(C)His Possession (Wenhun)

Por Yeollie_Girl

13.1K 829 98

[#MALAY] Lima tahun berlalu sejak Miyoung lari dari Korea kerana takut akan kegilaan kekasihnya. Tahap obses... Más

HP [1]
HP [2]
HP [3]
HP [4]
HP [5]
HP [6]
HP [7]
HP [8]
HP [9]
HP [10]
HP [12]
HP [13]
HP [14]
HP [15]
HP [16]
HP [17]
HP [18]
HP [19]
HP [20]
HP [21]
HP [22]
HP [23]
HP [24]
HP [25]
HP [26]
HP [27]
HP [28]
HP [29]
HP [30]
THE END
Special Chapter

HP [11]

356 24 1
Por Yeollie_Girl


Vote bestie ❤️




Menurut Nanny Jane, Baekhyun itu sebenarnya lahir secara normal 20 tahun dulu. Baekhyun lahir dalam keluarga yang kaya-raya dan serba lengkap bersama kembar perempuannya.

Pada awalnya, ibu Baekhyun sangat gembira menyambut kelahiran Baekhyun dan si kembar. Tapi setelah 30 hari, kembar Baekhyun mengalami komplikasi di mana jantungnya tiba-tiba melemah.

Ini berikutan semasa di dalam kandungan, keperluan nutrisi banyak didominasi oleh Baekhyun selaku abang. Kembar Baekhyun lahir dalam keadaan kurang gizi dan beratnya juga separuh dari berat Baekhyun.

Ibu Baekhyun mengalami baby blues untuk masa yang agak lama kerana sedih meratapi kematian bayi perempuannya. Wanita itu terlanjur kecewa sampai mengabaikan anaknya yang satu yang masih hidup.

Ianya berlanjutan sehingga Baekhyun jarang menerima susu badan ibu sendiri. Baekhyun dulu masih aktif untuk anak seumurnya. Sehingga pada satu tahap di mana ibu Baekhyun stres menghadapinya ditambah kerana masa berkabungnya yang belum selesai.

Ibu Baekhyun menghempas pasu ke kepala Baekhyun sehingga Baekhyun mengalami demam panas yang mengakibatkan kerosakan pada otaknya. Baekhyun sihat beberapa minggu setelahnya, tapi sifatnya berubah.

Baekhyun seolah-olah dungu, tak mengerti cara hidup, bahkan untuk makan pun tak tahu bagaimana. Dia sampai perlu diajar semula keperluan asas oleh Nanny Jane.

Ayah Baekhyun yang menyayangi anak sulungnya itu sudah tentu marah melihat keadaan Baekhyun yang menyedihkan. Melampiaskan kemarahan pada isterinya hanya bakal membuat wanita itu semakin kesal. Ayah Baekhyun buntu diantara keduanya.

Dia menyayangi mereka. Tak sanggup menyakiti keduanya. Akhirnya, ayah Baekhyun menjauhkan ibu Baekhyun daripada Baekhyun. Dia tak membenarkan Baekhyun dekat dengan ibunya sendiri dan hanya dijaga oleh Nanny Jane sehinggalah dewasa.

Baekhyun berjalan tumbuh dengan sihat dalam jagaan Jane. Tapi sifat kekanakkannya tak dapat dibuang. Baekhyun itu tak maskulin sama sekali. Sangat manja dan menuntut! Apa yang diinginkannya perlu didapatkan.

Dia lebih suka disayangi daripada menyayangi. Seperti keadaan Miyoung sekarang di mana gadis itu dibawa ke rumah keluarga Byun.

Baekhyun melihat Miyoung seperti sosok seorang bidadari yang perlu dijaga. Baekhyun merasakan yang mendapatkan perhatian dari Miyoung akan sangat menyenangkan. Lagipula wajah perempuan itu cantik.

Baekhyun ingin menikahinya!

"Noona, Baekhyun nak susu!" Perintah Baekhyun sambil duduk diatas pangkuan Miyoung.

Dengan manja dia merangkul leher Miyoung dan merehatkan kepalanya pada bahu Miyoung.

"Susu?" Tanya Miyoung semula. Padanlah Baekhyun berbau seperti bayi. Masih minum susu rupanya.

"Baik. Baekhyun turun dulu. Noona nak buat susu," ujar Miyoung. Baekhyun mengikut perintah dan menunggu Miyoung di hujung katil sambil memainkan patung itiknya.

Sesekali dia meniru muncung itik itu sampai terkekeh sendiri.

Miyoung kembali dengan susu panas di tangannya. Namun hal itu justeru membuatkan Baekhyun protes.

"Nak dalam botol susu, noona!" Rengeknya. Baekhyun tak pandai meminum susu daripada gelas. Baekhyun mencapai botol susu kosong yang berada di dalam laci berdekatan.

Kemudian, ianya diserahkan kepada Miyoung.

"Botol? Dah besar pun masih minum pakai boto susu?" Gerutu Miyoung. Ingatnya dah perlahan suaranya waktu mengatakan hal itu, namun suara protes Baekhyun membuatkan Miyoung kalut.

"Noona ejek Baekhyun?" Soalnya. Dia sudah bersiap-sedia untuk menitiskan air mata sampai membuat Miyoung kelelahan.

"Ehhh tak ada tak ada! Baekhyun salah dengar. Kejap-kejap noona siapkan dalam botol susu ya. Alololo bayi besar noona..."

Miyoung dengan kalut memindahkan cecair tersebut ke dalam botol. Sementara Baekhyun sudah kembali normal. Dia tersipu malu mendengar dirinya disebut bayi besar oleh kakak cantik itu.

Miyoung dengan menyumbat botol susu ke dalam mulut Baekhyun agar lelaki itu diam. Baekhyun menggigit puting botol dan mengisyaratkan Miyoung supaya menyandar pada katil.

Setelah itu, Baekhyun berbaring diatas paha Miyoung dan menarik tangan gadis itu menyentuh punggungnya.

"Tepuk."

Sejujurnya, ini amat kekok. Miyoung mendodoikan bayi besar tersebut sementara Baekhyun meminum susu sampai berbunyi suara sedutannya. Tak lama, Baekhyun tertidur.

Miyoung jadi berfikir semula keputusannya menjadi pengasuh Baekhyun. Sanggupkah dia tahan sampai tiga atau empat minggu ke depannya? Miyoung memerlukan gaji yang tinggi itu, tapi kerja ini sangat menguras tenaganya.

Andai ada penyelamat yang boleh membantunya, dia pasti akan berterima kasih.

---

"Huh. Arkk—"

Miyoung meringis kesakitan di depan pintu unit, menepuk-nepuk lehernya saat menggeliat. Bekerja untuk Baekhyun membuat Miyoung tak dapat rehat yang secukupnya sampai badannya lenguh-lenguh.

Gadis itu menggerakkan semula lehernya secara perlahan-lahan. Kalau beginilah sakitnya, tak jadi dia menggeliat tadi.

"Hiiih. Nak berhenti tapi tak boleh," keluh Miyoung sambil menyandarkan kepalanya pada pintu. Sedang dia mengurut lehernya, matanya sedikit melirik pada Sehun yang keluar daripada lif.

Nampaknya lelaki itu sudah pulang.

"Hai?" Sapa Miyoung, kekok. Sehun mengangguk.

Dia tak mengatakan apa-apa dan terus memasukkan password untuk masuk ke dalam apartment. Pelik juga lelaki itu. Sekejap okey, sekejap tak okey. Nampak macam Miyoung pula terhegeh-hegeh nak berkawan.

Tak mahu terlihat aneh, Miyoung pun turut sama membuka pintu untuk masuk. Tapi terjeda sebentar kala suara Sehun memanggilnya kedengaran.

"Nak tea?" Tawarnya.

"Wah aku tak tahu kau suka bergosip? Kenapa? Siapa yang buat hal?"

"What?"

"Ingat kau nak spill the tea? You know, gosip? Tumpahkan teh?" Dengan polosnya Miyoung berkata sementara Sehun diam tak berkutik, tak faham apa yang dimaksudkan Miyoung.

Sepatutnya dia aktifkan saja mod sipapasipaga semasa Miyoung bercakap supaya dirinya tak dibuat pening.

"I mean, teh biasa. Teh yang dibancuh. Green tea, red tea, dan segala teh yang ada."

Hening. Miyoung dan Sehun saling berbalas eye contact sehinggalah Miyoung tersenyum seperti kambing.



"Hahahaha! Kenapa tak cakap awal-awal? Buat susah-susah je," Miyoung menepuk bahu Sehun dengan kuat untuk menutup malunya. "Kan aku jadi segan nak tolak. Lain kali la tapi kalau dah memaksa. Tumpang lalu!"

Sehun menatap terpinga-pinga pada tingkah Miyoung yang aneh itu. Secara tak sedar, dia hampir tergelak. Pasti Miyoung menahan malu kerana tersalah cakap. Mujurlah Sehun tak faham langsung apa yang Miyoung malukan itu. Kalau tidak lagi malu Miyoung ada lah.

Gadis itu terus berceloteh tanpa henti masuk ke dalam apartment Sehun. Sehun tergeleng kecil dan terus membawanya ke dapur, menyediakan teh panas buat Miyoung.

"Sankyuu," Miyoung menghirup teh panas itu dengan berhati-hati sementara Sehun sibuk memutar sudu teh sambil menatapnya.

"Kenapa?" Tanya Miyoung.

"Kau nampak penat. Apa jadi selama aku tak ada ni?" Tanya Sehun, berhati-hati.

Miyoung terus bercerita tentang dirinya yang menjadi pengasuh untuk seorang lelaki berusia 20 tahun. Dari bagaimana dia bertemu Baekhyun sampailah akhirnya sedekat nadi dengan lelaki itu.

Hiperbola, tak lah sampai sedekat nadi. Cumanya Baekhyun tak boleh berpisah dari Miyoung walau sedetik pun. Tidak sehingga dia tertidur pulas.

"Kau nak berhenti?"

Miyoung menggeleng. Dia melepaskan keluhan berat sambil menambah lagi teh manis itu. Rasanya sedikit ketagihan merasai air tangan Sehun.

"Kalau ikut hati, dah buat. Tapi gajinya lumayan. Tak ada kerja yang tak penat. Cuma kalau dapat bebas dari jadi pengasuh dia, mesti bagus. Aku ingatkan kerja macam ni simple, tak perlu fikir banyak. Rupa-rupanya jaga anak orang susah juga ya? Baik aku hadap bater dan uli doh."

Miyoung terkekeh perlahan. Mengadu pada Sehun ternyata sedikit-sebanyak meringankan beban fikirannya.

"Ada caranya kalau kau nak hilangkan rasa penat tu."

Sehun tersenyum.

"Caranya?"

To be continued

Seguir leyendo

También te gustarán

3K 147 12
Eimara Aish X Tengku Louise Cirillo Mawar Eilma X Tengku Eskel Harrasy Hidup Eimara dan Mawar seperti pelarian apabila diburu oleh mafia. Kerana huta...
17.9K 519 16
"we meet again my love" -Tengku Adrian Arasyah Seorang jejaka Yang merupakan musuhnya ketika waktu kecil muncul kembali Dalam hidup Mikayla. Dipaks...
66.4K 6.5K 31
❝𝑻𝒉𝒆 𝒃𝒆𝒂𝒔𝒕 𝒏𝒆𝒆𝒅 𝒉𝒊𝒔 𝒃𝒆𝒂𝒖𝒕𝒚.❞ Dia raksasa.Tiada siapa yg berani dekat dengannya.Semua org takutkannya.Ibu bapanya juga tidak bera...
2.5K 69 9
( on going ) "My beloved Feria Àlish Adriana if I caught you try to run away from me again, you will regret it."- Feoral Zyin Gabriel 13+