MY COLD LOVER

Bởi FluffSnowflakes

4.1K 80 2

Puteri Damia Annelisse merupakan seorang gadis bekerjaya yang menetap di Australia. Sudah bertahun dia mene... Xem Thêm

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20

BAB 13

169 2 0
Bởi FluffSnowflakes

HUJAN lebat telah turun sejak dari pagi lagi. Damia pula terlupa membawa payung , dia ingin keluar dari kereta,namun dia sudah berkira-kira jika dia keluar memang lencun lah dia. Kereta Sarah masih belum sampai ke tengku Holdings kerana dia tersekat jem.Mia keluar agak awal ,oleh itu dia dapat sampai awal ditengku Holdings. Dia hanya tunggu Sarah Dalam kereta.

Sedang dia leka bermain Phone sambil menunggu Sarah, dia terdengar ketukan dari arah cermin tingkap ,dia melihat Raykarl turun dari Ofice untuk mengambilnya .

Damia pun mengambil bag tangan dan bag laptop dibagibpada Raykarl dan dia terus  keluar kereta .dia tumpang  berteduh di payung Raykarl.
Raykarl agak basah kerana dia menjarakkan dirinya agar mia lebih selesa.

Secara tak sengaja Damia telah  mengganding lengan Raykarl sehingga naik lift.semua mata telah tertumpu ke arah mereka.

Sampai di lif Karl menyinsing lengannya, dia membuka tie ,dan membuka coat hitamnya kerana kemejanya agak basah. Damia sempat menatap Karl dan terpukau dengan jejaka itu. Dia menatap Karl lama sehingga loceng lif dibuka .

  ''Dah sampai " Karl membuka bicara.

''Okay.."

Mereka pun terus pergi ke bilik mesyuarat ,sampai sahaja dibilik mesyuarat hanya  ada tengku malique disitu."

''Good Morning Tengku"

''Haa Karl kamu pergi kerja naik bas ke sampai basah macamtu, papa tak suka kamu berpakaian tak kemas macam ni masa tengah mesyuarat..jangan nak tunjuk macho pula "

''Sorry pa, Karl balik rumah kejaplah salin baju "

''Err Tengku, ni semua salah Damia, dia ambil Damia tadi dekat bawah sebab mia tak bawa payung.."

''Jadi karl tolong ?"

''ya tengku..maafkan mia "

''Okay kamu nak minum apa- apa ke sementara menunggu sarah datang? "

''Eh tak apa tengku, saya dah minum tadi,

Tiba-tiba setiausaha tengku datang dengan membawa minuman untuk mereka berempat.

''Hah Lina , Terima kasih ya.."

''Raykarl yang minta sediakan air panas tadi sebab hari hujan, dia takut tengku boleh jatuh sakit pula . "

''Karl?? Dia takut saya jatuh sakit?  " Perli tengku sambil melihat wajah anaknya itu.

Karl seperti biasa terus diam membatu.tidak lama kemudian sarah pun hadir ke mesyuarat tersebut.

''Projek kita setakat ni progress dengan baik tengku"

''Bagus ! Terus follow up ya..baiklah kita bersurai. "

Mereka pun melangkah keluar meninggalkan bilik mesyuarat.hanya tengku berada dibilik tersebut untuk minum sebentar.

Staff tengku holdings mengira semua sudah keluar dari bilik mesyuaarat ,jadi mereka pun mula bergosip tentang Karl dan Damia.

''Kau nampak tak tadi?"

''Nampak Karl dengan Damia tadi, sweet gila weh macam drama korea kan?"

''Ala aku dah lama dah rasa diorang ni couple , haritu aku tengok Karl follow mia temankan balik rumah"

''Ya betul,masa tu pun aku tengok Karl sanggup weh bagi kereta dia dekat Mia..betul cinta  , aku jeles tau"

''Tapi sama padan doh..kau tengok pagi tadi,karl pegangkan bag tangan Mia .."

''Ya weh siap ganding lengan weh ,sanggup karl tu basah cuma nak pastikan mia selesa, dia bagi ruang kat mia, ".

''Ish aku tak sangka weh,gentleman doh"

''Kau tengoklah dia sekarang semangat gila datang kerja sejak ada Damia, rajin gila kot sekarang, siap stay doh kat office"

''Betullah cinta tu memang bileh buat kita terus berubah ek"

'' Mestilah rajin, nak kumpul duit kahwinlah tu"

''Weh dia kaya kot nak kumpul lagi ke duit kahwin"

''Tapi kau tengoklah dia dulu macam mana,membazir je kerja dia,kau tengok kereta dia modified macam mana "

Tengku Malique yang berdiri di pintu mesyuarat tersebut telah mendengar segala gosip anaknya. Memang tak dinafikan sejak ada damia, Raykarl sudah berubah , dia sudah rajin dan mempunyai tanggungjawab .oleh itu, tengku malique juga sudah percaya akan perubahan anaknya itu. Dia juga tidak mahu memaksa karl untuk berkahwin lagi cuma dia masih tidak beritahu pada Raykarl.

''Ehem" tengku mendehem hingga menyebabkan staff tengku semua bergerak ke tempat masing-masing .

''Karl ! Kau tu pakailah baju betul-betul..tu staff perempuan kat luar tu dah bergosip  pasal kau"

''Dah kenapa pulak , nanti baju aku kering aku pakai lah elok-elok"

''Kau Showoff gila doh , taulah badan kau tu tak macam kitorang ni haa"

''Kenapa kau bukan badan manusia ke?"

''Malas aku layan kau tu,kau jadi jelah batu karl senang tak susahkan orang"

Syed Azril pun keluar dari bilik Karl .Dalam diam dia masih lagi menghubungi Mia.Namun kali ini dia tak perasan Karl terdengar .

''Mia , esok kan cuti, kita lepak dekat cafe haritu nak? Tak apa awak bawak je sarah sekali"

''Haa okay boleh.."

''Kau ni Azril masih lagi nak cuba ya..kau jangan mimpi lah nak dapatkan Damia. tak apa kau tunggu."

Keesokkan harinya, Damia dan sarah pun pergi keluar bersama- sama untuk berjumpa Azril .

''Hai ril " kata sarah.

''Eh sinilah korang "

''Lama tak jumpa korang kan.aku urus banyak tender juga sekarang tu agak sibuk"

''Kau ni ril ,dah nama merja memang lah camtu sama je macam kitorang ni kan mia? "..

Belum sempat mia menjawab soalan sarah dia telah mendapat panggilan Dari Karl.

''Kau dekat mana? "

''Mia dekat cafe..dekat pusat beli belah.kenapa ni kau call aku..kan cuti hari ni."

''Okay kejap lagi aku sampai. Kau tunggu kat cafe tu. "

''Sarah, ril macam mana ni? "
.
''Kenapa Mia?

''Karl dia suruh tunggu kejap lagi sampai.."

''Baguslah dia nak datang bila lagi aku nak cabar dia ! "

''Eh ril kau balik jelah..kau tahu kan karl tu macam mana " kata sarah.

''Kenapa pula aku nak mengalah? Dia cuma akan kahwin kontrak je..bukan atas dasar cinta"

Setengah jam kemudian Karl pun datang dengan hanya memakai baju t-shirt dan seluar pendek paras lutut ,sambil menggantungkan cermin mata hitamnya di tshirt. Dengan riak wajahnya yang dingin duduk di hadapan mia. Mia sudah mula rasa tak selesa dilihat oleh Karl .

''Karl karl kau ni pakai  serabut macam ni pun tetap nampak handsome. Lagi.Eh apa yang aku merepek ni ,,ingat damia karl tu benci kau. Benci dia cuma berlakon..kau jangan termasuk perangkap dia " sempat Damia bercakap didalam hati.

''Mia , haritu Azril ada survey satu kedai ni, memang sesuai tau kalau mia nak buat cafe..apa kata kalau kita partner ?"

''Eh nak Azril..boleh kalau partner pun boleh mama mia tak kan tahu.."

Namun dia melihat Karl menatapnya tajam seperti Harimau yang ingin menerkam mangsanya.

''Err tak...macam ni bagi Mia fikir dulu.."

''Eh mia terima ajelah lagipun ril dah expert settlekan urusan macam ni"

''Ya..bagi mia masa fikir dulu tau ril"

''Jangan lama tau Mia , takut kedai tu ada yang beli pula"

''Okay ril, no problem" Mia pun tersenyum manis didepan Syed Azril.

''Eh Mia , apa kata lepas ni awak jangan senyum ,jangan cakap..awak diam je.."

''Dah kenapa pula? "

''Awak punya senyum tu boleh buat saya ni jatuh tau tak?"

''Jatuh??"

''Ya , Jatuh cinta "

''Kau ril ingat sikit aku ada sebelah Mia ni..kau nak suruh aku pindah dari bumi ke? Sarah sempat mengusik kawan-kawannya.

''Sabar ya ril, habis kontrak nanti mana tau impian kau tercapai"..kata sarah lagi.

Mia dan Azril hanya tersenyum dan saling memandang.manakala Raykarl sudah mula meluat dengan ayat azril, hampir termuntah dia dibuatnya.

''Dah habis mengayat? ". Soal Karl.

''Eh wujud rupanya kehadiran  kau kat sini..kejaplah lagipun cuti kan" Perli Azril.

''Dah jom balik Mia" karl mengajak Mia balik sambil memberi jelingan tajam,mia malas nak melawan kerana mereka ditempat awam,tak pasal viral pula nanti.
Dia pun terus setuju untuk ikut Karl pergi.

''Eh Karl ,Mia datang dengan akulah.."

''Tak apa aku hantar dia balik..bye sarah"

Mereka pun pergi begitu sahaja meninggalkan sarah dan Azril.

Sampai sahaja dikereta , Karl meminta phone Damia.  Damia malas nak melawan dia hanya menurut sahaja.Karl install app mengesan lokasi damia di handphone nya.

''Eh Karl apa kau buat aku macam ni, aku perlukan privasi ,kau siapa nak kongkong aku sampai macam ni ! " Marah Damia.

''Haha.kau tanya aku siapa? Kau lupa aku ni akan jadi laki kau nanti! "

''Tapi itu semua cuma kontrak Karl "

''Aku tak kan bagi kau bahagia Mia, kau kena ingat tu.."

''T-tapi Karl" Mia sudah mula menahan air matanya..."

Karl langsung tidak mengendahkan Damia. Dia terus memecut laju keluar dari ousat beli belah tersebut. Sewaktu dalam perjalanan , tengku malique telah menghubunginya.

''Hello pa? "

''Karl kamu dekat mana? Singgah sini kejap , mama kamu ada nak bagi makanan kat kamu ni.."

''Okay kejap lagi karl sampai"

Karl membuat keputusan untuk balik ke rumah papannha terlebih dahulu.

''Assalamualaikum mama"

''waalaikumussalam..haa karl dudukalh minum dulu..tengok TV dengan Papa tu..kan hari ni cuti"

''Haa .karl kamu dah kenapa nampak kelam kabut  saja , papa bukan nak halau kamu"

''Sorry papa ,mama ,karl tak dapat nak singgah lama ..karl nak hantar kawan karl balik rumah tu.."

'' Suruh singgah ajelah sini ajak lepak dulu"

''Eh tak boleh pa , nanti mama dia marah pula.."

''Lah mengalahkan anak perempuan pula kawan kamu tu"

Karl hanya tersenyum pahit melihat papa mamanya . Puan maznah memberikan dua bekas.

''Mama , Banyak sangat ni, tak habis karl nanti.."

''Bagilah kawan kamu sekali yang dalam kereta tu"

''Okay mama, err papa Karl gerak dulu eh".

Karl pun masuk ke kereta dan meminta Damia menggantung makanan tersebut. Tengku Malique merasa tertanya -tanya, Dia memerhatikan dari tingkap sempat dia melohat siapa yang berada didalam kereta Karl.

''Awak tu kenapa bang terjenguk dekat  tingkap tu..keluar jelah kalau nak hantar karl tu."

''Maz , awak tau tak karl tu ada sakit ?"

''haa?? karl sakit apa bang? Dia langsunf tak beritahu saya"

''Hahaha. Anak kamu tu sakit angau. Dia angaukan Damia Annelisse tu. Kecoh dah satu office  bergosip tentang diorang tu hangat bercinta. "

''Patutlah Maz tengok sekarang semangat dia tu dah lain macam..semakin rajin pergi kerja "

''Memanglah rajin , dia kan bekerja  sama dengan damia kan..sekarang ni Maziah holdings tu dah jadi rumah kedua. "

''Maz tak kisah , tapi jangan sampai rosakkan anak dara orang pula, nanti ada masa abang berbincanglah dengan Karl tu baik-baik"

''ya lah nanti ada masa saya tanyakan soal ni dekat dia"

Sampai dirumah Damia, mama mia  sedang memberi ikan makan di kolam ikannya.

''Mama , mia balik"

''Eh mana sarah. ? Kamu berdua dating tinggalkan sarah? Tak baik betul anak mama ni tau"

''Mana ada datinglah mama, sarah ada nak beli barang lagi, kebetulan karl ada,dia  tolong hantarkan sekali"

'Karl hanya mengangkat tangan kepada puan Maziah dan bergerak pulang.

''Kamu bungkuskan mama makanan ke? "

''Eh tak tak..ni mama karl yang bagi"

''Kamu datang rumah karl?"

''Eh mia tunggu dalam kereta aje"

''Haa jomlah kita masuk kedalam "Ajak puan maziah.

Puan maziah mula merasa perhubungan Damia dan karl berkemungkinan sudah lebih dari hubungan kawan.mana taknya dimana-mana Damia ada pasti Karl ada.

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

5.7K 289 45
{UNDER CONSTRUCTION 🚧} Hud Haydar ♡ Nayla Adeena Not worth to read... Too much error and boring
2.8M 160K 50
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...
22.9K 1.6K 49
Maysarin × Esra Wildan (karya 1) ----- 7/11/2023 - 13/1/2024 ----- Masa kecil Maysarin tidak indah seperti orang lain. Disaat dia dilayan buruk oleh...
3.7M 292K 96
RANKED #1 CUTE #1 COMEDY-ROMANCE #2 YOUNG ADULT #2 BOLLYWOOD #2 LOVE AT FIRST SIGHT #3 PASSION #7 COMEDY-DRAMA #9 LOVE P.S - Do let me know if you...