C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃

By leimonadd

253K 28.8K 7.1K

ALPHABET SERIES: C for CUPID #5 Bila Love-Cupid lepaskan sasaran, agaknya terkena tepat tak? C [Disember 2023] More

C1
C2
C3
C4
C5
C6
C7
C8
C9
C10
C11
C12
C13
C14
C15
C16
C17
C18
C19
C20
C21
C22
C23
C24
C25
C26
C27
C28
C29
C30
C31
C32
C33
C34
C35
C36
C37
C38
C39
C40
C41
C42
C43
C44
C45
C46
C47
C48
C49
C50
C51
C52
C53
C54
C55
C56
C57
C58
C59
C60
C61
C62
C63
C64
C65
C66
C67
C68
C69
C70
C71
C72
C73
C74
C75
C76
C77
C79
C80
C81
C82
C83
C84
C85
C86
C87
C88
C89
C90
C91
C92
C93
C94
C95
C96
C97
C98
C99
CUPID

C78

2.6K 288 79
By leimonadd

STERENG dipusingkan Nadhif bila masuk ke dalam simpang rumah Haji Ghazali dan Hajah Fazila. Nufa yang dah bersorak kecil di kerusi sebelah Nadhif pandang dengan senyuman melebar. Setelah berjam-jam lamanya mereka di atas jalan, sampai juga mereka ke destinasi.

Tali pinggang keledar Nufa dan Nadhif cabut serentak. Masing-masing berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum lebar.

"Thank you b sebab bawa Waina cuti tempat best." Nufa ucap penghargaan. Lengan Nadhif dipaut dan bahu Nadhif dikucup sekilas. Tersenyum comel dia di situ.

Nadhif lepaskan tawa kecil sebelum dahi Nufa dikucup lama. Terpejam mata Nufa menerima kucupan penuh kasih itu.

Kucupan terlerai. Dalam mereka bertatapan sesama sendiri.

"Terima kasih juga sudi jalan-jalan tempat best dengan abang. Paling penting, terima kasih dah jadi isteri kesayangan abang." Pipi Nufa, Nadhif usap lembut sebelum sekali lagi dahi Nufa dikucup sekilas.

Nufa tersenyum.

"Jom, jumpa mak ayah." Ajak Nufa. Pautan di lengan Nadhif dia lepaskan setelah Nadhif mengangguk setuju.

Nufa dah keluar dari kereta. Nadhif juga sudah matikan enjin kereta. Tarik kunci, buka pintu dan Nufa yang dah buka bonet itu dihampiri.

"Biar abang bawa." Beg pakaian yang baru sahaja dikeluarkan Nufa dicapai. Begitu juga dengan plastik-plastik yang penuh dengan buah tangan buat ahli keluarga mereka.

Nufa senyum sahaja. Nadhif memang gentleman!

"Dah balik dah anak menantu mak?" Suara Hajah Fazila kedengaran, menggamit mata masing-masing memandang beranda rumah.

Ada Hajah Fazila yang sedikit melambai sambil tersenyum lebar menyambut kepulangan mereka.

Bantu Nadhif tutup bonet kereta, Nufa kemudiannya terus berlari anak mendapatkan Hajah Fazila yang dah bergerak turun ke halaman.

Sampai sahaja di hadapan Hajah Fazila, tubuh Nufa langsung ditarik masuk ke dalam pelukan. Gamam seketika Nufa sebelum syahdu dia membalas pelukan itu erat.

Betapa dia rindu kehangatan pelukan ibu. Dan dengan Nadhif, dia dapat rasainya semula.

"Mak sihat?" Pelukan terlerai lalu Nufa tunduk menyalami tangan tua Hajah Fazila sambil bertanya khabar.

Hajah Fazila mengangguk kecil. "Alhamdulillah, sihat!"

Nadhif santai berjalan mendapati dua wanita kesayangannya. Sungguh berbunga hatinya melihat hubungan baik Nufa dan Hajah Fazila.

Letak beg dan plastik-plastik di sisi, Nadhif terus tarik masuk Hajah Fazila dalam pelukan. Pipi Hajah Fazila dikucup sekilas sebelum erat kembali dia memeluk tubuh tua Hajah Fazila.

Hajah Fazila tersenyum kecil. Manja yang amat anak sulungnya ini!

Nufa tersenyum lihat Nadhif dan Hajah Fazila. Betul kata abahnya. Nak tengok bagaimana seorang lelaki layan perempuan, lihat bagaimana lelaki itu melayan ibunya.

Oh. Lihat Nadhif, Nufa jadi yakin layanan Nadhif untuknya akan baik dan bertambah, bertambah, bertambah baik lagi.

"Makin bahagia muka kamu berdua. Alhamdulillah." Hajah Fazila ucap syukur. Diusap pipi anak menantunya itu.

Nadhif kerling Nufa sekilas.

"Nanti bahagia tu kena lah tempiasnya kat mak." Beritahu Nadhif.

Nufa dan Hajah Fazila berkerut dalam senyum pandang Nadhif.

"Kenapa pula macam tu?" Soal Hajah Fazila. Nufa angguk, ingin tahu sama.

Tersenyum, Nadhif menghampiri Nufa. Bahu Nufa, Nadhif rangkul dari sisi. Tersenyum dia bila Nufa mendongak memandangnya.

"Sebab nanti esok lusa, boleh dah Nadhif dan Nufa hantar cucu kat mak dan ayah." Bicara nakal Nadhif disertai dengan urutan lembut pada bahu Nufa.

Membulat mata Nufa. Pipi pun dah hangat. Spontan, tangan bergerak mencubi lambung kiri Nadhif. Mengerang sakit terus lelaki itu di hadapan Hajah Fazila.

Tergeleng-geleng Hajah Fazila melihatnya. Tak tengok malu isteri langsung anaknya ini. Makin nakal!

Nadhif tersengih sahaja. Bahu Nufa dirangkul mesra kembali.

"Ada rezeki, ada. Takpe, takpe. Kita masuk mari. Abang dengan Nufa dah makan belum? Mak masak banyak hari ni." Ajak Hajah Fazila. Kaki dah melangkah mahu masuk ke dalam rumah.

"Belum mak. Memang tahan aje dari tadi sebab nak makan masakan mak." Balas Nufa ramah. Laju dia langkah saing dengan Hajah Fazila. Tinggal Nadhif dia sendiri di belakang.

Nadhif hanya senyum. Wajah riang Nufa diperhati. Haih. Makin jatuh nampaknya dia kepada buah tembikai kesayangannya ini.

˚₊· ͟͟͞͞➳❥

WALAU hanya bertiga sahaja, meja makan tetap riuh dengan suara sembang Nufa, Nadhif dan Hajah Fazila. Masing-masing seronok mendengar pengalaman bercuti masing-masing.

Namun, perbualan jadi terhenti seketika saat telinga masing-masing menangkap suara riuh dari luar rumah.

Masing-masing memandang pintu dapur bila dengar laju derap kaki dari arah situ.

"Kakak Nufa!" Dan muncul Halwa dengan wajah gembiranya.

Lihat Halwa begitu, Nufa terus sahaja beriak gembira sama. Bangun dia dari duduk dan menyambut Halwa yang sama dah merapatinya. Terus tubuh Halwa dipeluk erat.

"Ya Allah! Rindunya Awa dekat kakak!" Erat pelukan Halwa diikuti dengan badan bergerak ke kiri dan kanan.

Terlepas tawa Nufa. "Akak pun rindu Halwa!"

Nadhif dan Hajah Fazila tersenyum suka.

"Eh. Jangan lama-lama sangat peluk tu." Suara Nadhif yang ditangkap semua terus buat pelukan Nufa dan Halwa terlerai. Atas bawah, atas bawah mereka pandang Nadhif.

Judging hard!

"Biar lah. Abang sibuk kenapa?" Halwa menyoal sedikit jengkel. Ingat Nufa tu milik dia seorang ke?

Nadhif senyum senget. "Kena lah sibuk. Isteri abang yang Awa peluk tu. Kalau lama-lama bagi kat Awa penyet nanti kakak Awa tu. Tak sedap dah abang nak peluk." Balas Nadhif selamba. Usai itu nasi disuap ke dalam mulut.

Halwa mencebik. Nufa pun ikut sama-sama. Buat tak peduli dengan Nadhif, mereka berpelukan sekali lagi sebelum masing-masing duduk di kerusi setelah itu.

"Makan, Awa?" Pelawa Hajah Fazila. Nasi dah dicedok ke dalam pinggan buat Halwa.

Ucap terima kasih, lauk Ayam Sambal dicedok masuk ke dalam pinggan. Tak lupa juga dia ambil acar timun untuk makan bersama.

Nadhif pandang Nufa yang dah duduk di sisinya semula. Lihat ayam Nufa sudah mahu tinggal tulang sahaja, Nadhif tanpa banyak kata terus cubitkan isi ayam yang ada di pinggannya. Kemudian letak dalam pinggan Nufa.

Perlahan Nufa ucap terima kasih. Segan matanya mengerling Hajah Fazila dan Halwa yang semestinya sudah tersenyum suka.

"Amboi! Bukan main!" Halwa mula nak masuk menyakat. Tersenyum-senyum dia sambil gaul nasi dengan sambal.

Nadhif hanya buat biasa sahaja. Tak berperasaan wajahnya pandang Halwa yang dah macam kerang busuk itu. Tersengih-sengih.

"Mak." Hajah Fazila, Halwa siku perlahan. Terjuih-juih bibir tunjuk pasangan pengantin itu sebelum kata disambung.

"Lepas ni mak dapat cucu lah ya?" Sakatan Halwa dah hantar rasa hangat pada wajah Nufa. Membulat matanya pandang Halwa.

Hajah Fazila hanya mengangguk iyakan. Memang nampak lain kemesraan anak menantunya. Beza sebelum dan selepas berbulan madu. Walau rasa nak marah masa Nadhif bagitahu mendadak empat hari lepas, hari ini rasa syukur lebih menguasai. Jika ini hasil berbulan madu, akan dilepaskan sahaja Nadhif ke mana mahu pergi walau kadang buat jantung mahu gugur.

Halwa tersengih. Nufa yang dah menjengil segan ke arahnya buat tawanya pecah.

Nadhif pandang Nufa sambil simpan senyum. Diam-diam kaki menyepak perlahan kaki Nufa. Dan senyum langsung lebar tanpa ditahan bila dia pula yang dijengil Nufa.

"Ada rezeki, ada. Abang nak bercinta puas-puas dulu. Kan, Huwainaa?" Nadhif kenyit mata sekali, buat Nufa terus tayang muka jelek.

Terlepas teruk gelak kecil Hajah Fazila dan Halwa. Macam tu punya reaksi pun boleh ya?

"Alah, cemburunya macam ni." Halwa sedikit merungut. Sengaja sebenarnya.

Hajah Fazila hanya menggeleng. Tak risau sangat dengan bicara anak daranya ini. Tahu setakat di mulut sahaja kata-kata tadi. Tak masuk dalam hati.

Lagipula, kalau Halwa ingin pun tiada masalah. Dah layak. Dah boleh kahwin. Kalau ada lelaki baik yang cocok buat Halwa, dia boleh sahaja terima.

Nadhif rehatkan tangan di belakang kerusi Nufa. Senyum senget dia pandang Halwa. Sengaja mahu tambahkan cemburu Halwa yang tak dalam mana itu.

Nufa mengerling Nadhif. Ada sahaja lah mamat ni. Masalahnya, bukan Halwa aje yang rasa menyampah. Dia pun sama. Menyampah campur malu.

"Sudah lah. Makan cepat. Lepas tu, abang dengan Nufa naik rehat. Lama berjalan ni. Nanti petang-petang sikit kita pergi ladang. Ayah kata tembikai dah masak merah." Kata Hajah Fazila.

Mendengarkan tembikai, bersinar terus mata Nufa. Buat Nadhif tunduk sikit menatap wajah yang jelas teruja itu. Bila Nufa memandangnya, terus bibir ikut sama melorek senyuman, berjangkit dengan Nufa.

"Tembikai!" Nufa ulang kata, macam Nadhif tak dengar aje apa yang Hajah Fazila ucapkan tadi.

Mengangguk, tangan Nadhif mengusap perlahan sisi pinggang Nufa.

"Nufa suka tembikai?" Soalan Hajah Fazila Nufa jawab dengan anggukan laju. Kemudiannya, mula lah cerita mengenai buat kegemarannya dibuka.

Tongkat dagu Nadhif pandang Nufa. Tersenyum dia tanpa sembunyi lagi. Setiap patah kata Nufa didengar. Setiap gerak tangan Nufa dipandang. Setiap kerdipan mata Nufa diekori.

Betapa Nadhif tahu, dia memang sudah jatuh sedalam-dalamnya kepada seorang Nufa Huwainaa.

˚₊· ͟͟͞͞➳❥

BADAN langsung direbahkan di atas katil. Senyum melebar. Makin melebar bila lihat Nufa yang dah tergeleng-geleng menutup pintu bilik. Dari berbaring, Nadhif langsung duduk di hujung katil menghadap Nufa.

Nufa berlalu ke meja solek. Tudung sarung ditarik begitu juga dengan anak tudung dibuka. Elok kedua-duanya disangkut pada penyangkut.

Nadhif hanya diam memerhati Nufa. Bila Nufa berdiri di hadapan cermin, Nadhif bangun dan Nufa yang baru mahu sikat rambut itu ditarik perlahan-lahan menuju ke katil.

"Eh?" Terkebil-kebil Nufa. Dalam kebingungan dan debar kecil, diri hanya menurut sahaja.

Lembut henyakan pada katil. Elok dia duduk di atas katil, membelakangi Nadhif. Kedudukan yang sangat rapat ini buat debaran kecil tadi makin membesar.

"Nak apa ni?" Jadi Nufa, Nufa berlagak selamba. Wajah menoleh sedikit mahu pandang Nadhif. Namun belum habis toleh, badan Nufa kaku gara-gara kucupan Nadhif yang jatuh pada pipinya lama.

Hangat wajah Nufa. Lagi tambah hangat bila kucupan Nadhif dah melata sampai ke lehernya. Tangan lelaki itu pula dah merangkulnya erat.

"B," perlahan Nufa merengek dalam geli dan segan.

"Hmmm." Nadhif menyahut sahaja tanpa berhenti. Lama bibir jatuh pada bahu Nufa.

Nufa tolak wajah Nadhif. Namun lain jadinya bila tapak tangannya pula yang menerima kucupan Nadhif.

"Ya Allah!" Tak peduli, terus pipi Nadhif ditampar perlahan. Nak sedarkan Nadhif. Macam kena sampuk aje. Sampuk dek hantu gatal.

Terkebil-kebil Nadhif pandang Nufa. Pipi yang ditampar perlahan tadi disentuh.

Nufa sengetkan tubuh. Nak tergelak bila Nadhif belum habis terkejut.

"Sayang tampar abang?" Soal Nadhif, seakan masih belum percaya.

Tak tahan, terus Nufa hamburkan tawa sambil leher Nadhif dirangkulnya erat.

"Jahat gila doh." Makin kuat tawa Nufa bila Nadhif seperti baru sedar.

"B lah. Macam kena sampuk!" Nufa membela diri. Leraikan rangkulan, pipi Nadhif tadi diusap perlahan. Tak sakit mana pun. Gedik aje melebih.

Nadhif kerling Nufa.

"Orang nak bermanja pun tak boleh."

Nufa julingkan mata. Menjauh daripada Nadhif, Nufa berdiri di hadapan meja solek. Terbantut dia mahu sikat rambut disebabkan Nadhif.

"Dah dah lah tu. Cukup lah kat pulau masa tu. Takkan dah balik nak bermanja lagi?" Soal Nufa. Sikat mula menyisir rambut beralunnya.

Nadhif julingkan mata ke atas. Badan direbahkan semula atas katil. Bantal pun dah ditarik mengalas kepala.

"Kalau abang tahu kat pulau aje boleh bermanja, abang tak balik dah. Abang bawa aje Huwainaa pergi semua pulau kat Malaysia ni." Perli Nadhif.

Nufa tersenyum kecil. Bunyi-bunyi nak merajuk abang buah seorang ini.

"Dah lah. Abang tidur dulu. Penat bawa kereta tak hilang langsung." Nadhif pejam mata terus bila habis kata.

Nufa hanya menggeleng. Malas mahu layan. Rambut terus disisir. Ambil minyak wangi dan sedikit dia sembur pada rambutnya. Urut sikit kepala, biar haruman honeydewnya merebak.

Nadhif buka mata. Nufa yang masih di meja solek dikerling sekilas. Tiada tanda-tanda Nufa mahu selesai segera. Entah apa lagi yang ditilik depan cermin pun Nadhif tak tahu.

Dah lah wangi. Tapi tak nak dekat. Pasrah aje lah dapat bini suka jual mahal.

Nadhif pejam mata kembali. Kali ini benar-benar bersama niat mahu tidur. Petang nanti nak pergi ladang pula melayan Nufa yang nak tengok tembikai.

Diam Nadhif. Namun matanya terbuka apabila rasa kepalanya diangkat perlahan. Wajah Nufa memenuhi pandangan mata.

"Tidur, b." Usai kata, kepala Nadhif langsung dialas dengan lengan kecil Nufa. Badannya juga dah ditarik mengiring menghadap Nufa.

"Nanti Asar, b kejut tau kalau Waina tak terjaga." Pesan Nufa sebelum tangan naik memeluk kepala Nadhif longgar.

Nadhif terkaku pada mulanya namun senyum terbentuk halus dengan perlakuan Nufa. Tak tunggu lama, tangannya juga naik merangkul tubuh Nufa erat. Wajah langsung merapat pada leher Nufa.

"Terima kasih, sayang."  Bisik Nadhif di balik pelukan.

Nufa senyum. Mata terpejam sambil jemari bermain dengan rambut halus Nadhif.

"My pleasure, b."

Dan akhirnya mereka lena dalam rasa yang menggebu bahagia.

*pfft HAHAHAHAHAHAHAHAHA
Okey lah. Lepas ni habis dah fasa manis-manis. Janji (kut).

Continue Reading

You'll Also Like

253K 28.8K 100
ALPHABET SERIES: C for CUPID #5 Bila Love-Cupid lepaskan sasaran, agaknya terkena tepat tak? C [Disember 2023]
31.7K 2.9K 38
[PEMENANG WATTYS 2020] ✔️ [TERBIT VERSI BUKU - MAWADDAH ILMI INGIN PULANG - IMAN PUBLICATION] ✔️ "Your childhood could have been affecting you so dee...
6.1M 312K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
10.7M 241K 31
US Mafia: 2nd Series [COMPLETE] Highest rank #1 in Romance [No.1 hot in Killer] [No.1 hot in Mafia] [No.1 hot in Comedy] Ariq Frandy Louise memang d...