Until We Meet Again |Hakim Uw...

By missnovelmine

18.7K 1K 494

-Second book: UWMA | Hakim Uwais- . . . -Hakim Uwais- "Ya, aku cintakan dia. Puas hati kau?" -Diandra Adryan... More

๐‘ƒ๐‘Ÿ๐‘œ๐‘™๐‘œ๐‘” ๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 1๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 2๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 3๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 4๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 5๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 6๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 7๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 8๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 9๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 10๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 11๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 12๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 13๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 14๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 15๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 16๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 17๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 18๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 19๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 20๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 21๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 22๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 23๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 24๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 25๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 26๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 27๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 28๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 29๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 30๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 31๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 32๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 33๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 34๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 35๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 36๐Ÿ
Part 37๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 39๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 40๐Ÿ

๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 38๐Ÿ

391 28 1
By missnovelmine

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

"Puan betul ni boleh duduk sorang - sorang? Kalau Puan takut, takpe saya tak pergi. Saya boleh teman Puan sampailah Tuan balik," Kata Endra dengan wajah yang agak cemas. Diandra menggeleng seraya tangan naik mengusap lembut bahu Endra.

"Tak perlu Endra, saya boleh jer duduk sorang - sorang. Awak balik lah Endra, anak awak tengah sakit. Dia perlukan awak sebagai ibu untuk jaga dia. Pasal saya awak tak perlu risau, saya boleh jaga diri..."

"Tapi Puan-.."

"Endra.." Diandra memintas. Dia faham Endra berbelah bahagi sama ada mahu pergi pada anak nya ataupun setia menjaga Diandra. Namun sebagai seorang ibu, Diandra memahami perasaan sebenar Endra.

Pasti wanita itu sangat risaukan tentang keadaan anak nya, jika perkara sebegini terjadi pada Diandra dia juga akan memilih untuk pergi kepada anaknya. Itu bagi seorang ibu. Manakan Diandra tidak dapat memahami.

"Pergi Endra. Anak awak tengah tunggu awak.." Kata Diandra membuatkan Endra menitiskan air matanya. Sungguh dia terharu dengan kemuliaan hati Diandra. Dia memeluk majikannya.

"Terima kasih Puan.. Terima kasih banyak - banyak Puan.."

"Tak perlu berterima kasih Endra. Saya faham perasaan awak, keadaan awak. Kita sama - sama seorang ibu. Jadi pergilah," Diandra melakar sebuah senyuman manis. Endra menganggung laju sebelum dia berlalu pergi.

Diandra menatap pemergian pembantu rumah nya, seraya tangan mengusap lembut perut nya sendiri. Dia tersenyum manis.

"Anak mummy.. Keluar cepat yer sayang.. Mummy tak sabar nak jumpa dengan anak mummy ni," Diandra berbicara dengan anak nya.

Malam menjelang. Jam yang berada di dinding rumah Diandra tatap lama. Sudah dekat jam 10:45 namun batang hidung Uwais masih tidak kelihatan. Sungguh Diandra kesunyian.

Sejak kandungan nya berusia 2 bulan, Uwais semakin sibuk dengan kerjanya memandangkan dia telah mendapat projek baharu. Rezeki anak mereka lah katakan. Namun kerana sibukkan kerja Uwais telah mengabaikan Diandra.

Sehingga pada hari cuti pun Uwais berkerja. Seperti sekarang lah. Hari Ahad pun masih berkerja. Punyalah dia mahu jayakan projek sehingga tiada masa langsung buat Diandra dan anak mereka.

Telefon dicapai lalu nombor suaminya didail.

"Hello?"

"Hello, yer Dian.." Jawab Uwais dengan nada suaranya yang kedengaran agak keras. Kepala di urut perlahan, dia sangatlah serabut ketika ini.

"You, bila you nak balik?" Tanya Diandra lembut. Dia rindukan Uwais, dia mahu bermanja dengan suaminya.

"I balik lambat sikit Dian. I ada banyak kerja lagi nak buat ni, banyak lagi yang settle. You tidur lah dulu"

"Tapi you.. I nak tidur dengan you. You balik lah awal, kerja tu boleh sambung esokkan?" Diandra cuba memujuk Uwais. Sebernanya dia lebih kepada takut bersendirian, dengan jam yang telah menunjukkan pukul 11:00.

"Dian please. I taknak tinggi suara dengan you, I taknak marah - marah you. Tolong faham apa yang I cakap tadi" Mendatar suara Uwais.

"Okay.. I faham"

"Good. Bye." Terus talian dimatikan. Wajah Diandra mendung. Namun dia tidak berputus asa, Diandra cuba mencari cara lain untuk memastikan Uwais pulang awal.

Sekali lagi nombor Uwais di dail. Apabila Uwais mengangkat call, wajah Diandra yang mendung terus bertukar ceria.

"You! I teringin nak makan daging salai, you tolong belikan boleh tak? Please.. I teringin sangat youuuu" Suara Diandra bertukar manja.

"Daging salai? Mana nak cari daging salai tengah - tengah malam buta ni Dian? You jangan minta benda pelik - pelik boleh tak?" Uwais mulai rimas.

"Alaaaaaa.. Tapi teringin nak makan. Bukan I yang nak sangat, baby ni yang nak makan. You tak kesian dekat anak kita ker?"

"Dian. Tolong lah, I banyak kerja tau nak buat, please jangan minta benda pelik - pelik macam ni" Uwais menahan sabar.

"Eeee, tak kira! I nak you beli jugak! I nak makan! I nak daging salai! Nak daging salai! NAK DAGING SALAI!!!" Diandra menjerit seperti kanak - kanak yang protes. Membuatkan Uwais tidak dapat menahan kesabarannya, lalu menjerkah Diandra.

"Diandra Adryana!"

"Apa yang perangai macam budak - budak tak cukup umur ni?! You tak faham bahasa ke I cakap apa?! I busy! I takde masa lah nak layan you punya perangai yang mengada - ngada minta benda pelik - pelik tengah malam buta ni!"

"You ingat I ni tak ada kerja lain ke nak buat?! Nak hadap perangai bodoh you ni jer! Jangan semakkan kepala I dengan kerenah you lah Diandra! Stop calling me or I block you!" Tengking Uwais sehingga Diandra menitiskan air matanya. Kemudian Uwais meletakkan panggilan.

Diandra menekup mulut nya menggunakan kedua - dua belah tapak tangan. Dia terasa dengan ayat Uwais. Sanggup suaminya memanggil nya 'bodoh'?.

Diandra cuma mengidam. Salahkah dia mengidam daging salai? Uwais boleh usaha carikan di mana - mana kedai yang masih buka. Air mata diseka perlahan lalu dia mendail nombor Lisa. Dia teringinkan daging salai.

Jika Uwais tidak dapat memenuhi permintaanya, biarlah dia meminta Lisa yang memenuhi permintaannya.

"Hello Lisa," Suara Diandra sedikit serak membuatkan Lisa mengerutkan dahinya sedikit.

"Dian? Apahal dengan suara kau ni?"

"T-tak ada apa.. Aku sakit tekak," Diandra berbohong.

"Takpayah nak menipu lah Diandra. Kau sakit tekak? Kau tu nak sakit pun susah, tak ada maknanya sakit tekak. Kau menangis kan?" Tembak Lisa. Diandra terkedu, air matanya di kesat lembut.

"Haha.. Kau ni pandai - pandai jer.. Untuk apa aku nangis? Kau ingat aku ni cengeng sangat ker?"

"Yer. Kau memang tak cengeng.. Tapi bukan dengan abang aku." Kata - kata Lisa membuatkan Diandra sekali lagi tersentak. Sungguh, Lisa memang telah arif dengan sikap Diandra. Kau goreng lah macam mana pun, kalau namanya Lisa memang akan terbongkar juga.

"Cakap. Apa yang abang aku dah buat sampai kau menangis macam ni? Tak elok untuk baby kau tu tahu tak? Kesian anak buah aku, mak dia hari - hari menangis. Makan hati dengan bapak dia," Selamba Lisa berkata sedemikian.

"Lisa!"

"What? Im talking the truth. Kau nak makan apa pulak ni? Meh aku belikan.. Aku pun tengah free sekarang ni, takde benda nak buat.." Kata Lisa lagi. Diandra menguntum senyuman lebar.

"Nak daging salai!"

"Kepala otak kau!" Meninggi suara Lisa tatkala mendengar permintaan Diandra. Daging salai tengah malam buta? Orang gila pun tak minta benda - benda macam ni.

"Hmm.. Kenapa?.." Meleret suara Diandra.

"Siapa yang jual daging salai malam - malam buta macam ni Diannnnnn..."

"Tapi, baby nak makan daging salai. Belikan lah untuk baby aku ni, kesian dia. Mengidam.."

"Baby? Baby ker kau yang nak melantak?" Tembak Lisa lagi membuatkan Diandra ketawa kecil.

"Gelak - gelak! Aku picit hidung kau sampai tersepit baru tahu!"

"Boleh lah Lisaaa.. Kau tak kesian kat aku ker?" Diandra memujuk.

"Kalau tak kesian, aku dah lama delete nombor kau dari telefon aku ni tau! Bengong!"

"Ni! Abang aku mana? Dia tak tahu ker kau mengidam nak melantak benda bukan - bukan ni?" Tanya Lisa. Diandra tidak membalas, dia hanya membisu.

"Dian?"

"Dian answer me! Mana abang aku?" Tegas Lisa. Diandra masih membisu. Dia tidak mampu membalas kerana hatinya bagai ditoreh membuatkan dia hanya mampu menahan tangis.

"Abang aku tak balik - balik lagi ke Dian? Hujung minggu macam ni pun abang aku still kerja lagi ke Dian?"

"Diandra aku bertanya dan aku nakkan jawapan bukan kau membisu macam ni je," Lisa berkata lagi.

"Yer Lisa. Is masih di pejabat. Puas?" Diandra membalas dengan perlahan. Ada sedikit serakkan di suaranya. Mendengarkan jawapan Diandra, Lisa memejamkan matanya rapat seraya mulut terkumat - kamit memaki abang nya.

"Hujung minggu? Even hujung minggu macam ni pun along aku tu still kerja jugak?!"

"Yer,"

"What the-.." Lisa menahan diri dari melepaskan carutan.

"Lisa, its okay. Aku faham, Is nak cari rezeki untuk aku dengan anak kitorang.. Aku tak salahkan dia pun kalau dia takde masa untuk aku. Aku faham dia, aku taknak bebankan dia dengan perangai bodoh aku ni.." Diandra menahan hati yang terluka kerana kata - kata Uwais sebentar tadi.

"Dian!"

"Cukup Lisa. Is suami aku, dah jadi tanggungjawab aku untuk faham dia.."

"Then tanggungjawab dia untuk jaga kau yang mengandungkan anak dia ni pulak macam mana? Jangan jadi bodoh lah Dian!" Marah Lisa. Walaupun Diandra tidak bercerita penuh tentang Uwais pada Lisa namun Lisa pasti sudah masak dengan sikap abang nya itu.

"Boleh tak kau stop pertahankan along aku yang tak sedar - sedar diri yang dia tu ada tanggungjawab besar kat rumah dia ni!"

"Lisa,"

"Kau ni kan Dian, kalau dah cinta tu.. Dia makan taik pun kau still akan kata benda tu bersihkan?" Dingin Lisa. Diandra hanya membisu. Tiada jawapan kerana apa yang dikatakan Lisa itu benar.

Kerana CINTA dia pada Uwais membuatkan dia buta. Walau besar macam mana pun salah Uwais pada dia, kemaafan buat lelaki itu tidak akan pernah hilang.

"Dah, kau tunggu kat rumah tu. Aku pergi carikan daging salai kau tu, kalau tak ada aku beli satay. Kau jangan nak pandai - pandai keluar rumah pulak! Duduk dalam rumah tu diam - diam!" Lisa memberi arahan membuatkan Diandra tertawa kecil.

"Okay! Tq Lisa Aryani best friend aku yang terpaling BESTTTT sekali!"

"Uwerkkkk! Nak muntah hijau aku dengar ayat kau! Cau!" Kemudian talian diamatikan. Diandra meletakkan telefon di atas katil sambil tersenyum hambar.

Lisa. Walaupun mulutnya berkata kasar namun hatinya tetap lembut. Dalam marah pada Diandra, masih lagi mahu menuruti permintaan rakan nya itu.

Diandra mengusap perut nya.

"Anak mummy.. Nanti kalau sayang dah lahir nanti, dah besar.. Anak mummy kena sayang maksu Lisa lebih tau!" Kata Diandra dengan senyuman nya.

"Sebab maksu Lisa antara orang yang paling penting dalam hidup mummy.." Sambung Diandra lagi sambil matanya memandang ke luar tingkap dengan pandangan redup. Tangan tidak lepas dari mengelus perutnya penuh kasih.





































•1527 word•

Uwais ni.. Macam setan jer perangai tu eh!

Continue Reading

You'll Also Like

465K 11.5K 30
In a district where danger lurks around every corner, Isaac North tries to live a normal life, but quickly finds himself entangled in a perilous roma...
647K 28.6K 41
แ€’แ€ฎแ€‡แ€แ€บแ€œแ€™แ€บแ€ธแ€œแ€ฑแ€ธแ€€แ€แ€ฑแ€ฌแ€ท แ€แ€ปแ€™แ€บแ€ธแ€žแ€ฌแ€แ€ฒแ€ทแ€กแ€œแ€ฝแ€พแ€ฌแ€€แ€ผแ€ฌแ€ธแ€€ แ€…แ€ฏแ€ถแ€แ€ฝแ€ฒแ€แ€…แ€บแ€แ€ฝแ€ฒแ€›แ€ฒแ€ทแ€กแ€ญแ€™แ€บแ€‘แ€ฑแ€ฌแ€„แ€บแ€›แ€ฑแ€ธแ€•แ€แ€ญแ€•แ€€แ€นแ€แ€แ€ฝแ€ฑแ€กแ€€แ€ผแ€ฑแ€ฌแ€„แ€บแ€ธแ€€แ€ญแ€ฏแ€›แ€ฑแ€ธแ€–แ€ฝแ€ฒแ€ทแ€‘แ€ฌแ€ธแ€แ€ฌแ€•แ€ซแ‹ แ€™แ€ญแ€”แ€บแ€ธแ€แ€œแ€ฑแ€ธแ€แ€ญแ€ฏแ€„แ€บแ€ธแ€›แ€ฒแ€ท แ€กแ€ญแ€™แ€บแ€™แ€€แ€บแ€€แ€แ€ปแ€™แ€บแ€ธแ€žแ€ฌแ€แ€ฒแ€ทแ€กแ€™แ€ปแ€ญแ€ฏแ€ธแ€žแ€ฌแ€ธ...
150K 2.6K 130
NOT MY STORY, NOR MY TRANSLATION For Offline Reading Purpose Only Author(s) ้นฟ่ฟŸ Summary Sheng MuMu was transmigrated into a novel. While others transm...
225K 5.1K 50
A simple girl who works for her boss as a personal assistant. Right, expect he is dangerous. She just doesn't know it. He's a mafia boss. He saves h...