VILLAIN : SHE THE LOST MOON

נכתב על ידי SyuAme

1K 72 3

Selepas kematian aku, Aku terbangun di dunia lain. Yep! Macam cerita Isekai. Aku masuk ke dunia fantasi novel... עוד

EPISODE 1 : The Welcome
EPISODE 2 : Become Antagonist
EPISODE 3 : Meet The Protagonist
EPISODE 4 : Welcome Ceremony
EPISODE 5 : Duel & New Dog
EPISODE 6 : MY TEACHER IS MY FAMILIAR!?
EPISODE 7 : New Challenge Part 1
EPISODE 8 : New Challenge Part 2
EPISODE 9 : Order Themera?
EPISODE 10 : Are you sure this is Exam?
EPISODE 11 : End of Float Island Field Exam
EPISODE 12 : BAD NEWS!!!
EPISODE 13 : Prime Minister, Rank, Door
EPISODE 14 : RED TYRANT ARC PART 1
EPISODE 15 : RED TYRANT ARC PART 2
EPISODE 16 : RED TYRANT ARC PART 3
EPISODE 17 : RED TYRANT ARC PART 4
EPISODE 18 : RED TYRANT ARC PART 5
EPISODE 19 : RED TYRANT ARC PART 6
EPISODE 20 : RED TYRANT ARC PART FINALE
EPISODE 21 : Post- Red Tyrant Arc
GALLERY 1 : Munechika Mikazuki
GALLERY 2 : HARPYCLAW DORM
EPISODE 22 : New Smartphone & GORGON
EPISODE 23 : GORGON PART 2
EPISODE 24 : Simon's Food & New Bad News
EPISODE 26 : Kidnapped
EPISODE 27 : Meeting The Great Three Arc Part 1
Episode 28 : Meeting The Great Three Part 2
Episode 29 : Meeting The Great Three Part 3
Episode 30 : GORGON EGG IS HATCHED!!?
Episode 31 : The Terrorist at The SCHOOL!? Part 1

EPISODE 25 : Date

21 2 0
נכתב על ידי SyuAme

Selepas Arcane Watcher Tiba di Kediaman Raven, Designer baru Mika turut tiba dan mula melakukan pekerjaannya. Kerana Pemilihan warna, Saiz, permata dan benda tak berguna yang lain-lain lah, Roh Mika hampir diambil oleh Malaikat Maut kerana kepenatan.

"Anak Gorgon ye.... Kau makin lama makin gila, Mika-kun." Puji Crowley.

"Nak buat macam mane? Ni perjanjian dan Hasrat terakhir Medusa. Aku tak boleh buang tanggungjawab aku lepas bunuh Mak dia."

"Tapi kau pandai ke jaga budak? Kau kan sibuk dengan The Great Three dengan perang nanti."

Kata-kata Crowley membuatkan Mika tersentak. Crowley tahu apa maksud disebalik wajah terkejut Mika.

"Kau.... takde pengalaman kan? dan kau.... Nak jaga Anak Gorgon, Seekor Monster yang boleh mengubah apa-apa yang dia nampak jadi batu? Kau nak jaga Benda tu walaupun kau tak tahu nak jaga?"

Hati Mika ditusuk dengan Mulut tajam Crowley.

"A-Aku....akan minta tolong Simon---dan!! Jangan panggil dia Monster atau benda!! Dia tu akan jadi keluarga aku!!"

"Mika, Kan aku dah cakap semalam." Albert mencelah pembincangan Arcane Watcher. "Simon Hantar Beruang Kat Llyod untuk berlatih. Dia tak layak jadi pengasuh."

"Kau nak ke Budak tu dijaga dengan Simon? Kalau dia anak aku, memang tak lah aku nak bagi kat Simon." Lanjut Albert.

"Aku cuma nak minta saranan dari Simon je. bukan aku nak jadikan dia Pengasuh."

"Apapun, Pastikan Kau bertanggungjawab terhadap Anak Gorgon tu, Mika-kun. Gorgon bukanlah Makhluk yang jinak. Mereka boleh bunuh sesiapa sahaja bila mereka keluar daripada cengkerangnya. Ini tugas yang berat." Jelas Crowley.

"Pengorbanan yang berat pasti dibalas dengan hasil yang bagus."

Mika tersenyum sinis, "Aku perlukan Mata Gorgon yang asli dan masih segar untuk peperangan nanti."

*******

Ochana, Ibu Kota kerajaan Lithen dan tempat di mana Arcaton Citadel, Istana Maou berada. Athena Academy Berada berhampiran dengan Ochana iaitu di sebuah Pulau tepat sebelah Ochana.

Suasana jalan raya dan pasar amatlah sibuk kerana Ada pengumuman bawahan The Great Three akan berkumpul di Arcaton Citadel. Sudah pasti akan ada banyak Khabar angin yang mengarut tentang peperangan.

"Aku dengar The Great Three berkumpul sebab nak balas peperangan Dengan Vuitish."

"Mungkin nanti akan ada tawaran kemasukan Tentera. Yelah, Diorang kan perlu tentera untuk lawan Musuh."

"Apa yang The Great Three Buat sampai Vuitish ajak perang? Seingat aku, Peperangan Ni kan dah habis lepas Hilangnya Maou Zororis dengan Commander Julia."

"Kalau Lithen Kalah nanti, Macam mane dengan kita semua? Apa kita akan jadi tahanan Kerajaan Vuitish?"

"Kalau berperang nanti, Mesti Tambang dengan Cukai naik."

Slupp... Mika menjilat Aiskrim Strawberry dengan tenang sambil mendengar gosip makcik makcik bawang.

"Entah kenapa aku rasa aku lah punca diorang semua risau." Fikir Mika.

"Nak buat macam mane? Diorang mestilah risau kalau Lithen Jatuh. Hidup diorang mungkin akan jadi hamba kalau Lithen jatuh. Lagi-lagi bangsawan." Jelas Albert yang berjalan di sisi Mika.

Seperti yang dijanjikan, Mika dan Albert keluar bertemu janji setelah proses pembuatan baju Mika selesai.

Untuk tidak kelihatan menonjol dan tertangkap dengan murid dari Athena, Mereka memakai Kerudung hitam yang labuh di siang hari. Tanduk Albert boleh menarik perhatian orang ramai, jadi Dia menghilangnya dengan magik walaupun tu takkan bertahan lama kalau dia guna magik lain.

"The Great Three berkumpul sebab aku. Macam mane kalau diorang tak terima aku, Albert?"

"Baru sekarang kau nak risaukan? Aku ingatkan Kau punya Confident tu tinggi sangat sampai yakin sangat yang The Great Three setuju kau. Siap lagi cari anjing baru yang berguna. Terutamanya Si Gorgon tu."

"Albert, Kau langsung tak membantu aku."

Ketika mereka berdua berjalan dengan damai dan tenang, Tiba-tiba sesuatu kejadian mengacau suasana yang damai itu.

Di tengah-tengah bandar di mana terdapat sebuah Air pancut yang besar. Tempat tersebut menjadi Jalan utama yang menghubungkan kepada beberapa jalan yang lain. Situasi di sana agak huru-hara di mana terdapat orang ramai yang berkumpul.

"Apa yang berlaku kat sana, Albert?"

"Mmm... Aku tak pastilah. Biasanya, Bila The Great Three berkumpul, Akan ada Festival tapi... Lepas dengar Vuitish nak berperang, Aku tak rasa ini masa yang sesuai untuk buat festival."

"Ada satu cara je kita nak tahu. Jom kita tengok---"

Bukkkk!!!!

Ketika Mika hendak mendekati kerumunan orang ramai itu, Seseorang terlanggarnya secara tak sengaja. Itu buatkan Mika hampir kehilangan keseimbangan tetapi berjaya diselamatkan oleh Albert.

"Ah!! Maaf!! Aku tergesa-gesa ni!!" Ucap Orang tersebut lalu berlari pantas meninggalkan Mika dan Albert.

Orang tersebut berlari melepasi Mika dan sesuatu perasaan yang aneh dirasai oleh Mika. Dia melihat rambut emas yang berkilauan yang membuatkan Mika sangat terkejut. Dia terus menoleh ke belakang nak melihat kepergian lelaki itu.

"Mika, Kenapa ni?"

"Lelaki tu....."

"Lelaki tadi? Apa kau rasa sesuatu tak kena?"

Mata Mika menjadi tajam.

"Eve."

[Data Lost Sword diaktifkan]

******

Nama : Xavier Avelvel Rufus De Jesper Jarvis

Umur : Unknown

Familiar : Unknown

Spesies: Unknown

[Data Skill, Ability, Stat tak boleh diakses]

******

'Aku dah agak dah..... Tak sangka aku akan bertemu orang tu lebih awal. Seseorang yang mana lebih kuat daripada Karakter aku termasuklah Albert. Karakter sampingan yang overpower tapi tak masuk ke jalan cerita utama. Seseorang yang paling aku perlu awasi.'

'Xavier, The Tyrant Emperor of Breoniel Empire.'

"Nampaknya Lithen perlukan Sekuriti yang lebih ketat. Sape sangka yang Raja dari Kerajaan lain boleh berlari senang lena kat Kawasan musuh." Gumam Mika yang menganggap perkara ini sangat menarik.

"Patut ke aku hantar orang untuk awasi musuh yang kau katakan?"

"Tak perlu. Orang tu takde keinginan untuk menakluk Lithen."

Albert menerima perintah Mika tanpa sebarang bantahan. Mereka berdua memasuki kerumunan orang ramai walaupun agak sesak.

Apabila melihat perkara yang menarik perhatian orang ramai itu, Mika dan Albert terdiam membisu.

Terdapat beberapa orang membuat persembahan silap mata dan sebuah pasukan Sarkas.

"LADIES AND GENTLEMAN!!! IT'S SHOWTIME!!"

Sekawan Burung merpati putih keluar daripada topi yang membuatkan para penonton makin heboh. Mika terpaku akan pertunjukkan tersebut.

Dia sangat suka akan pertunjukkan silap mata sejak kecil lagi. Akan tetapi, sejak kematian keluarganya, Mika tak dibenarkan untuk menonton pertunjukan silap mata disebabkan ibu bapa angkatnya iaitu pakcik dan makcik yang menganggap Mika seekor Monster.

"Kenapalah manusia masih sukakan trick lama ni? Diorang kan dah boleh gunakan magik. Kenapa diorang masih sukakan silap mata-Erk!!" Komen Albert tergantung apabila kepalanya tiba-tiba terasa sakit.

"Ibu!!! Tengok!!! Ada Ahli Silap Mata kat sana!!"

Mika yang berumur 8 tahun berlari menuju ke arah pertunjukkan ahli silap mata tersebut.

"Mika!! Kejap!! Kamu tak boleh lari ke sana!!"

Seorang wanita wanita berambut hitam kemerahan mengejar Mika dengan laju.

"Yare-Yare, Adik kamu suka sangat menghilangkan diri. Inilah kenapa Ayah tak berapa suka bawak dia ke sini." Komen Lelaki yang berambut putih sambil mendukung seorang Kembar yang serupa dengan Mika.

"Ayah pun tahu kan. Mika kan nakal. Dia sangat tak matang bila ke Taman." Balas Sang Kembar Mika.

"Dan satu-satunya anak lelaki ayah ni pulak, terlalu cepat matang. Kenapa kamu tak bergembira macam budak-budak zaman sekarang?"

"Apa gunanya saya bersikap macam kanak-kanak bila tahu yang Mika dalam bahaya?"

"Ahh.... Kamu betul-betul sayangkan adik kamu, Ken. Ayah tahu kamu rasa tertekan dengan tanggungjawab untuk lindungi Mika tetapi janganlah kamu hilangkan emosi kamu. Mika tak nak Abang kesayangannya bergerak macam patung."

"Saya tahu...."

"Mika!! Kan Ibu dah cakap!! Jangan lepaskan tangan ibu!! Macam mane kalau kamu kena culik!?" Wanita itu marah akan Mika dengan nada tegas.

"Tapi Ibu!!! Mika nak tengok!!"

"Kalau kamu nak tengok, Kamu kena bagi tahu Ibu dan jangan lepaskan tangan ibu!!"

"Maa... maa... Sayang, janganlah marahkan Mika. Dia masih kecil." Tegur lelaki itu.

"Awak pun sama! Asyik nak manjakan dia je! Macam mana kalau dia-" Jari telunjuk diletakkan pada bibir wanita itu.

"Ahh... Shusshh.... Awak tak payah nak marah sangat. Kita datang ke sini nak berseronok bukan nak marah."

"Betul tu, Ibu. Saya sokong Ayah."

"Dua anak-beranak ni kan...."

Mika menarik kain Skirt Ibunya yang membuatkan wanita itu menoleh ke arahnya.

"Ibu.... Bolehlah.... Jom kita tengok..."

Wajah Mika sangat lah comel yang boleh menyebabkan seseorang terkena serangan jantung.

"Betul tu. Jomlah, Sayang~"

"Ibu, Saya nak tengok juga~"

Sang Ayah dan Sang Kembar turut membuat Wajah Comel untuk mencairkan Hati Sang IBU yang keras. Kerana terlalu terang akibat kecomelan melampau, Sang IBU terpaksa mengalah.

"Yelah.... Kita pergi."

"YEAHHHHH!!!!"

Mereka sekeluarga berjalan bersama menuju ke kawasan pertunjukkan dengan wajah yang gembira.

'Memori? Tak.... Ini....'

Mata Albert tertuju ke arah Wajah kagum Mika.

'Memori Mika?'

Mika menyedari yang Albert menatap ke arahnya dengan lama.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" Soalnya dengan bingung.

"Takde pape.... Kau suka pertunjukkan silap mata ke?"

"Kalau betul pun, kenapa?"

Albert hanya membalas dengan senyuman halus, "Kau ada Sisi yang comel, Mika."

"Hah? Kau puji aku ke kau ejek aku?"

"Lupakan jelah. Kau takkan faham."

Selepas pertunjukkan tersebut tamat, Mika dan Albert berjamu selera di Sebuah Cafe berdekatan.

"Mnhh!!! Aku paling suka dengan manisan!! Tak menyesal aku pilih tempat!!" Puji Mika dengan gembira sambil menyuap ke dalam mulutnya.

"Kalau kau makan banyak nanti, Gigi kau boleh rosak, Mika." Tegur Albert dengan senyuman halus. Dia kelihatan sangat gembira melihat sikap budak-budak Mika.

"Nak buat macam mane? Aku suka sangat dengan Benda manis. Kalau gigi aku rosak, Aku tinggal panggil doktor je." Balasnya dengan bangga dan tidak berasa risau.

Tiba-tiba, sudu yang besar mendekati bibir Albert.

"My little Dog, Open your mouth." Ucap Mika dengan nada menggodakan.

Albert hanya menghelakan nafas apabila melihat kelakuan Mika. Dia membuka mulutnya dan memakan Kek yang disuap oleh Mika.

"Macam mane? Sedapkan!?" Soalnya dengan gembira.

"Ahh.... Ye... Sedap..."

"Hehehe~" Mika tersenyum sinis melihat Wajah Murung Albert.

"Mika.... Kau tahu kan.... Apa maksud semua ni...."

"Aku tahu. Aku tahu yang kau tak berapa suka dengan benda manis. Itulah sebabnya aku nak buli kau." Sekali lagi, Mika cuba menyuap Albert dengan kek Coklat, "Buka Mulut, Ahhh..."

"Ughh...."

Nak tak nak, Albert terpaksa membuka mulutnya. Mika sangat gembira melihat Wajah terseksa Albert. Ini menunjukkan dia ada sifat sadis.

"Korang.... Seriuslah?"

Suara yang amat dikenali membuatkan Mika dan Albert terkejut. Mereka berdua melihat Jax dan Gilbert berdiri dengan wajah cemburu.

"Aku tahulah korang berdua ni lovey-dovey lovebird tapi boleh tak jangan korang terlalu mesra kat kedai aku?" Tegur Jax.

"Ara? Apa kau cemburu sebab kitorang berdua terlalu mesra?" Sindir Mika.

"Ya!! Ada masalah ke!!? Aku cemburu dengan korang sebab aku tak dapat sorang pun perempuan sejak masuk Athena!! Kenapa takde perempuan yang nak kan aku yang hensem dan terbaik ni!!?"

PAKK!!! Kepala Jax dipukul dengan dulang oyang dibawa oleh Gilbert.

"Oi!! Gilbert!! Asal kau pukul boss kau!? Kau nak kena pecat ke!?"

"Walaupun kau boss, kau kena hormat privasi pelanggan. Lagipun, Kau takde hak nak pecat aku. Ini Cafe Abang kau, bukan kau."

"Tapi Aku tetap Boss juga!! Sebab Abang aku---"

Tapp.... Di bahu Jax, terdapat sebuah tangan yang memegangnya bahunya dengan kuat.

"Jaaaaaxxxx....."

Suara yang Jax Kenali itu buatkan Lelaki itu tersentak ketakutan.

"Ja-Ja-Ja-Jacob......" Jax menggigil ketakutan sehingga percakapannya menjadi tergagap-gagap.

"Bu-bukan ke kau ada persembahan ke? Ke-Kenapa kau ada kat sini?"

"Mmm.... Kau rasa kenapa?" Balas Lelaki itu, Abang kepada Jax, Jacob Jacques.

Matanya tertutup ke arah Pasangan yang mesra tadi, "Korang berdua ni... Aahhh... Pasangan yang tengok pertunjukkan aku tadi."

"Pertunjukkan? Apa kau----"

Bakkk!!! Dengan pantas, Mika Bangun dan terhentak meja makan tersebut.

"Ahh!! Kau Ahli Silap mata tadi!!"

Jacob mengambil topinya daripada kepalanya lalu diletakkan di dadanya.

"Senang bertemu lagi dengan anda, Mademoiselle."

Sekuntum bunga rose muncul di tangan Jacob lalu diberikan kepada Mika.

"Ara! Betapa sopannya anda, Monsieur Jacob." Balas Mika dengan senyuman.

Suasana antara Mika dan Jacob buatkan Jax berasa tidak sedap hati.

"Gek! Aku rasa tak sedap hati. Perempuan tergila dalam sekolah aku bertemu dengan Lelaki paling gila yang aku pernah jumpa dalam hidup aku. Dunia ni pasti dah nak kiamat."

"Apa kau cakap tadi, Jax?" Tanya Mika dan Jacob dengan serentak. Aura yang mengerikan dapat dirasakan oleh Jax.

"Takde Pape, Takde pape, Takde pape. Aku pergi buat kerja." Jax terus melarikan diri masuk ke dalam cafe bersama Gilbert.

"Maafkan atau sikap bodoh adik saya. Dia sangat tak matang walaupun dah masuk ke Athena." Ucap Jacob.

"Jangan risau. Jax tak banyak bagi saya masalah. Kalau dia buat masalah pun, saya yang selalu mulakannya. Lagipun, Itulah yang membuatkan Jax menarik."

"Aahhh.... Aku tak percaya budak tu tak pernah buat masalah." Gumam Jacob lalu memandang ke arah Mika, "Maaf menganggu temu janji anda, Mademoiselle. Sebagai tanda maaf, Kami akan berikan Kek tersedap kami secara percuma."

"Betul ke ni!?"

"Ya. Bila anda dah selesai, saya akan berikannya."

"Okay!!"

"Kalau begitu, saya minta diri dahulu, Mademoiselle."

Jacob meninggalkan pasangan mesra tersebut.

"Kau.... Betul-betul hiraukan aku bila dapat manisan kan?" Kata Albert.

"Ara? Apa kau cemburu?"

"Mestilah! Ini first date kita. Kenapa kau kena jumpa dengan orang lain? Tak boleh ke kau fokus kat aku je?"

Mika tersenyum sinis, "Aku faham. Aku takkan buat lagi. Maaf, Albert."

"Betul ni?"

"Betul. Tengok kau punya cemburu memang comel. Sape sangka Albert Rurveora, Sang Duke Tertinggi dari salah satu 13 keluarga utama, boleh cemburu."

"Walaupun aku naga, Aku masih ada hati sebagai Manusia, Mika."

"Okay, Okay, Okay. Aku minta maaf. Kita akan fokus pada First date yang kau impikan."

********

Malam pun menjelang setelah lama Mika dan Albert menghabiskan masa.

"Yahhh!!! Semuanya memang menyeronokkan!! Tak sangka pulak ada taman permainan kat dunia fantasi!!" Ucap Mika dengan gembira.

"Nee, Nee, Nee, Albert, Apa kau menangis?"

"Aku tak."

"Tapi kau macam nak menangis."

"Aku kata tak."

"Mesti kau menangis kan!! Yelah!! Sape tak nangis bila muka buruknya kena tangkap!! Hahaha!!!! Setiap kali aku tengok gambar ni, Perut aku macam nak pecat!! Hahaha!!"

Mika gelak ketawa terbahak-bahak sambil melihat gambar yang ditangkap ketika menaiki Roller Coaster bersama Albert.

"Mika, Bagi sini."

"Ehhh~Kenapa? Bagilah aku simpan! Ini kenang tahu tak!"

"Bagi sini. Aku tak nak kau simpan."

"Tak boleh!! Ini aku punya!! Kau kan dah ada kau punya!!"

"Mika, Yang kau pegang tu gambar buruk aku! Yang aku pegang ni, Gambar kau punya terlebih confident sampai tersungkur!! Tak sama!! Kau boleh sebarkan aib aku tahu tak!?"

"Tapi aku nak simpan yang ni!! Takde gunanya aku sebarkan aib kau kalau aku perlukan kau!!"

"Bagi sini."

"Tak nak!"

"Mika, kau punya annoying makin lama makin gila!!

"Sikap Annoying ni lah Keunikan tuan kau!!"

Selepas beberapa kali gagal merampas gambar aib tersebut daripada Mika, Albert akhirnya mengalah.

"Mika... Apa kau selalu macam ni?" Soal Albert sambil menghelakan nafasnya.

"Maa... Maa... Jangan risau, Albert. Aku cuma nak simpan sebagai kenangan je."

Mika duduk di sambil Albert di sebuah bangku. Bangku tersebut berada di kawasan tengah-tengah Ochana di mana terdapat air pancut yang besar.

Mereka berdua mendiamkan diri seketika sambil menikmati pesta tarian yang diadakan.

"Mika."

"Apa?"

"Apa kau.... ada kembar lelaki?"

Suasana menjadi hening.

"Macam mane...."

"Mika?----" Ketika Albert menoleh ke arah Mika, Dia terkejut melihat tatapan mengerikan Mika.

"Macam mane kau boleh tahu?"

Aura membunuh yang mengerikan dapat dirasakan oleh Albert.

Marah, Berwaspada, bersiap sedia untuk membunuh, obsesi (taksub / taasub) dan kurang.

Itulah apa yang Albert dapat rasakan ketika dia melihat Reaksi Mika.

"A-A-Aku.... tengok memori kau."

"Memori? Ahhh.... Macam tu...." Semua apa yang dirasakan oleh Albert terus menghilang dan Mika menjadi normal semula. Dia tidak lagi berwaspada atau pun marah.

"Aku belum pernah bagi tahu ye. Tentang Kembar aku."

"Belum."

"Aku sebenarnya ada Seorang Abang kembar. Dia serupa dengan aku. "

"Aku nampak ada 2 orang Mika dalam memori tu."

"Memanglah. Kau nampak kembar seiras. Tak ramai orang boleh bezakan aku dengan abang aku."

Mereka berdua mendiamkan diri seketika.

"Jadi.... Apa berlaku?"

"Abang aku mati. Bersama keluarga aku."

". . . . ."

"Disebabkan Oratnek."

"Oratnek? Bukan ke tu mustahil? Tak mungkin orang dari dunia ni boleh pergi ke dunia lain."

"Itulah kenapa aku tak boleh jumpa pembunuh keluarga aku kat dunia sana. Sebab dia berasal dari sini. Oratnek Bunuh keluarga aku dan Manusia di dunia aku menganggap semua tu disebabkan Kemalangan."

"Alasan kenapa aku mati hidup sampai sekarang disebabkan Sumpahan. Sumpahan di mana aku tak boleh mati."

"Keabadian..."

"Betul tu. Aku tak tahu kenapa tetapi Oratnek sebenarnya menarget aku, bukan Abang aku. Dia kata aku dan Abang sepatutnya dilahirkan sebagai seorang dan bukannya kembar. Disebabkan aku ialah yang lahir lambat, Dia mungkin menganggap aku sebagai penghalang."

"Abang aku mati dibunuh oleh Oratnek depan mata aku. Itulah kenapa aku nak bunuh Oratnek. Rasa dendam tu masih ada walaupun aku tak dapat carinya. Bila aku jumpa dia kat dunia ni, Aku nak dia mati terseksa."

"Oratnek berasal dari Vuitish. Apa kau cuba nak bunuh dia dalam peperangan, Mika?"

"Aku kata aku nak seksa dia. Aku tak boleh bunuh dia macam tu je. Dia perlukan balasan yang setara dengan apa yang dia dah buat."

"Kau memang perempuan pendendam."

"Hmph! Sape tak marah bila jumpa pembunuh yang bunuh keluarganya?"

Suasana menjadi hening semula.

"Aahhhhh!! Aku tak fikirkannya lagi!! Fikir pasal si bajingan tu buatkan kepala aku serabut!!"

"Jadi, janganlah fikirkannya."

"Itu agak tak membantu, Albert."

Mika bangun dari bangku tersebut lalu menghulurkan tangannya pada Albert.

"Albert!! Jom kita menari!"

"Aku tak suka menari---"

"Sape kesah!? Jom kita berseronok!!"

Tangan Albert di tarik lalu dibawak masuk ke pesta tarian yang meriah. Mika menari dengan gembira manakala Albert menari kekok.

Melihat Senyuman Ceria Mika membuatkan Hati Albert berasa tenang sekaligus berdebar-debar.

Pada malam itu, Kota Ochana diterangi dengan lampu-lampu dan pesta yang meriah.

"Ugghh... Aku memang tak boleh menari berpusing-pusing lagi...." Albert mengurut kepalanya yang pening selepas selesai menari beramai-ramai.

"Mika, Jom balik. Esok kita ada----Mika?"

Pemilik Nama itu tiada di sisi Albert. Melihat ketiadaan pemilik nama itu, Albert terus mencari kelibat Mika. Tiada di kawasan menari mahupun Area gerai.

"Mi....ka?"

Mikazuki telah menghilang.

"MHHHPPPPPPPPP!!!"

Dia diculik.

"Sial!! Perempuan ni tak boleh duduk diam!!"

"Oi!!! Ikat Kaki dia ketat!! Perempuan ni kuat sangat!!"

Kaki dan tangan Mika diikat dengan kuat manakala Kepalanya ditutup dengan karung guni.

'Penculik!? Biar betul!? Kenapa korang mesti culik time aku habiskan masa dengan anjing aku!!? Tak boleh ke hari yang lain!?'

"Kehehehehe!!! Kalau kau jadi budak baik, Kitorang takkan buat apa-apa. Kitorang cuma nakkan wang tebusan je----"

"Anak angkat Duke Raven."

'Jadi Anak Bangsawan memang menyusahkan rupanya---tak!! Ini bukan masanya untuk merungut!!! Aku risau yang Albert akan tunggu kat sana sampailah aku balik!!! Dia tu berperangai macam anjing!!! Kalau tuan anjing tak ambil anjingnya, Anjing akan tunggu di situ sampailah tuannya sampai!!!'

'KENAPA MESTI HARI NI AKU KENA CULIK!?'

*******

המשך קריאה

You'll Also Like

63.1K 321 3
Kisah athirah yang masih di bangku sekolah dimanfaatkan kepolosan nya oleh si tua.
225K 1.3K 15
Hye korang... Now aku nak share semula satu cerita best yang aku selalu baca dari dulu lagi... Tapi aku pun x tahu laa cerita ni kejap ada kejap xda...
14.9K 57 3
kisah ni menceritakan tentang kehidupan janda dan anak perempuan nya yang tinggal di kg
1.9M 4.4K 27
Sebuah kisah isteri ke arah cuckold