Mawar Terakhir | (COMPLETED)

By ryahaena_

29.7K 1.7K 210

Maysarin Γ— Esra Wildan (karya 1) ----- 7/11/2023 - 13/1/2024 ----- Masa kecil Maysarin tidak indah seperti or... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
EPILOG

Bab 18

492 36 2
By ryahaena_

Floral Gallery. Rupanya tempat yang Esra hendak singgah sebelum balik adalah kedai bunga. Saat mereka bertiga jejak kaki masuk ke dalam kedai tersebut, datang seorang pekerja yang sambut mereka dengan selembar senyuman manis.

"Cantik, kan?" Esra tunjuk jari ke arah tempat terletaknya bunga mawar pelbagai warna.

May pandang Esra terlebih dahulu sebelum kalih matanya memandang bunga yang ditunjuk. Tak pernah terlintas dalam fikirannya lelaki tulen seperti Esra punya minat terhadap bunga.

Hanya mereka berdua saja yang berdiri menghadap bunga-bunga itu sementara Anas pula memilih untuk duduk di bangku yang disediakan, tidak jauh dari kedudukan mereka berdua. Anas leka bermain dengan iPadnya.

"Awak suka warna yang mana?"

Dalam banyak jenis bunga yang ada di situ, Esra fokus menanyakannya bunga mawar seolah Esra tahu dia sukakan bunga mawar.

"Saya suka warna putih." tidak pula May menyoal. Dia hanya menjawab soalan Esra. Fikirnya nanti dia akan dapat tahu juga.

"Sebab?" Esra letak kedua tangannya kebelakang, gaya guru mengajar dalam kelas.

"Orang kata mawar putih ni lambang kesucian."

"Ada juga yang kata mawar putih ni adalah tanda perpisahan." bidas Esra, berbeza pandangan dengan May.

"Well. Lain orang, lain pendapat." May angkat bahu bersahaja.

"Mawar merah ini awak tahu maksud dia apa?"

Berkerut dahi May mendengar soalan itu. Tahu lah sekarang ada dalam kedai bunga, kenapa pula dia diuji sama ada tahu atau tidak maksud disebalik warna bunga? Ini bukan lawatan sambil belajar budak sekolah.

"Errr... Memangnya setiap warna ada maksud ke? Saya tak sempat nak buat kajian ke atas bunga, Es. Yang saya tahu, tiga kuntum bunga maksudnya I Love You." rasanya umum mengetahui tentang perkara itu.

"Tiga kuntum bunga boleh jadi I Hate You juga... Kan ada tiga perkataan?"

"Kan dah kata lain orang, lain pendapat." May tetap dengan pendiriannya.

"Simbolik warna merah... maksudnya berani." May cuba juga menjawab setakat yang dia mampu fikir.

"Kalau dalam bahasa bunga?"

Errr... Bunga pun ada bahasa sendiri ke?

May kelu lidah. Tapi hatinya tetap tertarik ingin tahu.

"Okay, apa kata awak terangkan saja. Saya akan dengar. So, mawar merah maksud dia apa?"

"Yang awak teka tu betul dah. Merah maksud berani. Sebab itulah ramai yang suka beri mawar merah ketika melamar pasangan mereka. Mawar merah ini bawa ungkapan I Love You selain bagi feel romantik."

"Kalau... Warna pink ni pulak?" May capai satu kuntum lalu di bawa ke hidung. Warnanya sungguh cantik dan lembut.

"Mawar warna pink ini punya maksud yang istimewa. Warnanya beri perasaan seolah kita dihargai dan kita juga boleh rasa kelembutan ketika menatapnya. Lebih kurang seperti yang warna merah, ada juga yang melamar menggunakan mawar warna pink ini. Jika kita terima bunga mawar pink dari seseorang, boleh jadi si pemberi masih ragu dan kurang berani hendak zahirkan rasa cintanya kepada kita walaupun sebenarnya dia sangat mengagumi kita sebagai seseorang yang sangat istimewa baginya."

"Okay. Kalau warna kuning?"

"May dengar ke tak sebenarnya ni?" Esra jongket kening kepada gadis itu. Bukan dia tak perasan nada bosan dalam soalan May itu.

"Saya dengar la ni... Cepat la bagitahu."

"Mawar kuning ini simbol dia adalah persahabatan. Selain itu, mawar kuning akan sentiasa buat kita rasa ceria kerana ia memiliki warna yang cerah."

"Tu aje?"

"Bunga mawar kuning ni sesuai untuk diberikan kepada kawan atau sahabat sebagai penghargaan. Awak sendiri boleh rasa mawar warna ini tak ada vibes romantik langsung."

"Wah, saya rasa macam nak bagi kat awak satu." mata bening May seperti bercahaya. Baru saja tangannya hendak mencapai sekuntum, kata-kata Esra terus mematikan perbuatannya...

"Saya tak terima sebab saya bukan kawan awak."

"Baru aje tadi awak kata kat Leon saya ni kawan awak." May berdecit sinis.

"Hanya depan Leon saya cakap macam tu. Realitinya saya tak anggap awak kawan."

"Habis tu? Awak anggap saya ni apa?"

Esra tidak menjawab, dia hanya senyum. "Okay, mawar warna peach ini pun bawa aura kelembutan. Bila tenung lama-lama warnanya, kita akan rasa lebih tenang."

May mengecilkan mata. Laju saja kan nak tukar topik?

"Dan... bunga mawar oren ni pulak bawa energy yang strong macam enthusiasm. Ghairah. Warna terang selalu bawa aura positif." Esra kenyit mata lagi. Kerap benar dia kenyit mata.

"Kalau warna hijau?"

"Hijau?" walaupun rasa aneh dengan soalan itu, tetap juga matanya melilau mencari dimana letaknya 'mawar hijau' tersebut.

"Mana ada mawar warna hijau." Esra kerut dahi.

May cuma tersengih. Sengaja.

Terima kasih kepada Esra. Tak pasal-pasal hari ini dia dapat ilmu tentang bunga. Nanti kalau dapat bunga dari seseorang, sekurang-kurangnya dia sudah tahu niat disebalik pemberian.

Dua pekerja kedai yang berdiri tidak jauh dari mereka lantas bertepuk tangan. Kagum dengan pengetahuan Esra tentang bunga mawar.

"Selepas banyak yang saya terangkan ni. Awak masih suka mawar putih?"

May angguk yakin.

Esra hanya tersenyum. "Nanti saya akan selalu bagi kat awak selepas kita kahwin."

May putarkan bola mata. Ya lah tu!

"Kenapa saya kena tahu benda ni semua?"

"Sebab nanti bila saya bagi awak warna yang berbeza. Awak akan tahu makna setiap pemberian saya."

"Kenapa awak nak sangat bagi saya bunga?"

Esra beri May satu senyuman yang sukar ditafsirkan. "Sebab saya nak bagi."

"Jadi bila awak nak bagi saya bunga?" tanya May.

"Bila awak jadi isteri saya."

...

"Terima kasih Esra. Tak pernah ada yang bagi saya bunga sebelum ini." mata bening May tunjuk bahawa dia benar-benar terharu.

Ceritanya, Esra belikan May sejambak mawar putih. Kalau dah pegang macam taknak lepas, maksudnya minta di belikan lah tu. Reaksi May yang terlalu berterima kasih itu membuatkan Eara menggeleng kepala. Bukannya May tak mampu nak beli sendiri. Tak apa lah, sekurangnya pemberiannya itu terasa dihargai walaupun tidaklah semahal mana.

Sedang dia membuat pembayaran di kaunter, May bawa pergi bunganya itu dengan penuh girang menuju ke arah Anas.

Esra menggelengkan kepalanya lagi. Macam kanak-kanak saja tingkah gadis itu. Buat Esra jadi teringat semula, awal perkenalan antara mereka berdua dulu...

Bunga-bunga yang hampir keseluruhannya layu dicabut oleh tangan kecil Esra tanpa belas kasihan. Semak! Dia tidak suka tengok bunga!

Esra sepak tanaman itu menggunakan kaki kanannya sehingga ada yang terkeluar akar dari dalam timbusan tanah. Esra rasa puas hati. Dah alang-alang layu, ada baiknya jika dia musnahkan terus. Nanti bolehlah dia suruh ayah gali tanah luas itu untuk buat kolam renang. Mesti seronok dapat main air.

Menurut ayahnya, arwah nenek suka sangat menanam bunga sehingga menjadikan halaman belakang rumah ini sebagai kebun kecil. Baru saja dua bulan neneknya itu pergi menghadap Ilahi, kebun itu tidak lagi terurus lantaran Esra dan ayahnya dua-dua tidak sukakan bunga.

Tangan Esra terhenti pada beberapa mawar berwarna putih yang masih tumbuh mekar dan segar di satu tempat. Esra cabut salah satu daripada bunga tersebut dan bawa ke atas telapak tangannya untuk dilihat lebih dekat. Esra gunakan jari telunjuk bagi mengelus lembabnya kelopak bunga yang dibasahi air embun pagi.

Esra menguntum satu senyuman tanpa sedar. Dia rasa kelembutan pada bunga itu.

"Kenapa awak rosakkan tanaman nenek?" ada satu suara halus datang menyapanya. Esra melihat seorang kanak-kanak perempuan kecil seusianya berdiri di halaman rumah sebelah yang dibatasi oleh pagar dawai.

"Awak siapa?" dia tanya Esra semula.

Esra tidak menjawab sebaliknya mendekati dia dengan bunga di telapak tangan.

"Cantik, kan?" Esra tunjuk bunga itu kepadanya.

"Cantik! Nenek memang suka tanam bunga." si dia tersenyum.

"Bunga ini untuk awak." Esra beri bunga yang masih belum dia rosakkan itu melalui celah lubang pagar.

Dia capai dengan gembira lalu dibawa ke hidung. Esra tersenyum melihat perbuatan dia.

"Ada lagi tiga disitu. Awak nak tengok?"

"Nak! Tapi... Papa tak benarkan Rin keluar dari kawasan rumah ini."

"Tak apa, awak berdiri situ saja. Biar saya ambil untuk awak."

Esra cabut tiga lagi bunga mawar putih yang ada di situ lalu diserahkan kepada dia. Bersorak gembira dia dengan pemberian Esra.

"Awak suka bunga?" tanya Esra.

"Tak. Saya cuma suka tengok nenek tanam dan siram bunga setiap pagi. Saya sedih bila nenek dah tak ada." wajah dia berubah suram. Ada air mata jernih yang jatuh ke pipi dia.

Esra sedikit kalut namun dia normalkan ekspresi wajah. "Kalau rindu nenek, awak simpan lah empat bunga tu sebab yang lain semua dah layu. Saya dengan ayah akan buat kolam belakang rumah ni."

"Awak nak mandi air kolam?" Esra cuba pelawa.

Dia senyum kelat dan hanya menggeleng kepala.

"Hai, Rin..." ayah Esra mendekati mereka berdua.

"Ayah kenal dia? Dah sebulan kita duduk sini, tapi Esra tak pernah pun nampak dia sebelum ni." adu Esra.

"Dia anak Ben, jiran kita. Sekarang dah kenal, kan? Nanti jadikan lah Rin tu kawan Es jugak, macam abang-abang dia si Leon dan si Deon."

Esra angguk. Tatkala Esra paling semula, dia sudah tiada lagi di situ. Mungkin sudah masuk ke dalam rumah.

"Nama dia apa ayah?"

"Rin. Leon kata nama dia Maysarin."

"May..."

"Nama dia unik." kata ayahnya lagi seraya memeluk bahu Esra.

"Encik..."

Pekerja itu mengawangkan kad milik Esra ke kiri dan ke kanan. Semakin lama semakin dekat ke wajah Esra. Sayangnya lelaki itu masih juga termenung sambil menatap ke arah dua gerangan yang sedang duduk bersama.

"Encik!"

Esra tersentak. Dia termalu sendiri apabila melihat ada senyuman dibibir dua pekerja lelaki di hadapannya kini. Lama sungguh dia mengelamun sampai tidak sedar sudah dua minit namanya diseru oleh pekerja perempuan di kaunter pembayaran.

"Ni kad encik." Esra ambil kad yang dihulur itu lalu dimasukkan semula ke dalam dompet. Esra tidak lagi memandang para pekerja disitu dek kerana malu. Dia terus menuju ke arah May dan Anas.

"Okay, jom lah balik." cuaca panas hari ini agak terik, menyesal Esra tidak memandu kereta saja tadi. Mujur saja Anas tidak banyak karenah walaupun terpaksa berpanas atas motor.

22/12/2023

Continue Reading

You'll Also Like

11.7K 444 41
βŠ±α΄‹α΄€Κ€Κα΄€ ᴋᴇᴛΙͺΙ’α΄€ α΄€Ι΄α΄›α΄€sΚœα΄„Κα΄€βŠ° "𝑂𝑛𝑐𝑒 𝐼 𝑓𝑒𝑙𝑙 𝑖𝑛 π‘™π‘œπ‘£π‘’, 𝐼'𝐼𝐼 π‘›π‘’π‘£π‘’π‘Ÿ 𝑙𝑒𝑑 𝑖𝑑 π‘”π‘œ" Jatuh cinta pada cikgu muda memang perkara biasa...
27.3K 1K 21
Muhammad Al-Fayyadh||Sufiya Mikayla "Awak tak percayakan saya atau awak sudah mempunyai orang lain?" -Fayyadh- "Saya jadikan awak bidadari untuk sa...
24.3K 885 8
Siapa yang mahukan suami yang Dingin mengalahkan suhu peti ais.Bagi Elena itu hanya menyesakkan diri sendiri.Tetapi disatukan jua dengan Tengku Imran...
1.2K 50 18
taehyun someone whos popular but also has a cold personality, only have one friend which is hyuka, someone who doesnt believe in love. beomgyu a flir...