Dihantu

By mikaelsahaja

137K 5.3K 1.2K

Lahir-lahir sebagai hantu, tidak memberikan jalan mudah kepada seekor pontianak untuk menjadi seekor hantu ya... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8.1
Bab 8.2
Bab 8.3
Bab 8.4
Bab 8.5
Bab 8.6
Bab 9.1
Bab 9.2
Bab 9.3
Bab 9.4
Bab 10.1
Bab 10.2
Bab 10.3
Bab 10.4
Bab 10.5
Bab-bab yang seterusnya.
Bab yang ditunggu
PRE-ORDER: Bab Cara Membeli Buku Dihantu (#Dihantu)
Pre-Order: Jangan terlewat
PRE-ORDER: LAST DAY UNTUK HARGA SEDAP
Kisah Selingan #1: Ragam Helmi dan Zack
Bab Teaser

Kisah Selingan #2: Penunggu di Kampung Mudah

58 2 1
By mikaelsahaja

"Miker tahu tak pasal pokok deghian belakang rumah Pak Wahab tu?" tanya Mat Ropi.

Kulup menggaru-garu dagunya tak gatal. Cuba mengingat kembali wajahnya Pak Wahab. Kabur dan samar-samar wajahnya. Dia kemudian, menggeleng. Mat Ropi menjadi sedikit hampa.

"Pak Wahab tu, ada sorang je dalam kampung ni. Yang ada anak dara dua belas orang tu laaa. Takkan tak kenal. Nuuu yang hujung kampung tuuuu. Eeee geram pulak awok. Die yang dulu beriye nak mengorat anak dara si Wahab tu, buat-buat lupe pule," ujar Mat Ropi dengan gaya tangan yang mengancam.

Mat Ropi, sikit saja lagi hendak menjadi wakil Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Al Muslimin dalam pertandingan Pidato di Kuala Lumpur. Yang menghalangnya ketika itu, adalah usianya yang sudah mencecah 29 tahun. Menangis-nangis dia sambil menyepak pintu pagar utama tatkala guru besar sekolah tersebut memberitahu berita tersebut. Impiannya mahu ke Kuala Lumpur menaiki bas berwarna kuning, hancur sepenuhnya.

Segera, wajah Pak Wahab meresap masuk semula ke dalam ingatan Kulup. Sekaligus menghadirkan geram yang amat sangat pada individu tersebut.

"Awok bukan apa. Sampai hati dia menolak pinangan awok dulu. Siap diperlekehkan lagi. Frust sungguh awok. Tu yang awok malas nak ingat mukanye tu. Takut tak jadi kerja nanti," ujar Kulup sambil menggenggam penumbuk. Mat Ropi pula, menggeleng.

"Miker masa tu baru tingkatan dua. Apa gila nak masuk meminang anak dara orangnye. Nak meminang si Mawar pulak tu. Orang tu dah nak masuk 30 dah umurnya. Gila miker ni, gila!"

Perlahan-lahan, Kulup menggulung rokoknya. Diletakkan pada mulut, dibakar, disedut, dan dihembus ke udara. Gayanya tenang sedikit.

"Cinta ni, mana kenal usia, yob," ujar Kulup.

Tok Ketua yang kebetulan ada di situ, berdehem sekali untuk menarik perhatian Mat Ropi. Mat Ropi memandang. Tok Ketua kemudiannya memberikan isyarat mata agar dia fokus. Begitu juga Usin Radio, Ihsan Janggut, dan Osman Pendek. Mat Ropi akur.

"Lupakanlah soal cinta tu Kulup. Ni awok nak ceghitakan pasal pokok deghian tu ha. Miker tau ke dak yang pokok deghian tu, ada penunggu?"

Kulup berubah excited. Rokoknya yang belum sampai separuh, di buang ke lantai.

"Penunggu? Apa maksud miker?"

Mat Ropi tidak terus menjawab. Dia mencapai gelas kopinya dan minum sekali hirup. Sengaja dia mahu memberikan unsur saspens. Mujur ketika ini, Kulup belum lagi menjadi baran. Lantas, dia hanya menunggu dengan penuh sabar dan teruja.

"Malam hari tu, awok melintas la depan pokok deghian Pak Wahab. Saja la berjalannya pun ke sana. Tiba-tiba dari jauh, awok nampak ada tiga empat makhluk duk standby dekat bawah pokok deghian tu. Bersinar je matenye. Mujur darah tentera yang mengalir dalam badan awok ni. Jadi, awok steady je pusing belakang ikut jalan lain."

"Huh, tentera apa bendenye kalau ikut jalan lain. Orang pergilah tempur."

"Penunggu beb! Gigi punya tajam, jalan pun membongkok guna empat kaki. Kalau seekor, awok rileks lagi. Ni tiga empat ekor, yob. Tentera calit tiga pun surrender!"

Kulup memandang Mat Ropi atas bawah. Sedang pertimbang sama ada mahu percaya atau tidak kata-kata si Mat Ropi ini. Mat Ropi ada sejarahnya dalam mengenakan orang.

Dua bulan sudah, dia mengusik beberapa budak sekolah rendah di padang bola.


*******


"Boleh menangkap katak tak?" tanya Mat Ropi kepada Mael, Supian, dan Naim lidah pendek.

Mat Ropi ketika itu sedang menutup sesuatu dengan menggunakan tin susu tepung Dutch Lady yang sederhana saiznya. Ketiga-tiga budak sekolah itu agak ragu hendak menjawab. Lantas mereka saling berpandangan, mencari apakah respon yang patut dipersembahkan kepada Mat Ropi.

"Kalau tak boleh, bagitau. Sebab kalau anak jantan sebenar, tangkap katak ni kerja mudah je. Orang perempuan yela lembik, dengan katak pun geli," ujar Mat Ropi dengan nada paling menganjing.

Terus tercabar mereka bertiga. Masing-masing dengan lantang menyatakan "mana ada takut", "mana kataknya mana" dan "ha cepat dah standby ni mana?".

Mat Ropi tersenyum.

Ketiga-tiga budak lelaki ini sudah bersedia di hadapan tin yang bertutup itu dengan tangan masing-masing cuma berjarak 15cm.

"Ish, korang boleh ke tak boleh ni? Karang aku bukak tin ni, terlepas pulak. Katak ni penting ni. Ada enam kakinya. Aku nak panggil orang surat khabar ambik gambar," Mat Ropi menduga lagi. Tangannya masih lagi setia memegang tin.

"Bukak je la Cik Ropi! Saya dah ready ni ha!" ujar Mael dengan mata yang berapi, seperti menangkap katak ini merupakan kerja hidup mati. Begitu juga dengan matanya Supian, dan Naim lidah pendek.

"Aku kira sampai tiga. Mengkeme semua standby aaa."

Peluh mengalir di dahi Mael. Tangannya semakin hampir.

"Satu."

Supian menelan air liur berdebar. Tangannya semakin hampir.

"Dua."

Naim lidah pendek matanya cuma nampak tin. Tangannya semakin hampir.

"Tiga!" jerit Mat Ropi sambil membukak tin.

Serentak itu, tangan ketiga-tiga budak sekolah yang malang itu menerpa masuk mahu menangkap "katak". Tangan Mael yang paling pantas. Terasa sangat lembik "katak" yang dipegangnya. Terlalu lembik. Bila mata mereka bertiga mula menangkap visual objek sebenar yang ada di balik tangan mereka, barulah masing-masing menyumpah.

"NI TAHIIIIIII!! KATAK APA KEJADAHNYAAA CIK ROPIIIIII!!! EEEEEE CIK ROPI BABIIIIIIIII!!!" jerit Mael sekuat hati, kerana tangannya yang paling banyak terkena tahi.


*******


Atas faktor itulah, Kulup berasa ragu-ragu dengan cerita Mat Ropi tentang penunggu di bawah pokok durian itu.

"Kenapa miker ceghitakan pasal pokok durian ni ke awok?" tanya Kulup.

"Awok nak khaborkan kalau miker menang nombor ekor sebab menurun situ, awok nak bahagian awok," ujar Mat Ropi bersahaja.

Kulup tersenyum. Kemudian, dia menepuk-nepuk bahunya Mat Ropi yang sebenarnya sedang risau. Apakah Kulup akan mempercayainya?

"Kalau menang esok, awok belanja miker makan tengahari selama sebulan," ujar Kulup yakin.


*******


Kulup sudah bersedia.

Di tangan kanannya, ada plastik beg. Di dalamnya berisi barang-barang kering seperti tembaga perak, lilin, mancis, dan kemenyan. Di tangan kirinya, ada plastik beg juga. Di dalamnya berisi makanan yang akan disajikan pada penunggu yang dikatakan Mat Ropi itu.

Dia berasa agak gugup sebenarnya. Kerana, inilah pertama kali orang ceritakan tentang penunggu yang berkumpul. Biasanya, penunggu ni duduknya cuma keseorangan, ataupun kesehantuan saja. Tetapi, keinginannya mahu kaya telah membuatkan dia makin tidak berfikir panjang.

Kulup pun melangkah keluar dari rumah.

"Bismillah," bisik Kulup perlahan sebelum menutup pintu. Tabiatnya sebelum melakukan sebarang kerja.

Setelah 20 minit berjalan, dia akhirnya semakin tiba di hadapan pokok durian Pak Wahab. Hatinya mula berdebar. Kerana, benarlah apa yang dikhabarkan Mat Ropi kepadanya. Ada beberapa penunggu yang matanya bercahaya sedang menunggu di bawah pokok durian itu. Dia menjadi teruja.

"Alhamdulillah, ada rezeki awok malam ni," ujar Kulup lagi.

Dia kemudiannya melangkah dengan perlahan. Dengan niat, tidak mahu menganggu penunggu-penunggu itu. Adat sesiapa, atau apa apa pun, memang cukup pantang jika diganggu. Lantaklah atas sebab apa pun.

Tanpa sengaja, dia terpijak salah satu dahan pokok, sekaligus menghasilkan bunyi yang mengejutkan beberapa penunggu lagi yang ada di bawah pohon durian. Kulup saspens. Ini bukan apa yang dia harapkan.

"Maaf, tok. Maaf, nenek. Cucu nak tumpang menurun. Nak nombor ekor. Harapnya, tok dengan nenek tak marahkan cucu, yaaa," ujar Kulup dengan nada suara yang cukup lembut dan sepertinya agak mendayu.

Penunggu-penunggu memberikan respon dengan bergerak menghampirinya. Kulup berasa makin terancam. Suasana di bawah pokok durian itu terlalu gelap. Dia cuma nampak matanya saja, yang kelihatan seperti bukan seekor dua. Boleh jadi, ianya hampir mencecah tujuh semuanya!

"Ya Allah, kau jauhkanlah aku dari malapetaka Ya Allah," bisik Kulup dengan suara yang bergetar.

Salah satu pasang mata tiba-tiba menerpanya dengan laju!

"Allah!!!!" jerit Kulup.


*******


"ANJING DIKATANYA PENUNGGUUUUUU EEEE MAT ROPI BABIIIIIII ORANG KAMPUNG NI SEMUANYA BABIIIIIII!!!"

Berdekah Tok Penghulu, Mat Ropi, Usin Radio, Wak Senget, dan lain-lain yang melawatnya di hospital. Keadaan Kulup agak parah kerana dia perlu menerima beberapa jahitan luka akibat daripada gigitan anjing-anjing liar yang mengejar malam semalam.

Semenjak dari hari tu, Kulup tekad untuk menjadi seorang yang baran jiwanya.


TAMMAT

Continue Reading

You'll Also Like

11.8K 722 13
Mengisahkan tentang Kaizo dan fang, tentang sayangnya kaizo terhadap fang di balik garang nya tu, begitu pun sebaliknya. Dan tentang rahasia fang yan...
9.8K 882 60
✅ COMPLETED~ 27/7/2024 "Pancung sajalah aku! Aku tidak tahan melihat kemunduran minda manusia-manusia di Cenderawasih ini! Dikawal dek penjajah seper...
593K 36.3K 111
DAH DIBUKUKAN. SEBARANG PENIRUAN JALAN CERITA DAN UNSUR2 UNIK DLM CRITA YG DITIRU AKAN DIAMBIL TINDAKAN. Kemurungan, Punca kehidupannya musnah. Tetap...
9.9K 298 48
Amar Zikry, Seorang pemuda yang di besar oleh opahnya selama 10 tahun semenjak usianya 7tahun lagi. setelah kematian Hajah Sakinah, biarpun Amar ber...