Until We Meet Again |Hakim Uw...

By missnovelmine

18.7K 1K 494

-Second book: UWMA | Hakim Uwais- . . . -Hakim Uwais- "Ya, aku cintakan dia. Puas hati kau?" -Diandra Adryan... More

๐‘ƒ๐‘Ÿ๐‘œ๐‘™๐‘œ๐‘” ๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 1๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 2๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 3๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 5๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 6๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 7๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 8๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 9๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 10๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 11๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 12๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 13๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 14๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 15๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 16๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 17๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 18๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 19๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 20๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 21๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 22๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 23๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 24๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 25๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 26๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 27๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 28๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 29๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 30๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 31๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 32๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 33๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 34๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 35๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 36๐Ÿ
Part 37๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 38๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 39๐Ÿ
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 40๐Ÿ

๐‘ƒ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก 4๐Ÿ

410 29 0
By missnovelmine

- 𝑝𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑠𝑤𝑒𝑒𝑡𝑒𝑠𝑡 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

"Kau nak tak?" Tanya Qaseh Amanda pada sepupunya itu yang sedang focus pada masakan.

Bau nasi goreng kampung tersebut menusuk sehingga ke rongga hidung! Fuhhh penangan seorang Nurul Fatihah Haji Daud yer..

"Aku oky jer tapi tu lah..aku risaukan abah aku lah Qaseh, tak ada siapa nak tengok tengokkan dia nanti kalau aku ikut kau ke KL" kata Fatihah lembut seraya menuangkan nasi goreng tersebut kedalam mangkuk lalu dihidangkan ke atas meja makan.

Qaseh membuat muka monyok.

"Alahhhh..tiha, kau ni macam tak biasa mak dengan ayah aku kan ada nanti aku minta lah diorang tengok tengokkan abah kau.." Pujuk Qaseh seraya memberikan cadangan.

Dia mahu Fatihah mengikutinya ke KL, lagipun dia sudah temukan kerja yang bagus untuk sepupunya itu. Itu pun rakan lama nya yang mengoffer dia, tapi dia sudah ada kerja tetap jadinya di suakan nama Fatihah pada si kawan memberitahu bahawa sudah ada yang mahu mengambil tempat.

Fatihah mengeluh perlahan.

"Bukannya aku tak nak pak long dengan mak long tolong tengokkan abah aku, cuma.." Jeda Fatihah sebentar.

Qaseh mengulang semula ayat Fatihah yang tergantung.

"Cuma?.." Ulang Qaseh dengan sebelah kening nya diangkat tanda mahu Fatihah menyambung percakapan nya semula.

"Cuma aku taknak lah susahkan diorang, selalu nya pak long dengan mak long lah yang banyak menolong. Aku jadi segan dengan pak long dan mak long, kau pun tak lari juga..." Terang Fatihah sebersalah.

Qaseh menggelengkan kepalanya perlahan. Ini lah perangai Fatihah yang Qaseh paling tidak gemar. Selalu sahaja dia berfikir yang dia menyusahkan Qaseh sedangkan dia tidak menyusahkan diorang pun.

Kata sepupu, pastilah saling membantu darah daging kot.

"Kau ni mana ada kau dan pakngah menyusahkan kitorang sekeluarga, kita kan satu darah pasti lah kena saling membantu. Kalau bukan aku dengan mak dan ayah aku siapa lagi yang nak bantu kau pandai!" Kata Qaseh.

Dijeling nya Fatihah manja. Merajuk kang baru tahu!

Fatihah hanya tersengih kambing.

"Sorry lah Qaseh, aku cuma risau jer. Jangan lah marah.." Lembut Fatihah berkata.

"Tak marah, merajuk jer.." Balas Qaseh selamba sebelum dia menggigit roti yang sudah disapukan kaya keatas nya.

Fatihah mendekati Qaseh lalu dipeluknya sepupu manja itu erat.

"Atototo..jangan merajuk yer sepupu ku sayang.. Okay oky aku janji lepasni aku tak cakap dah macam ni lagi oky?.." Pujuk Fatihah seraya mengangkat tangan nya seakan mengangkat sumpah.

Tapi kali ni berbeza bukan sumpah tapi janji!..

Qaseh yang tidak merajuk sebernanya itu sudah kembang kempis hidung menahan tawa nya.

Tidak lah dia mahu merajuk dengan sepupu kesayangan nya itu, dia bergurau sahaja.

"Yer lah tu..sekali kau buat lagi kan!" Balas Qaseh mahu mengusik.

Laju Fatihah menggeleng.

"Eh mana ada kali ni betul betul janji, tak cakap dah pomis!" Bantah Fatihah seraya mencium Qaseh kuat.

Um geram dengan pipi pau Qaseh itu!

"So kau ikut lah ni? Kan, kan kan??" Tanya Qaseh berkali kali dengan wajah yang bersinar sinar.

Fatihah membisu seketika, belum sempat dia mahu berkata ada suatu suara yang mencelah.

"Pergi jer lah tiha abah izinkan.." Kata Haji Daud ayah kepada Fatihah.

Serentak itu mereka berdua menoleh ke arah tangga dapur dilihat Haji Daud yang sedang gigih menuruni anak tangga dapur itu satu persatu.

Segera Fatihah berlari anak menuju ke arah abah nya lalu dipimpin Haji Daud kearah meja makan.

"Hati hati abah.." Kata Fatihah lembut.

"Selamat pagi pakngah.." Tegur Qaseh mesra.

Haji Daud menayangkan senyuman manis pada anak buah nya yang ayu itu. Eh ayu lah sangat!

"Pergi lah tiha kesian Qaseh ni, penat penat dia carikan kamu kerja takkan lah kamu nak tolak pula" pujuk Haji Daud perlahan.

Qaseh mengangguk setuju.

"Betul tu pakngah! Kesian Qaseh ni.." Bicara dia dengan muka yang dibuat buat sedih.

Halah drama queen sungguh!

Lama Fatihah berdiam sebelum dia mengangguk perlahan.

Melihat anggukkan dari Fatihah membuatkan Qaseh menjerit suka seraya memeluk Fatihah erat.

"Yeay! Sayang kau tiha!" Kata Qaseh penuh teruja.

Haji Daud menggelengkan kepalanya perlahan, seronok sungguh anal buah nya itu apabila Fatihah bersetuju mahu mengikutinya ke bandar.

Namun jauh disudut hati Fatihah dia tidak rela. Sesungguh nya diamat lah merisaukan si ayah yang keseorangan di kampung. Sejak arwah Ummi nya meninggal dunia 7 tahun lepas, dia sahaja lah yang ada untuk menemani ayah nya.

Jadi untuk berpisah amatlah berat bagi Fatihah.

***
Ditatap nya makhluk yang sedang asyik melahap makanan yang sudah tersedia di meja makan.

Tergeleng geleng kepalanya melihat si empunya badan melahap bagaikan orang yang tak makan setahun.

Kebulur bebenor nyer lah!

"Lari rumah lagi?" Perli Lisa dingin. Ditatapnya Diandra tanpa lepas.

Terhenti seketika suapan Diandra, dipandang nya Lisa sekejap sebelum dia menyambung aktiviti melahap makanan sehingga perhabis semuanya.

Air yang berada di hadapan mata Diandra teguk perlahan.

"Mana ada aku lari.." Mengelat Diandra seraya melarikan matanya kearah lain.

Lisa smirk.

Mata di alihkan memandang kearah ruang tamu yang terletak nya dua beg bagasi hitam disitu.

Dia mengangkat kening nya sebelah seakan memerli sahabat nya itu.

"Tu apa? Tong gas? Bukan main banyak lagi beg kau angkut, nak duduk sini setahun ker?" Perli Lisa lagi.

Diandra membuat muka selamba. Lisa ni tak habis habis nak perli dia! Eii nasib kawan idok dia belasah nya cukup cukup.

"Alahh..biasalahkan baju dah tu kau nak suruh aku bogel ker? Aku oky jer takut kau tu lah kang nangis kau tengok.." Selamba badak Diandra membalas seakan tiada apa apa.

Lisa menjeling Diandra menyampah.

"Kepala otak kau! Baju kau tu dah melambak dalam almari kat bilik tu lah tolol! Kau nak bawak baju lagi buat apa? Pekasam?" Balas Lisa berjela.

Gila punya Diandra, baju dia sudah melambak didalam almari lagi mahu dia angkut yang baru. Lisa sudah lali dengan Diandra.

Acap kali dia bergaduh dengan Uwais pasti sahaja dia datang kerumah Lisa. Katanya mahu menenangkan diri padahal nak larikan diri!

Habis dibelinya baju kemudian disepuk kedalam almari, amboii dah macam rumah sendiri pula Diandra buat!

"Tu aku saje jer nak acah acah lari rumah, apa salah nyer.." Jawab Diandra tenang.

Kecil sahaja Lisa menatap si sahabat yang berada di depan mata. Aku lenyek jugak lah budak ni apa pun tak dapat tau!

"Kau ni kan memang gila!" Kutuk Lisa depan depan.

Diandra melepaskan tawanya kuat. Biasalah Diandra kan!

"Alah kau relax jer nanti aku bawa lah baju ni balik.." Kata Diandra lagi.

Lisa membuat roll eyes.

Sangat!..

"Tak payah lah Dian..macam lah aku baru kenal kau hari ni, kau takkan bawa pun baju tu balik! Sembang jer lebih.." Bidas Lisa sebelum dicapai nya roti gardenia kosong lalu digigit kuat.

Diandra bersiul perlahan. Eh kantoi!

"Kalau aku tinggal pun tak jadi masalah pun kan?..kau pakai lah baju aku tu, saiz kita sama kot!" Cadang Diandra.

Laju Lisa menggeleng. Dia pakai baju Diandra? Tch! Kirim salam sahaja lah. Langsung tak kena dengan gaya nya.

Diandra punya pakaian tu bukan lah nak menghina tapi memang real pun tak sopan!

Koyak sana koyak sini, sendat sana sendat sini, senteng sana senteng sini. Dah serupa macam pakai baju tarzan!

Lebih baik dia pakai jer kain lap kaki tu haa lagi bagus!

"Lah asal kau geleng pulak?" Tanya Diandra tidak mengerti.

"Eii taknak aku pakai baju kau tu, dah lah terkoyak kang aku pakai mahu rabak habis!" Hina Lisa selamba.

Budak ni mulut mana ada insuran sebijik macam si abang ipar nya tu!

"Bodoh kau jangan lah jalan terkangkang kangkang! Cer jalan sopan sikit takde lah koyak nya. Lagi satu cuba lah kau berpakaian feminin sikit ini tak, asyik asyik jeans, hoodie, jacket! Aku yang tengok ni pun naik rimas kau tahu?" Kutuk Diandra tentang pemakaian Lisa.

Elok lah tu dari pakai baju mengalahkan tarzan buat apa?..

"Ah persetankan lah apa yang aku nak pakai pun! Yang aku tahu kau jangan tinggalkan baju kau dekat sini lagi, or else...." Jeda Lisa sambil merenung Diandra bagai mahu dimakan nya.

"Aku buang baju kau!" Ugut Lisa sebelum tangan naik menyilang didada seraya menyandarkan badan pada kerusi di meja makan tersebut.

Diandra mengangkat bahu nya perlahan.

"What ever, you know what? I. Don't. Care. Buang jer lah aku boleh beli baru!" Balas Diandra selamba sebelum dia ketawa besar.

Bahalol membazir jer kerja nya!

"Lancau membazir bodo kau ni!" Tajam dia menatap Diandra yang masih ketawa bergalak.

Air oren dicapai nya lalu Lisa menghirup perlahan.

Diandra sudah berhenti dari tawanya lalu dia dan Lisa saling berpandangan.

"Sampai bila korang nak macam ni?.." Tanya Lisa lembut sambil memandang sayu kedalam mata Diandra.

Dia mahu mencari jawapan yang terlakar pada mata rakannya itu.

Diandra diam.

Mata nya dilarikan kearah lain. Dia tahu Lisa cuba mencari jawapan disebalik matanya.

"Sampai lah dia berubah then semuanya akan selesai.." Jawab Diandra acuh tak acuh.

Lisa melepaskan keluhan berat.

"Jangan terlampau ego Dian, ia akan memakan diri kau satu hari nanti percayalah.." Ujar Lisa perlahan sebelum dia bangkit menuju ke dapur.

Diandra terkedu seketika. Tangan yang mulai menggigil dia sembunyikan kedalam baju nya.

Kepalanya tertunduk ke sisi meja sedikit dan tanpa dia sedari air matanya mengalir laju.

Ditahan tangisan agar tiada sebarang bunyi yang dikeluarkan.

Lisa yang berada di sebalik dinding memisahkan antara ruang makan dan dapur memandang Diandra sayu.

Berubahlah Dian...

***
Pintu bilik dikuak dari luar. Uwais menuju kearah almari pakaian.

Di tariknya sliding door almari lalu dia menyentuh baju perkahwinan dia dan Diandra.

Mata melirik kearah sudut almari yang sudah kosong.

Uwais mengeluh perlahan. Diandra lari lagi tak lain tak bukan pasti ke rumah adik bongsu nya Lisa Aryani.

Sedang asyik dia menyentuh baju perkahwinan nya itu kedengaran bunyi dari telefon nya yang menjerit meminta untuk diangkat.

"Yer Mirah ada apa?" Tanya Uwais datar.

"...."

"Oky awak suruh dia tunggu didalam pejabat saya sekejap lagi saya sampai" arah Uwais.

"...."

"20 minute, bye" kata Uwais lagi sebelum dia menamatkan panggilan.

Mata melirik sekilas kearah baju perkahwinan nya itu sebelum kaki laju melangkah keluar dari bilik tidur nya.

I miss you my old Dian...
































































































































•1608 word•

Agak agakkan kenapa Diandra jadi macam tu?

Continue Reading

You'll Also Like

770K 108K 39
Yaduvanshi Series #3 it is a book under yaduvanshi series. But it could be read as standalone too. Nitya Raghavendra is a telugu businesswoman earnin...
856K 8.5K 68
๐ข๐ง๐œ๐ฅ๐ฎ๐๐ž๐ฌ ๐š๐ฅ๐ฅ ๐จ๐Ÿ ๐ญ๐ก๐ž ๐›๐จ๐ฒ๐ฌ โœฆ . ใ€€โบ ใ€€ . โœฆ . ใ€€โบ ใ€€ . โœฆ don't forget to vote, share and comment. ๐Ÿค
285K 19.5K 57
ABHIMANYU RATHORE :- Rude , workaholic CEO of Rathore Empire .Devilesing hot , every girls drools over him .But loves his family to dearest . . SAKS...
647K 28.6K 41
แ€’แ€ฎแ€‡แ€แ€บแ€œแ€™แ€บแ€ธแ€œแ€ฑแ€ธแ€€แ€แ€ฑแ€ฌแ€ท แ€แ€ปแ€™แ€บแ€ธแ€žแ€ฌแ€แ€ฒแ€ทแ€กแ€œแ€ฝแ€พแ€ฌแ€€แ€ผแ€ฌแ€ธแ€€ แ€…แ€ฏแ€ถแ€แ€ฝแ€ฒแ€แ€…แ€บแ€แ€ฝแ€ฒแ€›แ€ฒแ€ทแ€กแ€ญแ€™แ€บแ€‘แ€ฑแ€ฌแ€„แ€บแ€›แ€ฑแ€ธแ€•แ€แ€ญแ€•แ€€แ€นแ€แ€แ€ฝแ€ฑแ€กแ€€แ€ผแ€ฑแ€ฌแ€„แ€บแ€ธแ€€แ€ญแ€ฏแ€›แ€ฑแ€ธแ€–แ€ฝแ€ฒแ€ทแ€‘แ€ฌแ€ธแ€แ€ฌแ€•แ€ซแ‹ แ€™แ€ญแ€”แ€บแ€ธแ€แ€œแ€ฑแ€ธแ€แ€ญแ€ฏแ€„แ€บแ€ธแ€›แ€ฒแ€ท แ€กแ€ญแ€™แ€บแ€™แ€€แ€บแ€€แ€แ€ปแ€™แ€บแ€ธแ€žแ€ฌแ€แ€ฒแ€ทแ€กแ€™แ€ปแ€ญแ€ฏแ€ธแ€žแ€ฌแ€ธ...