahan pula dia tidak faham makna disebalik senyuman Esra... Rasa sejuk berubah menjadi rasa seram sejuk.

"Es nak..." dia pegang hujung tuala May.

"Nak apa?" soal May laju. Sudahlah dia tak sempat jumpa lagi baju nak dipakai. Esra pula datang mengganggunya.

"Nak guna tuala ni lah. Turn Es pulak mandi." katanya dalam nada mendatar.

"Bagilah May pakai baju dulu." marah May. Geram betul!

Esra angguk. Dia kembali duduk di birai katil sementara menunggu May mencari baju yang dari tadi tidak jumpa.

Itu lah bahananya kalau tidak susun elok-elok barang, nak selongkar banyak kali pun tetap payah nak jumpa apa yang dicari. Semalam Esra ada pelawa nak kemaskan beg May sekali, bukan main lagi isterinya itu menolak. Sudahnya, pagi tadi May main sumbat saja barangannya ke dalam beg. Itupun nasib baik muat.

"Lama nya... Biar Es ajelah yang cari." Esra bangkit lalu berdiri dibelakang isterinya.

"Jangan sibuk!" dia tepis tangan Esra dari cuba menarik begasinya.

"Jumpa dah!" gembira nada May bila jumpa pakaian yang di cari. "Errr..." dia pandang Esra.

Lelaki itu tidak faham dengan pandangan isterinya lalu dia buat muka bertanya 'kenapa' kepada May.

"Es masuk lah bilik air dulu. Nanti May bagi tuala ni."

"Pakai ajelah baju tu kat sini. Bukan ada orang." sahut Esra. Dia kembali duduk di birai katil.

"Es tu bukan orang ke?"

"Es?" Esra tunding jari ke arahnya sendiri. "Es memang orang tapi Es suami May, tak dosa pun tengok."

"Memanglah tak dosa. Tapi May malu..." tutur bibir May perlahan.

Esra cuma angkat bahu lalu berlalu ke bilik air. Ketika itu, sepantas kilat May menyarungkan pakaian malamnya. Dia rancang untuk terus masuk tidur selepas ini memandangkan waktu sudahpun agak lewat. Nak keluar makan pun rasa malas lantaran perutnya yang tidak nyaman.

"Es." May ketuk pintu bilik air. Dua kali ketukan baru terbuka dari dalam. Kelihatan Esra cuma keluarkan tangannya untuk mencapai tuala yang akan dihulur oleh May.

Terus dia dapat idea nak kenakan Esra. Tangan Esra ke kanan, dia hulur ke sebelah kiri. Lama juga dia main-main sehingga Esra terjengul kepala lalu memberikan pandangan tidak puas hati kepadanya.

"Es tak pakai apa ni. Nak Es buka pintu ni ke?" ugutnya. Selepas itu, laju saja May hulurkan tuala kepada Esra. Wanita itu mendengus tidak puas hati.

May peluk tubuh. Esok memang dia kena minta juga pihak hotel ni bagi lagi satu tuala. Dia pun baru perasan tadi hanya ada satu saja tuala yang disediakan. Terlupa letak atau tidak cukup, tak tahu lah. Yang penting esok tiada lagi drama tuala antara dia dan Esra.

May capai minyak angin dari dalam beg yang dia bawa tadi lalu menuju ke arah katil. Sambil baring, dia tunggu Esra bersama minyak tersebut di tangannya. Perut terasa memulas sakit kembali. Apabila jarang diserang sakit period pain ini, sekali dah serang, sakitnya tidak kepalang. Nak baring tak senang, nak duduk tak senang, nak berdiri pun tak senang.

Lama juga May tunggu sehingga dia tidak sedar bila dia terlelap. Tahu-tahu dia rasa bajunya diselak sedikit dan ada tangan Esra yang menyentuh perlahan kulitnya. May rasa selesa bila tangan suaminya itu mengurut lembut bahagian perutnya. Tidak mengurangkan sakit tapi cukup lah sekadar beri rasa selesa.

"Sayang. Esok kita tengok sunrise nak tak?"

"Hmmm..."

Tidak tahu apa maksud sebenar jawapan May itu, Esra anggap isterinya setuju. Dia ubah posisi dari duduk kepada baring disebelah May, lalu dia pun terlelap sama.

...

"May! Tengok atas tu..." Esra tunding jari ke langit.

"Wah! Cantiknya sunri..."

"Belum sayang, belum." Esra menjulingkan mata ke atas.

"Habis tu?" Soal May bernada bosan. Sudah lah dia tiada mood gara-gara period pain semalam, nak kena melayan karenah Esra pula seawal 6 pagi ni. Memang hampir bangkit hantu dalam badan dia nak cekik Esra. Nasib baik laju-laju istighfar.

May hembus nafas sambil urut dada. Sabar May...

"Es nak cakap awan pagi ni berkepul, macam nak hujan. Patutlah bukan main sejuk rasa. Mungkin pagi ni tak ada sunrise, hehe..." Esra tersengih dan garu kepala.

"Lah! Buat penat je!" Dengus May. Marah! Jengkel dengan Esra.

"Kita tunda esok ya, sayang?"

"Dah Esra! Dah! May dah penat. May nak balik." sungutnya.

"Kita datang esok ya?" Tak puas hati selagi tak dapat jawapan. Esra siap sengih menampakkan barisan gigi putihnya. Dia cuba membuat satu perjanjian walaupun tahu akan hampa.

"Tak nak!" May angkat punggung lalu menuju ke arah restoran yang berdekatan.

Lapar! Rasa nak telan saja suaminya itu, biar hilang terus. Mengada sungguh mengalahkan budak kecil. May siap melakar plan lagi dalam hati, esok dia akan tidur sampai jam 12 tengah hari!

"Sayangggggg..." Meleret suara Esra menyeru dari belakang sementara isterinya kini berjalan sambil menutup telinga dengan kedua belah tangan seolah tidak mahu mendengar.

Esra cebik bibir. Rasa nak merajuk lah kalau macam ni!

"Kita kena datang jugak!"

"Diam Esra!" Dia kena lenting balik. Haha. Padan muka!

...

Tengah hari itu mereka berdua berjalan ke waterfront selepas selesai makan tengah hari. Tercapai juga hasrat May hendak makan Mi Laksa Sarawak seperti yang diminta kepada Mak Ina tempoh hari. Sekurang-kurangnya hilang juga kempunan.

Esra menarik tangan May dan bawa isterinya itu mendekati band lelaki yang sedang jamming di tepi jalan.

"Bang... Boleh saya join nyanyi?" Esra bertanya kepada salah seorang lelaki di situ.

Lelaki itu mengangguk setuju dan meminta agar Esra berdiri di hadapan mikrofon.

May yang Esra tinggalkan meliar mata memandang sekeliling. May perasan ada beberapa orang gadis yang tadinya berjalan kini sudah menghentikan langkah mereka dan mula mengelilingi band yang tadinya tidak dihurungi orang.

May yakin dalam hati mereka mesti berkata, siapalah mamat hensem ni... Membayangkan perkara itu, May terus mencebik bibir. Dia peluk tubuh dan buat muka masam mencuka kepada si suami yang tidak lagi mempedulikannya.

Saat muzik mula beralun ke udara, May akui seronok pula mendengar lantunan muzik rancaknya.

May tertanya. Lagu apa ni?

"Tusah amai asai ati. Bakeni kah ka nguntik dara. Maya aku nanyak iya. Dia iya nyaut gago kau iya."

"Lalu aku merik warning. Anang sombong meh nuan dara. Iya ringat mata iya nyeling. Buas ganas nyau baka singa."

Ketika diselangi muzik. May nampak mata suaminya memandang ke arahnya lama. Lagu dituju buat dia ke? Kerana rentaknya menarik didengari, May juga rasa terhibur walaupun tidak tahu lagunya dalam bahasa apa.

"Bismillah bismilu. Kacang kupak jadi batu. Nuan dara deka ke aku. Ku puchau ku jampi. Ngasuh nuan buka ati. Nerima ku nyadi ke sulu."

"Aku mandi aik bungai. Bejurut tujuh lemai. Nya baru nuan ensepi asai. Aku tangas aik jampi. Ngasuh nuan tusah ati. Merampau peniau serta beraie."

Usai itu, masing-masing terus bertepuk tangan kepada nyanyian Esra. May yang keliru juga bertepuk sama. Tak sangka Esra boleh menyanyi.

"Lagu apa tadi tu?" soal May. Ketika itu, mereka sudah bergerak tanpa arah tujuan. Hanya sekadar berjalan-jalan.

"Lagu iban." jawab Esra sambil meletakkan kedua belah tangan ke dalam poket seluarnya.

"Es boleh berbahasa iban?" tanya May ingin tahu. Banyak benda dia masih tidak tahu mengenai suaminya itu.

"Tak juga. Es selalu dengar lagu tu, tadi pun dia orang ada bagi Es lirik lagu. Es sebenarnya suka belajar benda baru."

"Kalau sayang nak tahu, Es dari dulu lagi memang nak belajar pasal bahasa dan culture orang-orang di Sarawak ni baik Iban, baik Melanau, baik Bidayuh, baik Melayu macam kita ni... Es bersyukur sangat dapat jejak kaki ke sini. Datang dengan isteri pula tu..." dia memeluk mesra bahu isterinya.

"Lagu tadi pasal apa? Es tuju untuk May ke?" May angkat sebelah kening kepada suaminya.

"Sayang cari lah sendiri." Esra gelak jahat setelah itu.

Lagu saja May memukul lengan Esra. Hishhh!

31/12/2023

Eh, WTA... how aaa effective way to attract more readers? bg tips boleh?

Continue Reading

You'll Also Like

178K 9.1K 52
Danish Haiziq- Seorang lelaki yang ada auranya sendiri. Kacak,segak dan bergaya. Ah! Dia memang cukup sempurna. harta? uh dia memang seorang yang jut...
31.1K 1.8K 60
Aisha Amalia seorang anak perempuan sulung dalam keluarga Megat Helmie. Dia bekerja keras demi sebutir nasi untuk dirinya dan 3 orang lelaki adiknya...
13.9K 212 43
Cheryl's standing at the edge of sweet water bridge, she stares down at the cold river below About to leave this dreadful world when all of a sudden...
59.4K 3.4K 104
BXB Kane TrΓ©sor is annoyed that he had to move six hours away, into a new home and even worse, share a room with his step-sister Ally. Even the new s...