C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃

By leimonadd

253K 28.8K 7.1K

ALPHABET SERIES: C for CUPID #5 Bila Love-Cupid lepaskan sasaran, agaknya terkena tepat tak? C [Disember 2023] More

C1
C2
C3
C4
C5
C6
C7
C8
C9
C10
C11
C12
C13
C14
C15
C16
C17
C18
C19
C20
C21
C22
C23
C24
C25
C26
C27
C28
C29
C30
C31
C32
C33
C34
C35
C36
C37
C38
C39
C40
C41
C42
C43
C44
C45
C46
C47
C48
C49
C50
C51
C52
C53
C54
C55
C56
C57
C58
C59
C60
C62
C63
C64
C65
C66
C67
C68
C69
C70
C71
C72
C73
C74
C75
C76
C77
C78
C79
C80
C81
C82
C83
C84
C85
C86
C87
C88
C89
C90
C91
C92
C93
C94
C95
C96
C97
C98
C99
CUPID

C61

2.3K 346 165
By leimonadd

NUFA duduk bersedirian di dalam bilik tidurnya. Wajahnya yang memantul di cermin dilihat tanpa ada segaris senyum pun terlakar di bibir. Pejam mata, Nufa jatuhkan kepala seketika.

Dada dah berdebar halus. Bahkan sejak 3 hari yang lalu debaran ini tidak mahu hilang. Setiap detik, pasti hadir menimbulkan peluh dingin di dahi.

"Nufa?" Suara Afrina yang kedengaran disertakan dengan muka pintu yang diketuk perlahan buat Nufa angkat kepala dan menoleh.

Nampak Afrina yang mengintai ke dalam di sebalik pintu yang dah dibuka sedikit.

"Kak Na," lemah sahaja sahutan Nufa. Selemah bibir yang menguntum senyuman hambar.

Afrina lepaskan nafas perlahan seraya tersenyum. Menapak ke dalam bilik Nufa yang sudah berhias cantik, pintu bilik ditutup rapat. Kemudian, Nufa yang jelas resah dipandang.

"Okey tak ni?" Afrina menghampiri. Kepala Nufa yang kemas berbalut selendang putih diusap perlahan.

Nufa mendongak kecil. Afrina nampak sekilas bibir yang dicalit warna merah cair itu menggeletar sedikit. Tanda tuan badan menahan gemuruh dan tangis.

Gelak halus terkeluar, buat Nufa mengalihkan pandangan dari wajah si kakak ipar. Kita punya gabra dan gemuruh nak menghadap jam 10 pagi nanti, kakak seorang ini boleh gelak pula.

Ada apa dengan jam 10 pagi nanti? Semestinya, sesuatu yang semua nantikan. Nikah.

Ya. Nufa dan Nadhif akan menikah jam 10 pagi nanti.

"Sorry." Ucap Afrina dalam baki gelaknya.

Nufa lepaskan nafas berat. Jemari dan tangan yang indah terhias inai merah dipandang.

"Betul ke ni, Kak Na?" Ragu Nufa bertanya.

Dan sejujurnya, ini bukan kali pertama Nufa ajukan soalan yang sama.

Sejak Nadhif datang ke rumah Haji Noor, dan sejak Nufa datang ke rumah Haji Ghazali dan Hajah Fazila, soalan itu tak pernah lekang dari bibir Nufa.

Bahkan sepanjang persiapan majlis, iaitu tiga bulan yang lalu, Nufa seringkali terlihat dalam menung. Bila disoal kenapa, soalan 'betul ke ni' pula yang dikeluarkan.

"Dah tiga bulan, Nufa masih belum yakin?" Soal Afrina. Bahu Nufa diusap perlahan, cara untuk cuba menenangkan.

Nufa panggung kepala.

Jika tanya Nufa, dia sendiri masih belum jelas dengan keputusan hati. Namun, entah kenapa bila orang sekelilingnya bertanya mengenai halnya dan Nadhif, lidah ringan pula mengiyakan. Tapi, bersama sedikit ragu selepas itu.

"Nufa..." Kata mati.

Afrina hanya menanti.

"Kalau Nufa tarik diri?"

Afrina tergamam dengan soalan yang ditanyakan. Tambah lagi bila wajah Nufa seakan berharap jawapan yang positif daripadanya.

Terkebil-kebil mata Afrina mahu cari jawapan.

"Nufa rasa... Nufa rasa...." Kata mati sekali lagi. Bibir bawah sudah digigit lembut.

Afrina cuba terlihat tenang walau jantung nak tercabut juga dengan fiil si adik ipar ini. Lagi 15 minit nak mula majlis, boleh pula jadi macam ni.

Hela nafas berat, mata Nufa dah sedikit berair.

"Nufa rasa Nufa belum cukup sedia." Perlahan tutur kata Nufa. Jemari bermain sesama sendiri.

Afrina atur nafas tenang. Entah apa lah yang buat adiknya dihurung rasa gugup bersangatan begini. Tapi, dia sendiri boleh faham dan mengerti. Nak tempuh satu alam bersama orang baru, siapa sahaja yang tak akan gugup kan?

Melutut di sebelah Nufa, Afrina tarik masuk tangan si adik ipar dalam genggaman tangannya. Bila Nufa angkat kepala melihatnya, Afrina ukir senyum manis.

"Betul Nufa nak hentikan semua ni?" Soal Afrina tenang.

Nufa terdiam. Berperang sendiri dengan rasa dan fikirannya.

"Ada masa lagi ni kalau Nufa nak hentikan semua ni." Kepala Nufa diusap perlahan.

Dengar kata-kata Afrina, Nufa pula yang tergamam sendiri. Begitu mudah kah perkara ini boleh dihentikan?

Bagaimana dengan abah? Kalau dia buat kerja gila ini, pasti abah akan malu.

"Abah?" Soal Nufa sepatah. Masih terkejut sebenarnya dengan kiasan setuju Afrina.

Afrina senyum sahaja.

"Takpe. Kita cakap perlahan-lahan. Lagipun, bukan abah yang paksa Nufa untuk terima dan berkahwin dengan Nadhif. Itu kan pilihan Nufa." Tenang sahaja Afrina. Nampak tenang. Jantung di dalam dah berdegup laju juga. Kalau betul Nufa mahu hentikan, mahu kojol dia di situ. Sedikit tidak banyak, dia juga ada bahagian. Seram!

Nufa tergamam lagi. Dahi berkerut. Konfius sendiri. Betul ke akan semudah yang Afrina katakan?

Kalau mudah, bagaimana dengan majlis?

"Majlis?"

"Majlis, kita tukar kepada Majlis Doa Selamat. Sempena apa? Sempena budak kecik dalam perut kakak ni." Afrina mengusap perlahan perutnya yang dah jelas membesar. Menggeletar tangan juga dek gugup.

Terkebil-kebil Nufa. Perut Afrina dipandang sebelum mata naik pandang Afrina semula. Nampak macam si kakak ipar sedang ukir senyuman palsu pula.

Kalau macam tu lah, bagaimana pula dengan Nadhif dan keluarganya. Nak cakap apa pula kepada mereka? Tetamu jemputan istimewa kah?

"Na---Nadhif?" Gagap sedikit Nufa. Entah kenapa jantung berdegup laju tika bibir menitikan nama itu.

Afrina senyum. Tangan Nufa digenggam lebih erat.

"Na---"

Telefon Nufa yang berdering kuat buat kata-kata Afrina terhenti separuh. Masing-masing pandang telefon yang menyala dan bergetar di meja solek.

Menjengah sedikit, Nufa jadi makin gugup.

Huwainaa Punya

"Siapa? Tak nak angkat?" Soal Afrina.

Nufa gigit bibir bawah. Telefon yang masih berbunyi kuat itu diambil.

"Nadhif." Perlahan Nufa menjawab.

Afrina hela nafas lega. Mungkin ini aturan Tuhan. Mana tahu, Nadhif jadi orang yang tepat untuk hadap keadaan Nufa sekarang ini.

"Nufa angkat panggilan, cakap dengan Nadhif apa yang Nufa rasa. Walaupun sepatutnya kena buat sebelum ini, tapi masih ada masa." Afrina berikan cadangan.

Masalah komunikasi pun ya juga Afrina rasa. Sepanjang tempoh bertunang 3 bulan, tak pernah langsung dia lihat Nufa dan Nadhif berhubung. Masing-masing jadi seperti orang asing secara total!

Nufa pandang Afrina.

"Jawab dan cakap elok-elok. Apa-apa, kakak ada di luar okey?" Afrina meyakinkan.

Nufa hela nafas dan mengangguk kecil. Bersetuju. Lihat Nufa yang sudah gesek skrin telefon, Afrina lekas bangun dan beredar dari situ.

Pintu ditutup rapat dan tika itu mata tangkap Sayf yang dah menapak ingin ke bilik Nufa.

"Nufa dah siap? Nadhif dah sampai tapi dia tak nak masuk pula." Sayf beritahu. Pintu bilik Nufa yang tertutup rapat itu dipandang.

Afrina ukir senyum. Alahai. Memahami sungguh lah bakal suami seorang Nufa Huwainaa. Macam tahu-tahu aje bakal isteri masih perlu masa.

"Tu, tengah cakap dengan Nadhif. Biar dulu. Sayf ni, bila pula nak kahwin?" Afrina laju tukar topik. Dan Sayf hanya garu dahi sahaja sambil sengih sahaja.

Dalam bilik, Nufa lepaskan nafas perlahan sebelum lambat-lambat telefon dibawa melekap di telinga. Talian di sana tiada suara, namun jelas terdengar suara keramian orang.

Nadhif dah sampai.

Nufa kemam bibir. Dada berdebar sungguh. Rasa berat pula di bahu, menekan perasaannya lalu buat air mata tanpa diminta menitis jatuh dari mata.

"Assalamualaikum." Setelah sekian lama, suara itu didengar Nufa.

Sumpah. Sejak keluarga mereka bersetuju dengan perancangan tanpa asas mereka, baik dia mahupun Nadhif tak pernah sama sekali berhubung. Kalau jumpa pun, masing-masing hanya buat tidak endah.

"Waalaikumussalam." Bergetar sedikit suara Nufa menjawab salam itu. Tisu diambil dan mata yang basah dilap perlahan.

Rosak make-up.

Diam. Nufa tak mahu bersuara, dan nampaknya hal yang sama buat Nadhif. Lelaki itu hanya helakan nafas tenang. Tenang yang buat Nufa nak menangis.

"Jangan menangis, Huwainaaku." Lembut pesan Nadhif setelah lama mereka bediam diri.

Dengar suara lembut Nadhif, air mata terus jatuh. Rasa bersalah dengan fikiran mahu batalkan majlis sebentar tadi.

"Aku belum halal lagi untuk lap air mata kau." Sambung Nadhif lagi.

Nufa gigit bibir bawah. Mata tak sudah ditekap dengan tisu.

"Dan, untuk aku jadi halal atau tidak ada pada tangan kau." Kata-kata Nadhif buat tangan Nufa terhenti.

"Masih ada masa Huwainaa. Kalau kau tak bersedia, masih ada masa." Nadhif seakan berbisik.

Nufa telan liur yang tiba-tiba tersekat di kerongkong.

"Aku..." Nadhif terdiam. Dengar helaan berat lelaki itu di talian sana.

"Aku terima andai kau mahu hentikan semua ni. Dan jangan risau pasal hal lain. Bila kau kata tidak, aku akan tanggung semuanya. Kau tak perlu risaukan apa-apa." Tenang suara Nadhif.

"Aku akan tunaikan apa yang kau nak, Huwainaa. Kalau kau mahu terima, aku akan setuju. Dan andai kau menolak pun, aku akan terima."

Nufa terdiam. Entah kenapa ayat terakhir Nadhif sedikit mengguriskan hatinya.

Tak bersungguh kah rasa lelaki itu untuk memilikinya?

"Aku terima dan tunggu. Aku akan tunggu kau Huwainaa sampai kau betul-betul sedia untuk terima aku." Sambungan ayat Nadhif seakan memberi jawapan tidak langsung kepada fikiran Nufa tadi.

"Aku akan usaha sebaik mungkin. Mungkin ini masa salah kita bersama, sedang kita adalah dua orang yang betul untuk melengkapi sesama sendiri."

Nufa hanya mendengar tanpa mahu mencelah. Dihadam setiap patah kata Nadhif.

'Right person, wrong timing.'

"Itu andai kau tolak aku." Nadhif terdiam. Berdebar dada Nufa menunggu Nadhif menyambung kata.

"Andai jawapan kau ya dan ingin teruskan, aku nak kau tahu sesuatu." Nufa dengar Nadhif tarik nafas dalam-dalam.

"Aku nak kau tahu, Huwainaa." Suara Nadhif seperti sedikit bergetar. Namun. Nufa jadi ragu bila getar itu hilang saat lelaki itu menyambung kata.

"Aku bukan terbaik, namun sungguh aku perlukan kau untuk jadikan aku yang terbaik. Aku bukan sempurna, namun aku perlukan kau untuk aku rasa sempurna." Lembut Nadhif menyambung kata.

Mata Nufa basah lagi. Nadhif yang serius sungguh beri dia rasa yang baharu.

"Aku mungkin bukan lelaki pertama dalam hidup kau, tapi aku nak jadi lelaki yang terakhir dalam hidup kau. Aku tahu aku bukan lelaki pertama yang..." kata-kata Nadhif terhenti.

"Ehem." Berdeham Nadhif, buat Nufa berkerut kecil.

Dah kenapa pula ni?

"Malu lah weh." Sempat Nufa tangkap bisikan halus Nadhif. Terhibur sekejap. Boleh pula nak layan malu tengah-tengah confession ni.

"Sambung lah." Nufa akhirnya keluarkan suara. Perlahan, cukup untuk Nadhif dengar sekilas.

"Kau suka lah ek? Suka dapat buli aku macam ni?" Nadhif bersuara geram, pun begitu Nufa tak rasa langsung Nadhif sedang jengkel dengannya. Hanya geram untuk tutup malu.

Nufa diam tak membalas, isyarat untuk Nadhif teruskan kata.

"Huwainaa."

Nufa tak sedar bibir dah senyum. Dada berdebar halus.

"Aku bukan lelaki pertama yang kau cinta, tapi aku nak jadi lelaki terakhir yang dapatkannya."

Melebar senyum dengan mata yang kembali berair. Kalau cakap pasal huruf C tu, memang Nadhif malu. Nak cakap suka pun pilih kata 'tak benci'. Heh!

"Aku janji akan jaga kau macam mana kau ingin dijaga. Aku akan hormati kau selayaknya seperti seorang suri dihormati. Aku akan tunaikan apa yang kau nak. Aku akan ada dengan kau walau kau dalam keadaan apa pun. Waktu kau gembira, sedih, sihat, sakit, baik, jahat, gedik, mengada-ngada, diva, man---"

"Melebih kau ni." Jengkel, Nufa mencelah. Nampak sangat nak cari pasal aje yang terakhir tu.

Nadhif gelak kecil yang kacak. Sumpah. Buat Nufa nak lihat lelaki itu sekarang, dalam persalinan segak baju melayu dan kain songketnya.

"Aku nak kau."

Nufa diam.

"Dan aku nak habiskan sisa hidup aku dengan kau."

Nufa berdebar.

"Jadi Huwainaa, buat kali yang terakhir aku tanya kau."

Nufa kemam bibir sendiri. Pantulan dirinya di cermin dilihat.

"Kau masih ada masa untuk hentikan, tapi aku tetap nak tanya."

Nufa tanpa sedar dah angguk kecil. Seakan nekad untuk menjawab soalan Nadhif yang tak pernah langsung dapat jawapan jelas daripadanya.

"Sudi tak kau habiskan sisa hidup kau dengan aku? Kalau kau sudi, aku salam tok kadi." Seloroh Nadhif di akhir kata tu semacam nak tutupkan gugup sendiri pula.

Nufa diam.

"Kalau tak sudi?" Soalan diajukan, bukan jawapan yang dia berikan.

Dengar Nadhif hela nafas berat.

"Kalau tak sudi, takpe. Aku tunggu kau sampai kau sudi."

"Kenapa?" Sumpah Nufa ingin tahu.

Nufa tangkap Nadhif ketawa halus.

"Sebab itu tanda sayang aku. Aku akan tunggu orang yang aku sayang sampai orang tu sendiri suruh aku berundur."

Jantung Nufa berdebar hebat semula. Tak jelas, namun seperti jelas. Pembayang Nadhif seperti mahu tujukan kepadanya, namun samar-sama juga.

Masing-masing kembali diam. Semestinya untuk beri Nufa ruang.

"Huwainaa." Nadhif terpaksa memanggil dan Nufa tahu kenapa. Sempat dia menangkap sekilas lelaki itu dipanggil tadi. Macam suara Sayf.

Mamat kepochi yang seorang itu lah.

"Sudi tak hidup dengan aku? Sudi tak hadap perangai poyo aku? Sudi tak menua dengan aku?" Soal Nadhif lagi. Tapi, dengan penggunaan kata yang berbeza.

"Kau sudi tak dengan aku?" Soal Nufa. Meruap hangat wajahnya kini.

Nadhif terdiam sebelum dia lepaskan tawa halus.

"Kau ni tanya soalan bocor lah, sayang."

Nak tercabut jantung Nufa dengar perkataan terakhir Nadhif tak. Sumpah merah muka tak dapat ditahan.

"Lebih dari sudi, My Huwainaa. Kau?"

Nufa senyum.

"Sudi."

Nufa dah malu sangat. Apa yang dia tahu sebelum panggilan mati, Nadhif ucap terima kasih bersama nada poyo.

"Okey! Aku pergi salam tok kadi kejap. Jumpa kau kat depan nanti. Bye!"

Talian mati. Dan selepas itu, terdengar ketukan pintu sekali lagi. Buka, Afrina yang menanti.

"Jom? Nadhif dah tunggu kat depan."

Nufa tergelak kecil. Lelaki tu marathon ke? Cepat betul bersila depan tok kadi.

˚₊· ͟͟͞͞➳❥

"AKU terima nikahnya Nufa Huwainaa binti Ahmad Noor dengan mas kahwinnya seribu lima ratus ringgit tunai."

Tangan dijabat erat. Peluh dingin menanti jawapan dua saksi.

"Sah!"

"Sah!"

Dan nafas lega terus dilepaskan. Tangan terus meraup muka sambil bibir ucap kata pujian kepada Allah.

Alhamdulillah. Huwainaa betul-betul Nadhif punya.

*AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
NAK MENANGIS DULUU

Continue Reading

You'll Also Like

53.3M 1.6M 63
[#1 Teen Fiction | #1 in Romance] Bad boy Luke Dawson is stuck living with clumsy nobody Millie Ripley for the summer. When she ran over his most p...
55.8M 1.6M 47
When Franny learns why former popular boy Tyler fell from grace, she gets thrown head-first into his dangerous world but also closer to his timid hea...
1.7M 17.5K 3
*Wattys 2018 Winner / Hidden Gems* CREATE YOUR OWN MR. RIGHT Weeks before Valentine's, seventeen-year-old Kate Lapuz goes through her first ever br...
289K 297 8
"Kanopi apa pulak dekat luar tu?" -Thalia Hadira "Kenduri kahwin" -Fakhrul "amboi, takkan dah berumur pun masih nak kawin lain? Nak berapa orang iste...