Aku selalu ada || Abdul Kahar

By TheRealAshiu

58.8K 2.8K 1.5K

Kahar ada gf tho (kau ah tu) Bamf reader, ooc kahar (kinda aq rasa) Y/n is the owner of an underground gym th... More

Kem Minda Sihat
Dating
Kental
Manifesto
Lawan taruh
Lawan taruh part 2
A/n 1
Tumbang
Jibam
A/n2
Minggu asrama
Fanfic meme
Bukan chapter
Outing
Bersalah
Jaga
A/n3 aku nak rambling
High council
A/n ?
Rumah
A/n bincang
Budak
Daging
Dekat
Jauh
Minat
Kejar
Rindu
Lepak
Dua tahun
Madu
Kelantan
Pulang
Makan petang
Gelap
Terang
Tegang
A/n
Ulang
Saksi
Hancur
Besar
Rahmat
A/n- pengunguman
Kembali
Pandang
One shot

Meracau

915 70 95
By TheRealAshiu

2020(Kahar 31):

"Ma.." suara yang lembut memanggil aku. Aku membuka mata, Purnama tengah berdiri depan aku di sebelah katil. He's in his brown bear onesie, membuatkan dia nampak macam teddy bear, with his pacifier still in his mouth and his hand holding his blanket.

He keeps climbing out of his crib. Risau aku. "Ya sayang." Aku jawab dengan perlahan sebab jam menunjukkan pukul 7, Kahar masih tidur. Tangan aku memegang mukanya.

"susu." Dia cakap dengan perlahan juga. Tak macam kakak dia, Purnama lebih suka diam dan tengok surrounding dia. Macam langit dan bumi. Cahaya yang friendly dan Purnama yang pendiam.

Tapi kakak dia selalu jaga adiknya.

"Jom sayang." Aku cakap dan bangun dari katil. Purnama aku angkat dan bawak sekali ke bawah. Aku masuk ke dapur dan mula membancuh susu. Rumah dua tingkat, aku takut juga bila Purnama ni mula panjat keluar katil dia. Nasib baik tangga tu ada child's protective gate.

Takda lah anak aku jatuh tangga macam Ayam.

Bila aku dah bancuh susu dan beri ke Purnama terus dia tunjuk-tunjuk tangga tu. "papa" dia cakap. Dia nak naik ke atas lah tu. Aku hanya tersenyum dan mendukung Purnama balik ke atas. Purnama memang suka berkepit dengan Papa dia. Kahar pon biarkan ja.

Sebab waktu Kahar dengan ayah dulu, pandang dia pon ayah tak rela.

Sebaik saja aku membuka pintu bilik, aku nampak Kahar yang sedang meracau-racau atas katil.

"Ayah, ayah jangan yah sakit" Kahar berkata sendiri. "Ayah tolong maafkan Kahar." Dia sambung. "Ayah! Ayah, sakit!" Kahar mula meracau dengan lagi kuat. Badan dia berpusing dari kiri ke kanan, tangan di angkat menutup muka seakan-akan ada orang yang memukul dia.

Aku berjalan ke arah Kahar yang masih meracau atas katil, Purnama masih didukung dengan sebelah tangan.

"Sayang bangun, yang." Aku panggil dengan lembut. Tak nak tambah terkejut dia. "I-Ibu, salah Kahar. Salah Kahar ib-
Ayah maaf yah! Jangan pukul Kahar!" Dia menjerit dengan lebih lantang.

"Kahar, sayang, bangun." Aku panggil dia lagi. Tangan dia yang di kibas-kibas aku pegang.

"Tolong, ayah! Sakit! AYAH!" Kahar terjaga selepas menjerit dengan sangat kuat. Dia terus terduduk. Nafasnya laju. Mata terbeliak.

Dia memandang ke bawah. Tangannya kedua-dua diangkat untuk menutup telinganya. Lututnya dirapatkan ke dada.

"Maaf, maafkan Kahar, ibu. Salah Kahar. Salah Kahar kita accident. Jangan pukul Kahar, ayah. Sakit, ayah. Tolong ayah. Tolong! Ayah tolonglah jangan pukul Kahar!" Kahar menangis-nangis sambil memeluk dirinya. Ayat-ayat tu diulang-ulang.

Dengan Purnama yang masih di pinggang, aku duduk disebelah Kahar. "Sayang." Aku panggil dengan nada yang sayu. Sudah lama Kahar tak meracau macam ni.

Kahar mengangkat kepalanya untuk tengok aku. "Sayang?" Dia soal. Seperti tak boleh percaya yang dia bukan di tempat gelap tu lagi.

Aku angguk dan senyum. Tangan aku di angkat untuk memegang mukanya. "Saya dekat sini. Awak selamat. Awak okay." Aku pujuk dia. Kahar hanya angguk dan menangis. Tangan aku yang dimukanya dia pegang. Purnama yang asalnya di pinggang aku, mula bergerak ke ayahnya. "Papa." Purnama memanggil dengan suara yang tidak lebih dari bisikkan, seakan-akan memahami yang papanya tidak stabil.
Purnama yang telah meletakkan diri atas riba Kahar, memegang muka ayahnya, sama seperti aku. Kahar yang menangis hanya tersenyum sedih dan memeluk anaknya. Sambung menangis sambil memeluk Purnama dengan erat.

"Papa?" Satu suara memanggil dari pintu. Cahaya sedang menangis di pintu. Entah berapa lama dia melihat ayahnya meracau, merayu-rayu macam tu.

"Sini sayang." Kahar memanggil sambil mengangkat tangannya. Purnama yang di atas riba Kahar masih memegang erat papanya. Cahaya terus berlari ke arah Kahar. Memanjat katil dan terus peluk lengan Kahar.

"Papa kenapa? Papa sakit ka? Sapa buat papa?" Cahaya tanya sambil menangis dan lengan kanan Kahar masih dipeluk. Muka dia takut sangat melihat papanya merayu-rayu seperti dalam kesakitan macam tu.

Kahar terdiam dan tiba-tiba menangis teresak-esak.

Kahar pernah mengaku yang kadang-kadang dia terharu dengan anak-anak dia yang seolah-olah protective dengan dia.

Tak sama langsung dengan dia dan ayah.

"Papa jangan nangis pa, sebab Cahaya tanya ka? Maaf, pa." Cahaya cakap sebaik sahaja esakan Kahar berbunyi. Cahaya dengan desperate-nya cuba comfort Kahar dengan mengelap air mata Kahar.

Kahar cuma mengusap kepala Cahaya dan menggeleng kepalanya. "B-bukan salah Cahaya, sayang." Dia cakap. Kahar meletakkan kepalanya atas bahu aku.

Purnama di atas riba, memeluk erat dada Kahar. Cahaya disebelah kanan, tangan kanan ayahnya memeluk dia dari tepi,  Cahaya memeluk badan Kahar, tangan Kahar mengusap rambut anak perempuannya. Kepala Kahar terletak atas bahu aku, kepala aku pulak aku sandarkan atas kepala dia, tangan aku mengusap kepala si Purnama.

The whole family stayed like that until Kahar's sobs died down.

"Terima Kasih." Kahar berbisik. "Hm?" Aku bertanya. "Awak berikan saya sesuatu yang saya tak pernah ada. Keluarga yang sayang dan ada untuk saya bila saya perlukan." Kahar cakap, tangan kiri dia yang asalnya memegang belakang Purnama, yang sekarang sudah tidur dan menyandar ke dada Kahar, dia gerakkan untuk pegang tangan aku. Tangan kami kemudian kembali ke belakang Purnama. Supporting his back, takut jatuh. "Awak berikan saya peluang untuk menjadi seorang ayah. Ayah yang sayangkan anak-anak. Awak berikan saya bahagia. Saya sayang awak, sangat-sangat." Kahar said in the softest voice.

Aku tolehkan kepala aku dan mencium dahinya. "Awak layak bahagia." Aku berkata, Kahar hanya senyum. "Hanya kalau bahagia itu dengan awak." Kahar menjawab.

Aku mencubit lengan Kahar dengan lembut, yang Kahar hanya tertawa kecil. Dalam senyuman dia masih ada tangisan.

Kahar memusingkan kepalanya untuk menengok Cahaya, sudah bersandar di sebelah kanan Kahar dan tidur.

Kahar meng-adjust anaknya supaya terus baring di atas katil tu, supaya tak sakit badan bila dah bangun.

"Awak okay?" Aku tanya dia. Kahar hanya mengangguk. Kepalanya dia letakkam balik di atas bahu aku. Aku mengangkat kepala aku untuk memandang dia. "Awak... awak stress ni. Pasal balik Kelantan?" Aku menanyakan dia dengan lemah lembut supaya tidak trigger dia.

Kahar mengangguk. "Saya dah lama tak balik, sayang. Awak tahu lah, lepas spm saya duduk dengan abang ngah dekat selangor, bila dah kerja pon duduk selangor. Saya dengan ayah..."

"Tahu sayang. Kalau ikutkan saya, saya tak nak pon jumpa ayah. Lepas apa yang dia buat dekat awak tapi.. tapi saya faham yang awak masih sayang dia. Macam saya dengan arwah bapak."

Kahar mengangguk. "Saya cuma nak ayah pandang saya."

There it is. Walaupun dah bertahun-tahun aku dengan dia, moments like this reminds me of the time when we were younger, climbing up the gym's roof with drinks and cigs in our hands. We would lay down on the roof and stare at the stars. We would open up about things like this. He'll tell me about his father and I'll talk to him about my life. Arwah Rahmat would be nagging us from the ground floor saying we'll break the roof if we keep hanging up there.

"Saya ada, anak-anak ada. Kalau ayah masih refuse pandang awak, kami ada." Aku pujuk dia. Kahar mengangguk tapi lebuh fokus mengusap pipi tembam milik Purnama. "Kita patutnya bertolak dah ke kelantan ni..." Kahar sighed.

"Saya dah packingkan semua barang. Awak pergi lah mandi. Anak-anak ni kita mandikan dekat rnr ja. Saya drive jangan risau."

Kahar mencium dahiku. Kemudian dahi anak-anak:

"Terima kasih jadi kekuatan saya."

——
A/n: i have two social event this week . X NAK 😭 harini n jumaat. Haiyaaaa

Continue Reading

You'll Also Like

762K 20.6K 76
မင်းဟာ လူသားတွေကိုကယ်တင်နေတဲ့ဆရာဝန်မလေးပေမယ့်ကိုယ့်အတွက်တော့ အချစ်တွေကုသပေးမယ့် အချစ်ဒေါက်တာမလေးပါ..... #စဝ်ခ...
1M 34K 80
"𝙾𝚑, 𝚕𝚘𝚘𝚔 𝚊𝚝 𝚝𝚑𝚎𝚖! 𝚃𝚠𝚘 𝚕𝚒𝚝𝚝𝚕𝚎 𝚗𝚞𝚖𝚋𝚎𝚛 𝚏𝚒𝚟𝚎𝚜! 𝙸𝚝'𝚜 𝚕𝚒𝚔𝚎 𝚝𝚑𝚎𝚢'𝚛𝚎...𝚍𝚘𝚙𝚙𝚎𝚕𝚐ä𝚗𝚐𝚎𝚛𝚜 𝚘𝚏 𝚎𝚊𝚌𝚑...
2.1M 57.7K 95
On the twelfth hour of October 1st, 1989, 43 women gave birth. It was unusual as none of them had been pregnant since the first day they started. Sir...
382K 33.5K 94
Sequel to my MHA fanfiction: •.°NORMAL°.• (So go read that one first)