Until We Meet Again |Hakim Uw...

By missnovelmine

18.7K 1K 494

-Second book: UWMA | Hakim Uwais- . . . -Hakim Uwais- "Ya, aku cintakan dia. Puas hati kau?" -Diandra Adryan... More

๐‘ƒ๐‘Ÿ๐‘œ๐‘™๐‘œ๐‘” ๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 1๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 2๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 3๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 4๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 6๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 7๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 8๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 9๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 10๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 11๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 12๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 13๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 14๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 15๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 16๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 17๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 18๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 19๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 20๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 21๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 22๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 23๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 24๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 25๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 26๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 27๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 28๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 29๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 30๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 31๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 32๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 33๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 34๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 35๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 36๐Ÿ
Part 37๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 38๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 39๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 40๐Ÿ

๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 5๐Ÿ

340 23 6
By missnovelmine

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Mata nya tidak lepas dari meneliti bait bait perkataan yang tercetak kemas di atas kertas yang bersalut kan file biru pekat itu.

File ditutup seraya pandangan mula tertacap pada wajah si bakal pekerja atau pada erti kata lain PA nya.

"Mirah awak boleh tunjukkan tempat duduk Cik Fatihah dan beritahu apa yang patut dia lakukan" arah Uwais pada Mirah yang sudah tersiap sedia berdiri berseberlahan dengan Fatihah yang masih duduk berhadapan dengan Uwais.

Mirah mengangguk kecil seraya menjawab.

"Baik Tuan.." Jawab Mirah.

"Mari Fatihah" ujar Mirah lagi pada Fatihah sebelum dia menunduk hormat pada Uwais sudah memulakan kerja nya.

Tidak sedikit pun Uwais pandang dia ralit dengan komputer yang berada dipandangan matanya.

Fatihah yang berjalan di belakang Mirah masih memerhatikan Uwais senyap senyap dari luar bilik milik lelaki itu.

Mereka tiba di sebuah bilik yang tidak jauh dari bilik Uwais, kalau dilihat sebernanya bilik Uwais dan bilik PA nya itu terpisah dengan cermin besar yang ditutup menggunakan langsir emas.

Jika ditariknya langsir tersebut maka terpapar lah bilik besar Uwais.

Langsir yang sedikit terselak menampakkan wajah dingin Uwais yang sedang asyik focus dengan kerja nya. Terlihat segak disitu yer.

Mirah yang sedang menerangkan tugasan yang perlu dilakukan oleh Fatihah terhenti seketika apabila dia menangkap mata Fatihah yang tidak lepas dari memerhati si Tuan.

Segera Mirah menegur Fatihah.

"Fatihah!" Sergah Mirah sedikit kuat.

Tersentak gadis itu seraya mengucap perlahan didalam hati.

Masyaallah bikin sakit jantung sahaja lah Mirah ni!

"Y-ya.." Jawab Fatihah sedikit tergagap.

"Dengar tak apa yang Mirah kata tadi?" Tanya Mirah.

Fatihah tersengih kekok. Kantoi usha boss sendiri sampai tak dengar apa yang orang cakap.

"Haa sengih sengih tu mesti tak dengar kan.." Teka Mirah sambil mata dibulatkan memandang kearah Fatihah.

"Maaf Mirah, Tiha tak focus" kata Fatihah sebersalah.

Mirah menggeleng kecil.

"Tahu lah Tuan tu hensem tapi jangan lah ditenung nya sampai nak meleleh air liur tu!" Perli Mirah.

Sekali lagi Fatihah tersengih hambar. Bibir nya digigit perlahan.

Tu lah kau Tiha siapa suruh tak pandai cover kan dah mendapat!...

"Mirah bukan apa, tapi sebaiknya lah kan Fatihah jangan rapat sangat dengan Tuan tu kalau boleh pandang lama lama pun jangan.." Kata Mirah seakan memberi amaran kecil pada Fatihah.

Gadis itu berkerut seribu. Tidak mengerti maksud Mirah.

"Tiha tak faham lah Mirah, kenapa Mirah cakap macam ni?" Tidak mengerti dirinya.

Mirah menyusun sedikit kertas yang berada diatas meja kerja milik Fatihah sebelum dia mendekati gadis itu.

Langsir yang sedikit terselak Mirah tarik bagi menutup nya semula. Kemudian dia menarik Fatihah agar duduk berseberlahan dengan dirinya.

"Tuan dah berkahwin nak dekat 2 tahun dah" ujar Mirah.

Fatihah tercegang sedikit.

Ouh suami orang rupanya..

"Mirah kenal sangat dengan isteri Tuan, dia tu bukan macam perempuan perempuan lain tahu? Jadi Mirah nak nasihatkan Fatihah kalau kalau lah Fatihah ada simpan perasaan ke dekat Tuan lebih baik Fatihah buang awal awal.." Mirah menatap Fatihah lembut.

"Mirah taknak Fatihah terima nasib yang sama macam PA yang dahulu.." Sambung Mirah dia menghembuskan nafas nya perlahan.

"Kalau Mirah tak kesah boleh Tiha tahu apa yang PA sebelum sebelum ni pernah kena dahulu?" Tanya Fatihah. Entah kenapa dia rasa macam takut pula apabila mendengar cerita dari Mirah tentang isteri Tuan nya itu.

Mirah membisu seketika. Mata dilarikan kearah lain. Arghh takkan lah dia nak buka aib isteri Tuan nya itu pula!

Melihat Mirah yang membisu membuatkan Fatihah mengerti.

"Takpa lah kalau Mirah tak nak cerita, Tiha akan ingat pesan Mirah. In shaa Allah.." Bicara Fatihah lembut.

Dia menguntumkan senyuman manis pada Mirah.

Mirah mengangguk perlahan. Bagus lah jika Fatihah mengerti, lagipun dia tidak mahu lah membuka aib isteri Tuan nya itu.

"Ingat tau pesan Mirah.." Pesan Mirah mengingati Fatihah.

Tertawa kecil Fatihah sebelum menjawab.

"Ya, Tiha ingat.." Katanya seketika sebelum dia teringat sesuatu.

"Ouh yer, Mirah tak perlu lah panggil Tiha dengan nama penuh. Panggil jer Tiha lagi senang kan?" Kata Fatihah.

"Eh tak apa ker?" Tanya Mirah.

"Takpe lagipun Tiha lagi selesa kalau Mirah panggil Tiha, Tiha.." Jawab Fatihah.

Mirah mengangguk kecil.

"Oky lah kalau Fatihah cakap macam tu, eh salah Tiha..hehe" ketawa Mirah kecil menampakkan gigi taring nya.

Cute!

Mirah kemudian berlalu pergi tatkala menerima satu panggilan. Gadis itu pun boleh tahan workaholic nya.

Fatihah menghantar pemergian Mirah dengan pandangan matanya.

Dia berpaling kekanan dan serentak dengan itu pandangan nya berpaut bersama pandangan Uwais yang sejak dari tadi memerhatikan Fatihah.

Segera dia melarikan matanya kearah lain.

Tangan naik menyentuh dada kiri nya perlahan.

Ya Allah..perasaan apakah ini?

Tanpa dipinta Fatihah tersenyum kecil.

***
"Awak takda meeting ker pagi ni?" Tanya Lis yang sedang menuang air kopi kedalam cawan Firash.

Suaminya itu ralit melayan kerenah si anak kembar yang semakin membesar.

Aaron menyuapkan roti bakar kedalam mulut Firash sebelum ditonyoh nyer muka Laticia dengan roti bersapukan jem strawberry ditangan kirinya.

Menjerit si adik kembar yang manja itu. Abang nya ini sangat lah nakal!

Segera Lis menuju kearah anak perempuan nya itu. Dia mendukung Laticia seraya tangan mengelap sisa jem strawberry yang melekat di hidung dan pipi nya.

Aaron dengan muka tak bersalah ketawa melihat si adik yang mulai merengek kecil. Dia menjelirkan lidah pada Laticia sebelum menyumbat semua roti yang berada ditangan kedalam mulut nya sehingga penuh.

Lahhhh ghisau!

Firash apa lagi dibantai nya ketawa melihat kerenah Aaron yang mencuit hati. Anak nya ini nakal! Copy paste dia tak nyer?..

"Awak gelak?! Tahu tak Aaron buat apa dekat Ica tadi?" Marah Lis. Geram dia dengan encik suaminya yang tak makan saman itu.

Anak tengah sedap membuli si adik boleh pula dia bantai ketawa. Ayah jenis apakah itu?

Firash yang bersisa ketawa membalas semula.

"Alahh jangan lah marah marah sayang, anak kita ni nakal bukan main kan? Agak agak ikut siapa perangai dia?" Bicara Firash selamba sambil mata tidak lepas memerhati Aaron yang sedang menyumbat mee goreng ke dalam cawan minum.

Haihlahh macam macam perangai si Aaron ni.

Firash turut sama menolong si anak dalam aksi menyumbat mee. Haa yer bagus anak bapak beruk!

Ternganga Lis melihatnya. Laju tangan menepuk kuat lengan Firash seraya memiat telinga suaminya itu. Boleh di join nya Aaron? Memang mencari nahas!

"Aduh, aduh..sakit lah sayang.." Adu Firash mengikut sama naik badannya tatkala Lis memiat telinga dia.

Laticia yang melihat papa mereka di piat mula tertawa suka. Seronok tengok papa kena marah agaknya.

Aaron pula bersorak sakan seakan menyokong mama nya agar makin memulas mulas telinga Firash sampai tercabut. Bior kudung!

"Wohoooo!! Mama! Mama! Mama!.." Sorak Aaron seraya menepuk nepuk tangan nya keudara. Laticia turut sama mengikut aksi si abang kembar.

Habis berterabur mee goreng yang dimasak Lis ke atas lantai.

Membulat matanya melihat.

Oh my Allah!..

"Aaron Darwin!" Tegur Lis tegas sambil muka ditayang garang sehabis mungkin.

Laticia yang melihat muka garang mama nya menyorok di sebalik ketiak si abang. Manakala Aaron pula hanya menayang muka tak bersalah dia.

Sebijik Firash!

"Yes mom!" Jawab Aaron selamba seraya tangan dinaikkan seakan membuat tabik hormat.

Laticia turut sama mengikut dengan mulut dimuncungkan kehadapan lalu mata disepetkan.

Ni menghina siapa ni?

Lis ternganga buat sekian kali. Ya Allah anak mereka ni ikut perangai siapa lah ni?

Firash membuat tumbs up pada kedua anak kembar nya tanpa Lis sedari. Uih kalau sedor dik Lis mahu lunyai Firash di bantai nya.

Laticia mendapat satu akal untuk mengenakan si ayah.

"Mama, papa buat macam ni!" Lantang Laticia berkata seraya meniru semula cara Firash yang membuat tumbs up.

Tajam mata Lis menatap Firash. Tertelan kesat air liur Firash tatkala itu.

Tak guna punya anak! Derhaka lu!

Aaron mengambil kesempatan yang ada untuk lari daripada mama nya yang sudah bertukar menjadi Hulk hijau!

Dia menarik tangan Laticia untuk turun dari kerusi sebelum mereka sama sama menuju ke arah singki lalu membasuh tangan yang kotor.

Dengan penuh terkedek kedek kaki pendek itu berlari menuju kearah tangga rumah, dipanjat yang tangga tersebut menuju ke tingkat atas dibilik mainan.

Sempat Aaron dan Laticia menoleh kebelakang bagi melihat reaksi papa mereka.

Dilihat Firash yang membuat riak wajah sedih. Laticia mengejek si papa dengan membuat muka hodoh nya seraya menjelir lidah, punggung digoyang goyangkan kearah Firash yang menatap mereka.

Aaron hanya ketawa melihat si adik yang rancak mengejek papanya. Dia meneruskan langkah dengan tangan Laticia yang masih dipimpin.

Firash kembali mengalihkan pandangan kearah Cik isteri yang tajam merenung nya. Macam nak malam orang.

"Awak memang sengaja nak kena kan Firash Danish!" Memetir suara Lis.

Terpejam sebentar mata Firash.

Memang tak lama dah aku hari ni..

"Sayang.." Firash memanggil Lis cuba memujuk nya.

Namun Lis tidak membalas. Dia menjeling Firash tajam.

"No! Awak jangan masuk pejabat selagi semua ni tak kemas! Awak kena tolong saya kemas semua ni!" Marah Lis sambil bercekak pinggang.

Firash membuat muka pasrah.

Anak yang buat aku jugak yang kena..

"Kalau awak tak join sekali tak ada nya jadi macam ni!" Kata Lis yang sedang kalit mengangkat pinggan makan.

Firash terkaku sekejap.

Mak aihh dia boleh dengor ker?..

"Awak termenung apa lagi kat situ cepat lah kemas Firash!" Jerit Lis dari arah dapur.

Kelam kabut Firash bangkit dari duduk nya, lengan baju dilipat ke paras lengan sebelum dia mencapai penyapu lalu disapu mee yang sudah selamat menyembah lantai rumah.

"Ya, ya..tengah buat lah ni!" Jawab Firash.

"Tu lah awak, lain kali jangan diikut nya apa yang anak buat. Ini tak habis awak ikut bukan nak ditegur malah makin di join nya! Awak tu dah tua jangan lah buat perangai budak budak lagi dah jadi ayah dah pun. Takkan lah saya nak kena...bla bla bla dan bla..." Mula lah operasi membebel seketul Lis Areeda.

Firash dengan penuh kepasrahan nya hanya menadah telinga yang semakin berkulat kulat, menanah mendengar nya.

Bukan sekejap yer cu! Malah lama! Kalau boleh sampai singa jantan tu beranak anak ke-11 pun Lis masih belum habis dari khutbah nyer itu.

Setahu aku dulu kau tak ada lah bising macam ni, sejak sejak beranak ni makin kuat membebel engko tu..

Kutuk Firash didalam hati.

"Haa, kutuk saya lah tu! Awak dengar tak apa yang saya cakap tadi?!" Tegur Lis yang masih didapur sedang ralit membasuh pinggan mangkuk.

Firash terkebil kebil sebelum menyahut.

"Ya..saya dengar lah sayang.." Kata Firash.

Dia menggelengkan kepala nya perlahan.

Hadap jer lah Firash..

Nasib sayang..














































































•1676 word•

Alamak terlebih lah pulak..hehe sorry

Continue Reading

You'll Also Like

4.3M 236K 49
"Stop trying to act like my fiancรฉe because I don't give a damn about you!" His words echoed through the room breaking my remaining hopes - Alizeh (...
225K 5.1K 50
A simple girl who works for her boss as a personal assistant. Right, expect he is dangerous. She just doesn't know it. He's a mafia boss. He saves h...
5.6M 230K 68
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally โฃ๏ธ Cover credit...
647K 28.6K 41
แ€’แ€ฎแ€‡แ€แ€บแ€œแ€™แ€บแ€ธแ€œแ€ฑแ€ธแ€€แ€แ€ฑแ€ฌแ€ท แ€แ€ปแ€™แ€บแ€ธแ€žแ€ฌแ€แ€ฒแ€ทแ€กแ€œแ€ฝแ€พแ€ฌแ€€แ€ผแ€ฌแ€ธแ€€ แ€…แ€ฏแ€ถแ€แ€ฝแ€ฒแ€แ€…แ€บแ€แ€ฝแ€ฒแ€›แ€ฒแ€ทแ€กแ€ญแ€™แ€บแ€‘แ€ฑแ€ฌแ€„แ€บแ€›แ€ฑแ€ธแ€•แ€แ€ญแ€•แ€€แ€นแ€แ€แ€ฝแ€ฑแ€กแ€€แ€ผแ€ฑแ€ฌแ€„แ€บแ€ธแ€€แ€ญแ€ฏแ€›แ€ฑแ€ธแ€–แ€ฝแ€ฒแ€ทแ€‘แ€ฌแ€ธแ€แ€ฌแ€•แ€ซแ‹ แ€™แ€ญแ€”แ€บแ€ธแ€แ€œแ€ฑแ€ธแ€แ€ญแ€ฏแ€„แ€บแ€ธแ€›แ€ฒแ€ท แ€กแ€ญแ€™แ€บแ€™แ€€แ€บแ€€แ€แ€ปแ€™แ€บแ€ธแ€žแ€ฌแ€แ€ฒแ€ทแ€กแ€™แ€ปแ€ญแ€ฏแ€ธแ€žแ€ฌแ€ธ...