Will You Be Mine?

بواسطة Myeadk27

106 9 0

"You have a place in my heart. No one else ever could have." ~ Ayden Rizqeey "Your smile melts my heart." ~ A... المزيد

Welcome!! ^^
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6

BAB 1

26 2 0
بواسطة Myeadk27

Kelihatan seorang lelaki berusia 20-an sedang fokus menyasarkan target dihadapan dan ada beberapa orang sedang memerhatikannya. Apabila dia sudah yakin, dia melepaskan satu tembakan.

BANG!!

Bunyi tembakan dilepaskan. Lalu dia menanggalkan penutup telinga dan pelindung matanya. Ada satu kertas target yang makin dekat dengan mereka. Lalu mesin yang membawa kertas target tersebut berhenti.

Lelaki tersebut senyum kerana puas hati dengan tembakannya tadi. Tembakan yang tepat di tengah" kertas target. 10 markah untuk tembakan tadi

     "Yeah! That's my boy!" Seorang lelaki berusia 40-an pergi ke lelaki tersebut dan memeluknya.

     "Wehh mantap dhow!! Apa kata kau kasi aku pinjam tangan kau tu. Aku nak jugak try dapat target tepat macam tuu!" Seorang lelaki berambut colat keperang-perangan berkata.

     "Ah tak de kau aku dah booking awal-awal." Seorang lagi pemuda agak rendah berkata.

     "Sape cepat die dapat laa! Bluwerk!!" Lelaki berambut coklat keperang-perangan tadi menjelirkan lidahnya.

     "Sudah-sudah lah gaduh tu." Seorang lagi lelaki yang berbulu mata lentik berkata dengan nada tegas.

     "Aduh lek ah ko. Gurau je tu pun nak serius." Lelaki yang agak rendah tadi berkata.

     "Tak boleh tangan aku ni limited tak de jual dekat mana-mana." Lelaki yang menembak tadi akhirnya bersuara.

     "Sudah. Tak yah bertekak kat sini. Sape lapar angkat tangan!" Lelaki berusia 40-an itu berkata.

     "Saya!!!" Semua lelaki tadi angkat tangan.

     "Okeyy jom coach lanje!!" Lelaki berusia 40-an itu berkata.

     "Korang pergi lah dulu aku nak tukar baju sekejap." Lelaki yang menembak tadi berkata.

Lelaki tadi pun pergi ke dorm. Selepas dia menukar baju, dia pergi ke meja belajar untuk mengambil telefon yang  ditinggalkan di situ sebentar tadi. Dia terpandang akan satu sticky note yang tertampal di dinding.

            'Go Ayden Rizqeey!!
            Go for your dreams!!
            Never give up!!
            Belive in yourself!!'

Dia tersenyum melihat nota yang dia tulis 3 tahun lepas. Di sebelah nota tersebut, terdapat satu sijil yang diletakkan di dalam frame yang tertulis

'Ayden Rizqeey'
'Penembak lelaki terbaik bawah 25 tahun 2022'

Senyuman dia makin lebar melihat kejayaan yang dia telah capai selama dia dalam dunia menembak ini.

Ayden Rizqeey, seorang atlet menembak kebangsaan yang berusia 22 tahun. Dia tinggi, ada lesung pipit yang agak dalam yang membuatkan dia nampak handsome dan comel. Dia mula minat sukan menembak sejak dia melihat arwah pakciknya, Arif Haziq yang merupakan seorang atlet menembak kebangsaan. Beliau meninggal ketika usia 27 tahun disebabkan kes bunuh diri. Tetapi Ayden yakin bahawa pakcik nya tidak membunuh diri.

Sejak kematian pakcik kesayangannya, Ayden mula menyelidik tentang peristiwa tersebut. Nak kata dia bunuh diri, satu jam sebelum pemergiannya, Ayden sempat berborak dan bergurau senda dengan pakciknya buat kali terakhir. Pakciknya sangat gembira seolah" tiada apa" yang berlaku kepadanya. Dan alasan kematiannya adalah stres. Tapi Ayden yakin bahawa pakciknya takkan berbuat demikian.

Lalu, Ayden terus pergi ke kafeteria untuk makan tengah hari. Ramai orang sedang menjamu selera disebabkan sekarang memang waktu untuk makan tenghari. Selepas dia mengambil makanan, dia mencari kelibat coach dan kawan-kawannya.

     "Woi! Sini!" Carl memanggil sambil melambai lambaikan tangannya.

Lelaki yang berambut coklat keperang-perangan itu bernama Carl Idham. Dia Malaysian-American. Berumur 21 tahun. Seorang yang ceria dan selalu tersenyum.

Ayden ternampak Carl yang sedang melambaikan tangannya. Ayden pun pergi ke meja mereka.

Keadaan di meja tersebut sangat sunyi. Hanya kedengaran bunyi sudu garfu bergesel dengan pinggan dan bunyi dari meja lain. Mereka semua melihat telefon masing-masing. Ada yang tengok IG ade yang tengok FB ade yang tengok Youtube dan ada yang scroll tiktok. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka memecahkan kesunyian tersebut.

     "WEHH AYDENN TENGOK NII!" Syahmie bersuara.

Muhammad Syahmie atau lebih dikenali sebagai Syahmie merupakan ahli termuda dalam circle diorang. Umur dia 19 tahun. Tetapi Syahmie sering dipanggil 'Si Kecik' kerana dia paling rendah diantara mereka. Dia seorang yang peramah dan happy go lucky.

Syahmie meletekkan telefonnya di tengah-tengah meja makan. Semua mata tertumpu pada skrin telefon Syahmie.

  Top 10 atlet paling handsome dan berbakat.

1. Ayden Rizqeey
2. -
3. Darris Mateen
4. -
5. -
6. -
7. -
8. -
9. -
10. -

     "Anjayyy nama kau ada sia dalam list! Gempak siott!" Syahmie berkata.

     "Eh nama kau pon ade la ris!" Kata Carl.

Lelaki yang bernama Darris tadi pun hanya mengangguk.

Darris Mateen ialah seorang yang agak tegas berbanding kawan kawannya yang lain. Dia bersifat matang. Dia tak banyak cakap. Dia hanya akan cakap bila perlu. Dia berumur 24 tahun.

     "Tapi ada satu lagi nama tertinggal." Carl berkata.

     "Sape??" Mereka berempat berkata serentak.

     "Nama Carl Idham. Hansome jugak mamat tu. Ala ala mat saleh gitu. Berbakat jugak tu." Carl berkata.

Mereka berempat hanya merenung Carl. Confident level die sangatlah tinggi ye. Mereka hanya merenung. Tidak senyum. No reaction.

     "Tolong ye bagi la reaction sikit. Jangan la buat aku rasa cam sendu." Carl berkata.

     "Tak nak lah menipu tapi memang sendu." Syahmie berkata.

Mereka semua gelak terbahak bahak.

     "Haah nama coach pon tak de dalam ni. Dia tertinggal kot." Akhirnya coach bersuara.

Semua senyap. Masing-masing bergilir-gilir pandang sesama sendiri. Nak gelak ke tak nak? Nak gelak ke tak nak? Ke nak menangis?

     "Ha.ha.ha. lawak nyeee." Kata Ayden.

Semua sambung gelak terbahak bahak. Syahmie macam nak muntah dah aku tengok. Tu la gelak melebih lagi.

Coach mereka iaitu Coach Hafizi yang mereka anggap sebagai kawan  dan pada masa yang sama macam ayah mereka. Dan Coach Hafizi juga merupakan coach kepada pakcik Ayden, iaitu Arif Haziq. Hubungan mereka berlima sangat rapat bagaikan anak beranak.

Setelah habis makan, Ayden, Carl, Syahmie dan Darris pergi ke locker manakala Coach Hafizi pergi ke pejabatnya.

Ayden mengambil kunci locker dari poket seluarnya. Dia membuka locker tersebut. Terdapat sebuah bouquet coklat di dalamnya. Sebuah bouquet coklat kinder bueno, iaitu coklat kegemaran Ayden.

Baginya benda ini perkara biasa. Ada yang bagi bouquet bunga, makanan, perfume, jam tangan dan lain-lain. Semua itu dari peminatnya.

     "Wahh die dapat coklat lahhh nakkk!!" Syahmie terpandang bouquet coklat di dalam locker Ayden memandangkan locker mereka bersebelahan.

     "Diorang ni cam tau tau je kau suke kinder bueno." Carl mencelah.

     "Ah tak de kinder bueno aku punye. Yang Dairy Milk aku letak dalam peti sejuk dorm tu pun banyak lagi kan? Korang yang sebok nak tu aku dah bagi gi main jauh-jauh." Ayden berkata.

     "Selek do Ayden sekarang..." Carl berkata.

Ayden hanya mengendahkan apa yang dikatakan oleh Carl tadi. Dia terus siap siap untuk pergi ke pusat latihan yang terletak dalam 10 minit dari sini. Sedang Ayden menunggu yang lain siap, dia membaca message yang belum dibaca.

- Assalamualaikum Ayden...
Mama nak tanya Ayden
Balik tak minggu ni?
    ~Mama~

- Waalaikumussalam mama...insyaallah 
Minggu ni Ayden balik.
Kenapa? Mama ada
Nak kirim apa" ke?
~Ayden~       

-Tak de kot, mama
Cuma tanya je...
Ok elok" dekat sana.
Jaga diri. Promise?
       ~Mama~

- Insyaallah mama...
Promise👌.
~Ayden~    


Setelah mereka semua siap, mereka berempat bergerak bersama". Mereka memang selalunya akan bergerak sama".

Setelah habis sesi latihan petang, pada pukul 4.30 mereka akan bergerak ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat asar. Selepas itu, mereka boleh melakukan aktiviti bebas.

Selepas mereka solat asar, mereka bergerak ke dorm untuk mandi dan berehat.

Apabila mereka menjejakkan kaki ke dalam bilik dorm, masing" lari lintang pukang untuk mengambil pakaian untuk mandi. Dan kebetulan mereka semua keluar dari bilik masing" serentak. Dan mulalah sesi pergaduhan untuk sapa dapat mandi dulu.

Mereka berempat berlari sekuat hati menuju ke tandas.

     "AKU SAMPAI DULU." Syahmie berkata.

     "SAPE KATE KAU SAMPAI DULU. AKU LAH GILE" Kata Carl.

     "WOI KORANG TAK NAMPAK KE AKU DEPAN SEKALI NI. AKU LAH SAMPAI DULU!" Ayden membantah.

     "WOII!!" Darris menjerit. Semua yang bergaduh tadi memandang Darris.

     "Sape yang paling tua dekat sini, aku kan? So aku dulu lah." Darris berkata.

     "WAH SEDAP HIDUP KAU NAK CLAIM CAMTUU TAK DE AKU KAT DEPAN NI. SUDAH-SUDAH LA TOLAK-TOLAK AKU TERSEPIT KAT DEPAN NIII." Ayden berkata.

     "Okkk aku ada cadangan. Semua orang mandi limit 3 minit. Tak yah nak mandi bunga sangat. Lagi lagi kau ris." Kata Carl sambil memandang Darris.

     "Okeyh deal." Ayden dan Syahmie berkata serentak. Mereka bertiga memandang Darris yang masih tidak memberi jawapan.

     "Hm." Darris berkata menandakan setuju.

     "Sape lebih malam ni lanje makan luar." Syahmie berkata.

     "Orite boss" Carl mejawab.

Yang lain hanya mengangguk menandakan setuju. Semua tidak melepasi 3 minit kecuali Darris. 3 minit 31 saat.

     "Okeh kite dah ade orang yang belanje makan malam." Ayden berkata. Semua mata tertumpu pada Darris, yang baru saja keluar dari tandas.

Mereka sambung aktiviti petang mereka dengan bermain game. Nama pun atlet menembak mesti lah main game tembak" takkan lah tibe" Candy Crush pulak kan.

     "WEHH MIEE TOLONG AKUU. AKU KNOCKDOWN NII!!" Carl berkata.

     "DARIPADA AKU SELAMATKAN KAU BAIK AKU SELAMATKAN DIRI SENDIRI DULU. AKU PUN TENGAH KENE KEJAR NII!" Syahmie membalas.

     "WEH MIE ENEMY DEPAN KAU LAA. BUTA KE???" Ayden berkata.

     "AAAA TOLONGG AKU KENE TEMBAKK!! RISSS TOLONG LA AKU TAKYAH LAH DUDUK DIAM JE!!" Syahmie berkata.

     "Tak pe lah lambat. Aku dah lepak underground." Carl berkata.

     "Tak pe Carl ko dah ade kawan kat underground tu. Aku pun dah nazak." Syahmie berkata.

     "Tu lah aku rasa menyesal banyak buat dosa selama ni." Carl berkata.

     "Aku pun.." Syahmie berkata. Mereka saling berpelukan.

     "Rasa nak sepak." Darris akhirnya bersuara sambil menjelingkan matanya.

Pada waktu malam selepas balik dari makan malam~

     "Wehh aku kenyang~~" Syahmie berkata.

     "Maseh ris lanjee saayang kauu!" Kata Carl yang tengah berlari ke arah Darris lalu memeluknya. Tetapi sayangnya, Darris menolak Carl.

Yang lain hanya mampu tergelak. Pada pukul 10 malam, akan ade security yang akan check setiap dorm. Selepas mereka di check, mereka semua masuk tidur.

Dalam satu dorm hanya ada 2 bilik, 1 bilik air dan 1 ruang tamu. Ayden sebilik dengan Syahmie manakala Darris sebilik dengan Carl.

Ayden yang elok" baru nak terlelap terjaga disebabkan dengkuran Syahmie yang sangat kuat. Ayden bengang jadi dia ambil bantal dan dia tekup bantal tersebut di muka Syahmie. Jangan risau, dia takkan perasan sebab dia kalau tidur, bak kata orang tidur mati. Takkan terjaga. Kau letak lah speaker sekuat mana pon sebelah telinga dia tu. Tak terbangun tak.

Selepas dia puas, dia ambil semua bantal tadi. Kang lama" mati anak orang. Penat nak tido pon tak boleh. Dia hanya merenung syiling di atas dan lama kelamaan terlelap juga akhirnya.

                           ******

Hai. Macam mana bab 1 ni? Best tak? Sorry kalau agak boring.

Jangan lupa vote!♡

Author: Myea

   

واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

28.9M 916K 49
[BOOK ONE] [Completed] [Voted #1 Best Action Story in the 2019 Fiction Awards] Liam Luciano is one of the most feared men in all the world. At the yo...
9.9M 500K 199
In the future, everyone who's bitten by a zombie turns into one... until Diane doesn't. Seven days later, she's facing consequences she never imagine...
99.1K 2.2K 49
Alissa Iris De León the daughter of both the Spanish and Italian Mafia. A week after she was born she was sent away from her 2 brothers to live with...
my dark souls بواسطة ki

القصة القصيرة

105K 335 23
fetish ဖြစ်တာတွေ ချက်ဖြစ်ခဲ့တဲ့ roleplay တွေ တကယ်ဖြစ်ဖူးခဲ့တာလေးတွေ တချို့က ကိ စိတ်ကူးယဉ်တာဖြစ်သလို တချို့က ကိ တကယ်လုပ်ချင်တာ တချို့က ကိဖြစ်ခဲ့တာလ...