PENDAM BERAHI SEKOLAH

finnickhio

39.7K 512 43

Rafiq Naim baru sahaja berpindah ke SMK Prince Rivera. Sekolah baru, kawan-kawan baru. Rafiq Naim tak pernah... Еще

COVER KEDUA
PROLOG : KEM SEKOLAH 🔞
1 : SEKOLAH BARU
2 : ASRAMA BARU
3 : GURU BARU 🔞
4 : DEWAN MAKAN
PENGUMUMAN!!
5 : BERAHI BILIK 111 🔞
6 : DOMPET & MOTOR
7 : TASIK PUTRA 🔞
8 : KAU MARAH AKU KE?
9 : TOLONG AKU
10 : TAK TERPENDAM 🔞

11 : KELUARGA RAFIQ

1.4K 37 10
finnickhio


Semalam... selepas Rafiq meninggalkan Kirin di tandas Presint 8

Rafiq menekup wajahnya. Dia meraba-raba kesan ciuman Kirin tadi. Degup jantungnya masih tidak reda selepas dia meninggalkan Kirin di tandas tadi. Seram sejuk Rafiq memikirkan kejadian itu. Terbit rasa bimbang di dalam dadanya. 

Rafiq menggeleng-geleng. Dia ingin membuang bayangan kelakuan Kirin yang melahap lehernya sebentar tadi. Dengan segera dia menaiki motor lalu memecut meninggalkan kawasan rekreasi itu, menuju ke rumah mereka di Presint 10.

Sebaik sahaja memasuki garaj rumah, degup jantung Rafiq semakin deras apabila melihat kereta Redzuan, ayahnya sudah ada di situ. Rafiq menjeling kesan merah yang Kirin tinggalkan di lehernya. Sangat jelas kelihatan.

Rafiq berdecit, kesal dengan kejadian tersebut. Digosoknya berulang-ulang kesan love-bite itu, berharap agar kesan ciuman itu berkurang. Namun tidak. Warna merah itu jelas kelihatan kerana terlalu kontra dengan warna kulitnya yang cerah. 

Rafiq tidak ada pilihan, dia perlu menyusup masuk ke dalam biliknya agar tidak terserempak dengan ayahnya itu. Love-bite di leher itu Rafiq perlu tutup terlebih dahulu sebelum dia menghadap ayahnya.

Rafiq memutuskan untuk masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang. Dia berharap, ayahnya ketika itu sedang menonton televisyen di ruang tamu bersama ibunya, sambil makan kuih muih. Dengan tekad, Rafiq membuka pintu dapur perlahan-lahan. Sedaya upaya dia cuba mengawal bunyi tapak kakinya.

"Hah! Ni kenapa terhendap-hendap macam pencuri ni?" 

Nasib Rafiq tidak baik. Redzuan ketika itu sedang berada di dapur untuk membasuh tangan selepas makan karipap di ruang tamu bersama Layla.

"Ayah..." Rafiq tergagap-gagap. Dengan laju dia menekup love-bite di lehernya.

"Tu leher tu kenapa?" 

"Tak de apa-apa, ayah." Rafiq berundur.

"Bagi ayah, tengok!" Redzuan mula bernada kasar. Dia pelik dengan kelakuan Rafiq.

"Tak de apa-apa, ayah." Rafiq berundur lagi lalu berlari naik tingkat atas, masuk ke dalam bilik.

"RAFIQ!!!"

Suara jeritan Redzuan itu membimbangkan Rafiq. Dia kesal! Rafiq yakin, pasti ayahnya sudah boleh mengagak kenapa dia menutup lehernya tadi. Ini bukan kali pertama Redzuan itu menuduh dia macam-macam seperti ini. Bahkan perpindahannya ke sekolah ini juga disebabkan kejadian yang hampir serupa.

Fikiran Rafiq semakin kusut. Dia memaki Kirin bertubi-tubi di dalam hati. Kalau bukan sebab Kirin, dia tidak akan tersepit dalam masalah ini.

Tiba-tiba, pintu bilik Rafiq diketuk dengan kuat. Berkali-kali.

"Buka pintu, Rafiq!!"

Rafiq jadi gagau. Dia bangun lalu segera mencapai tuala untuk menutup lehernya. Lambat-lambat dia membuka pintu biliknya itu. Berdasarkan suara Redzuan itu, Rafiq dapat mengagak kemarahan ayahnya.

"Ya ayah...?" Rafiq menelan air liurnya dalam-dalam.

"Tengok leher kamu!" Redzuan meredah masuk ke dalam bilik lalu menarik tuala yang berlingkar di leher Rafiq.

"Kurang ajar!!" Redzuan bertempik marah. Darahnya meruap naik ke kepala apabila terpandang setompok merah di leher Rafiq itu.

Melayang satu tamparan yang kuat ke pipi kiri Rafiq sehingga Rafiq tersungkur ke lantai. 

"Aku dah larang kau jangan menggatal lagi dengan lelaki, kau degil!" Kali ini Redzuan menendang Rafiq.

"Bukan salah Rafiq, ayah!" tangis Rafiq. Tapi tangisan itu tidak dipedulikan oleh Redzuan.

"Redzuan! Sudah!!!" 

Layla bertempik di muka pintu. Hiruk-pikuk di tingkat satu itu menarik perhatiannya. 

Tempikan Layla itu menyebabkan Redzuan menghentikan tendangannya. Dada Redzuan berombak-ombak menahan marah.

Layla menerpa untuk memeluk Rafiq yang sedang merekot di atas lantai untuk melindungi dirinya. Air mata Rafiq berjejeran.

"Marah macam kerasukan syaitan ni kenapa? Cuba dengar dulu penjelasan Rafiq," pujuk Layla. Rafiq dipeluknya dengan erat.

"Nak jelaskan apa lagi? Budak ni memang jalang. Tu hickey kat leher dia tu! Tak sedar-sedar langsung!" Redzuan sekali lagi cuba mengangkat tangannya untuk menampar Rafiq. Namun mujur dengan pantas Layla melindungi muka Rafiq. 

"Sudah! Awak turun sekarang! Nanti mati pula budak ni awak pukul!"

Redzuan berdengus marah. Namun dia akur dengan saranan Layla itu. Lalu Redzuan keluar dengan menghempas pintu dengan kuat.

Apabila Redzuan sudah tidak ada di situ, barulah Layla meleraikan pelukannya. Air mata Rafiq dikesat.

"Cuba ceritakan apa yang berlaku..." pujuk Layla sambil merapikan rambut Rafiq.

"Mama...." Rafiq memeluk Layla semula, meneruskan tangisannya di bahu ibunya itu.

"Shhh.. shhh.. sudah. Sudah. Ayah dah takde. Rafiq jangan risau, mama ada kat sini." Layla menepuk-nepuk belakang Rafiq. Dia biarkan Rafiq melepaskan tangisannya di bahunya sehingga Rafiq puas.

"Bagitau mama, siapa yang buat ni?" tanya Layla, apabila Rafiq sudah bertenang. Mereka berdua masih duduk di atas lantai berdekatan katil Rafiq itu.

"Kirin...."

"Kirin?" Mata Layla membuntang.

Rafiq mengangguk.

"Kirin yang cium Rafiq hari tu?"

Rafiq mengangguk lagi.

"Macam mana dia boleh ada di situ? Bukankah pelajar asrama tak boleh keluar?"

Rafiq menjungkitkan bahu. "Rafiq pun tak tahu mama. Tapi dia datang nak minta maaf pasal hari tu..."

Layla tersenyum mendengar penerangan Rafiq itu. Dia mengusap-usap atas rambut Rafiq.

"Dia rindu Rafiq lah tu!" usik Layla.

"Mama...!" Rafiq menumbuk lengan Layla dengan lembut.

Layla tergelak! Dia mencubit-cubit pipi Rafiq sehingga Rafiq mengadu kesakitan.

"Siapa suruh Rafiq hensem sangat. Kan dah ada yang terpikat! Penat-penat ayah pindahkan Rafiq ke sini sebab taknak Rafiq jadi macam tu."

"Mamalah yang salah! Kalau mama tak cantik, Rafiq takkan jadi macam ni..." Rafiq memeluk Layla. Dia berasa tenang dengan layanan baik Layla itu. Pukulan dan tamparan yang Redzuan berikan sebentar tadi sudah tenggelam rasa sakitnya.

"Jap! Macam mana Kirin boleh tinggalkan love-bite kat leher, Rafiq? Dia perkosa Rafiq ke?" tanya Layla, tulus. Dia risau andai benar keadaan itu berlaku. Setahunya, Rafiq itu masih marah dengan Kirin sehingga Rafiq tidak mahu ke sekolah.

"Lupakanlah mama..." Rafiq cuba mengelak daripada menjawab soalan Layla itu. 

"Mama serius, Rafiq!" Layla melepaskan pelukan Rafiq lalu dia menatap muka Rafiq itu dalam-dalam.

"Kirin paksa Rafiq ke?"

Rafiq teragak-agak menjawab soalan itu. Walaupun benar Kirin agak memaksa dia, namun hakikatnya Rafiq tahu, dia juga menikmati apa yang Kirin lakukan di dalam tandas Presint 8 tadi. Kalau dia beritahu Kirin yang memaksa, Rafiq bimbang andai Layla akan melaporkan keadaan itu kepada polis. Rafiq tidak mahu membesar-besarkan keadaan itu.

Teragak-agak Rafiq menggeleng.

"So, Rafiq pun sukalah ni?" Layla mengukir senyuman semula. Dia seronok melihat muka Rafiq mula kemerah-merahan menahan malu.

"Mama ni... janganlah tanya!" Rafiq memeluk Layla semula untuk menyembunyikan reaksi wajahnya. Layla hanya tergelak besar dengan perlakuan Rafiq itu.

"Kirin memang hensem orangnya. Mama tak hairan kalau Rafiq jatuh cinta kepada dia. Tak macam Daniel dulu..."

Rafiq menghembuskan nafas kasar apabila nama bekas rakan sekolahnya itu disebut oleh Layla.

"Elleh mama. Puji-puji Kirin hensem, macamlah mama pernah nampak Kirin!"

"Pernahlah.."

"Ye ke?"Rafiq melepaskan pelukan.

"Bila?"

Soalan itu tidak segera dijawab oleh Layla. Sebaliknya, mata Layla tertancap kepada kesan merah di leher Rafiq. Layla menyentuh leher Rafiq itu.

"Kuat sangat ni Kirin sedut! Sakit kan?"

Rafiq mengangguk. Dia membiarkan Layla menggosok-gosok lehernya itu.

"Nanti nak tutup macam mana ni mama? Takkan Rafiq nak ke sekolah dengan plaster kat leher?"

"Tak payah tutup!"

"Mama! Rafiq taknaklah sekolah esok!"

"Sengaja nak bagi Kirin rindulah tu!"

"Mama...!"

"Dah! Pergi mandi. Badan Rafiq dah bau busuk tu. Jangan lupa mandi wajib sekali!"

"Eiii! Mama ni! Suka sangat mengusik. Rafiq tak buat lebih-lebih lagilah dengan Kirin. Dia cium je.."

"So, ni Rafiq nak buat lebih-lebih lah ni?"

"Dah lah mama! Pi keluar!" Rafiq menolak Layla keluar dari pintu biliknya. Dia sudah tidak sanggup menahan rasa malu dengan usikan demi usikan daripada ibunya itu. Walaupun dia syukuri layanan baik ibunya itu, namun Rafiq tidak betah apabila diusik sebegitu. Apa lagi oleh ibu sendiri!

Продолжить чтение

Вам также понравится

Satu Rasa Hati FBFZ

Фанфик

4K 226 24
Karya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga m...
916 272 36
"Hanya dirimu yang berhak... Memiliki kasih ini."
210K 12.8K 49
( ssars love written 1 ) Cinta rumit Faeeq Elhan, Eryna Safia. © ssarserans december story 2022
4.2M 481K 189
❣︎ Mengisahkan tentang gadis remaja yang jatuh cinta pandang pertama pada crushnya? Terlalu klise? Terlalu berdrama? Terlalu cringe? Lawak lawak bo...