Zharil Darriz

Da meqayla

504K 16.2K 707

Orang kata, kita kena ada confident yang tinggi. Disebabkan confident yang tinggi itu, Aish telah dimarahi se... Altro

Perkenalan
C1
C2
C3
C4
C5
C6
C7
C8
C9
C10
C11
C12
C13
C14
C15
C16
C17
C18
C19
C20
C21
C22
C23
C24
C25
C26
C28
C29
C30
Opinion & cooperation
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Last Special Chapter

C27

14.8K 510 13
Da meqayla


Mata yang berat itu dibuka Aish perlahan-lahan. Aish tersedar dari tidurnya tika terdengar suara gelak ayah dan umi yang begitu kuat yang mungkin berada di ruang tamu. Dengan kepalanya yang masih terasa berat dan badannya yang masih lemah itu, dia memaksa dirinya bangun dari tidur.

Tangan naik memegang tombol pintu sebelum tombol itu diputar membuka pintu. Dengan perlahan-lahan dia membuka pintu bilik tidak mahu mengganggu perbualan antara umi dan ayah. Namun umi yang duduk menghadap biliknya itu terlebih dahulu menegur Aish.

"Aish meh lah sini, Zharil datang ni." Aish yang dari kejauhan, melihat belakang Zharil yang sedang duduk membelakanginya. Dia tidak tahu sama ada dia mampu menemui Zharil atau tidak. Hatinya kata ya kerana rindu belaian dan kasih sayang lelaki itu tapi mulut kata tidak disebabkan luka yang lelaki itu sendiri buat. Luka yang terpahat di dalam hatinya itu membuatkan dia tidak mahu bertentang mata dengan lelaki itu

Dia merasa, kepalanya seolah-olah dipijak kuat oleh suaminya sendiri. Rasa sakit yang dia pendam selama ini tidak akan mudah terpadam begitu saja.

Dengan muka yang penuh rasa bersalah, Zharil memusingkan badannya ke belakang memandang Aish yang masih berdiri kaku di depan pintu bilik. Dia memerhati wajah pucat dan letih Aish itu. Melihatkan wajah Aish tanpa dihiasi senyuman itu membuatkan dia pasti yang Aish tidak mahu memandang wajah orang yang telah melukakan hatinya. Ya, dia tahu ini semua salahnya. 100% salahnya. Andai Aish perlukan masa yang panjang untuk memberikan kemaafan pun, dia sanggup tunggu saat itu.

Aish melangkah ke arah mereka walaupun dia tidak mahu memandang wajah Zharil buat masa ini namun, keadaan telah memaksanya demi menjaga nama baik Zharil dihadapan kedua umi dan ayahnya. Dia melakarkan senyuman palsu kepada mereka bertiga lagi-lagi, dihadapan Zharil. Lalu, kerusi yang kosong di sebelah umi dia duduk.

"Kenapa Aish tak bagitahu Zharil nak datang?" Soal encik Hamzah lembut sambil menghirup kopi panas.

"Aish-." Baru dia membuka mulutnya, Zharil sudah memotong cakapnya.

"Aish tak tahu pun Zharil nak datang malam ni ayah." Zharil pantas memotong percakapan Aish. Dia tahu Aish pasti tidak tahu mahu membalas apa kepada ayahnya. Dia pandang Aish yang juga memandangnya dengan wajah yang serius tanpa senyuman sedikit pun.

"Kenapa tak bagitahu? Kalau tak, boleh umi masak sedap-sedap. Ni yang ada pun hanya makanan kampung saja." Puan Ain pula mencelah.

"Takpe umi. Zharil saja nak surprise Aish." Balasnya lagi.

Aish yang berada disebelah umi hanya duduk diam tidak lagi bersuara. 'Nak surprise konon. Dah buat salah, pandai pula datang cari.' Kata hatinya yang sedang panas.

"Eh, Zharil. Tambah lah lagi air tu. Banyak umi kamu ni buat. Tak mampu lah ayah nak habiskan." Encik Hamzah mempersilakan Zharil yang sudah kehabisan air. Semakin berumur ni, dia tidak lagi boleh minum kopi dalam kuantiti yang banyak.

"Ya ayah." Balasnya ringkas. Baru sahaja tangannya mahu mencapai teapot berisi kopi itu, tiba-tiba umi bersuara.

"Aish, tuangkan kopi untuk suami kamu."

"Huh?"

"Tuangkan kopi untuk Zharil..." Ulang umi sekali lagi sambil tangan menampar perlahan paha Aish.

"Aduh..." Dia menggosok pahanya yang terasa pedas walaupun ditampar perlahan oleh umi. Tidak mahu menjadi tumpuan, lantas dia menuangkan kopi itu ke cawan Zharil.

Hampir 10 minit juga mereka bersembang dan Aish hanya mendiamkan diri. Pandangan Zharil sekali-kali tertumpu pada wajah letih Aish. Sejujurnya, melihat Aish yang berdiam diri itu membuatkan dia rindu dengan mulut Aish yang banyak cakap tidak tahu berhenti itu.

Sepanjang sebulan itu juga lah dia merindukan Aish namun disebabkan dia yang mementingkan diri itu, telah membuat luka pada hati isterinya dan dia sendiri.

"Mari lah kita makan. Zharil belum makan kan?" Ajak umi yang sudah bangun dari duduknya diikuti suaminya.

"Jom sayang." Lembut sahaja nada suara Zharil masuk ke dalam telinga Aish. Dia mengangkat pandangannya memandang Zharil yang sedang berdiri menunggunya untuk bangun.

"Takpe, saya dah kenyang." Balas Aish selamba.

"Apanya yang kenyang? Kamu tu tak makan lagi dari pagi tadi. Meh makan nanti masuk angin perut tu." Sempat lagi umi membocorkan rahsianya sebelum meninggalkan mereka berdua. Why umi? Why?!

Benar kata umi, dia belum makan dari pagi lagi. Dia sangat lapar. Tapi seleranya hilang begitu sahaja melihat wajah Zharil. Perlukah Zharil datang ke kampungnya dan berpura-pura mengambil berat tentangnya kalau niat sebenar hanya semata-mata mahu menjaga nama baiknya. Tak perlu risau Zharil, dia bukan perempuan yang suka membuka aib suami sendiri.

Zharil masih setia berdiri di hadapan Aish menunggu Aish untuk bangun.

"Takpe, Dr pergi je lah makan. Saya tak lapar." Tipunya lagi. Dia bangun dari duduknya dan melangkah ke arah bilik namun pergerakannya terhenti apabila Zharil pantas memaut lengannya.

"Sayang, please... kita makan okay? Sayang belum makan lagi kan, nanti sakit macam mana?" Dapat dia rasakan sebesar mana kemarahan Aish pada dirinya apabila mendengar Aish menukar nama panggilan antara mereka. Ya, dia memang layak dilayan seperti ini. Dia tidak marah sekiranya Aish tidak melayannya dengan layanan yang baik kerana dia juga berbuat sedemikian sebelum ini.

Aish melepaskan pegangan Zharil pada lengannya. Dia membalas pandangan sayu Zharil dengan pandangan yang serius tanpa perasaan. "Ni perut saya. Suka hati saya lah nak sakit ke tak. Yang penting, saya tak akan susahkan Dr." Dengan suara yang perlahan dia membalas, tidak mahu umi dan ayah terdengar. Lantas, dia meneruskan langkahnya masuk ke dalam bilik.

Dia menutup pintu itu lalu melabuhkan punggungnya pada katil. Air mata yang dia tahan sejak dia melihat wajah Zharil itu dengan lajunya mengalir bagai tiada hari esok. "Sakitnya Ya Allah... kenapa diwaktu aku sedang lemah begini kau hadirkan dia di depan mataku? Hati aku sudah cukup terluka untuk menerima luka yang baru."

~~~~~~~~~~~

Pintu wad private itu dibuka dari luar. Marissa melihat orang yang melangkah masuk ke dalam biliknya. Dengan air mata yang mengalir perlahan, dia pandang lelaki yang kini berdiri di sebelah katilnya. Aiman memandangnya kosong. Tatkala melihat wajah lelaki itu, hatinya terasa sangat sakit. Sakit yang teramat. Kalau dia tahu hidupnya akan musnah apabila mengenali lelaki ini, dia pasti tidak akan membuat kerja bodoh untuk masuk ke kandang harimau.

"Sebelum tu, aku nak berterima kasih dengan kau. Pandai juga kau berlakon kan. Disebabkan lakonan yang kononnya kau pengsan tu, aku dapat tangkap gambar mesra korang berdua." Ujar Aiman bangga. Senang hatinya apabila dapat menangkap gambar mesra Zharil dan Marissa.

Marissa hanya diam memandang selimut dan memegang perutnya. Benar, semua itu hanyalah lakonan supaya Aish percaya yang Zharil ada hubungan dengannya. Semua itu dia lakonkan atas arahan Aiman yang mengambil kesempatan ke atasnya kerana wajahnya yang mempunyai kesan lebam dan bengkak.

"Kenapa kau diam?" Tanya Aiman kasar. Dia sangat pantang kalau orang tidak bersuara dan tidak menyokongnya.

"I'm pregnant Aiman." Pelan sahaja suaranya. Dia menundukkan kepalanya tidak mahu memandang wajah lelaki itu. Dia takut.

"Good then, kau cakap lah anak kat dalam perut tu anak Zharil. Pandai juga kau ni Marissa. Lagi cepat lah aku boleh dapat hak aku semula." Aiman menepuk tangannya berkali-kali kerana peluang untuk dia dapatkan Aish sangat besar.

"Budak ni dari kau Aiman! Apa aku nak buat dengan dia?!" Marissa mengangkat pandangannya.

"Kau tak payah nak perangkap aku lah perempuan. Aku tahu yang kau tu dah ditebuk tupai lain."

"Tapi dia pakai!"

Aiman menunjukkan wajah bengisnya.

~~~~~~~~~~~

Dengan membawa dulang yang berisi makanan dan susu, Zharil membuka pintu bilik Aish perlahan-lahan. Terlihat Aish yang sedang duduk di depan cermin sambil menyisir rambutnya. Dulang yang berada di tangan diletakkan di atas meja sebelah katil Aish. Katil yang tidak besar dan agak tidak empuk itu menjadi tempat Zharil melabuhkan punggungnya. Wajah comel Aish, Zharil pandang melalui pantulan cermin.

"Apa Dr nak?" Soal Aish. Dia tidak selesa diperhati Zharil.

"Abang bawa makanan tu, nanti sayang makan ya?" Kata Zharil dengan nada yang lembut.

Aish memberhentikan tangannya dan memandang Zharil daripada cermin. "Dr bawa lah balik makanan tu. Saya tak lapar. Kalau saya lapar, saya boleh cari makan sendiri. Saya tak perlukan bantuan sesiapa." Sindir Aish.

"Apa lagi Dr tunggu? Dr pergi lah balik buat kerja Dr yang banyak sangat tu. Saya penat, nak tidur." Halau Aish. Sungguh, berada dekat dengan Zharil membuatkan hatinya remuk.

"Takpe, semua kerja abang dah selesai. Kalau sayang nak tidur, meh sini tidur dengan abang." Zharil menepuk-nepuk dadanya. Bibirnya melakarkan senyuman paling manis yang dia pernah ada.

Dia akan cuba untuk mengambil hati Aish yang keras itu semula. Walaubagaimanapun caranya dan berapa lama pun, dia tetap akan melembutkan hati itu semula. Biarlah Aish mahu menghalaunya pun. Dia tetap akan tidur di sini juga.

Aish bangun dari duduknya dan mendekati Zharil. "Balik lah Dr. Saya penat. Tolong lah." Rayunya. Jangan harap dia mahu tidur di dada itu. Pergilah bagi Marissa yang meletakkan kepala di dada itu. Dia tidak mahu.

Zharil masih tidak berganjak dari tempatnya. Lantas, Aish menarik tangan Zharil untuk bangun dari duduknya. Dia menolak Zharil keluar dari biliknya dan ketika itu juga, umi lalu di hadapan biliknya.

"Kenapa kamu berdua ni?" Soal umi yang membawa kain pelikat dan t-shirt hitam.

"Abang Zharil dah nak balik umi." Tipu Aish.

"Kenapa tak tidur je sini malam ni? Tak elok balik malam-malam ni nanti tertidur." Kata umi lagi.

"Abang tak bawa baju umi. Dia tak boleh kalau tak mandi. Ada alergik habuk." Zharil hanya memandang wajah Aish dan di sudah tersenyum kecil. Kagum dia dengan Aish. Kalau nak menipu tu, macam-macam sahaja yang ada dalam kepalanya.

"Lah... nah ambil ni. Pergi mandi lepastu tidur. Tak payah lah balik, risau umi." Umi menyerahkan baju dan kain pelikat yang dipegangnya dari tadi. Memang niatnya datang ke bilik itu mahu memberikan pakaian itu kepada Zharil. Dia tahu, Zharil datang tanpa membawa sebarang pakaian bersama.

"Terima kasih umi." Dia menyambut pakaian itu. Setelah memastikan umi memasuki bilik tidur, dia memandang orang yang berada disebelah kirinya. Terserlah wajah tidak puas hati Aish apabila rancangannya tidak berhasil.

"Alergik habuk ya?" Sindir Zharil.

Pantas Aish masuk ke bilik meninggalkan Zharil sendirian. Ada saja umi mahu menghancurkan rancangannya. Langsung tidak membantu. Dia memandang Zharil yang masuk ke dalam biliknya dengan pandangan yang serius.

"Dr nak apa sebenarnya?!" Dia sudah tidak tahan. Kemarahannya sudah mahu meletup.

"Abang nak sayang. Abang tahu, ni semua salah abang."

Belum sempat Zharil menghabiskan ayatnya, Aish sudah mencelah. "Memang. Memang semua ni salah Dr. Bagus lah kalau Dr dah sedar. Jadi saya minta tolong sangat kat Dr untuk balik. Hati saya ni sakit bila dengar suara Dr lagi-lagi tengok muka Dr."

Akhirnya, dapat juga dia lepaskan marahnya itu. Sudah sebulan lebih dia tahankan untuk bagi Zharil masa. Tapi, Zharil membiarkan waktu itu berlalu dengan sia-sia. Dia sudah tidak kisah kalau dia telah melukakan hati Zharil. Biar Zharil tahu, betapa sakitnya hati ini.

"Yes, abang salah. Abang minta maaf sayang. Sayang bagi lah abang waktu berapa lama pun untuk maafkan abang, abang akan terima. But please, jangan minta abang untuk jauh dari sayang. Mungkin sayang tak perlukan abang tapi abang. Abang perlukan sayang." Rayunya. Dia cuba untuk menggenggam tangan Aish namun dengan pantas Aish menepis.

"Saya letih Dr. Saya dah bagi Dr masa sebulan lebih tapi Dr sia-siakan. Saya cuba nak bercakap dengan Dr supaya masalah ni selesai tapi Dr halau saya. Setiap hari saya tunggu Dr balik sampai saya tertidur kat sofa tapi apa yang Dr buat? Dr mengelak dari berjumpa dan bercakap dengan saya. Kononnya, busy nak buat kerja sampai perlu OT." Matanya sudah seperti kolam. Cecair jernih itu jatuh dengan perlahan ke pipinya.

Dia menyeka air mata itu dengan pantas. Dia tidak mahu terlihat lemah di depan Zharil. Dia tidak mahu Zharil memandangnya dengan wajah simpati itu. Wajahnya sudah pucat. Kepalanya juga semakin berat. Perut yang tadinya kosong terasa sakit. Dia memusingkan badannya membelakangi Zharil, tidak mahu memandang wajah itu. Dia tidak kuat. Takut hatinya terluka semula oleh lelaki itu.

Zharil menundukkan kepalanya. Tangkai hatinya bergetar saat mendengar ayat yang keluar dari mulut Aish. Dia menyesal. Sangat-sangat menyesal dengan perbuatannya. Tapi apa yang boleh dia lakukan? Semuanya sudah pun terjadi. Dia menarik nafas panjang sebelum mengangkat pandangannya.

"Abang minta maaf. Sayang hukum lah abang. Sayang buatlah apa yang sayang nak kat abang kalau itu sahaja cara untuk abang dengar kata maaf dari sayang. Abang betul-betul menyesal. Abang ego." Gugur juga air mata jantan Zharil tanpa rasa malu. Air mata itu lah menjadi saksi yang dia benar-benar menyesali perbuatannya.

Kepala Aish semakin sakit. Penglihatannya pun semakin kabur. Badan yang tadinya berdiri gagah sudah ringan bagai daun yang gugur ditiup angin.

"Aish!" Sempat dia mendengar namanya disebut Zharil sebelum dia betul-betul melelapkan mata.

Continua a leggere

Ti piacerà anche

3.4M 304K 97
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
506K 42.5K 40
Tawanan Series; || || || Peristiwa hitam itu datang lagi. Si dia yang dulunya menghilang kini bertindak sebagai watak utama. Ini bukan kisah sesiapa...
718K 32.7K 79
Uwais Eskandar x Clarissa Batrisyia Mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis yang bernama Clarissa Batrisyia, seorang gadis yang ceria dan happy g...
259K 12.6K 47
SEDANG DALAM SEMAKAN. Sebarang TYPO atau KESALAHAN mohon maaf❤️ Hyke dhres - seorang Ceo yang digeruni oleh orang ramai dalam bidang perniagaan meman...