Penawar Kasih Pawana | C

By hanihisbiscus

34.7K 2.4K 436

𝐒𝐲𝐚𝐟 𝐈𝐧𝐚𝐬 | 𝐀𝐧𝐚𝐧 𝐍𝐮𝐫𝐟𝐢𝐳𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐫𝐢𝐳 𝐔𝐦𝐚𝐢𝐫 | 𝐅𝐢𝐞𝐧𝐚 𝐀𝐫𝐢𝐬𝐲𝐚 Manis bicara... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
EPILOG I
EPILOG II

Bab 13

438 45 30
By hanihisbiscus

DENGAN sekali lafaz, Anan Nurfiza kini sah bergelar isteri kepada Syaf Inas. Emosi Anan bercampur-baur tetapi muka polosnya sedaya-upaya menayangkan riak kosong seperti cuba menutupi perasaan sebenar. Syaf ingin mencungkil apa yang tersembunyi di hati gadis awannya tetapi negatif tidak dikenal pasti. Busana putih membaluti tubuh badan pasangan pengantin. Para tetamu yang dijemput sekadar kenalan terdekat dan rapat sahaja bagi menjayakan majlis. Kenduri kecil-kecilan cukup memadai buat masa ini.

"Assalammualaikum, sayangku awan." Syaf mampir ke arahnya memberi salam. Anan menjawab perlahan dengan tubir mata yang kian hangat. Atma wanitanya bergetar hebat. Dia kurang pasti dengan perasaan sendiri.

Syaf mengambil kotak baldu berwarna merah yang dihulur oleh uminya. Dia membuka dan sebentuk cincin emas berukir bentuk hati di tengah dikeluarkan. Simple is better.

"Hulurkan tangan kat suami kamu, sayang." Puan Salmah membisik. Anan angkat tangan kanannya yang mengeligih sebelum dilelar kemas oleh Syaf. Mata Anan dipasakkan tepat pada Syaf yang segak berbaju putih cekak musang itu bersama senyuman mekar terpamer di wajahnya. Cincin di tangannya kini disarung ke jari manis sang isteri. Diusap penuh kasih bahagian yang bertaktha cincin itu.

Tangan halus Anan dipegang kejap sebelum dileraikan seketika. Syaf memberi masa untuk Anan bertenang. Nafas Anan berjeda. Debaran dan kalut menguasai diri. Puan Salmah memberi sebentuk cincin kepada Anan pula.

Syaf menghulurkan tangannya kepada Anan. Anan menyarung cincin itu lambat-lambat ke jari suaminya lalu memegangnya dalam getaran. Tangan yang hampir rebah kerana kegelisahan melampaunya sempat digenggam Syaf. Anan kemam bibir. Dia menundukkan kepalanya untuk mengucup lembut kekura tangan itu. Kesempatan digunakan oleh Syaf menyentuh kepala Anan dan diusap perlahan. Bibir suamnya mendarat pada dahi licin isterinya. Lama.

"Officially Mrs. Syaf Inas, my cloud. Awan pawana milik penawar," tutur Syaf.

Anan dongak kepala dan mengulumkan senyum tipis. Emosi disimpan rapi sedangkan gelodak hati berbalah mahu menghamburkan segala rasa. Syaf yang sedar akan perubahan gadis awannya mula menyentuh sudut mata Anan yang berair dengan ibu jari. Diseka butiran kaca itu penuh kelembutan.

"Jangan nangis, awan. Aku ada sebagai penawar kau." Syaf mendekatkan kepala ke sisi kepala Anan. Dia membisik di halwa telinga Anan dengan aksara mendamaikan jiwa kecil yang gundah-gulana dan resah-gelisah.

Buat kesekian kalinya, Anan mempamer senyum lebar menutupi duka. Dia angguk kecil kerana tidak mahu merosakkan majlis.

USAI hampir kesemua tetamu yang hadir kendurinya mulai beredar pulang, Syaf melangkah keluar daripada rumah agam keluarga menuju ke pintu pagar besar. Ada seseorang menanti untuk menuntut hak. Syaf bersandar pada tembok sambil menyilangkan tangan memandang figura tersebut. Dia menghadiahkan senyuman separa ikhlas kepadanya.

"Terima kasih banyak-banyak puan kerana sudi juga hadir menjenguk majlis akad nikah kami walaupun sekadar di luar rumah. Nak pijak masuk rumah saya pun tak mampu nampaknya apatah lagi nak hadap isteri kesayangan saya kan?" kata Syaf dengan nada sindiran.

"Mana duitnya?" Puan Ina tidak mahu berdalih, terus ke pangkal asal tujuan dia datang ke sini. Jikalau diikutkan dia tidak mahu pun jejak ke sini. Membuang masa dan tenaga namun janji habuan lelaki itu haruslah dituntut. Duit sebanyak itu diterima dengan cara yang begitu mudah hanya memberi Anan sebagai galang ganti. Puan Ina dasar mata duitan.

Syaf membuang keluh. Wanita tua di hadapannnya ini memang hanya mahu menembus wang yang dijanjikan sahaja. Poket seluar baju melayunya diseluk mengeluarkan sampul surat tebal coklat lalu dihulurkan kepada Puan Ina. Pantas Puan Ina menyambut dengan senyum mekar di bibir tuanya.

"Saya Syaf Inas iaitu suami Anan Nurfiza dan dia kini bergelar sah sebagai isteri saya. Ini dia sepuluh ribu yang dijanjikan oleh pihak kami atau ada apa-apa lagi yang puan tidak berpuas hati ingin dibincangkan?"

Puan Ina ukirkan senyum sumbing sambil membelek sampul berisi kepukan wang. Matanya berkilauan melihat jumlah duit yang kini berada di tangannya. Al-maklumlah, sesenang itu mendapat duit malahan menyakinkan bahawa jejaka itu tidak menipunya. "Takde. Aku puas hati."

Bibir menyungging senyum sinis. Songkok di kepala dibuka sebentar lalu menguak rambut yang terjuntai sebelum disarungkan semula. "Mohon jangan ganggu kehidupan kami selepas ni. Puan tiada lagi hak dan bebas daripada Anan. Anan sekarang di bawah jagaan saya sepenuhnya." Tegas Syaf menuturkan bicara.

Puan Ina berpaling tubuh tidak mengendahkan lagi kata-kata Syaf. Dia mahu cepat pulang kediamannya. Urusannya telah selesai dan dia enggan berada lama-lama di situ. Puan Ina kini hanya tinggal bersama anak sulungnya, Farl kerana Harriz dan Fiena telah pun berpindah keluar pada hari yang sama Anan berambus daripada rumahnya.

Namun yang anehnya Fiena kelihatan berbeza. Wajah satu-satunya anak perempuannya itu penuh ketakutan semasa disoal dan bersalam dengannya meminta izin untuk pergi pada hari tersebut. Puan Ina tidak mahu memperbesarkan hal sekadar mengunci mulut.

Syaf angkat kepala menala langit senja. Dersik angin bertiup lembut menyapa wajahnya. Pohon-pohon di sekeliling rumah melambai perlahan. Ambien hening buat seketika membuatkan Syaf leka. Tiba-tiba hujung baju belakangnya ditarik oleh seseorang. Syaf memalingkan muka dan bingkai pandangannya dipenuhi wajah Anan semata-mata. Cantik. Getus hatinya apabila melihat Anan yang turut terpaku memandangnya. 

Suasana sunyi. Malaikat lalu barangkali.

Dalam masa sama, Ummar daripada kejauhan yang turut ingin beredar pulang meluru kepada pasangan pengantin itu. Mestilah kena beritahu tuan rumah sebelum pergi. 

"Korang buat apa tu?" Ummar mengajukan persoalan mengejutkan Syaf dan Anan. Dia sengaja mengusik. Matanya menjeling pada Syaf yang sudah menggerakkan halkumnya menahan gelodak emosi. Kacau daun betul lah, Ummar. 

Anan menayangkan raut bingung dengan pertanyaan Ummar. Dia ingin memanggil Syaf agar memasuki rumah kerana waktu maghrib hampir menjelma. Namun dirinya terpanggil untuk membalas persoalan Ummar. Bebola mata Anan bersilih-ganti melihat dua insan lelaki itu. Kenapa tetiba dia rasakan situasi sekarang dipenuhi aura tegang?

"Encik Syaf kan suami Anan dan Anan pula isteri dia. Salah ke Anan nak panggil suami sendiri?" jawab Anan dengan lagak dungu.

Syaf tepuk dahi. Ummar sudah bantai ketawa. Ya Allah, lurus bendulnya gadis awan dia ni. Tidak mengapa, Syaf suka kepolosan Anan itu.

"Mar, dengar tak?" soal Syaf kepada Ummar. Alisnya menjongket tinggi seperti bangga. Dia telah memegang gelaran suami rupanya. Ummar mencemik.

"Semua tentang tanggungjawab, Syaf. Kau ada komitmen baru lepas ni dan aku rasa kau cukup arif tentang tu," pesan Ummar dengan berhemah.

Syaf angguk mengiyakan. "Ya, aku tahu." Dia memandang Anan pula sebelum tersenyum sumbing. Mentol idea untuk mengenakan gadis awannya muncul.

"Pandai pun awan aku ni," puji Syaf seraya menggosok kepala Anan sehingga rosak kedudukan awning tudung isterinya. Jeritan kecil Anan kedengaran. Bibir mungil Anan menjuih dan dia berundur setapak menjauhi Syaf. Tidak mahu tudungnya dirosakkan lagi.

"Tahulah selama ni Anan tak pandai," gumam Anan perlahan. Anan berkecil hati dan juga sedar taraf dirinya. Gamaknya dia terlalu bodoh untuk berdiri di sisi Syaf tetapi masih tidak malu untuk mendampinginya. Lagipun ini bukan keputusannya. Dia sekadar mengikut aturan takdir kehidupan. Just follow the flow, haa gituw.

Syaf mendengarnya begitu jelas segala bait bicara Anan kian bergerutu dengan rasa bersalah namun bibirnya menguntumkan senyum simpul melihat keletah gadis awan yang kini sah sebagai isterinya. Tangan Syaf meliar dari belakang tubuh Anan. Anan terenjat terhadap sentuhan tersebut apabila tiba-tiba Syaf menarik sisi pinggangnya bagi merapatkan jurang mereka berdua.

"Aku dah jadi suami kau, awan. Bukan Encik Syaf kau lagi," bisik Syaf dengan intonasi rendah. Tidak mahu Ummar mendengar hal rumah tangga mereka. Step pertama ialah panggilan. Syaf memang nekad mahu gelarkan Anan sebagai gadis awannya.

Ummar sedar kemesraan pasangan itu hanya mendoakan yang baik-baik sahaja. Janganlah Syaf buat perangai tak semenggah walaupun dia pasti bahawasanya Anan berjaya menakluki hati rakannya sejak awal lagi. Ummar tahulah perasaan Syaf kerana dia pun lelaki. Usah membongak.

"Anyway, aku balik dulu tau Syaf." Ummar menepuk bahu kiri Syaf sekilas dan berlalu pergi.

TANGISAN sedu-sedan wanita dalam bilik memecahkan kesunyian malam. Fiena menutup matanya rapat dengan kedua-dua telapak tangan ditekup pada telinga.

 Bingit.

 Bising. 

Tangisan bayi yang begitu nyaring menerjah masuk koklea membuatkan dia rimas. Dia benci dengan bunyi itu.

"Berhenti nangis! Berhenti aku kata! Diam! Jangan memekaklah, bodoh punya budak!" Fiena menengking anak di sebelahnya. Air matanya mengalir deras apabila mimpi ngeri itu mula menghantui hidupnya semula. Malam kelam yang menjadi saksi lolongan kesakitan dan rayuan berulang kali memohon agar berhenti tetapi sang durjana tetap melakukan terhadapnya.

Bayi tak berdosa dibenci semahu-mahunya. Harriz menjadi kambing hitam bagi menutup dalang sebenar yang terjadi malam itu. Harriz yang menerima wanita kotor sepertinya. Ya, Anan sendiri pernah katakan dia diperangkap dalam keadaan memalukan malahan berdua-duaan bersama Harriz. Hakikatnya jauh beza dari kisah sebenar. Dia cuba menafi dengan melemparkan kata-kata tersebut kepada Anan demi melupakan kenangan pahit itu tetapi dia rebah.

Harriz yang melihat keadaan Fiena hanya mampu memberi tatapan simpati. Hatinya sayu dan sebak. Dia tersilap langkah kerana mengasari isterinya sehingga memberi semula memori hitam tersebut kepada Fiena. Trauma isterinya hadir kembali kerana sikap cemburunya. Biarpun menikahi tanpa cinta, jujur dia katakan telah terlanjur mencintai Fiena sejak di zaman kolej lagi.

"Sayang..." Harriz menyeru lembut.

"Diam!" Pekik Fiena kuat. Kepalanya dipukul dengan tangan cuba membuang memori ngeri yang bertapa dalam fikirannya. Setiap sentuhan itu masih dirasai. Kasar dan menyakitkan. Semakin menjadi-jadi esakan Fiena.

Sudah lama Harriz bersabar tapi hanya kerana kemunculan Syaf membuatkan ego lelakinya mencanak tinggi. Harriz meraup mukanya kasar. Dia berjanji untuk tidak memaksa Fiena waima menyentuh satu jari untuk menerimanya tetapi dia tewas. Kalah disebabkan cemburu. Tidakkah dua tahun usahanya membuatkan Fiena sedar bahawasanya hati lelakinya telah lama terpaut kepadanya.

Dia berkorban demi Fiena dengan menolak tawaran menyambung pelajarannya dalam bidang diploma. Dia memilih untuk bekerja daripada rumah. Sekadar bisnes atas talian yang mampu menampung keluarga kecilnya. Kadangkala dia memasukkan sedikit duit kepada Anan yang bersusah-payah mengerat kudratnya siang malam tanpa pengetahuan gadis itu.

Harriz menghenyak punggungnya pada birai katil. Bebola matanya mengerjap merenung Fiena yang tidak terurus. Perlahan-lahan dia beranjak mendekati Fiena lalu dipeluk erat tubuh itu ke dalam dakapan hangatnya. Fiena meracau-racau dan menumbuk dada Harriz berkali-kali dengan tangan kecilnya. Dia lemas dengan sentuhan suaminya. Takut. Perit. 

Harriz masih tidak berganjak dan membiarkan Fiena melepaskan gelodak emosinya. Fiena menggongoi lemah dengan bibir mungilnya terkumat-kamit mengulang ayat yang sama.

"You tipu, Harriz. You tipu I. Kenapa you buat I macam ni? Penipu..." suara Fiena serak mengadu.

Harriz menggosok belakang badan Fiena lembut. Dia membisik permohonan maaf dan membujuk dengan alunan selawat di telinga isterinya. Tangisan Fiena mulai kendur sebelum dia terlena kepenatan.

"I minta maaf, sayang. Selamat malam, isteriku." Ubun-ubun Fiena dikucup lembut olehnya penuh kasih. Sungguhlah, Harriz sayang dan cintakan isterinya, Fiena. Biarpun perlu mengambil masa yang lama sekalipun untuk diterima sepenuhnya dalam kehidupan kesayangannya.

Continue Reading

You'll Also Like

540K 14.7K 59
❛ 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pad...
272K 14.6K 67
Hidup seorang Erina Wardah tak segembira yang bernafas disekelilingnya. Semenjak dia disahkan menghidap penyakit kronik di zaman kanak-kanak, hidupn...
43.5K 5.3K 7
Siri Permata #1 (Gemstone Series #1) An Arranged marriage. A revenge. Ini adalah kisah Nickolai D'Ambrusio x Serafina/Sapphire Varano.
358K 17.7K 56
↳ KARYA KEDUA Inara Amanda adalah wanita yang memendam perasaan terhadap seorang jejaka buat bertahun-tahunnya. Kewujudannya tidak pernah disedari o...