C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃

By leimonadd

253K 28.8K 7.1K

ALPHABET SERIES: C for CUPID #5 Bila Love-Cupid lepaskan sasaran, agaknya terkena tepat tak? C [Disember 2023] More

C1
C2
C3
C4
C5
C6
C7
C8
C9
C10
C11
C12
C13
C14
C15
C16
C17
C18
C19
C20
C21
C22
C23
C24
C25
C26
C27
C28
C29
C30
C31
C32
C33
C34
C35
C36
C37
C38
C39
C40
C41
C42
C43
C44
C45
C46
C47
C48
C49
C50
C51
C52
C53
C54
C55
C56
C57
C58
C59
C60
C61
C62
C63
C64
C65
C66
C67
C68
C69
C70
C71
C73
C74
C75
C76
C77
C78
C79
C80
C81
C82
C83
C84
C85
C86
C87
C88
C89
C90
C91
C92
C93
C94
C95
C96
C97
C98
C99
CUPID

C72

2.5K 318 93
By leimonadd

PINTU bilik hotel Nadhif tutup. Nufa yang dah berlari dan labuhkan duduk di tengah bilik langsung undang gelengan kecil Nadhif. Bila dengar celoteh teruja Nufa, Nadhif tak dapat tahan. Terus tawanya meletus kecil. Kaki mengatur tenang menuju ke arah Nufa.

Lihat Nufa yang dah memunggah plastik-plastik yang berisi baju baharu mereka, Nadhif tersenyum lagi. Badan disandarkan di dinding dan tangan auto naik memeluk tubuh melihat teruja Nufa.

Nufa keluarkan sehelai blouse putih berbunga kecil warna ungu dari plastik. Senyum dia bila baju itu dilekapkan rapat ke badan. Dalam kepala dah fikir dah bagaimana dia akan terlihat comel dalam blouse ini.

"Nadhif!" Kepala menoleh cari Nadhif. Bila lihat Nadhif yang sedang bersandar santai di dinding, senyum meleret cantik.

Berdiri, blouse itu dilekapkan di tubuh mahu tunjuk kepada Nadhif.

"Cantik kan?" Soal Nufa. Terpusing-pusing dia kecil dengan tangan memegang baju erat.

Malas mahu nyatakan fakta secara terang-terangan, Nadhif hanya hmm malas sahaja. Plastik yang berisi pakaiannya diletakkan di katil sebelum duduk dilabuhkan. Nufa masih dipandang.

Lihat reaksi acuh tak acuh, Nufa julingkan mata ke atas. Tapi, takpe. Rasa teruja mencuba baju-baju baru ini lebih menguasai. Biarkan Nadhif dengan bitternya.

Nadhif hanya memerhati sahaja. Tak lepas langsung mata daripada Nufa. Sisi teruja Nufa ini buat Nadhif rasa bangga. Bangga dapat gembirakan Nufa.

"Kalau aku pakai baju ni, kau kena pakai..." Tanpa meminta, plastik-plastik pakaian Nadhif diambil.

Mereka membeli-belah secara berasingan. Namun bila bayar, orangnya sama. Pasti-pasti sahaja Nadhif. Nufa langsung tak keluarkan satu sen pun. Nadhif melarangnya keras. Kalau Nufa tarik duit dari pursenya, cucukan di pinggang yang dia terima. Kan dah menjerit. Buat malu sahaja. Sudahnya, Nufa biar sahaja Nadhif yang bayar semuanya.

Semua pakaian yang dibeli Nadhif dikeluarkan satu persatu. Nak tengok, ada tak yang boleh matchy-matchy bersama. Tapi makin dia keluarkan, makin berkerut dahinya.

Nadhif dipandang.

"Baju apa kau beli ni?" Tanya Nufa.

Semua yang Nadhif beli kemeja bercorak tropika. Langsung tiada kemeja kosong mahupun t-shirt kosong. Seluar pun sama. Semua seluar bawah lutut dan bercorak tropika. Kiranya Nadhif beli pakaian berset. Apakah?

"Kan kita nak pergi pulau, aku beli lah baju vibe-vibe pulau, musim panas." Jawab Nadhif mudah.

Nufa cekak pinggang. Masuk laut terus moodnya. Semua sebab baju-baju Nadhif. Tak manis langsung!

"Fesyen kau lagi teruk daripada fesyen aku." Kutuk Nufa selamba. Baju-baju yang berselerakan terus dilipat satu-persatu. Nadhif langsung tidak diendahkan.

Mamat tu lah. Ingat ini percutian saje-saje ke? Ini kan percutian bulan madu! Pakai lah baju molek-molek sikit. Ni kalau dia lain, Nadhif lain, mana nak rasa bulan madu tu. Huh!

"Takpe lah. Biar lain-lain. Kan orang kata, opposite attracts." Selamba sahaja Nadhif membalas.

Jeling terus Nufa kepada Nadhif. Rasa nak cubit aje mulut Nadhif tu. Kalau bab menjawab memang nombor satu! Menjawab dengan pakej sakitkan hati. Huh!

"Yelah. Apa-apa lah. Asalkan kau pakai baju." Malas mahu panjang-panjangkan, Nufa membalas mudah.

Nadhif terangguk-angguk bersetuju.

Nufa diam sahaja, masih melipat pakaian. Namun, sesaat perbuatannya terhenti bila Nadhif turun dari katil dan duduk di sisi kanannya.

Buat-buat tak tahu, tapi dah berdebar. Berdebar dengan senang bila nampak Nadhif memasukkan satu persatu pakaian mereka ke dalam beg pakaian baru yang dibeli tadi.

Senang Nufa jadinya. Memang sikap Nadhif yang satu ini dia perasan. Tak perlu suruh apa-apa, Nadhif sendiri rajin membantu.

Kalau di rumah Haji Ghazali dan Hajah Fazila, lagi terserlah sikap rajin Nadhif itu. Orang tengah sibuk masak di dapur, tiba-tiba Nadhif yang baru pulang dari kebun terus hampiri dapur dan kacau masakan dalam periuk mahupun kuali.

Diam-diam lelaki itu buat kerja. Dan Hajah Fazila serta Halwa pun biasa sahaja, tidak terkejut langsung. Itu sahaja dah meyakinkan Nufa yang lelaki itu bukan berlakon.

Dalam mereka begitu, saling membantu dalam diam, tiba-tiba bahu Nufa disenggol Nadhif. Berkerut, Nufa pandang lelaki itu.

"Merajuk ke?" Soalan yang diaju Nadhif itu undang tawa sarkastis Nufa. Atas bawah, atas bawah Nufa pandang Nadhif yang beriak selamba itu.

"Eh, kau ingat aku ini kerjanya merajuk dua puluh empat jam aje ke?" Sinis soalan Nufa.

Menggeleng kecil, itu jawapan yang Nadhif berikan. Nufa betul. Gadis itu bukan kerjanya merajuk sahaja. Kalau merajuk pun, tak sampai setengah jam. Halwa yang jarang-jarang merajuk pun tak begini. Pertama kali Nadhif jumpa gadis seperti Nufa.

Senyum bangga Nufa lihat gelengan Nadhif. Baju kembali dilipat namun tangan semerta terhenti bila bahu kanannya terasa berat tiba-tiba.

Mata mengerling. Dan ya, Nadhif elok sandarkan kepala di bahunya.

Mula lah jantung berubah rentak.

"Kau dah kenapa ni?" Soal Nufa. Ditolak menjauh kepala Nadhif. Namun elok sahaja lelaki jatuhkan kepala di bahunya semula.

Mata auto juling ke atas. Tak boleh nak menolak lagi kalau Nadhif dah berperangai begini. Tolak lah macam mana, lelaki itu tidak akan beralah. Kita pula yang rasa mengalah. Sudahnya, Nufa biarkan sahaja Nadhif yang mengada itu.

Nufa sambung kerja melipat dan Nadhif sambung kerja menyimpan pakaian yang dah dilipat ke dalam beg. Tapi kepala langsung tak diangkat.

"Hmmm." Nadhif berdehem kecil, memecahkan sunyi antara mereka.

Nufa mengerling sekilas.

"Aku tahu kau tak suka nak merajuk lama-lama." Nadhif bersuara.

Nufa pasrah. Lelaki inu memang suka sangat lah sambung perbualan yang dah terhenti lama. Geram kadang. Mujur Nufa tak lembab sangat.

Nadhif angkat kepala. Nufa dipandang.

"Kenapa eh macam tu? Bukan kaum kau suka merajuk ke?" Soal Nadhif kehairanan.

Nufa julingkan mata. Seluar Nadhif dimasukkan ke dalam beg.

"Kau tahu tak, merajuk ni bukan khusus untuk kaum aku je tau. Kaum kau pun buat juga. Kau pun pernah merajuk dengan aku. Jangan nak claim benda-benda negatif ni semua kat perempuan aje."

"Aku tanya, kan? Yang kau nak bitter sangat kenapa?" Nufa dipandang serong. Nak mula merajuk dah lah tu.

Nufa menjeling Nadhif. Malas melayan Nadhif yang nampak macam mahu ajak dia gaduh mulut. Nak berbulan madu ni, bang. Cuba stop sekejap. Satgi ada pula yang kena humban dekat laut.

Nadhif hanya memandang Nufa.

"Kenapa kau merajuk sekejap aje?"

Julingkan mata, Nufa menggeleng kecil pandang Nadhif. Serius lah lelaki ni? Tak habis lagi ke topik merajuk ni?

"Yang kau tak habis-habis pasal rajuk ni kenapa?" Sedikit jengkel Nufa menyoal. Zip beg ditarik dan beg diletakkan di tepi katil. Nadhif dipandang dengan dahi yang berkerut kemudiannya.

Nadhif jongketkan bahu. "Saje nak tahu perangai isteri aku."

Selamba tapi selamba itu lah yang buat Nufa terkelu sekejap.

"So? Kenapa kau merajuk sekejap sangat?" Nadhif ulang soalan.

Nufa diam. Alih pandangan daripada Nadhif, Nufa tunduk pandang tangan sendiri yang dah bermain sesama sendiri.

Nadhif mula tongkat tangan ke belakang. Sisi Nufa dipandang tanpa lepas.

"Sebab dah biasa." Balas Nufa mudah.

"Biasa sebab?" Laju Nadhif menyoal kemudiannya. Buat Nufa menoleh pandang lelaki itu.

Bersungguh betul nak tahu.

Senyum tawar Nufa ukir kecil. Memorinya bersama Mifzal berpusu-pusu masuk dalam ingatan. Buat dia nampak jelas jawapan kepada soalan sebab Nadhif.

"Sebab masa aku merajuk, takde siapa yang pujuk." Perlahan Nufa balas.

Nadhif duduk tegak terus. Riak wajah kosong Nufa ditilik.

"Masa aku bercinta dengan Mifzal dulu, kalau aku merajuk dia tak pernah datang pujuk. Dia cuma bagi aku bertenang sekejap dan untuk jam yang seterusnya, kitorang okey macam biasa. Aku pun malas nak merajuk lama-lama sebab aku tahu makin aku melayan rajuk aku, makin lama Mifzal bagi aku masa bertenang." Panjang Nufa bercerita.

"Kalau bercinta nak merajuk sorang-sorang, baik tak payah bercinta. So, aku pun belajar lah untuk tak merajuk lama-lama. Dan sekarang, dah terbiasa." Nufa sambung lagi.

Nadhif hanya diam mendengar.

"Tak pernah terfikir nak putus ke bila macam tu?" Soal Nadhif, ingin tahu.

Nufa senyum senget. Sinis.

"Mesti lah ada tapi, cinta itu buta, kan? I choose to stay sampai lah tiga bulan lepas, dia kantoi curang. Masa tu dah takde sebab nak bertahan dah. Dia pilih orang lain."

Nufa diam seketika.

"Sedih tu memang lah sedih. Tapi, aku rasa macam happy pula. Kau tahu..." Nufa ubah arah duduk. Duduk dibawa menghadap Nadhif.

Lihat emosi Nufa yang berubah cepat, buat Nadhif terkesima sekejap. Terkelip-kelip mata pandang Nufa yang seperti teruja mahu bercerita. Tadi macam sedih.

Perempuan memang begini ke?

"Kau tahu tak kenapa aku gembira sikit?"

Soalan Nufa, Nadhif balas dengan gelengan kecil.

Nufa senyum.

"Kalau Mifzal merajuk, aku pula yang kena pujuk dia. Kalau tak, dia memang akan terus aje merajuk. Lepas tu perli-perli aku. Dan nak memujuk mamat tu, punya lah payah. Tiga hari tau kena layan apa yang lelaki tu nak. Kalau tak, memang makin lama lah dia merajuk. Aku macam... eh, mamat ni. Dia ke aku yang perempuan sekarang ni?" Cerita disudahi dengan ketawa kecil. Kepala juga ikut menggeleng.

Nadhif diam.

"Macam mana lah aku boleh tahan bercinta dengan dia eh? Pelik juga aku." Omel Nufa perlahan.

"Bila dah break ni, banyak juga eh perangai tak semengah dia. Kau tahu tak, dia tu k---" Kata-kata Nufa langsung mati bila Nadhif tiba-tiba bangun dari duduk. Elok lelaki itu duduk di atas katil.

Terkelip-kelip mata Nufa memandang Nadhif. Muka selamba macam tiada apa-apa, tapi mata tu dah kenapa tak sudah-sudah menjelingnya?

"Kau okey tak?" Soal Nufa kehairanan.

Nadhif hanya diam. Alat kawalan jauh untuk televisyen ditekan. Sambil tu sekilas menjeling Nufa.

Berkerut dahi Nufa.

"Weh." Jari Nufa mula mencucuk kaki Nadhif perlahan beberapa kali.

Nadhif masih lagi diam. Televisyen yang langsung tak menayangkan rancangan menarik dipandang terus. Elok pandang TV daripada pandang Nufa yang masih tak sedar apa.

Nufa malas dah nak bersuara. Namun kaki Nadhif masih lagi dicucuk perlahan. Wajah Nadhif pula ditatap tanpa lepas. Dan pasti dia akan nampak lelaki itu menjeling sekilas kepadanya.

"Kau kenapa jeling-jeling aku ni?" Lurus tanpa belok Nufa bertanya. Bukan dia faham pun perangai lelaki ni. Baru seminggu bersama.

Nadhif kuak rambut ke belakang. Nufa yang berada di bawah dia pandang tajam.

Kening Nufa terjongket sekali dua.

"Kau kenapa tak habis-habis cakap pasal ex kau?"

Ternganga kecil mulut Nufa mendengar soalan Nadhif. Rasa nak senyum, tangan langsung dibawa naik menekup mulut. Nadhif dipandang dengan mata yang dah sedikit sepet, tanda senyumnya memang lebar di sebalik tangan.

Nadhif masih lagi memandang tajam ke arah Nufa.

"Laaahhh, cemburu ke?" Soal Nufa sambil tahan tawa.

Halwa! Abang kamu ni manja betul nak merajuk bagai!

Nadhif julingkan mata. Mulut dah tercebik-cebik mengajuk Nufa.

Nufa langsung hamburkan tawa. Tak rasa menyampah dengan rajuk Nadhif. Mungkin sebab tahu yang Nadhif tak merajuk lama sepertinya juga kut. Entah lah.

"Ketawa pula." Omel Nadhif di bawah nafas.

Nufa makin kuatkan tawa. Kaki Nadhif langsung dipeluk. Bukan itu sahaja, malah dipukul perlahan juga kaki itu. Tunjuk seronok betul lah lihat sisi Nadhif yang satu itu.

Lihat Nufa yang terlalu terhibur, jelingan tajam Nadhif langsung hilang. Tambah pula erat kakinya dipeluk Nufa.

Pandai dah sekarang ni nak sentuh-sentuh kita.

"Lahai. Kau nak cemburu dengan mamat tu kenapa?" Air mata yang bergayut di tubir mata, diseka perlahan.

Nadhif julingkan mata. Tapi bibir dah tahan senyum. Semua sebab Nufa yang dah elok bersila menghadapnya dan kedua-dua kakinya dipeluk erat gadis itu. Bukan itu sahaja, elok pula gadis itu rehatkan dagu di kakinya bila mendongak wajah itu memandangnya.

Isteri... awak tahu tak awak gedik sekarang ni?

"Rileks lah. Aku dah kahwin dengan kau lah. Kau suami, dia bekas kekasih. Dia tak pernah dapat peluk kaki macam ni tau!" Nufa berkata ceria, memujuk dengan fakta yang tak dapat dinafi Nadhif.

Nadhif senyum senget.

"Lagi? Dia tak dapat apa lagi?" Soal Nadhif. Gedik naik sekali.

Nufa mencebik dalam senyum.

"Kalau abang merajuk, senang aje. Kakak peluk aje dia. Nanti dia okey lah tu."

Segar terngiang-ngiang apa yang diberitahu Halwa tentang Nadhif tempoh hari. Memang mengada sungguh!

Betul kata Halwa. Nadhif ni nampak aje beku macam air batu. Hakikatnya mamat ini adalah jeli. Jeli strawberi! Nak menggedik aje. Hahaha!

Bangun, Nufa duduk di sebelanh Nadhif. Lihat Nadhif yang hanya diam dan memerhati buat Nufa senyum senget.

"Lagi, dia tak pernah dapat ni." Usai kata, Nufa terus silangkan jemarinya dengan jemari Nadhif. Elok bertaut sesama sendiri.

Pandang Nadhif, lelaki itu dah pejam mata dan kemam bibir, tahan senyum. Nufa senyum senget.

Eleh. Malu, tapi suka. Pang satgi!

"Lagi?"

Nufa terlepas tawa kecil. Tak puas lagi nampaknya.

Faham dengan apa yang Nadhif mahu, langsung sebelah tangan memeluk lengan Nadhif. Erat.

Nadhif langsung mendongak ke atas. Senyum dah merekah.

"Lagi, dia tak pernah dapat side hug macam ni." Lepaskan tautan jemari dan pelukan di lengan, Nufa langsung memeluk tubuh Nadhif dari sisi. Erat lagi.

Tak tahan, Nadhif langsung ikut peluk Nufa dari sisi, membalas pelukan itu dengan penuh mesra.

Menerima pelukan Nadhif, Nufa langsung mendongak pandang Nadhif. Senyum dia bila Nadhif dah tunduk memandangnya dengan senyuman lembut.

Habis dah merajuk. Yang tak habis lagi, mengada lelaki itu. Tapi, kira halal kut sebab Nufa tiba-tiba rasa nak mengada juga.

Mereka berpandangan sesama sendiri. Senyum tak lekang.

Pandang Nufa, wajah Nadhif turun perlahan-lahan sebelum pucuk hidung Nufa dikucup sekilas.

Tergelak kegelian Nufa kemudiannya.

"Dah lah. Geli." Wajah Nadhif ditolak perlahan, menjauh daripadanya. Kalau dibiar, makin tersasar pula bibir lelaki itu.

Nufa tak mahu. Nufa malu.

Nadhif lepaskan tawa kecil dan dia ikut menjauh. Pelukan dileraikan. Namun, badan sengaja rapat dengan Nufa. Mahu menempel.

Nufa tonton TV. Kaki yang dah berjuntai ke bawah berhayun perlahan. Dan sesekali sengaja menendang kaki Nadhif.

Nadhif hanya biarkan sahaja. Kalau Nufa tengok TV, Nadhif tengok Nufa.

Diam lagi antara mereka. Dan di kesempatan itu, Nadhif jatuhkan kepala di bahu Nufa. Bila rasa berat juga kepalanya menerima sandaran Nufa, bibir senyum kecil.

"Dengan aku, kau boleh merajuk lama-lama tau Huwainaa." Perlahan Nadhif tutur kata. Namun, Nufa dapat tangkap kata-kata itu.

"Merajuk je. Aku akan selalu ada dekat sini nak pujuk kau. Aku ada beribu cara nak pujuk kau."

Nufa senyum kecil.

"Kau boleh buat semua benda dengan aku Huwainaa. Kau boleh sedih. Kau boleh marah. Kau boleh merajuk. Kau boleh gembira. Semua kau boleh buat dan rasa. Buat dan rasa bersama aku." Nadhif tak hentikan kata lagi.

Jemari Nufa disentuh perlahan sebelum jari kelingkingnya elok bertaut dengan jari kelingking Nufa.

"Aku janji. Aku akan selalu ada untuk layan kau."

Nufa senyum. Manisnya awak ni, abang buah.

"Kenapa?"

Nadhif senyum. Makin dia selesakan letak kepalanya di bahu Nufa.

"Sebab kau definisi 'selamanya' untuk aku."

Dan Nufa senyum. Kepala diangkat dan Nadhif dipandang. Tangan perlahan mengelus rambut lembut Nadhif sebelum sekilas dia kucup ubun-ubun lelaki itu.

Terkejut, tegak terus badan Nadhif. Nufa buat-buat selamba.

"Dah, aku lapar. Kau nak mak--- ah!" Mati kata Nufa bila Nadhif tariknya. Tak jadi nak lari, elok jatuh atas riba lelaki itu.

"You can't do that, Huwainaa."

Nufa telan liur.

"Tak boleh buat apa?" Tangan menolak bahu Nadhif. Mahu larikan diri sebelum jantungnya lari keluar dahulu.

Nadhif senyum senget. Wajah makin merapat bila sasaran dah dikunci.

"Lari lepas bagi aku rasa gila."

*HAI HAI HAI. RINDUNYAAAA ♡

Continue Reading

You'll Also Like

31.7K 2.9K 38
[PEMENANG WATTYS 2020] ✔️ [TERBIT VERSI BUKU - MAWADDAH ILMI INGIN PULANG - IMAN PUBLICATION] ✔️ "Your childhood could have been affecting you so dee...