Sara Isabella

By froszrine

458K 37.5K 6.6K

Tiada yang mampu meneka bagaimana cara semesta berkerja. For real, it wasn't me." Esakan yang nak meletus, di... More

Prolog
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.
33.
34.
35.
36.
37.
38.
epilog

39.

12K 1K 120
By froszrine

Last sebelum epilog, huwaa tak sangka cerita ni dah nak habis. (ಥ_ಥ)

Time Stamp.

15 minit berlalu dan dia masih belum beranjak turun dari perut kereta sebaik tiba di basement kondo ini. Sara mengalih tangan yang menekup wajah dan melihat pantulan diri sendiri dengan hidung berair, mata merah dan bibir yang koyak.

Sememeh. Dibiarkan air mata yang menitis turun serupa air terjun Niagara itu tanpa diseka. Dia nak nangis sepuasnya dulu sebelum naik menemui Ghaz. Sekurang-kurangnya dia perlu tenangkan diri sedikit sebelum menghadap lelaki itu.

Apa agaknya reaksi Ghaz nanti? Macam mana penerimaan lelaki itu selepas tahu apa yang dah jadi? Ke Eilyas dah bercerita dulu? Abangnya itu sempat menghubungi Sara. Berpuluh missed calls dan chat yang dikirim tapi hanya dibalas dengan bubble chat 'Sara okay.'

Cukup drama untuk hari ini. Buat masa sekarang Sara tak nak membebankan sesiapa apalagi ahli keluarga angkatnya itu termasuk Eilyas. Bukan berdendam, tapi Sara tak nak hal jadi makin rumit.

Nafas panjang dihela. Apabila dirasakan dia lebih stabil, pintu kereta dibuka dan Sara menapak ke arah pintu lif untuk naik ke unit kondo yang ditempati Ghaz.

Klak!

   "Assalamualaikum."

Perlahan pintu ditolak dari luar selepas kunci dibuka. Senyuman segaris nyaris tak kelihatan diukir sebaik melihat belakang tubuh Ghaz yang sedang sibuk menghadap laptop. Sara menapak mendekat sebelum melabuhkan duduk di atas sofa bersebelahan dengan lelaki itu.

  "Wa'alaikumsalam, kenap—" Ayat Ghaz mati. Dahinya berkerut melihat wajah pucat dan luka yang mengering di sudut bibir Sara. 

   "Saya singgah farmasi tadi sebelum datang sini." Faham dengan reaksi Ghaz, Sara mengangkat plastik berisi krim luka yang dibeli hampir setengah jam lepas. 

Sebelum menghubungi Ghaz, dia sempat balik ke rumah sewanya. Nasib baik kosong tak berorang sebab penghuni rumah yang lain tengah keluar ada urusan masing-masing. Dapatlah Sara ruang nak tenangkan diri tanpa gangguan atau soalan cepumas dari Fahin.

Selepas Isyak, barulah dia menelefon Ghaz bertanyakan keberadaan lelaki di sisinya ini. Malam ni Sara tak rasa nak pendam semuanya sendiri. Dia perlukan Ghaz untuk jadi pendengar. Dah tak larat nak simpan segala hal yang buat kepalanya berat.

Ghaz masih tak bersuara. Dia meletak laptop di ribanya ke atas meja dan menolak meja itu menjauh. Selepas itu, dia berlalu ke arah dapur dan kembali bersama kotak kecemasan. Duduknya dilabuhkan ke tempat tadi dan tangannya mula bergerak membersihkan luka Sara.

   "Stt..." Sara mendesis pedih saat permukaan kapas yang bersalut krim bersentuhan dengan lukanya. Pedih dia mencucuk sampai ke otak!

   "Sorry." Ghaz kembali meletak krim tadi kali dengan dengan lebih lembut dan berhati-hati. Luka di hujung bibir, pedih dia lebih kurang dengan ulser. Nak buka mulut pun rasa menggigil tahan denyutan sakit.

Sehinggalah Ghaz kembali semula ke dapur dan Sara selesai diubati, masing-masing belum ada yang memecah hening. Ghaz yang kembali duduk menghadap Sara pun cuma senyap, menunggu Sara sendiri yang bercerita walaupun dia ada banyak persoalan.

Masa Sara bagitau yang dia nak bermalam sejam yang lalu, bukan ini bayangan yang ada dalam kepala Ghaz. Bukan wajah pucat Sara yang dia nak tengok dengan keadaan pipi yang sedikit bengkak dan hujung bibir yang koyak.

   "Siapa buat?" Ghaz tak dapat nak tahan diri dari menyoal apabila Sara hanya menatap dia dengan pandangan tak terbaca. Sejak dulu, dia tak pernah tahu apa yang isterinya ini fikir.

    "Kalau awak tahu, apa awak nak buat?" Sara menatap Ghaz dengan senyuman nipis. Matanya mula bergenang semula.

Ghaz tak terus menjawab. Wajah Sara direnung lima saat sebelum nafas berat dilepas. Melihat Sara yang tengah tahan emosi itu, tangannya didepah sebelum menarik Sara dalam pelukan. Sesaat, dia dapat rasa yang tubuh yang lebih kecil dalam dakapannya ini terhinggut dengan esakan halus kedengaran.

    "S...Saya buat umi dan abah... tsk... marah. Saya buat... umi... tsk... dan abah bencikan saya." Sara mengongoi perlahan. Lirih menyuarakan rasa hati yang rabak.

Dia tak ada sesiapa selain keluarga angkatnya itu dan lelaki yang sedang mengusap belakangnya ini.

    "Abah marah. Umi mengamuk. Abah dah nampak gambar kita dekat night club dulu. Dia kecewa sangat." Sara masih teresak menangis. Segala ucapan umi dan abah kembali menampar realitinya, yang semua yang berlaku siang tadi bukan mimpi.

    "Ustaz Azhar ke yang buat kau macam ni?" Ghaz menyoal. Rahangnya mengeras. Sedikit tak dapat nak terima yang Sara dihentam begini. 

    "Abah tampar saya. Umi pukul saya. Tapi saya faham je kenapa. Saya tahu kenapa dia orang marah sangat." Esakan Sara dah berkurang. Sesekali dia menarik cecair jernih yang terasa nak turun dari hidung.

    "Umi cakap, saya sama macam arwah mak. Dia menyesal jaga saya dari kecil sampai dah besar macam ni." Sara menyandarkan kepalanya ke dada Ghaz, rasa lembik sangat sampai nak angkat kepala pun tak larat.

    "Stt, dengar dulu." Sara melingkarkan tangannya ke pinggang Ghaz apabila lelaki itu berusaha untuk melerai pelukan. 

Tubuh kaku Ghaz diusap, cuba menenangkan sebab Sara tahu lelaki ini mula terpancing emosi dan Sara masih belum bersedia nak berdepan dengan drama yang lain. Entah itu bebelan Ghaz, pergaduhan Ghaz dengan Eilyas atau dengan ahli keluarga yang lain semata sebab Sara.

   "Abah dulu pernah buat program dakwah jalanan. Masa tu dia jumpa mak yang tengah mengandungkan saya." Sara menghela nafas. Cuba menyusun ayat dan menahan pedih luka yang berdenyut.

   "Saya faham kenapa umi label saya rendah sama macam mak. Mak pernah cuba goda abah sampai hubungan dia dengan umi retak. Tapi umi baik, dia tetap nak pelihara saya, jaga saya sampai besar panjang macam ni dan tak berdendam." Sara memejam mata apabila tubuh Ghaz terasa lebih rileks. 

   "Tapi tu bukan tiket untuk dia orang buat kau macam ni." Hampir 10 saat senyap, barulah Ghaz memberi respons.

   "Hukuman saya tak seberapa kalau nak banding dengan hukuman Hawa nanti kalau umi dan abah tahu hal sebenar." Perlahan Sara membalas. 

Ada rasa terkilan yang mengasak. Selama ini dia anggap Hawa sama macam Amaya. Adik yang dia sayang, adik yang dia percaya bahkan jadi tempat Sara untuk berkeluh kesah. Tak sangka Hawa rupanya menyimpan rasa tak puas hati sampai sanggup nekad.

   "Hawa?" Ghaz kerut dahi. Apa kena mengena dengan Hawa?

   "Dia mengaku malam tu, dia yang buat saya mabuk. Dia mengaku, dia yang suruh saya spiked minuman awak masa saya separuh sedar. Dia yang hantar gambar kita dan bagitau semua dekat abah dan umi." Sara memberitahu ringkas.

   "Umi dengan abah tahu tak?"

Geleng. Sara tak nak keruhkan keadaan. Bukan dalam masa terdekat ini dia nak buat pembelaan diri. 

Sekurang-kurangnya dia nak keadaan redah dulu dan umi jadi lebih tenang sebab dia tahu, apa pun yang akan dia cakap nanti susah nak diterima kalau umi masih tersulut emosi.

   "Saya nak biar keadaan tenang sikit sebab tadi abang bagitau yang kesihatan umi drop. Dia terkejut sangat agaknya." Pelukannya pada Ghaz dilonggarkan. Duduknya ditegakkan menghadap lelaki itu.

   "Awak tak akan tinggalkan saya kan?" Entah kenapa soalan itu yang terkeluar. 

Mungkin Sara dah hampir hilang keluarganya dan dia dah rasa sakit ditinggalkan itu macam mana. Entah apa akan jadi kalau Ghaz pun sama pergi.

Ghaz senyum sebelum tubuhnya ditundukkan sedikit, mencuri kucupan Sara. Hanya sesaat dan sekadar menyentuh hujung bibir yang bebas dari luka.

   "I've told you, my Belle. Aku tak akan pergi mana-mana." Kepala Sara diusap.  

   "Saya nak tidur sini malam ni, boleh? Tapi tak nak tidur dekat bilik tetamu." Sara kembali memeluk Ghaz. Sengaja mengalih topik dan sengaja juga memeluk tubuh kekar di depannya ini sebab tak nak Ghaz nampak mata dia yang kembali berair.

Tuhan, jangan ambil Ghaz. Sara cuma ada Ghaz je sekarang.

   "Boleh." Ringan Ghaz membalas.

   "Terima kasih." Sara berucap perlahan.

Terima kasih sebab selalu ada untuk Sara walaupun Sara selalu menolak. Terima kasih sebab selalu sabar ketika Sara berkeras untuk berpisah. Terima kasih sebab bertahan walaupun Sara sekarang ini rasa terlalu rapuh berjuang untuk hubungan mereka.

Terlalu banyak yang Sara nak ucap, tapi dia tak larat. Selain sebab bibirnya masih perih, mental dan fizikal dia juga lelah. Entah sejak bila Sara tertidur, yang pasti malam itu lenanya nyenyak bertemankan Ghaz dengan hati yang yakin dengan 'mereka'.





Epilog mungkin lewat sikit.

Continue Reading

You'll Also Like

589K 16.4K 39
KEPADA SESIAPA YANG DAH PERNAH BACA, AISHA NAK INGTKAN NI VERSI EDIT YE. JALAN CERITA AKAN SEDIKIT BERUBAH ❤ Menjadi anak buangan tidak pernah diimp...
1.8M 93.1K 60
-"Mungkin kau bukan yang sempurna. Tapi kau lah yang teristimewa"- ---- IQBAL Fahim. Diantara kawan - kawannya, dia lah yang paling...
115K 9.5K 21
[ ᴇᴍɪᴇʀ ʀᴀʏᴅᴀɴ ʀᴀʏʏᴀɴ ᴀᴅᴀᴍ ] [ ᴀʀʙᴇʟʟ ᴇᴅᴇɴ ʜᴀɪᴢᴇʟ ] Semuanya seperti mimpi yang sering diingini oleh semua manusia untuk menjadi kenyataan... Arbell...
103K 361 1
[ UPDATED VERSION || V1 ] *Plot cerita mungkin sedikit berubah dan terdapat watak-watak yang sudah tiada dalam cerita* Kematian? Perkataan itu umpam...