C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃

By leimonadd

253K 28.8K 7.1K

ALPHABET SERIES: C for CUPID #5 Bila Love-Cupid lepaskan sasaran, agaknya terkena tepat tak? C [Disember 2023] More

C1
C2
C3
C4
C6
C7
C8
C9
C10
C11
C12
C13
C14
C15
C16
C17
C18
C19
C20
C21
C22
C23
C24
C25
C26
C27
C28
C29
C30
C31
C32
C33
C34
C35
C36
C37
C38
C39
C40
C41
C42
C43
C44
C45
C46
C47
C48
C49
C50
C51
C52
C53
C54
C55
C56
C57
C58
C59
C60
C61
C62
C63
C64
C65
C66
C67
C68
C69
C70
C71
C72
C73
C74
C75
C76
C77
C78
C79
C80
C81
C82
C83
C84
C85
C86
C87
C88
C89
C90
C91
C92
C93
C94
C95
C96
C97
C98
C99
CUPID

C5

3K 331 39
By leimonadd

KEMEJA-KEMEJA yang sudah siap digosok, Nufa gantung dengan cermat sebelum kaki melangkah keluar dari Iron Room #OhMyDobi.

Pelanggan-pelanggan yang ramah di kaunter bersama Kak Afrina dan Warda dipandang dengan senyum kecil. Laju sahaja kemudian Nufa berjalan ke washing machine yang beroperasi sendiri.

Satu-persatu mesin itu dipandang. Dan apabila lihat ada yang sudah selesai beroperasi, laju sahaja tangan ambil bakul kosong yang tersedia di atas setiap mesin lalu pakaian yang ada di dalam mesin itu diambil dan dikeluarkan.

Diam sahaja Nufa lakukan kerjanya. Tenang pula tu. Namun tak lepas juga dia menyapa kecil setiap kali ada pelanggan keluar dan masuk dari premis dobi mereka. Ramah, takkan pernah salah. Malah makin membawa rahmah dan sakinah. Giteww.

"Nufa." Panggilan Afrina dari kaunter menggamit Nufa bangun dan berjalan hampir ke situ. Perasan ada seorang wanita yang berdiri di hadapan kaunter itu. Tak ambil peduli, Nufa terus berdiri di sebelah wanita itu.

Kening dijongket sedikit menyapa Afrina dalam diam.

"Err." Afrina serba salah nak bersuara. Yang dia lakukan hanya menjeling perempuan di hadapannya. Menangkap itu, Nufa menoleh.

Ayesha hanya senyum manis di situ. Bila nampak mata Nufa dah berhenti ke wajahnya, tangan diangkat dan dilambai kecil kepada gadis itu.

"Hi, Nufa Huwainaa." Sapa Ayesha ramah, seperti antara mereka tiada apa-apa yang terjadi.

Nufa senyum sinis. Hakikatnya, mereka memang tidak pernah ada apa-apa masalah. Berjumpa jarang sekali. Pertemuan kali ini boleh dikira guna jari. Mungkin ini kali kedua mereka berjumpa. Kali pertama mungkin dua tahun yang lalu. Saat dia ragu tentang Mifzal.

"Sayang, meet Ayesha. Dia kawan Aimran."

Itu yang diperkenalkan oleh Mifzal dahulu. Entah bila title kawan Aimran bertukar menjadi kekasih Mifzal pun dia tak tahu.

Bakul di tangan Nufa letak atas kaunter. Afrina dipandang. Tengok riak wajah kakak iparnya, pasti fakta yang dia ex-girlfriend Mifzal sudah diketahui. Dan pasti Ayesha dah memperkenalkan dirinya kepada Afrina. Jika tidak, takdelah Afrina nak 'err err' seperti tadi.

Ayesha senyum. Nufa dipandang tenang. Sekejap-sekejap, rambut yang mengganggu dahinya diselak sedikit.

"Kau nak apa?" Soal Nufa, tenang. Cukup lah dia meroyan masa hari itu.

Hari ini tak nak jadi bodoh. Dah lah semalam menangis macam orang bodoh depan kekasih perempuan ini. Hari ini, dia nak keep cool.

Ayesha senyum. Selamba dia rangkul lengan Nufa kemudiannya. Terkejut Nufa dibuatnya. Malah bukan dia sahaja yang terkejut, bahkan Afrina juga.

"Hei, hei! Kau buat apa ni?" Hilang cool. Menjerit terus Nufa disitu sambil cuba melepaskan rangkulan Ayesha di lengannya. Perempuan ni gila ke apa? Tak malu ke semua orang nampak?

"I cuma nak minta maaf." Kata Ayesha lemah. Wajahnya dah beriak sedih, buat Nufa berhenti bergelut melepaskan diri. Ayesha dipandang kehairanan. Makin hairan bila lihat ada air jernih yang mula timbul di tubir mata gadis cantik itu.

"Err---"

"I tahu I salah. I rampas boyfriend you sampai dia terpaksa curang dengan you. I'm sorry. Tapi, percaya lah. Ini dah takdir. Takdir yang Mifzal memang tak akan selamanya dengan you. Dia akan jadi milik I." Ayesha sambung tutur kata lagi.

Ternganga mulut Nufa mendengar setiap butir kata yang keluar dari mulut merah Ayesha. Daripada baru nak taruh rasa kesian terus rasa nak mengamuk. Sedikit demi sedikit termometer marahnya mencanak naik.

"I harap you terima takdir ni. Dia tak sesuai dengan you dan you pun tak sesuai dengan dia. I tahu yang buat-buat bodoh bila orang sekeliling komen tentang hubungan you guys dulu. It's like A Beauty and A Beast." Ayesha masih belum berhenti bersuara. Tak perasan dengan riak wajah Nufa yang dah berubah seratus peratus.

Afrina ternganga. Merah wajah Nufa buat dia gementar. Pertama kali dia lihat wajah adik iparnya merah begini. Malu bercampur marah.

"Kalau you buka mata dan lepaskan Mifzal awal-awal, semua benda ni pasti takkan jadi."

Nufa tutup mata. Tangan dah lama menggenggam erat penumbuk. Sumpah dia malu. Dihina sebegini rupa selepas dua hari lepas tahu diri dicurangi. Lebih memalukan lagi ia berlaku di hadapan orang ramai! Di tempat kerjanya, lebih buruk lagi. Bagitahu dia, macam mana dia nak hadap minit seterusnya selepas ini.

Ayesha mengerling Nufa. Lihat Nufa tahan sabar, tangan mula melepaskan rangkulan di lengan Nufa. Kaki menjauh sedikit sebelum dia peluk tubuh menghadap gadis yang sedang menahan amarah dan malu itu.

"I tahu you sayangkan Mifzal lagi tapi kisah korang berdua dah berakhir. I tak nak disebabkan you yang masih simpan rasa buat dia jadikan hubungan kami berantakan dan musnah." Ayesha tak ambil peduli, dia teruskan kata lagi.

"Mifzal dan separuh mati sayangkan I dan I harap you tak jadi penghalang untuk itu." Sambung Ayesha. Kaca mata hitamnya disarungkan sebelum dia mampir dua langkah ke hadapan.

Nufa buka mata. Tepat, air matanya menitis jatuh dan Ayesha hanya memerhati. Dia senyum manis tannpa rasa bersalah seraya mengangkat tangannya mengusap pergi air mata dari jatuh di pipi mulus Nufa.

"Do me a favour, okay?" Pinta Ayesha sambil tersenyum sebelum dia tarik Nufa masuk dalam rangkulan eratnya. Belakang Nufa diusap perlahan sebelum rangkulan dilepaskan.

"I harap I tak jumpa you lagi untuk benda-benda macam ni. I hate repeating my words." Lembut kata-kata Ayesha sebelum dia melangkah pergi meninggalkan premis #OhMyDobi tanpa menoleh untuk kali yang seterusnya.

Tinggal Nufa di hadapan kaunter itu dengan air mata yang lebat mengalir di pipinya. Tak ambil peduli untuk mengelapnya hilang. Setiap satu kata-kata Ayesha tadi bagi duri yang kembali menoreh luka hatinya yang masih berdarah merah.

Afrina menggeleng kecil. Bahu Nufa diusap perlahan. Dia semacam terpaku dan tak dapat nak buat apa-apa sebentar tadi. Otak seperti tak memberi arahan untuk hentikan setiap kata kejam Ayesha.

Tak peduli, Nufa terus jatuhkan kepala di atas kaunter, melepaskan baki tangisnya di situ.

'Kenapa aku yang nampak macam orang jahat dalam cerita ni?'

'Kenapa aku yang disalahkan?'

'Kenapa kena aku?'

'Aku yang jumpa dengan Mifzal dulu.'

'Why you have to make me look dirty like this?'

"Nufa..." Suara Afrina bagai angin lalu. Yang dia terima hanya usapan lembut pada bahunya. Tak nak dengar apa-apa walaupun telinga menangkap desas-desus orang-orang berbisik di sekelilingnya.

Nufa malu.

Nufa marah.

Nufa kecewa.

Nufa sedih.

"Nufa..." Suara Afrina menyapa telinganya lagi dan Nufa masih membiarkan ia berlalu.

"Nufa balik rehat kat rumah lah. Kak Na bagi Nufa cuti hari ni. Tenangkan hati dan fikiran Nufa." Pujuk Afrina. Nufa yang masih berdiri di hadapan kaunter itu dipandang kasihan. Rasa serba salah menyelinap masuk dalam diri.

"Kak Na minta maaf sebab tak pertahankan Nufa. Kak Na... tak tahu apa yang dah jadi."

Air mata Nufa makin mengalir jatuh. Kepala menggeleng perlahan sebagai balasan. Afrina tak salah. Dia yang salah kerana tak bercerita. Bukan, tak sedia untuk bercerita. Lagipula dia tak sangka pula Ayesha akan jejakkan kaki di sini dan 'menyerangnya' begini.

Afrina usap kepala Nufa penuh kasihan. Ini lah jawapan kepada pertanyaannya semalam. Maknanya betul lah Nufa menangis semalam. Sebab itu mata gadis itu memerah.

"Nu---"

Kata-kata Afrina mati. Nufa tahu, pasti ada pelanggan yang menghampiri kaunter. Sudahnya Nufa biarkan sahaja Afrina selesaikan kerjanya dahulu.

"Tambah lagi?" Soalan Afrina hanya didengar kosong. Kepala dah disengetkan ke arah yang bertentangan dari Afrina. Namun, masih di kaunter. Tak tahu lah kenapa dia macam tambahkan malu di sini, tapi dia memang nak duduk sini. Tak nak sendirian.

'Kalau sendirian, jadi makin teruk.'

"Akak cuba cek yang semalam punya sekejap."

Nufa hanya mendengar sebelum dia dengar derap kaki Afrina berlalu pergi dari kaunter. Menjauh. Buka pintu lalu ditutup, buat Afrina hilang sepenuhnya. Tinggal Nufa sendirian di situ bersama pelanggan yang dia tak mahu tahu siapa.

Lepaskan nafas, Nufa angkat kepala. Pipi yang dah makin basah dilap dengan hujung lengan baju. Selamba.

Namun, tangan yang sedang bergerak terus terhenti bila ada sebuah cap disarung elok di atas kepalanya. Terkebil-kebil Nufa di situ sebelum dia menoleh memandang sisi kanannya.

Makin terkebil-kebil laju matanya bila lihat tempat di sebelahnya kosong. Menoleh laju Nufa dibuatnya mencari pemilik topi ini. Berkerut pelik dahi Nufa tanpa dapat ditahan. Topi yang tersarung elok itu dicaput dan dipandang.

Cap Nike berwarna hitam.

"Hantu mana pulak yang pujuk aku ni?" Soal Nufa kehairanan.

Continue Reading

You'll Also Like

10.9M 259K 31
US Mafia: 1st Series [TERBIT 2022] Highest rank #1 in Romance [No.2 Hot in Killer] Quin Avrin binti Dato' Arfan dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun...
5M 199K 46
"I hate you!" - Aisya Zahra "But I love you." - Airil Iskandar Seorang wanita yang kena tangkap basah dengan anak bossnya sendiri? Dia, lelaki mafi...
50.4K 1.3K 40
Nur Suraya menganggap dirinya seorang gadis biasa-biasa sahaja. Namun kerajinan yang dimiliki olehnya menjadikan Suraya kesayangan ketua-ketua dan pe...