Takdir You're My Healer [C]

Από EiSeoya

31.2K 1.6K 146

Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghan... Περισσότερα

Bab 1
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27 (prekuel?)
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54 (ending)
Epilog
Note: Takdir II update
Author's Note

Bab 2

1.3K 63 6
Από EiSeoya

"KALAU ada masalah, cerita dekat aku. Jangan terus buat benda bodoh macam tu."

Pulang sahaja dari kafetaria, Nawwar banyak mendiamkan diri. Aryan menggeleng berkali-kali perhatikan tingkah laku dia sejak akhir-akhir ini. Banyak berubah. Benar-benar hanyut dalam kegelapan sendiri.

"Eh kau dengar tak ni? Nawwar..." Lengan Nawwar disiku.

Nawwar angguk perlahan. Riak wajah masih muram.

"Kalau Tuan Zachary atau ayah kau tau, mesti dia orang risau. Tak pun rasa kecewa. Sebab apa tau? Sebab kau bukan Nawwar yang kami kenal lapan tahun yang lepas."

Senyuman nipis terukir pada bibir Nawwar sebelum dimatikan. Minda berputar seperti roda. Membawa kepada dirinya yang dulu.

Pada asalnya Nawwar memang seorang yang happy-go-lucky. Senyuman tak lekang dari bibir. Wajahnya berseri. Mata bersinar. Jarang sekali membawa aura negatif dalam diri. Disayangi oleh ahli akademi yang lain. Andai kejadian di Afwah itu tidak mengubah dirinya, pasti Nawwar yang dikenali orang tidak hilang dari jasadnya.

Zaman remaja dia musnah. Hilang memori manis yang patut dicipta pada waktu itu. Semua diisi dengan trauma. Dia buntu. Mana perginya Nawwar yang dulu? Macam mana mahu kembalikan dirinya seperti dahulu? Kedengaran mustahil. Seperti apa yang dikatakan oleh Tuan Zachary pada Tuan Asnawi, he lost himself.

"Nawwar Inas Al-Qayyim! Kau dengar tak??" Bahunya digoncang kuat.

Nawwar mengaduh sakit. Tangan Aryan mencengkam bahunya. Siapa suruh mengelamun lagi. Kan dah terima padahnya.

"Ha? Apa dia?"

"Esok kau jumpa Tuan Zachary. Tak pun ayah kau. Bagitahu masalah. Jangan peram lama. Aku tak dapat tolong kau sebab aku tak tahu apa-apa pasal cursed,"

Nawwar menghela nafas panjang. Dia jenis suka pendam. Bagitahu orang pun nak kena pujuk dulu baru buka mulut. Sampaikan dia sakit pun orang tak tahu. Nasib baik Tuan Asnawi bersabar dengan perangai anak bujang seorang ini.

Tiba sahaja depan pintu bilik, kaki mereka sudah menapak masuk. Jam dinding ditilik. Menunjukkan jam 10 malam. Waktu yang sepatutnya semua pelatih akademi tidur.

"Aku ngantuk. Nak tidur dulu," pinta Nawwar yang sudah melabuhkan punggung di katilnya. Namun, Aryan menghalangnya seketika.

Ditariknya tangan Nawwar sampai hampir tersungkur. Dicampak ke sebelah Aryan dengan pandangan tak puas hati. Aryan tersengih dengan buat muka tak bersalah.

"Nak apa?" Kening Nawwar terjungkit sebelah.

"Ingat esok. Tanya Tuan Zachary," Nadanya kedengaran serius.

"Tanya apa? Aku tak faham,"

"If you have anything to do with the cursed, ask him. Okay? Don't burden yourself with these negative thoughts,"

Kepala Nawwar jatuh berkali-kali. Entah dia kisah atau buat tak endah dengan pesanan Aryan. Bukan boleh percaya. Bagitahu sekarang, sepuluh minit kemudian lupa. Atau buat-buat lupa sebab malas ambil tahu.

"Okey. Baru sekarang kau boleh tidur,"

"Itu je?" Nawwar menjeling tajam ke arahnya sebelum menghempas tubuh ke tilam yang empuk dihadapannya.

"Tak payah banyak fikir. Mengalahkan orang yang ada girlfriend je kau ni. Bukannya sleepcall ke apa,"

Sempat memerli dekat Nawwar yang masih tiada buah hati. Maklum lah, susah nak berinteraksi dengan perempuan lain. Kalau nampak dia ada interaksi pun itu sebab terpaksa. Bukan rela. Bukan juga melibatkan minat atau perasaan.

"Diam lah. Siapa kata aku nak ada girlfriend? Nak ajak kahwin pun lambat lagi." Nawwar menarik selimut sehingga menutupi keseluruhan tubuhnya. Tanda tidak mahu diganggu.

"Eh seronok tau ada girlfriend. Boleh mengadu dekat dia. Kalau sakit boleh manja dengan dia. Kalau kahwin lagi lah best! You should have one,"

Nawwar mengintainya disebalik selimut dengan rambut serabai menutup dahi. Senyuman sinis terukir di bibir Aryan. Mata helang milik Nawwar memberi jelingan maut kepadanya.

"What? I'm telling the truth,"

"Enough, Koizumi-Aryan Daniel. I've told you, I'm not interested for having a girlfriend. I can stand by myself."

Aryan tergelak kecil. Seronok dia kenakan orang yang masih status single. Dah masuk umur dua puluh dua pun masih belum ada jodoh yag melekat. Mungkin bukan sekarang.

"Tak apa lah, nanti aku-"

"Sudah, Aryan. Tidur."

Dia mula kecut perut, jadinya turuti saja suruhan Nawwar sebelum ada yang jadi singa jadian bangun dalam bilik ini.



ㅤㅤ
PAGI hari agak sibuk. Semua pelatih dan master berpusu-pusu lari ke dewan latihan. Aryan dah pecut pergi ke dewan Aqua. Nawwar masih terpinga-pinga nak kejar masa pergi bilik loker. Nak ambil lembing atau spear miliknya.

"Menyesal pula aku tinggalkan spear dekat sini. Satu hal pula nak pergi balik dekat dewan Thunder. Lepas ni tinggalkan aje lah dalam bilik khas," keluh Nawwar.

Sebaik sahaja dia main rentap lembing dalam loker itu, terus berlari keluar dari bilik untuk pergi ke dewan. Tangan sibuk menggosok bilah lembing. Bilah yang berkilat itu memukau pandangannya sehinggakan...

"Aduh!" Mereka berdua mengaduh sakit.

Seluruh tubuh menyembah bumi. Tangan mengurut tempat yang sakit. Mereka saling bertatapan. Diam membisu sebelum salah seorang daripadanya mula bersuara.

"Eh awak! Sorry! S-saya tak sengaja terlanggar awak!"

Gadis yang mengenakan short blazer paras bawah dada dengan tudung shawl hitam yang menaikkan seri wajahnya membuatkan Nawwar sedikit terpukau.

Cantik.

"Err... awak?" Lambaian gadis ini menyedarkan Nawwar ke alam nyata. Puas termenung tadi.

"Eh? Oh. Tak apa. Sikit aje ni. Salah saya juga sebab lari tak tengok depan. Maklum lah, benda dah last minute,"

Gadis itu tergelak kecil. Pantas dia bangkit lalu membetulkan skirtnya yang sedikit kedut. Dia pandang Nawwar tidak lama. Curi-curi pandang.

"S-saya... pergi dulu. Nanti master saya marah," pinta gadis ini lembut.

Nawwar angguk. Dia beri isyarat supaya beredar dengan cepat. Matanya mengekori susuk tubuh gadis itu sehingga kabur dari pandangan. Tanpa sedar, dia juga sudah terlewat sebenarnya.

'She's cute. Tch,' bisik hatinya.




LATIHAN semua berjalan dengan lancar. Ada peningkatan dari segi kemahiran mengelak serangan musuh dengan teknik pergerakan yang lincah. Peluh yang merenik-renik di dahi diseka kasar. Nawwar melakukan cooldown sebelum mendekati Tuan Zachary yang sibuk dengan fail-fail pelatih dalam tangan.

"Kenapa lambat?" Pandangannya masih pada fail yang dipegang.

"Heh, ada accident tadi. Maafkan saya tuan." Selamba Nawwar menjawab persoalan tuan.

"Apa-apa lah. Ha kenapa dekat sini lagi? Tak ikut ke geng kamu? Atau ada benda dengan Aryan?"

"Err... tuan, macam mana-"

Terkeluar jeritan wanita dari kerongkong Nawwar. Laju dia berpaling. Mengusap dada yang sudah nak gugur dari pangkal trakea. Tercungap-cungap sedut oksigen. Kehadiran ayah dia membuatkan Tuan Zachary gelak terbahak-bahak bagai nak guling atas tanah.

"Wow, I didn't know your son can hit high notes that good," puji Tuan Zachary sambil menyeka air mata yang sudah bertakung akibat gelak sampai senak perut.

Cengkaman Tuan Asnawi yang melekat pada bahu Nawwar sebentar tadi agak melucukan. Nawwar cuma menggeleng melihat kerenah ayahnya. Nasib baik tak tercabut nyawa. Phew...

"Lincah betul Nawwar buat latihan tadi. Bakal jadi Young Master ke ni?" Tuan Asnawi menepuk perlahan bahu anak bujangnya.

Young Master. Dua perkataan paling Nawwar anti.

"Eh bila masa Nawwar kata nak jadi Young Master? Tanggungjawab tu berat walaupun gelaran Master lagi tinggi. Nawwar tak nak lah,"

"Kenapa Nawwar tak nak? Bukan senang nak dapat pangkat tu," pujuk Tuan Asnawi. Tuan Zachary hanya perhatikan perbualan dua beranak ini.

"I can't,"

"Apa yang menyebabkan Nawwar tak nak jadi Young Master all of the sudden? Bukan Nawwar ke yang nak sangat jadi macam dia orang masa kamu kecil lagi. Dulu bukan main lagi kata nak ikut macam abang. Sekarang?"

Nawwar mati kata. Memang ada impian untuk jadi Young Master. Tapi itu dulu. Impiannya mula terkubur sejak trauma yang berlaku depan mata dia.

"Apa kata kau bawa anak kau duduk dekat sofa?" Tuan Zachary mempelawa mereka berdua untuk duduk atas sofa bersama dalam bilik khas itu. Laju tangannya menghidangkan air teh yang dibuatnya. Masih ada baki separuh dalam teko yang tinggal.

Nawwar menuruti ajakan Tuan Zachary. Begitu juga dengan ayahnya. Pandangan Nawwar tidak lari dari karpet merah atas lantai. Cawan yang berisi air the cuma disentuh begitu sahaja. Minum pun tidak. Hanya mengelamun.

"Minum lah, asyik termenung aje kamu ni." Tuan Asnawi perhatikan anak bujangnya yang dihanyut jauh pandang karpet merah sedari tadi.

"Oh. Sorry." Air teh dihirup sedikit demi sedikit. Baru lah dia angkat wajah kali ini memandang dua susuk tubuh di hadapannya.

"Okay so... Anything you want to say? About the Young Master?" Tuan Zachary bersilang dada. Menunggu respon dari Nawwar.

Air liur diteguk. Fikiran tadi beralih tentang Young Master. Dia tak tahu nak mula dari mana atau macam mana. Persoalan awal telah dilupakan akibat jawatan Young Master yang menyusul di mindanya.

Jauh di sudut hati, Nawwar enggan menjadi orang yang ternama.ㅤ

















Edit: 24.3.24

Συνέχεια Ανάγνωσης

Θα σας αρέσει επίσης

Enchanted [COMPLETED] Από Daisy

Γενικό Φαντασίας

87.7K 4.9K 57
'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang be...
cikgu ros Από PrinceSyaz

Φαντασίας

454K 1.1K 17
Mula mula
636K 5.7K 8
𝐍𝐄𝐖 𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐎𝐍! [SLOW UPDATE] #1 𝓗𝓲𝓼 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝙃𝙖𝙛𝙞𝙮 𝙇𝙪𝙩𝙛𝙖𝙣 | 𝘼𝙪𝙡𝙞𝙮𝙖 𝙇𝙪𝙛𝙮𝙖𝙖 Empat tahun Hafiy Lutfan memendam ras...
962 107 19
Muhammad Luth Adam Fatwaz Seorang lelaki , CEO GALERI SENI D'LAF. Dia mempunyai banyak keistimewaan tetapi dia juga tenggelam dalam kisah silam. Ki...