Love Lens

By MeIsDoremi

534 113 0

Dari sekadar trend Tik Tok, Mayaa berjumpa dengan seorang lelaki yang elok rupawan untuk dijadikan subjek fot... More

2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30

1

100 6 0
By MeIsDoremi

"Setiap memori itu bagaikan air,
air yang tidak berada di dalam bekas akan terus mengalir dan menjauh,"


WAKTU dhuha, waktu biasa orang sibuk bekerja. Pagi tu aku pandang langit biru yang masih belum silau dipandang melalui jendela. Rambutku ditolak ke belakang.

"Ya Allah, perasaan aku sedih tapi aku tak tahu kenapa..." mata aku bergenang.

Jiwa aku...terasa kosong.

Baru aku ingin mengalirkan air mata namun sekelip mata perasaan sedih itu hilang saat mata aku melihat cermin di hadapan aku, bayangan wajah yang kabur di belakang tubuh aku menghapus rasionaliti dalam diri aku.

Makin hari melanjut, makin aku lupa.

Aku terlupa rasa sedih tadi dan minda aku mula fokus perkara yang lain. Kerana mahu mengelak, mataku tertumpu hanya pada satu objek.

Kamera, pengubat hati aku.

Perasaan itu... biarpun berkecamuk semuanya hilang begitu sahaja. Parut aku tadi langsung dilupakan dan dibenam.

@@@

Naratif Mayaa;

Aku terfikir hidup orang dewasa, mungkin bagi orang biasa sudah bekerja, kahwin, ada anak, jaga mak ayah. Tapi hidup aku pula boleh dikatakan unik, single tu dah biasa dengar, mak cik dekat pasar pun boleh agak aku forever alone. Itu yang dia tanya,

"bila nak kahwin kamu ni? anak makcik umur 34 dah sepuluh anak dah tau! Meriah rumah makcik!" Aku beri senyum janggal. Anak makcik kalau perempuan, sah dia buka kilang anak. Macam peluru machine gun gamaknya cucu dia keluar. Berdas-das. Kesian pula aku dengan anak mak cik. Dahlah beranak tu sakit.

Tapi kalau nak dibandingkan aku ni pula, aku ni macam kilang sampah. Hidup lebih kepada tak berguna pada masyarakat. Menganggur? Ya saya, dan aku banyak habiskan masa aku dengan kamera aku sebagai hobi. Hidup ni memang keras dan kita perlulah selalu fikir positif untuk mengharunginya. Optimistik adalah kunci untuk lindung kesihatan mental.

Tapi...

realiti menampar muka aku juga akhirnya.
Aku sepatutnya berusaha bantu masyarakat!

Kau tahu tak aku tersedar semua ni bila aku tengok duit dalam bank aku dah nak habis. Haih... Ya, aku sedar, masyarakat yang aku maksudkan adalah organ-organ dalaman aku yang takut tak dapat nutrisi secukupnya, makanya untuk jadi lebih berguna sikit kepada organ tak cukup nutrisi dan dompet kosong aku, aku pergilah usaha daftar kerja sebagai jurugambar produksi yang ada dalam Malaysia ni. Ada rezeki, adalah tu tolong masyarakat sikit kan?

Ah, tak kisahlah, jadi sementara menunggu keputusan produksi-produksi tu rendam dan minum resume kerja aku, aku cadang untuk buat trend video Tik Tok untuk penuhkan for you page a.k.a fyp video tik tok orang yang tak ada kehidupan macam aku.

Ehem! Ya betul Trend. Alah! Kau tahu Trend ni. Trend yang tangkap gambar orang awam dan hadiahkan polaroid tu. 'Street Photographer Trend' .

Oleh itu, aku pilih Pavillion Bukit Bintang sebagai tempat rakaman aku sebab tempat dia ramai orang. Sesuai untuk aku cari mangsa buruan.

Snap!

Snap!

Snap!

Butang kamera aku ditekan berkali-kali dan satu ayat sahaja untuk aku tarik minat model tak berbayar akh masuk dalam video aku,

" ini hadiah untuk cik ATAU abang," itu ayat aku, serupa ayat dalam video orang lain. Mereka pula akan balas dengan pelbagai reaksi macam robot dan boleh dijangka,

" apa ni? Ehh, cantiknya!! Terima kasih. Berapa ringgit?"

" so beautiful, can I keep this polaroid?"

" Hensem juga aku, thank you sis!"

" Arghh! Macam artislah! Berapa polaroid ni?"

Ada juga yang bagi senyum tak ikhlas dekat aku, tapi aku tetap tersenyum puas. Tak ada hal bro!

Macam yang kau baca, waktu awal-awal buat rakaman semua lancar. Tak ada masalah, tak ada pergaduhan atas nama privasi ke dan lain-lain.

Makanya aku teruskan projek aku sampailah kaki aku berhenti dekat satu kedai kafe astetik, dari situ aku tak jangka kisah hidup aku akan mula berubah seratus lapan puluh darjah. Hanya kerana satu kesilapan langkah,

Aku menyesal,

Meratap,

Menangis,

Merenung nasib aku...

Semuanya disebabkan aku terleka, aku hampir terlanggar seorang lelaki, dan aku mengelak secepatnya ya rakan-rakan.

Tak-tak, jangan agak cerita aku macam dalam drama langgar orang, orang tu sambut lepas tu aku jatuh cinta. So cliche in novel, but not in reality.

In my story, its a big No!

Nasihat saya berhentilah berangan ya, dengan lelaki CEO, mafia, Spenderman, werewolf, Jungkook tu. Ada nak tambah?

Hehe, tak adalah.Saja je sakitkan hati potong-potong cerita tengah jalan,jangan kecam. Cerita aku pun tak menarik mana untuk di angan-angankan.

Sambung balik,waktu tu aku teringatkan ada nasihat pernah berkata bahawa orang yang hebat ialah orang pertama yang meminta maaf, lalu aku pun minta maaf dekat orang tu cepat-cepat. Sejujurnya aku malas nak besarkan cerita sebenarnya. Aku pun terus pusing badan aku untuk berlalu.

Di sinilah cerita sebenar aku bermula, di mana dalam pusingan aku itu, aku tak sangka aku akan terpandang ruang dalaman kafe astetik tadi.

Waktu tulah aku terpaku,

Waktu itu juga aku bersyukur dengan Allah Subhanahu Wata'ala atas kurniaan mata aku. Apa yang aku nampak ialah seorang lelaki dalam kafe tu tengah duduk termenung.

Mata dia jenis mata pemburu, hidung mancung, garis rahang dagu dia tajam, kulit sawa matang dengan rambut jatuh ke bawah, bibir dia...merah. Aku terpukau dengan aura dia. Jiwa aku dah menggatal. Orang kata pandangan pertama tak berdosa lagi makanya aku tak berkelip mata dari tadi.

Rezeki!

"Wow..."

He is so my taste!

Babe, serius dia hensem.

Hah, kau bayangkan jelah hensem jenis macam mana kau nak, tapi mata aku tak pernah berani menipu tuan dia. Dia memang hensem! Serius hensem! Aku nak ulang dia hensem sampai abang Jamil mampus.

Eh kejap, mesti ada yang dah buat andaian dia kerja apakan? Aku tak pastilah dia tergolong dalam kategori mafia CEO yang aku sebut tadi ke tak. Aku tak boleh baca fikiran orang. Ditambah pula dengan riak muka dia yang TIDAK beku macam dalam buku-buku orang tulis buatkan aku yakin dia bukan karekter fiksyen.

Eh, Astaghfirullahalazim! Mengarutlah kau ni Mayaa! Dah jauh sangat cerita kau ni!

Tersedar niat asal aku memburu orang hensem, aku terus angkat kamera untuk tangkap gambar dia dalam diam bagi melangsaikan kerja aku. Mata aku didekatkan pada viewfinder kamera. Ready guys!

1...

2...

Snap!

Waktu aku nak tangkap gambar yang kali kedua, lelaki tu perasan perbuatan aku dan memandang aku dengan gaya ringkas diserta aura-aura model. Hidung aku terasa dah berdarah. Aku rasa ulat bulu dalam hati aku dah berjoget, ajak aku menggatal.

Aku tersenyum sampai ke telinga dan menekan butang kamera berkali-kali. Dalam hati, perasaan gembira dan berbunga bercambah bila lelaki hensem tu memberi respon ringkas.

Ini kalau dia single ni, aku dah datang merisik terus. Dalam kepala aku dah rancang, pelamin, bulan madu dekat mana, berapa anak, percutian tahunan macam mana, duduk santai dengan dia sampai uban aku penuh sekepala. Begitu anak-anak. Jauh impian!

Tak pula aku sedar impian aku dan perbuatan aku akan ada sesuatu impak ngeri yang menanti aku dan aku... masih alpa tenggelam dalam delusi tak menyentuh realiti.

Beberapa keping gambar lagi aku buat sebagai sentuhan akhir dan aku berhenti menekan butang kamera, selepas itu aku terus jauhkan viewfinder kamera aku dari mata,

"Eh...?!" aku terkejut, waktu itu badan aku menjadi seram sejuk.

Dahi aku berkerut tidak percaya apa yang berlaku.

Lelaki tadi...

hilang tak duduk dekat tempat dia tadi. Ah sudah!

T-tapi baru berapa saat tadi dia ada depan mata aku. Cepatnya dia pergi. Mana dia pergi? Aku tertanya-tanya apa yang berlaku.

Aku berpusing setempat tercari-cari lelaki tadi tetapi tak jumpa. Aku tenung pula gambar dalam kamera aku dengan perasaan hampa. Gambar lelaki tadi kemas seperti model berbayar, tak nampak pelik atau mencurigakan.

" aku tak sempat tanya nama dia..." keluhan berat aku lepaskan. Aku menganggap aku terlepas pandang lelaki itu berlalu pergi sewaktu aku turunkan kamera. Tapikan, logik ke dia hilang beberapa saat macam tu?

Aishh! Jangan fikir pelik-pelik Mayaa!

Daripada aku asyik dengan perasaan hampa dan tertanya - tanya, ada baiknya aku buat keputusan untuk move on. Ada jodoh jumpa lagilah tu. Aku cuba menyedapkan hati. Ya, kumbang bukan seekor! Kita boleh tangkap berekor-ekor lepas ni!

Aku bersemangat kembali.

Jadi kaki aku dibawa pergi ke tempat selain kafe itu. Aku berhenti di depan sebuah air pancut. Kali ni aku jumpa target baru aku, orangnya hensem juga tapi aku boleh kata dia tak semenarik lelaki tadi.

Hahaha, citarasa orangkan lain-lain. Jadinya tak salahkan aku bandingkan?

Aku mengangkat kamera aku menghala target baru aku dan kali ini... sekali lagi aku terkejut. Bulu roma aku menegak, darah aku sejuk.

Dub!

Lelaki yang hilang tadi ada dekat belakang orang tu!

Berdiri sambil tersenyum memandang aku.
Aku menjadi seram sejuk melihat kelibat dia, tapi... perasaan aku sedikit sebanyak berubah.

Aku perhati semula senyuman dia dari lensa kamera aku, nak kata senyum seram lebih kepada senyum kelegaan. Ada juga rasa sedih dalam senyum dia. Aku jadi tak pasti nak rasa apa waktu tu. Keliru dalam takutkan sebuah misteri.

Aku turunkan kamera aku dari mata aku, dan sekali lagi lelaki tu hilang sekelip mata. Akal aku tak mampu mentafsir ilmu apa yang lelaki tadi pakai. Muncul hilang sekelip mata. Hantu ke?

Sekali lagi aku angkat kamera aku, lelaki tadi muncul di dalam ruang skrin kamera aku sekelip mata. Ah sudah! Aku tak boleh memproses apa yang terjadi.

" Tenang Mayaa..., tenang..." Aku menenangkan diri.

Disebabkan tak sedap badan, aku batalkan niat aku dan terus balik ke rumah dengan terburu-buru. Nak meroyan ketakutan pun tak berguna bagi aku. Aku tak boleh dapat jawapan apa yang terjadi. Tapi aku terfikir apa aku tengah halusinasi ke sekarang ni? Seingat aku ketum aku dah habis stok... Tak tempah baru lagi.

@@@

"Macam tu ke? Kau boleh nampak aku pakai kamera..." Lelaki itu tersenyum kecil.

Mayaa tak sedar dalam tenggelam dia berfikir apa yang terjadi, lelaki itu memandang dia yang berlalu pergi sambil tersenyum kecil namun beberapa saat selepas itu, senyum itu kendur. Matanya tajam memerhati. Langkah dia pula dilajukan.

Welcome, thanks for reading. Vote and comment within your capability. Saya tahu awal2 ni mix feeling time baca. Boring sikit. Tapi chapter2 seterusnya ni, Get readylah. Mana tahu makin annoying kan?

Continue Reading

You'll Also Like

597K 49.4K 24
Indian Chronicles Book III My Husband, My Tyrant. When Peace Becomes Suffocation. Jahnvi Khanna has everything in her life, a supporting family, a hi...
307K 18K 19
"ဘေးခြံကလာပြောတယ် ငလျှင်လှုပ်သွားလို့တဲ့.... မဟုတ်ရပါဘူးဗျာ...... ကျွန်တော် နှလုံးသားက သူ့နာမည်လေးကြွေကျတာပါ.... ကျွန်တော်ရင်ခုန်သံတွေက...
4.1M 170K 63
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally ❣️ Cover credit...
708K 43.3K 38
She was going to marry with her love but just right before getting married(very end moment)she had no other choice and had to marry his childhood acq...