Mrs. Aryan Herriez

Door softieebabe

117K 6.6K 403

⁺*・☾ His Series 𖥔 ࣪ ᥫ᭡ ARYAN HERRIEZ | CARA ESTELLA Cara Estella merupakan pelajar Criminal Justice di Uni... Meer

𝓜𝓻𝓼. 𝓐𝓻𝔂𝓪𝓷 𝓗𝓮𝓻𝓻𝓲𝓮𝔃
Part 1 : Bang!
Part 2 : First meet
Part 3 : Seduce
Part 4 : Cara is missing
Part 5 : Signor Aryan
Part 6 : Strange Feeling
Part 7 : Rindu
Part 8 : Kehilangan
Part 9 : Rayyan
Part 10 : Rossa
Part 12 : Imamku
Part 13 : Nasi Kandar
Part 14 : Honeymoon
Part 15 : Venice
Part 16 : The Empire
Part 17 : The City
Part 18 : The City of Love
Part 19 : Vendetta
Part 20 : Greece
Part 21 : Bang Bang!
Part 22 : Star
Part 23 : Something
Part 24 : The tragedy
Part 25 : Touch her and die
Part 26 : Odiare
Part 27 : My Roses
Part 28 : The plan
Part 29 : Attack
Part 30 : Youre Mine
Part 31 : Begin
Part 32 : The truth
Part 33 : The truth 2
Part 34 : Dead
Part 35 : The truth 3
Part 36 : Before You Go
Part 37 : She left
Part 38 : White roses
Part 39 : New York
Part 40 : Dream
Part 41 : The love
Part 42 : Her
Part 43 : Him
Part 44
Part 45
Part 46
Part 47
Part 48
Part 49
Part 50
Part 51
Part 52
Part 53
Part 54
Part 55
Part 56
Part 57
Part 58
Part 59
Part 60
Part 61
Part 62
Part 63
Part 64
Part 65 : Aryan X Cara
Part 66
Part 67
Part 68
Epilog
Author's note
New story

Part 11 : Proposal

2.2K 130 5
Door softieebabe

TIKA itu, Cara berhasrat untuk melupakan segalanya. Dia akan mencuba untuk mencari adiknya apabila dia sudah sembuh sepenuhnya.

Sudah hampir empat jam mereka berada di dalam flight. Namun Aryan masih diam tidak berkutik. Kadang-kadang ada orang menelefonnya. Tapi macam biasa la Aryan akan bercakap dalam bahasa Italy.

-

"Okay Estella. Dengar ni." Aryan memulakan bicara.

"Okay.." Cara menyambung sebelum pandangan dipalingkan pada Aryan.

"Kahwin dengan aku."

DANG!

Serentak dengan itu, Carl dan Ray terus memandang ke arah mereka. Terbuntang mata mereka berdua.

Dia..Dia dilamar? Atas langit?

"Sa-saya bukan sesiapa dalam hidup awak. Saya hanya perempuan biasa. Saya tak layak untuk Sir Aryan." jujur Cara.

Sememangnya dia tidak layak. Aryan berada di atas langit. Dia hanya berpijak di bumi. Perbezaan yang amat ketara bagai langit dengan bumi.

"Siapa cakap kau tak layak? Aku nak kau kahwin dengan aku. Aku tanya kau satu soalan je aku taknak jawapan selain dari tu." ujarnya tegas.

"Yes or no."

Carl dan Ray nampaknya begitu teruja. Terpancar senyuman ikhlas dari bibir mereka.

Cara pun tak tahu nak bagi reaksi apa. Tapi dengan memandang mereka, mereka hanya mengangguk beribu kali bermakna menyuruh dia menerima lamaran Aryan. Persoalannya, layakkah dia?

"Boleh berikan saya masa untuk kenal awak dengan lebih dekat?" Cara memandang Aryan. Ingin mencari keikhlasan dari raut wajahnya.

"Kahwin dengan aku, semua persoalan kau akan terjawab. Simple." Aryan menjawab.

"Ta..tapi-" belum sempat Cara teruskan Aryan sudah mencelah.

"Aku tahu kau nak cari adik kau. Kau nak cari keluarga sebenar kau. Aku janji aku akan tolong kalau kau kahwin dengan aku."

Cara berfikir sejenak. Dia akan kenal Aryan jikalau dia menerima lamaran Aryan. Dan Aydan..Aryan akan tolong dia mencari adiknya. Cara dah tiada siapa-siapa kat dunia ni selain Bella.

Tanpa berfikir panjang, dia terus mengangguk..

"Good, tesoro. That's my girl. Simple." balasnya mudah.

I am officially his girl? In your dream la Cara. Lambat lagi dan juga masih terlalu awal.

Carl dan Ray sudah tersenyum macam kerang busuk. Tapi dia orang sememangnya busuk pun. Huh!

Kini langit dan awan telah menjadi saksi bermulanya perjalanan kisah hidup Cara bersama dengan Sir Aryan Herriez. Langit juga menjadi bukti percintaan Aryan terhadap wanitanya, Cara Estella.

Cara memandang raut wajah Aryan. Serene. Amat menenangkan. Aryan turut memandang wajah Cara. Mata mereka bertembung selama beberapa saat.

"Sleep, tesoro. One day you will know everything. You will understand everything." ujarnya.

"...And after a long time, you'll become mine..." ayat akhirnya diujar perlahan.

Ayat terakhirnya mengandungi 1001 rahsia yang tersirat di dalamnya. Hanya apabila dia sah menjadi milik Aryan, dia akan mengetahui segalanya. Seperti yang dijanjikan Aryan.

-

SETELAH beberapa jam, mereka tiba di Manchester. Aryan terus membawa Cara ke University untuk berjumpa dengan Bella. Dan dia juga perlu menyampaikan berita ini. Bella berhak mengetahui.

"Cara!!!! Ya allah kau pergi mana do? Kalau ya pun nak lari at least bagi la tahu aku." Bella menjeling sambil pelukan dieratkan.

"Sorry Bella. Telefon aku rosak. Aku..aku accident malam tu." jujur Cara terpaksa sebelum dia meleraikan pelukan.

"Hah? Kau cakap apa ni? Kau okay tak? Siapa yang langgar? Macam mana boleh accident?" soal Bella sambil matanya meliar pada tubuh Cara. Mana la tahu ada kecederaan.

"Eh jangan risau. Aku dah sembuh sikit. Biasalah cuai sampai tak nampak kereta lalu." bohong Cara.

Aryan yang sedang menunggu di luar kereta hanya memandang ke arah mereka. Bella turut memandangnya ketika itu. Riak mukanya cuba dikawal. Takkan la Cara dengan Aryan?

"Sebenarnya..aku nak bagitahu kau something..Mungkin boleh buat kau terkejut lalu terkentut." ujar Cara. Sempat lagi dia nak bergurau.

"Ey ni bukan masa main tau! Kau jangan buat aku takut. Kau dah la menghilang macam tu je lepastu bila aku tanya kau jawab sepatah je." adu Bella sambil mengerling ke arah Aryan.

"Hehe..Jangan marah-marah nanti cepat tua."

Bella membuat muka masam.

"Okay macam ni. Aku..Aku akan berkahwin minggu depan."

DANG!

"HAH?!! KAU BIAR BETUL! SIAPA MANUSIA YANG DAPAT PIKAT THE QUEEN OF HEARTLESS KITA?" Bella amat terkejut setelah mengetahui Cara akan berkahwin.

"Aryan. Aku terima dia bersebab. Bukan sebab cinta." jelas Cara.

"Ar..Aryan? Which Aryan? Kau..jangan cakap yang kita jumpa dekat Cafe haritu."

"Ya Bella. That one."

"Kau tak kenal ke dia siapa? Dia berpengaruh..."

Belum sempat Bella menghabiskan kata-katanya, Aryan terlebih dahulu mendapatkan Cara.

"Let's go tesoro. We're late." Aryan menjegilkan matanya pada Bella.

"Okay babe. See you later." Cara memeluk tubuh Bella.

"Jaga diri kau tau. Jangan biarkan dia apa-apakan kau." Bella membalas pelukannya dengan lebih erat seperti itu adalah saat terakhir mereka bersama.

'Jangan biarkan dia apa-apakan kau'
Kenapa Bella berfikiran macam tu? Padahal Aryan adalah orang yang menyelamatkan dia. Mungkin Bella terlalu risau sampaikan berat untuk melepaskan dia?

25 JANUARY 2019

Hari ini adalah harinya. Hari di mana Cara akan diijabkabulkan bersama Sir Aryan Herriez. Mereka hanya merancang untuk mengadakan majlis kecil-kecilan. Aryan hanya menjemput keluarga rapatnya sahaja namun semuanya kelihatan seperti berpengaruh besar.

Cara hanya menjemput Bella selaku insan terpenting dalam hidupnya. Dia juga baru tahu bahawa parents Aryan sudah lama meninggal dunia. Ya itu adalah sedikit sebanyak apa yang dia tahu tentang Aryan.

"Aryan Herriez bin Asyraf Harrys."

"Aku terima nikahnya Cara Estella Binti Nuk Hakeem dengan mas kahwinnya sebanyak RM 30 ribu ringgit tunai."

"Sah."

"Sah."

Maka pada saat itu Cara Estella sudah sah bergelar isteri kepada Aryan Herriez. Mampukah dia menjadi isteri yang terbaik buat lelaki sehebat Aryan? Semoga semuanya dipermudahkan Allah SWT.

"Alhamdulillah kawan aku ni dah bergelar isteri orang. Lepasni mesti aku sorang-sorang hmm." adu Bella.

"Don't worry you will always be my number one." senyuman diukir kepada Bella.

"Tipu je kau ni. Nanti mesti kau akan fall in love dengan Aryan. Yelah dia kan suami kau. Sah pulak tu." jelas Bella.

"Shhhh." Jarinya terus menyentuh bibir.

Kini upacara membatalkan air wudhuk. Nervous..Yes I am. Ini kerana Cara tidak pernah menyentuh lelaki tanpa kerelaannya. Dan kini dia sudahpun halal buat Aryan.

Cara berhadapan dengan suaminya yang sah. Aryan menyarungkan cincin diamond berbentuk love pada jari manisnya. Ketika Aryan mengangkat dagu untuk mencium dahinya..

"You are mine. Forever mine, dolce cuore. No one can brings us apart. Aku janji akan bahagiakan kau." bisik Aryan.

Cara terus memandang wajahnya. Ter eye contact pulak.

"Aipp sabar sabar masa masih ada." Ray memerli Cara.

"Biarlah diaorang. Kesian kau single." Carl turut memerli Rayyan.

Cara hanya tersenyum kecil melihat gelagat mereka. Walaupun Carl dan Ray agak tegas, dia tetap bahagia kerana mereka yang banyak bahagiakannya setelah dia kehilangan banyak di dalam kehidupannya.

"Yeayyy!! Sukanya Lissa tengok Cara dengan Sir Aryan. Bagai penang dibelah dua..Hehe.." puji Lissa.

"Amboi Lissa ni sempat pulak berpatah Melayu." balas Cara. Senyuman tak lekang dibibirnya.

Dia respect dengan Lissa ni. Walaupun tinggal di negara orang, Lissa tidak pernah lupa negara asalnya.

-

SETELAH itu, Cara dan Aryan mengambil tempat di meja makan untuk menjamu hidangan istimewa seperti raja sehari.

"Aku tahu sambal ayam ni fav kau. So sambal ayam ni aku yang masakkan special untuk kau." ujar Aryan.

Wait what? Aryan masak? Wow..

"Awak masak? Srsly?" mataku terbuntang luas.

"Yes. Kenapa tak percaya ke? Ke kau nak aku buatkan kau percaya aku." nadanya penuh bermakna.

"Oo..okay okay saya percaya." jawab Cara sebelum dia mempamerkan senyum kelat. Takut lah dia.

-

MAJLIS sudahpun sampai pada kemuncaknya. Cara terlebih dahulu masuk ke dalam bilik yang bakal didiaminya. Bilik Cara dan Aryan.

Yang mengejutkan Cara, bilik ini adalah bilik yang sama sejak dia menetap di rumah Aryan. Jadi persoalannya, adakah selama ini dia memang tidur di bilik Sir Aryan?

Namun bilik ini tampak banyak perubahan. Perabot-perabot banyak ditukarkan kepada yang baharu. Elegant! Katil juga dihiasi kelopak bunga Rose yang memang menjadi lambang percintaan.

Sangat berlainan seperti baru berpindah. Cuma piano di hadapan cermin tingkap besar itu masih kelihatan di situ. Pelik. Siapa yang pandai mainkan piano tersebut? Masih tiada jawapan.

Aryan dah kahwin..Korang bila lagi? Okay bye.

Ga verder met lezen

Dit interesseert je vast

359K 18.9K 54
KING FATTAH - Jejaka tinggi lampai yang mempunyai rupa paras yang dingin serta tampan namun disebalik wajahnya yang ketat dia mempunyai dua sisi dima...
4.4K 155 12
Tidak pernah terlintas di dalam akal fikirannya yang diri bakal menjadi mangsa dendam. Siapakah pendendam itu? Apakah alasannya? Dikahwinkan tanpa ke...
445K 16.5K 48
[Angel's Series Book 1] - Tajuk sebelum ni - I'm Belong To The Mafia. ___ Dia pembunuh. Dia licik. Dia ada segalanya. Tapi.. Aku akan menjatuhkannya...
663K 25.2K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...