HEART : THE HACKER'S PRINCESS...

By easyizzy

38.4K 4.3K 794

[ 2021 ] HEART : THE HACKER'S PRINCESS [SLOW UPDATE] "Aku diam, kalau kau tak kacau aku." CARLOS BERNARD, lel... More

pengenalan | 𝖍𝖎𝖘 𝖍𝖊𝖆𝖗𝖙 ♡
prolog | 𝖍𝖎𝖘 𝖍𝖊𝖆𝖗𝖙 ♡
bab 1 | 𝖍𝖎𝖘 𝖍𝖊𝖆𝖗𝖙 ♡
bab 2 | 𝖍𝖎𝖘 𝖍𝖊𝖆𝖗𝖙 ♡
bab 3 | 𝖍𝖎𝖘 𝖍𝖊𝖆𝖗𝖙 ♡
bab 4 | 𝖍𝖎𝖘 𝖍𝖊𝖆𝖗𝖙 ♡
bab 5 | 𝖍𝖎𝖘 𝖍𝖊𝖆𝖗𝖙 ♡
bab 7 | 𝖍𝖎𝖘 𝖍𝖊𝖆𝖗𝖙 ♡

bab 6 | 𝖍𝖎𝖘 𝖍𝖊𝖆𝖗𝖙 ♡

3K 373 33
By easyizzy

"Hurt her, you're my enemy."


"Apa yang jadi sebenarnya?"

Maya yang sejak tadi hanya diam dengan kepala menunduk itu lantas mengangkat wajahnya.Semerta, wajah dingin seorang lelaki yang duduk bersandar dihadapan nya itu menghiasi layar pandangannya.

'Kenapa garang sangat ni?'monolog Maya dalam hatinya.Saliva yang terasa seperti pasir dikerongkong itu dia telan secara perlahan.Kedua tangannya sudah mulai digenggam erat.Kepala ditundukkan lagi.

Carlos dan Adrian yang melihat tingkah gadis itu mengerutkan dahi.Raut hairan jelas terpampang pada wajah mereka.

"Hey, aku tanya ni..Apa yang dah jadi sebenarnya? What's happened actually, last night?"kata Adrian.Soalannya yang tidak dijawab tadi terpaksa dia ulang semula.Gadis yang tunduk menekur lantai itu dipandang tidak lepas.Ingin mendapatkan penjelasan tentang apa yang sudah terjadi pada gadis itu hingga boleh terjumpa dengan anak buahnya.

Maya menggigit bibir, cuba menahan rasa takut yang sudahpun menyelinap masuk kedalam dirinya.Entah kenapa, aura lelaki dihadapannya itu lebih menakutkan berbanding dengan lelaki yang duduk disebelah kanannya itu; lelaki yang menyelamatkan dirinya semalam.Raut wajah lelaki dihadapan nya itu lebih ketat dan serius berbanding lelaki disebelahnya.Cukup untuk buat bulu romanya tiba - tiba saja meremang.

Auranya sangat menggerunkan.

"Aku tak suka ulang perkataan aku banyak kali..So you better answer my question quickly before something bad happened."tegas ayat itu meluncur keluar dari mulut Adrian.Kedua tangannya naik memeluk tubuh.Manakala belakang badannya pula sudah dibawa bersandar ke kepala kerusi meja makan tersebut.

"Saya...Saya.."mendengarkan ucapan lelaki itu sebentar tadi, rasa takut dalam dirinya semakin lama semakin menjadi - jadi.Dan tanpa sedar, tangan kanannya naik sebelum mencengkam erat hujung baju lelaki disebelahnya.Mata terpejam.

Carlos menunduk kebawah.Tangan kecil yang erat menggenggam hujung bajunya itu diperhati lama.Selang beberapa saat kemudian, pandangannya dialihkan pula kearah Maya disebelahnya.Sama seperti tadi, gadis itu masih lagi menekur lantai.

Sejenak, hujung bibirnya ternaik sedikit membentuk satu senyuman nipis.Tidak terlalu jelas, hanya sipi - sipi sahaja.

'Patutlah diam, takut rupanya.'

"Biy garang sangatlah, sebab tu lah Maya takut sangat nak jawab tu.."

Maya, Carlos dan Adrian serentak menoleh kearah suara lembut itu.Arin yang menatang dulang berisi teko dan beberapa biji cawan kaca itu serta merta menyapa sistem penglihatan mereka.

"Biy garang sangat ke, sayang?"soal Adrian lembut.Wajah cantik si isteri tidak lepas langsung dari pandangannya.

Maya mengangkat kepalanya sedikit memandang wajah lelaki dihadapannya yang belum dia ketahui namanya itu.Eh, dia dah senyum? Bukan tadi muka dia ketat sangat ke? Macam nak telan orang hidup - hidup pun ada lagaknya! Berbeza sungguh dengan rautnya sekarang.Ada senyum bahagia terlakar diwajahnya itu.

Cepatnya..berubah.

"Itu puan Arin, isteri kepada tuan Adrian yang duduk depan kau tu."terang Carlos yang perasan dengan perubahan riak pada wajah Maya.Tertanya - tanya.

Maya menoleh ketepi sekilas sebelum pandangannya dibawa kehadapan semula.Wajah tuan Adrian dan puan Arin yang dikatakan oleh lelaki disebelahnya itu dipandang silih berganti.Dalam hati kecilnya sempat dia memuji kekacakan tuan Adrian dan kecantikan isterinya itu.Sama padan!

Bagai pinang dibelah dua.

"Ya-"

Baru saja Arin ingin membalas soalan suaminya, satu suara comel terlebih dahulu mencantas membuatkan semua pasang mata yang ada disitu terus saja terhala kearah tangga.

"Uncle Black dengan Uncle Mark dah bangun! Yes, mission accomplished!"

Carlos, Adrian dan Arin tersenyum melihat tingkah Nesha itu.Hanya Maya seorang saja yang diam menilik anak kecil itu dari atas.Tidak lupa juga dengan dua lelaki yang ditarik lengan mereka oleh si gadis kecil itu.Siapa mereka?

"Baby, baby tak ada mission lain ke selain daripada ganggu tidur kami ni? Huwa, uncle masih mengantuk tau.."kata Black disebelah kanan Nesha.Dirinya direlakan saja ditarik oleh Nesha dengan sepasang mata yang masih terpejam.Mengantuk!

"Haah, princess..Uncle Mark pun masih mengantuk tau sekarang ni..Malam tadi dahlah tidur lambat."rungut Mark pula disebelah kiri Nesha.Sama seperti Black, kedua matanya juga terpejam erat tanpa ada niat ingin dibuka pun.Rasa kantuk yang masih bersisa membuatkan mata nya terasa payah betul untuk dicelikkan.

Macam kena gam pun ada!

"Hah, siapa suruh tidur lewat? Ini mesti uncle Black dengan Uncle Mark layan Naruto tu sampai pagi kan? Haa, now jangan nak merungut pula.."petah mulut kecil Nesha berbicara.Tiba saja dimeja makan, dia lantas menarik dua buah kerusi untuk lelaki - lelaki yang berada dibelakangnya itu.Satu untuk uncle Black nya, dan satu lagi untuk uncle Mark nya.Seusai, dia dudukkan pula dua lelaki itu dengan susah payahnya.Yalah, tubuh uncle - uncle nya itu bukannya kecil macam dia.Kekar dan lampai!

"Come, my daughter."panggil Adrian sambil tangan menepuk - nepuk peha nya perlahan.Senyuman manis dia ukir buat anak kecil kesayangannya itu.

Nesha apa lagi? Terus saja dia menerpa kearah ayahnya dengan sengihan lebar dibibir kecilnya.Tanpa membuang masa, dia terus memanjat naik dan akhirnya duduknya sudahpun dilabuhkan diatas riba ayahnya.Rambut dia rapikan sesaat.

"Good morning ayah, ibu, uncle Carlos and -- Eh? Siapa kakak ni?"pandangan Nesha sudah terarah sepenuhnya ke wajah gadis disebelah uncle Carlos nya.Dahi licinnya berkerut seribu.

Maya membalas renungan si kecil itu.Namun bila semua pasang mata yang ada disitu turut terhala kearahnya, dia pantas saja menundukkan kepalanya semula.Kembali menekur lantai.

Carlos menoleh ketepi.Cengkaman erat Maya pada hujung bajunya itu sempat dia kerling sekilas.Seketika, mindanya ligat memikirkan sesuatu.Selang beberapa saat kemudian, nafas paling dalam diam tarik sebelum dihembus perlahan.Kerusi Maya bingkas ditarik agar lebih mendekat dengannya.Kini jarak antara tepi bahu mereka berdua sudahpun berkurangan.Hampir saja bersentuhan.

Mata Maya membulat luas.Tubuhnya serta merta kejung dengan tindakan tiba  - tiba dari lelaki disebelahnya itu.Begitu juga dengan tangannya yang masih setia berpegang erat pada hujung baju lelaki tersebut.Dengan perlahan - lahan, kepala nya mulai dipusingkan ketepi.Gerangan lelaki disebelahnya itu dia pandang.

"don't be afraid to tell them what actually happened last night..tell them everything, they are good people..And kau jangan risau, sebab aku ada kat sini..Ada dekat dengan kau."ucap Carlos sambil membalas tatapan terkejut Maya dengan tatapan tunak.Niatnya sekadar ingin menenangkan perasaan takut dalam diri gadis tersebut.

Maya kelu untuk berbicara.Perasaan takut dan terkejut sudah bercampur baur dalam dirinya ketika itu.Erk..

Adrian, Arin dan Nesha sekadar diam menjadi pemerhati.Dalam hati mereka tertanya - tanya dengan tingkah Carlos itu.Mengapa lelaki itu berbuat demikian?

Black dan Mark? Mereka sudahpun menyambung tidur mereka dengan kepala yang diletakkan keatas meja.Huh, selesa sungguh mereka beradu disitu!

"So, mind to tell us now?"soal Adrian yang masih belum berputus asa untuk mendapatkan penjelasan daripada gadis disebelah Carlos itu.Nesha yang berada diatas ribanya itu dirangkul erat.

Maya mengalihkan pandangannya dari lelaki disebelahnya itu kepada tuan Adrian dihadapannya.Wajah isteri dan anak perempuannya sempat juga dia kerling sekejap.Bibir dia kemam rapat.

"Sebenarnya.."

✪✪

Buk!

Buk!

"Argh! Sakit Dragon!!"

Dragon hanya melihat lelaki separuh usia yang sudah hampir lunyai dikerja kan oleh anak - anak buahnya itu.Suara mengaduh kesakitan yang bergema di ruangan besar tersebut tidak memberi kesan langsung padanya.Malah, ianya membuatkan api kemarahannya semakin menjadi - jadi lagi.

Buk!

Buk!

Buk!

"Berhenti..Dragon."rayu Encik Malik dengan suara kian tenggelam.Namun, berapa banyak kali pun dia merayu, orang - orang Dragon tetap tidak akan berhenti memberikan tumbukan serta sepakan pada tubuhnya selagi tidak diarahkan oleh ketua mereka untuk berhenti.Dan perkara itu sungguh membuatkan tubuh tuanya terasa penuh kesakitan dan keletihan.

Dragon tersenyum sinis.

"Stop."

Tubuh Encik Malik serta merta jatuh terkulai diatas lantai.Dengan mata hampir tertutup, dapat dia lihat anak - anak buah Dragon yang membelasahnya tadi kini sudahpun bergerak menjauhi tubuhnya.Nafas kelegaan dihela.

"Kau memang bodoh, Malik!! Kau tahu tak perempuan yang kau jual pada aku semalam dah lari?! Ini rancangan kau ke apa?!!"tempelak Dragon dengan gigi yang terkacip - kacip kegeraman.Urat dilehernya pula sudah menegang.

Encik Malik pantas menggeleng dalam kepayahan.Tubuhnya diangkat sebelum wajah lelaki cina yang duduk tidak jauh dari tempatnya itu dipandang tepat.Raut bersungguh - sungguh dia tayangkan.

"Tak, sumpah tak Dragon! Aku tak pernah rancang macam tu! Sumpah!"

Dragon berpeluk tubuh.Kaki kanannya diangkat sebelum disilangkan ke kaki kirinya.Badan dibawa bersandar ke kepala kerusi.Matanya berdesis sinis.

"Kalau kau tak rancang, kenapa dia boleh hilang macam tu je? Kat mana kau sembunyikan perempuan tu Malik?"soal Dragon.Melalui apa yang dia dengar dari anak - anak buahnya semalam, gadis itu sudahpun hilang sebaik keluar dari kelab malam mereka.Bukankah itu kedengaran sungguh tidak logik? Macam mana gadis dengan langkah kecilnya itu boleh pergi jauh meninggalkan kawasan kelab malam dalam masa yang sangat singkat? Huh, sangat menyebalkan!

"Percayakan aku, Dragon..Aku memang tak ada sembunyikan perempuan tu..Kau boleh suruh anak - anak buah kau cari perempuan tu kat tempat aku..Aku jamin korang tak akan jumpa dia sebab bukan aku yang sembunyikan dia! Lagipun aku nak sembunyikan dia buat apa? Aku dah pun ambil duit dari korang kan?"panjang lebar ayat penjelasan yang keluar dari mulut Encik Malik.Cuba untuk membuat kan Dragon yakin dengan dirinya.

Dragon terdiam sejenak.Wajah Encik Malik yang penuh dengan darah dan lebam itu dia pandang tajam.Jika dilihat, wajah lelaki itu sungguh jujur.Tiada secalitpun riak menipu ataupun tidak yakin pada wajah penuh kerutan tuanya.

"Betul ke?"

"Betul Dragon! Aku tak pernah tipu kau!"

Dragon mengangkat keningnya sebelah sebelum kepalanya mengangguk sekali.

"Baik, kali ni aku lepaskan kau..Tapi dengan syaratnya.."Dragon sengaja tidak menghabiskan ayatnya.Senyuman penuh makna terlakar pada wajahnya.

Encik Malik mengerutkan dahi.

'Apa lagi lelaki ni nak?!'

"Apa syaratnya, Dragon?"

Senyuman Dragon kian melebar.

"Aku takkan bunuh kau kali ni tapi syaratnya..Kau kena bawa perempuan tu balik dekat aku..Kalau kau tak berjaya, aku nak kau pulangkan semua duit yang aku dah bagi pada kau hari tu juga!"

Encik Malik menelan air liur.
















Adrian dgn ke'sweet'annya tak pernah hbis 😭😭❤️

To be continued..
Vote ✅
Comment ✅
Thanks ❤️❤️❤️


Continue Reading

You'll Also Like

5.6M 256K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
3.9M 84K 30
Tengku Ezryl Mikael | Sophie Natasya Seperti novel klise melayu, dialah lelaki idaman wanita. Sempurna segalanya - kaya, kacak dan segalanya dia ada...
45.3K 4.4K 6
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih a...
1M 37.3K 69
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...