Tempat Sempurna

By Lollysnow

4.8M 272K 39.1K

THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa unt... More

THAQIF | SAFA
PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
55
56
57
58
59
60
61
60*
61*
62
63
PERSONA TS
EPILOG
EXTRA #1 NS
EXTRA #2 NS
EXTRA #3 NS

54

62.3K 3.8K 192
By Lollysnow

'Nasha, aku cuba. Aku pernah cuba selamatkan kau. Aku pernah cuba bawa kau keluar dari dunia gelap itu. Tapi aku gagal. Kau sudah tenggelam jauh ke dasar dimana aku tak mampu gapai tangan kau lagi.'

Pak!

Bola dikaki disepak masuk ke dalam jaring gol. Dada turun naik mencari nafas sebelum dia tendang bola keluar dari jaring dan membawanya kearah jaring yang berlawanan pula.

'Aku mampu buat kau tersenyum tapi aku gagal kembalikan rasa gembira sesungguhnya. Semuanya palsu. Sama seperti palsunya senyum kak Safa dulu. Kau sakit tapi kau sembunyikan sakit kau. Kau derita tapi kau butakan mata aku dengan senyuman kau.'

Safiya menitis air mata dengan gigi diketap kuat hingga mengalir air mata di pipinya.

"Argh!"
'Pak!!' Sekali lagi bola dikaki disepak sekuat hati sekali dengan perasaan terbuku dihati dilepas pergi.

"Sakitnya..." keluhnya sendiri.

"Aku akan balas balik apa yang dia dah buat kat kau. Jadi kau jangan risau! Percayakan aku." Itulah kata-kata janji dia pada Nasha. Tapi dia tetap perempuan yang lemah tak mampu lakukan apapun.

Ya dia berjaya rapat dengan orang yang menjadi punca derita Nasha tapi. Sakit dihatinya masih belum berbalas.

Malam dia hantar gambar diri sendiri berada di kelab malam kepada Naufal. Kerana dia percaya lelaki itu akan datang selamatkan dia jika ada sesuatu berlaku padanya. Lelaki sialan itu cuba guna cara sama dia guna pada Nasha untuk rogol dia.

Masukkan sesuatu di dalam minuman. Disokong pula oleh kawan-kawan durjana. Hidup Nasha memang menyedihkan.

Dia dapat rasa bertapa manisnya layanan mereka pada awalnya. Dibelanja makanan, selalu dibawa shopping bersama. Dan pada akhirnya niatnya cuma mempermainkan orang yang polos.

"Safiya! Tolong Safiya! Tolong!" Dan saat si Tiqah dan Mai merayu diselamatkan dari dikerjakan Hazim, Haris dan Faizul. Saat itu mata Safiya membara mahu menghentam mereka. Menghantar mereka jauh ke lubang neraka yang mereka ciptakan kepada Nasha.

"Aku mungkin baru 18 tahun, tapi aku tak bodoh, tak senaif dan tak sepolos apa yang kau orang fikir." Dia mahu bunuh orang itu.

"A-apa kau cakap ni Safiya, kita dah kawan lama.." kawan? Kau guna jawapan yang sama pada Nasha lepas kau orang perangkap Nasha tidur dengan lelaki-lelaki itu syaitan!

Hanya tawa sinis Safiya terhambur sebelum dia ketap gigi memandang perempuan-perempuan itu.

"I should bury you deep inside the grave earlier." Safiya baling sapu tangan Naufal tepat ke muka gadis itu. Mata gadis itu kelihatan membulat dengan air liur diteguk ketakutan.

Jijik. Ini contoh manusia paling jijik pernah dia lihat kat dunia ni.

"Don't try to play with my fire." Dagu Tiqah dicengkam sebelum dia berpaling memandang Mai disebelah. Orang ini, orang-orang yang menjadi punca Nasha dirogol kononnya mereka sahabat. Sahabat paling terlaknat!

"Unless you wanna get burned?" Pipi Mai pula dicengkam.

Kalau tak fikirkan diri dan orang tua. Malam itu pasti dia jadi seorang pembunuh. Hatinya berteriak mahu membunuh mereka.

Safiya bangun lantas melangkah diikuti Naufal dan rakan-rakannya.

Sempat mata menjeling tajam kebelakang memandang Farouk dan Mirul yang sudah lunyai dikerjakan Haris, Faizul dan Hazim.

Terima kasih pada mereka.

Tapi hatinya belum puas. Masih belum puas.

Apa yang mereka rasa tak sama dengan apa yang Nasha rasa. Mereka patut merayu sehingga hujung nyawa untuk kemaafan Nasha.

"Gio! Macam biasa. 2 jam."  Naufal hempas kasut sebelum dia labuh punggung di atas bangku. Kepala toleh kebelakang memandang rakan-rakan lain yang turut baru sampai.

"Kau orang guna court belah kanan hujung. Malam ni court penuh." Gio membalas sambil dia menulis-nulis sesuatu.

"Court yang kami selalu guna tu ada orang ke?" Haris turut menghempas kasut duduk disebelah Naufal. Rambut diraup kebelakang sambil dia pandang sekeliling. Memamg penuh.

"Oh! Court tu, ada! Haih. Ada sorang budak perempuan sewa untuk dia sorang yang main. Seram betul." Gio mengeluh buat mereka yang baru tiba serentak mengangkat kepala dengan dahi berkerut.

"Budak perempuan?" Faizul mencelah.

"Ha'ah. Berani pula dia main sorang-sorang." Gio diam memikir sesuatu.

"Budak lagi ke mak-mak orang. Mana tahu stress dengan laki datang main sorang. Seram juga tu." Hazim tergelak kecil.

"Aku macam pernah tengok dia..." Gio terbungkam.

"Adik? Cari siapa?"

"Saya cari abang saya.. Dia janji dengan mama saya nak pergi pasar tapi dia tak balik-balik lagi."

"Abang?"

"Ya abang.."

"Nama apa?"

"Oh kejap." Si gadis comel itu menyelup poket seluar mengeluarkan telefon sebelum dia tunjuk wajah seseorang.

"Ini abang saya. Mohd Naufal."

"Hah ingat!" Mata Gio membulat teruja.

"Siapa?" Seorang rakan futsal Naufal menyoal.

"Adik kau Naufal! Tak silap aku hari tu dia ada datang sini pakai baju sekolah sebab cari..." tak menunggu Gio habiskan ayat, serentak mereka berempat berlari ke arah gelanggang yang biasa mereka guna untuk bermain futsal.

"Naufal mana ada adik." Gio terpinga-pinga mendengar salah seorang rakan futsal Naufal membalas. Sebelum mereka semua mengikut langkah Naufal ke arah gelanggang adiknya.

Ini sangat misteri.

"Safiya broken ke?" Faizul termengah-mengah mencari nafas.  Naufal pula kaku diluar gelanggang memandang Safiya menyepak bola futsal sesuka hati. Gadis itu kadang boleh buat dia gila memikirkan apa yang perempuan itu buat.

"Aku tak pernah pula dengar dia bercinta. Dia asyik berkepik dengan kita. Phone dia pun sunyi. Kau rasa dia ada BF ke?" Hazim pula menyampuk.

"Mungkin dia ada masalah lain yang tak nak kita tahu." Baru Haris mahu masuk ke dalam gelanggang. Lengannya ditahan Naufal. Terpinga-pinga dia memandang Naufal menolak tubuhnya kebelakang sebelum lelaki itu terlebih dahulu membolos masuk.

"Safiya!" Tak jadi Safiya mahu menyepak bola masuk ke dalam jaring gol. Dia menoleh memandang Naufal menghampiri.

"Abang Naufal! Buat apa kat sini?" Teruja seperti biasa.

"Safiya buat apa kat sini?" Tak berperasaan Naufal membalas.

"Oh, Safiya bosan."

Bosan? Tak ada tempat lain nak bermain ke wahai Safiya? Kenapa nak juga ada kat tempat lelaki malam-malam macam ni? Dato' Azham tak risaukah?

"Safiya okay? Safiya ada masalah?" Baru sahaja tangan Naufal mahu singgah di wajah Safiya. Gadis itu lebih laju menepis.

"Apa? Safiya okay lah." Safiya alih pandangan dari memandang wajah Naufal sebelum dia sepak bola masuk ke dalam jaring.

"Safiya!! Abang nak join!!" Safiya toleh kebelakanh memandang Faizul masuk ke dalam gelanggang.

Dan sekejap sahaja gelanggang tempatnya melepas emosi tadi dipenuhi rakan-rakan Naufal.

"Kami main sekali kat sini boleh ke?" Haris pandang Safiya.

"B..boleh. Tapi kawan-kawan abang boleh ke main dengan perempuan?" serba saah Safiya pandang rakan-rakan Naufal yang lain.

"Apa tak boleh! Safiya kan penyokong tegar kita orang. Mestilah boleh!" Seorang dari mereka menyambung dengan tawa kecil mengingat kembali peristiwa Safiya memaksa penyokong pihak lawan bersorak untuk team mereka. Sampai hari ini peristiwa itu mereka masih ingat bertapa comelnya Safiya waktu itu.

"Safiya team aku!" Haris tarik Safiya ke arahnya buat mata Faizul membulat tak puas hati.

"Mana aci! Safiya tak decide apa-apa pun!" Faizul menyampuk tak puas hati.

"Eh aci lah! Safiya tak bantah pun! Kan Safiya?" Hazim pula menyampuk menyokong tindakan Haris.

"Safiya tak kisah." Safiya senyum kekok. Sempat dia mengerling memandang Naufal yang berdiam diri. Mati kata melihat Safiyanya menjadi rebutan.

"See?" Haris pandang Faizul yang tidak puas hati.

"Dah, jangan rebut Safiya tu macam barang mainan kau orang. Ambil tempat." Salah seorang rakan mereka menyampuk buat Hazim tersenyum menang.

Dan gelanggang yang tadi sunyi dengan seorang perempuan kini tiba-tiba bising dan meriah dengan pasukan futsal Atticus itu.

"Safiya belah sini!! Sini!!" Hazim melaung meminta Safiya menyepak bola ke arahnya.

"Hah? Mana? Mana?" Dan kalau Safiya yang membawa bola. Tak ada seorang pun berani merampas.

"Hahahahaha!!" Mereka lebih selesa berguling dan ketawa melihat bertapa polosnya si Safiya.

"Aku dah hilang tenaga sebab budak Safiya ni." Faizul terduduk menepuk dahi beberapa kali kerana Safiya betul-betul tak tahu main Futsal!

Kalau dia bawa bola pun, dia yang lari bola tertinggal kat belakang.

"Aarghh! Jangan lah gelak!" Safiya muncung mulut sebelum dia menangkap tubuh Naufal tak jauh dari jaring gol. Bibir menyungging senyum.

Dia berlari membawa bola ke arah Naufal dan nampaknya Naufal kaku membiarkan Safiya melintasinya.

"Safiya!! Jangan!!" Haris raup rambut.

Sekali sepak bola dibawa Safiya selamat masuk ke dalam gol dan berjaya buat penjaga gol terkebil-kebil tidak tahu mahu menangis atau bersorak.

"Arghh!!" Hazim geleng kepala.

"HAHAHAHAHAHAHAHAHA" Faizul sudah terguling tak dapat menahan dekah disambung yang lain.

"Yeay! Abang tengok! Safiya jaringkam gol!" Safiya menerpa kearah Naufal yang kemam bibir.

"Safiya, tu.."

"Tu tiang gol team Safiya sendiri." Bergetar suara Naufal menahan diri dari ketawa.

"Huh?" Safiya pandang penjaga gol. Apa yang salah?

"Safiya sumbat gol untuk pihak lawan ke? Safiya patut sumbat gol kat belah sana!" Naufal tunjuk tiang gol berlawanan arah.

"Oh laaa. HAHAHAHAHA." Berganti Safiya yang ketawa hingga bergegar tubuhnya. Tawa yang begitu kuat hingga air matanya mengalir.

Naufal turut mahu ketawa tapi senyumannya mati melihat air mata keluar dari mata itu. Kelakar sangat ke sampai menangis?

"Sorry!" Safiya paling kebelakang sebelum dia terkedek-kedek membawa bola ke tengah.

Naufal geleng kepala sebelum dia kembali pada posisi asal.

'Macam mana kau boleh ketawa di hari kematian kawan kau sendiri Safiya?'

Baru sahaja Safiya letak bola ke bawah. Matanya tiba-tiba membesar. Air liur diteguk terasa kesat.

'Kau lupa ke bertapa tersiksanya Nasha nak dapatkan tawa macam kau sekarang? Dia berusaha, setiap hari dia berusaha untuk ketawa dan gembira seperti kau.. tapi akhirnya. Tawa menjadi sebahagiaan dari deritanya.'

"Safiya?" Teguran Haris buat Safiya tersentak sebelum dia undur kaki beberapa langkah kebelakang. Dan permainan kembali berlangsung.

"Safiya, aku merayu.. Merayu pada kau. Tolong jangan beritahu sesiapa. Aku rela mati dari mama dan papa aku tahu.. Aku merayu.." terngiang-ngiang raungan Nasha berkali-kali saat Safiya cuba untuk memujuknya. Padahal dia sudah berjanji, tapi kenapa Nasha masih ragu-ragu?

"Oh, Nasha tu mungkin tak ambil SPM tahun ni. Mak Ayah dia cakap dia kena buatan orang. Teruk juga keadaan dia sekarang." Safiya masih ingat saat dia ke bilik guru dan mendengar guru kelas Nasha bercakap tentang Nasha yang tak mampu menduduki peperiksaan SPM seperti orang lain. Hatinya hancur, kerana hanya dia seorang tahu hakikat sebenar yanh Safiya bukan terkena buatan orang! Tapi lebih dari itu.

"Safiya!! Ambil bola!" Safiya tersentak dari lamunan apabila Hazim menyepak bola ke arahnya.

"Safiya bawa ke tiang gol belah sana!" Seorang teamnya menjerit buat Safiya angguk dalam terpinga-pinga membawa bola di kaki.

"Apa aku nak buat Safiya. Aku nak mati. Aku nak tidur.."

"Apa kau cakap ni Nasha? Cuba bertenang! Kau ingat dengan cakap semua tu kau akan tenang? Kau ingat mati tu penyudah semua kisah kau?!"

"Kau tak faham Safiya.. Kau tak faham. Hiks hiks!"

"Video aku dah tersebar ke website. Aku tak nak hidup Safiya.. Aku tak nak hidup lagi. Aku tak boleh bayangkan macam mana perasaan mama dan papa aku kalau dia orang tahu.." Kenapa masa tu dia tak faham bertapa rapuhnya perasaan Nasha. Gadis itu berada di titik hujung jalan, sama ada meneruskan hidup atau mengakhiri hidupnya.

"Safiya,, kau jangan sakit macam aku.."

Langkah Safiya terhenti tepat di depan tiang gol. Matanya membesar hingga penjaga gol kelu memandangnya.

"Safiya?"

'Jangan sakit macam aku? Tapi sekarang kau sakitkan aku Nasha.. Sakit sebab tak semua orang tahu apa yang terjadi pada aku. Cuma aku.. Sampai akhir hayat kau pun aku tak mampu buat apapun untuk kau..'

Safiya tiba-tiba rebah melutut dengan mulut  terbuka mencari nafas.

"Safiya!!" Dari hujung gelanggang Naufal berlari sekuat hati mendapatkan Safiya.

Dari melutut, tubuh itu rebah berbaring. Safiya pejam rapat matanya dengan tangan naik mencengkam dada.

"Sakit..."

"Safiya!! Safiya dengar abang?! Safiya!" Naufal panik memangku kepala Safiya di atas ribanya.

"Sakit!! Arghh!!" Akhirnya raungan Safiya kedengaran dengan sambungan tangisan gadis itu berlagu buat semua di dalam gelanggang itu kelu tak terkata.

Keliru dengan apa terjadi dengan perempuan itu. Safiya kelihatan ketawa pada pusingan pertama tapi di pusingan kedua, fikiran gadis itu hilang dari gelanggang.

"Aku dah agak dia tak okay.." Haris teguk air liur menghampiri Safiya. Lihat wajah itu yang sudah basah dengan air mata. Dia jadi tak sanggup.

"Safiya... Apa dah jadi.." Naufal tarik tubuh Safiya dalam pelukan sebelum dia usap belakang gadis itu.

"Nasha.. hiks hiks." Bergegar tubuh itu tak dapat digambar bertapa sakitnya Safiya saat itu.

"Kenapa kau tinggal aku dengan semua sakit ni..."

Continue Reading

You'll Also Like

DARK MOON By d

Teen Fiction

6.2K 447 20
Adrian dan Luna adalah pasangan yang paling hangat bercinta di sekolah mereka. Kemana sahaja mereka pergi selalu berdua. Malah mereka juga sentiasa m...
460K 10K 31
Tommyinnit is y/n's younger brother. his fame was unexpected and made y/n very proud of her brother. but when y/n wanted to start streaming her fame...
869K 51.1K 45
Hanya tentang hubungan romantis Jungkook dengan pria dinginnya, Taehyung. ON GOING | SLOW UPDATE ⚠️ still often revision and lots of typos © kwoooy