๐ŸŒท๐‚๐ˆ๐๐“๐€ ๐˜๐€๐๐† ๐“๐„๐‘๏ฟฝ...

Par IeraRoselyn

567K 18.6K 2.2K

Selepas beberapa tahun pemergian tunangnya, Haiyan Aniq terpaksa mengikut kemahuan bonda tercinta supaya menc... Plus

Prolog
CYT 1
CYT 2
CYT 3
CYT 4
CYT 5
CYT 6
CYT 7
CYT 8
CYT 9
CYT 10
CYT 11
CYT 12
CYT 13
CYT 14
CYT 15
CYT 16
CYT 17
CYT 18
CYT 19
CYT 20
CYT 21
CYT 22
CYT 23
CYT 24
CYT 25
CYT 26
CYT 27
CYT 28
CYT 29
CYT 30
CYT 31
CYT 32
CYT 33
CYT 34
CYT 35
CYT 36
CYT 37
CYT 38
CYT 39
CYT 40
CYT 41
CYT 42
CYT 43
CYT 44
CYT 45
CYT 46
CYT 48
CYT 49
CYT 50
CYT 51
CYT 52
CYT 53
CYT 54
CYT 55
CYT 56
CYT 57
CYT 58
CYT 59
CYT 60
CYT 61
CYT 62 (End)
Ebook Light of my Life

CYT 47

10.2K 333 108
Par IeraRoselyn

SAMPAI diperkarangan rumah, Haiyan segera menerpa ke arah pintu rumah dan membolos masuk dengan tergesa-gesa. Biarpun sedar bahawa kereta milik isterinya tiada diluar, dia tetap mahu memeriksa sendiri. Langkah diatur laju ke arah anak tangga dan mendaki. Dada menahan debaran yang menggila. Berharap Aareen tidak pergi jauh darinya.

Sepanjang perjalanan dari hospital menuju ke rumahnya, tidak henti-henti dia menghubungi Aareen. Namun, satu panggilan pun tidak berjawab. Whatsapp lagilah. Aareen menutup last seen, jadi dia tidak tahu bila kali terakhir wanita itu berada diaplikasi tersebut.

"Liya."

Tidak tahu kenapa dia tetap saja menyeru nama itu dengan penuh harapan Aareen akan menyahut. Tindakan bodoh yang dia lakukan di hospital tadi benar-benar membuat dia menyumpah pada diri sendiri. Bagaimana dia sanggup menaikkan tangan pada wanita yang sedang mengandungkan anaknya? Hanya disebabkan satu kesalahan, dia terus menghukum Aareen.

Bilik tidur mereka diterjah masuk. Perkara pertama yang diperiksa adalah almari pakaian milik isterinya!

Almari dibuka dan... Haiyan kaku ditempatnya. Denyutan jantung seakan terhenti secara tiba-tiba bila melihat baju-baju yang tergantung banyak, kini hanya tinggal beberapa helai sahaja. Yang tinggal hanya baju yang pernah dia berikan kepada Aareen.

Haiyan jatuh terduduk. Dia menunduk kesal. Aareen benar-benar pergi meninggalkan dia kali ini.

Wajah diraup kasar dan sesal!

"Allah! Apa aku dah buat ni?!"

Tapak tangan kanannya dipandang. Bayangan wajah Aareen yang menangis selepas menerima tamparan menyapa ruang memorinya. Tanpa diduga, air mata keluar mengalir dipipi bersama mata yang dipejamkan. Menyesal dengan apa yang dia lakukan kepada isterinya!

"I'm sorry, sayang. I'm sorry." Bibir tidak berhenti bergerak memohon maaf dari wanita itu.

Teringat semula beberapa keping gambar yang berada di dalam sampul surat serahan Aareen padanya. Betapa dia terkejut dengan semua gambar-gambar dia sedang berdua-duaan dengan Farah. Semua gambar yang ditangkap jelas menunjukkan kemesraan dia bersama Farah.

Ya! Dia tahu memang salah dia bila dia bertindak menduakan Aareen tanpa dia sedar. Tetapi, siapa saja yang sanggup mengekorinya dan merakam setiap perbuatan dia bersama Farah?!

Penumbuk dikepal erat. Dia perlu cari tahu siapa perilakunya. Tentu gerangan tersebut sudah mempunyai rancangan untuk menjauhkan Aareen dari dia!

🍃🍃🍃

Hana mundar-mandir didalam biliknya. Keadaan dia sekarang gelisah tidak menentu. Ingatannya hanya dipenuhi dengan pertelingkahan yang berlaku antara abang dan kakak iparnya dan juga seorang perempuan sewaktu dihospital tadi.

Keadaan salah seorang kawannya yang terlantar dihospital membawa dia ke hospital tersebut. Dalam keadaan dia sedang menunggu waktu melawat tiba, dengan tidak sengaja dia berjalan di kawasan taman dan terlihat kelibat Haiyan, Aareen dan bersama seorang perempuan yang mungkin juga seorang doktor disitu.

Paling mengejutkan bila tidak dijangka akalnya, tamparan Haiyan melayang pada pipi Aareen, kakak iparnya. Selepas Aareen beredar, dia terus menyerang Haiyan.

"Abang!" Lantang suara Hana menyeru nama abangnya. Langkah diatur dengan laju mendekati Haiyan bersama seorang perempuan yang dia tidak kenal.

Jelas wajah Haiyan berubah riak. Pucat. Mungkin tidak sangka dia juga akan ada disini.

"Apa yang abang buat dekat Kak Reen tadi?!" Soal Hana dengan suara yang meninggi.

Tiada kata yang keluar dari Haiyan. Melihat perempuan disebelah abangnya, dia menolak bahu Farah dengan kasar.

"Dasar perampas!"

Pang!

Sepatutnya tamparan ini sesuai untuk perempuan perampas seperti Farah! Dia dengar segala-galanya termasuk dengan Haiyan yang sanggup mempertahankan perempuan itu!

"Hana!"

Tajam Hana pandang Haiyan. "Kenapa? Abang nak tampar Hana pula? Abang sanggup naikkan tangan abang dekat isteri sendiri semata-mata nak mempertahankan perempuan tak guna ni?! Suami jenis apa ni?" Dia mula naik angin dan bengang dengan tindakan abang sendiri. Tidak pernah seorang pun ahli keluarga berkasar dengan perempuan. Abang dia itu sudah kenapa?

"Hana tak tahu apa yang berlaku."

Senyuman sinis digariskan. "Hana dengar semuanya, abang. Semuanya. Dari tadi lagi Hana intip abang, akak dengan perempuan perampas ni!" Lurus jari telunjuk menunjuk tepat pada wajah Farah. Benci dengan melihat wajah yang kononnya ayu itu!

Kepala digelengkan. "Jadi, ini masalah rumah tangga abang sebelum ni? Abang... curang dengan akak? Hana betul-betul tak sangka perangai abang macam ni. Kalau Papa dengan Mama tahu, dia orang tentu kecewa. Ada anak yang tak pandai nak hargai isteri." Bukan setakat Papa dengan Mama saja, tentu Encik Azad dan Puan Lathifah lagi kecewa dan marah!

Hana menggelengkan kepala. Menghapuskan kejadian tadi dari ingatan. Bagaikan terbayang-bayang wajah Farah tika ini. Geram dia mahu heret kepala itu dan disembam ke dalam kolam ikan. Selam sampai lemas kemudian mati dan terus campak dalam lubang kubur! Dasar perampas!

"Berani betul perempuan tu nak rampas abang dari akak. Yang abang tu pun sama melayan. Tak sangka aku ada abang yang curang. What the fish!"

Jika apa-apa terjadi, sekali pun dia tidak akan berpihak pada Haiyan. Biar lelaki itu selesaikan sendiri. Pandai buat pandailah tanggung! Buat masa ini, selagi dia boleh rahsiakan dia akan rahsiakan. Ikutkan hati, mahu dia jaja tentang kecurangan Haiyan kepada semua ahli keluarganya. Tetapi bimbang akan Encik Hafizuddin dan juga Puan Asiyah. Tambahan pula Papanya ada sakit jantung.

Apa yang perlu dia lakukan sekarang adalah memastikan dimana keberadaan kakak iparnya. Dia tidak rasa Aareen akan pulang ke rumah Haiyan setelah apa yang jadi. Jika dia berada ditempat Aareen juga dia akan lari sejauh yang mungkin. Diduakan kemudian ditampar lagi. Dasar!

🍃🍃🍃

Bella mengusap-usap belakang Aareen yang tidak henti-henti menangis. Terkejut bila buka saja pintu rumah, Aareen memeluk dia erat dan menangis teresak-esak. Sehingga sekarang dia masih belum tahu apa yang terjadi. Aareen hanya menangis semahu-mahunya. Tidak pernah dia berhadapan dengan Aareen Eliya yang begini.

"Menangislah Reen kalau itu yang buat kau puas." Jika dia memujuk, makin Aareen menangis. Jadi, biarkan.

Ingin sekali dia tahu kenapa Aareen jadi begini. Paling terkejut adalah Aareen datang ke sini bersama luggage yang besar. Seperti mahu pindah tinggal disini terus. Haiyan bagaimana? Aareen sudah bersuami. Tak mungkin akan tinggal disini.

Aareen mengongoi didalam pelukan Bella. Ingin melepaskan segala kesakitan yang terbuku dan terkumpul didalam hati. Lagi sakit bila terbayang wajah Haiyan dan juga Farah.

Bella keluh perlahan.

"Reen. Aku tak tahu apa masalah kau sampai kau menangis macam ni. Aku nak sangat tahu tapi... tak apalah. Kau menangis je la kalau itu mampu buat kau tenang sekarang." Difikirannya, mungkin Aareen bergaduh dengan Haiyan. Biasalah, suami isteri kadang-kadang bergaduh. Dia faham.

Mengambil masa yang lama untuk Aareen meredakan tangisan. Dia masih memeluk Bella erat. Tangisan sudah pun reda. Yang tinggal hanya esakan.

"Shhh... dah ready nak bagitahu aku?" Aareen didalam pelukan, Bella pandang sekilas.

Aareen pejam mata rapat. Buat masa ini, dia tidak mahu membuka aib suami sendiri. Biarlah dia seorang saja yang tahu. Tidak mahu mengaibkan suaminya. Bila dia rasa dia perlu luahkan kepada seseorang, barulah dia akan bercerita. Sekarang, dia mahu tenang terlebih dahulu.

Pelukan dileraikan. "Aku okay." Katanya dan cuba untuk tersenyum.

"Reen..." Wajah Bella berubah. Matanya terhala pada hujung bibir Aareen yang kelihatan seperti luka dan masa ada sisa darah.

"Bibir kau luka, kenapa? Berdarah tu." Jelas dia bimbang dan terkejut. Ia seperti kesan tamparan atau pukulan. Hati mula diserang tidak enak.

Pantas tangan Aareen meraba hujung bibirnya.

"Aduh!" Adunya bila rasa sakit dan pedih.

Tangan Aareen dipegang. Tepat Bella pandang ke dalam anak mata sahabatnya itu.

"Kau... kena pukul dengan Iyan ke?" Duga dia yang tak dapat disangkal lagi. Pipi Aareen kemerah-merahan seperti ditampar.

Aareen terjeda dengan soalan itu. Ditampar disebabkan perempuan lain itu dikira pukul juga ke? Kepala digelengkan menidakkan soalan Bella. Tisu dicapai dan perlahan bibir yang luka dilap.

"Awh!"

"Kejap. Aku ambil ubat." Segera Bella bangun dan menghilang ke dalam bilik Sabrina. Sabrina biasanya suka simpan ubat-ubatan untuk luka dan sebagainya.

Luka Aareen disapu ubat dengan berhati-hati oleh Bella. Berkira-kira lagi mahu bertanya sama ada Aareen dipukul Haiyan atau tidak. Melihat luka itu, dia begitu yakin itu adalah luka hasil dari tamparan yang kuat. Sebab itukah Aareen datang ke sini dan menangis-nangis?

Selesai, bekas ubat-ubatan milik Sabrina dikemas Bella. Aareen kembali mendapat tumpuannya.

"Reen. Tell me. Apa kena dengan pipi kau dan luka tu? Betul kan, Haiyan yang pukul kau?" Geram saja dia rasakan saat ini kalau benar Haiyan yang memukul Aareen. Dayus!

Aareen senyum hampa seketika sebelum bibir dikemam. Dia menunduk bermain jarinya sama sendiri. Untuk kali ini, dia begitu tidak dapat menahan kekecewaan yang begitu dalam. Air mata menitik lagi. Ya, dia perlukan seseorang untuk bercerita.

"Iyan..." Tidak sanggup meneruskan. "Curang."

Membulat besar mata Bella terkejut dengan apa yang didengarinya.

"What?! Di- dia apa? Curang?" Terus berasap telinganya kini. Kurang ajar punya jantan!

Perlahan Aareen mengangguk sebelum kembali menangis. Terhinjut-hinjut bahunya.

"Dia tampar aku sebab perempuan tu, Bella." Tangisan pecah dan semakin kuat. Sakitnya bila ingat semula semua tu. Sakit!

Pantas Aareen dimasukkan ke dalam dakapan. Hati Bella turut berasa sakit dengan apa yang menimpa Aareen. Darah terus menyirap naik mendengar pengakuan Aareen. Jadi betul lah, luka itu datangnya dari tamparan seorang suami!

Bodohnya kau Iyan!

"Sakit Bella. Aku sakit." Aareen menangis semahu-mahunya lagi. Dadanya dipukul beberapa kali. Sudah lama dia kuatkan diri dan untuk hari ini, dia tidak mampu lagi.

"Sakit sangat." Rintihnya lagi.

Untuk apa Haiyan luahkan rasa cinta kepada dia jika hati lelaki itu sudah terpaut pada yang lain? Ya Allah! Sakit sangat.

Bahu Aareen digosok-gosok. Berharap Aareen akan bertenang. Dia tidak mampu untuk memujuk Aareen yang bagaimana lagi bila keadaan teruk seperti ini. Dia tidak rasa apa yang Aareen rasa. Tak mungkin dia akan pujuk supaya Aareen bersabar.

"Kau boleh tinggal sini, Reen. Selama mana yang kau nak." Dia juga setuju jika Aareen mahu berjauhan dari Haiyan selama-lamanya.

"Ak-aku benci dia, Bella. Aku benci! Aku tak nak tengok muka dia. Aku tak nak jumpa dengan dia. Dia jahat, Bella. Dia jahat sangat. Dia cakap dia cintakan aku, tapi... dia curang." Luah Aareen semahu-mahunya apa yang terbuku. Tidak pasti rasa benci itu dari hati atau disebabkan amarah yang menguasai diri semata-mata.

"Ya. Aku tak akan benarkan dia jumpa dengan kau. Kau tinggal dekat sini."

Kau silap besar Iyan.

Sambung Bella dalam hati. Lelaki itu belum kenal Aareen Eliya yang sebetulnya. Jangan dibuat main bila Aareen mula membenci!

🍃🍃🍃

Simbahan air yang tepat mengena pada wajahnya menjadikan dia tersedar dari lena. Terlena kerana kepenatan menanggung seksaan seperti ini. Dikurung dan diikat di dalam sebuah bilik. Biarpun bilik itu begitu selesa.

Wajah lelaki itu menyapa pandangannya.

"Good morning, Lisa. Lena ke tidur?" Lelaki itu tertawa sinis.

Lisa ketap gigi. Sudah 3 hari dia diperlakukan seperti ini. Dia diculik sebaik saja dia pulang dari tempat kerja. Dan alasan lelaki itu adalah tidak mahu dia menghancur rancangan dalam merosakkan hubungan Aareen bersama suami wanita itu!

"Lepaskan aku, Amir Fattah!"

Mendengar nama penuhnya disebut, Fattah tertawa besar. Dia membongkok mendekatkan wajahnya pada Lisa. Dagu gadis itu dicuit.

"Kau ingat aku takut?" Dia mengejek.

Tajam Lisa menikam wajah Fattah didepannya. Tangan bergerak-gerak cuba untuk melepaskan tali yang mengikat tangannya.

"Tolong lepaskan aku Amir. Kau dah gila ke?"

"Ya! Memang aku dah gila. Kalau kau nak tahu, rancangan aku dah berjaya. Aareen dan Haiyan dah pun bergaduh besar. Berterima kasih pada diri aku sendiri sebab dapat culik kau!" Ujar Fattah bangga seraya menolak kepala Lisa kuat.

"Kurang ajar! Apa yang kau dah buat hah?!" Bimbang Lisa dikala ini jika Aareen menerima nasib sepertinya. Berharap tidak!

Fattah senyum senget.

"Thanks to her husband yang main kayu tiga belakang Aareen. Dan makin memudahkan aku untuk musnahkan dia orang. Look. I'm lucky person. Apa yang aku nak semua aku dapat dan apa yang aku rancang, semuanya menjadi."

Tiba-tiba Lisa tertawa pedih. Betapa angkuhnya cara percakapan lelaki itu seolah-olah dia yang berkuasa! Fattah mungkin lupa yang Dia lagi Maha Berkuasa!

"Memang. Kau the lucky person. But... kau juga bertuah sebab bala sedang menunggu kau!"

Pang!

Tepat tamparan mengena pada pipi kiri Lisa sehingga dia tertoleh ke kanan. Namun, Lisa masih tersenyum. Bersama Fattah, dia juga kena turut bersama-sama psiko dengan lelaki itu!

"Kau perempuan kalau tak kurang ajar dengan aku tak boleh ke?!" Tengking Fattah kuat. Sakit hati bila selamba Lisa berkata begitu.

Lisa pandang Fattah penuh sinis.

"Kenapa? Kau mesti rasa cuak, kan? Takut dengan balasan Allah atas perbuatan kau dari dulu sampai sekarang? Kau... belum bertaubat, kan?" Ketawa diletuskan biarpun sengaja dicipta.

"Dah la Mir. Kau buat baik macam mana sekali pun dengan Raif, esok lusa rahsia kau akan terbongkar juga. Dan masa tu kau jangan harap kau akan hidup lagi bila Raif dapat tahu kau usik adik dia." Dia terlebih kenal dengan sikap penyayang Raif terhadap Aareen. Tiada kurangnya. Raif seorang abang yang protective.

Fattah ketap gigi kuat. Tercabar dengan bicara Lisa. Apa-apa pun dia tidak akan cepat mengalah dalam buat Raif jatuh tersungkur dan merayu-rayu pada dia!

🍃🍃🍃

Haiyan melangkah keluar dari bilik dengan lemah longlai. Perlahan dia berjalan turun ke tingkat bawah. Selepas menangis kerana sesal dengan tindakannya, dia tertidur sendiri. Berharap, bila buka mata Aareen akan ada didepan matanya.

"Liya?" Langkah diatur ke pintu rumah. Ruang tempat letak kereta Aareen kosong. Wanita itu masih belum pulang.

Haiyan mengeluh kesal. Dia begitu risau memikirkan keadaan Aareen yang mengandung itu. Ke mana sajalah wanita itu pergi. Sempat dia menghubungi rakannya yang bekerja sebagai polis supaya mencari kelibat isterinya. Namun, masih belum ada khabar kerana masih awal untuk dikelaskan sebagai kes hilang. Lagipula, Aareen yang melarikan diri.

Rantai tangan Aareen yang berada ditangannya dipandang sayu. Rantai tangan itu diusap perlahan.

'Thanks for everything, Haiyan Aniq. Awak dah buktikan siapa saya yang sebenarnya di dalam hati awak.'

Kepala disandarkan pada sofa. Hati seakan diperah-perah saat ini bila terngiang-ngiang semula suara sebak isterinya. Aareen benar-benar kecewa dengan dia.

Dahi diketuk berkali-kali.

Bodoh!

Bodoh!

Bodoh!

Dan bodoh!

Air mata Aareen. Wajah sayu Aareen. Semuanya bagaikan berlegar-legar dikepalanya. Dia sudah menghancurkan kepercayaan Aareen padanya.

Dia tidak bohong bila dia luahkan rasa cinta dia pada Aareen. Langsung dia tidak menipu. Malah, perasaan suka yang hadir buat Farah langsung tidak mengurangkan rasa cintanya pada Aareen.

Betapa banyak wanita itu kecewa dengan sikapnya.

Iphone yang bergetar di dalam poket seluarnya dikeluarkan. Rakan dia yang merupakan seorang polis menghubunginya. Lekas dia menjawab panggilan dengan debaran. Ingin tahu di mana keberadaan Aareen.

"Hello, Zaim. Macam mana?"

"Sorry, Iyan. Anak-anak buah aku tak jumpa isteri kau. Kereta dia pun mereka tak dapat nak jejak. Maybe isteri kau tak ada dalam kawasan Selangor ni."

Sekali lagi dia mengeluh kesal. Sudah tentu Aareen bersembunyi di mana-mana.

"Okay. Thanks sebab tolong aku."

"No problem. Nanti apa-apa aku update."

Panggilan ditamatkan. Kepala seakan berdenyut.

"Awak dekat mana, sayang?"

Sambil itu, dia masih mencuba nasib dengan menghubungi Aareen. Masih sama dan belum berangkat. Di mana pun isterinya berada, dia harap Aareen di dalam keadaan baik-baik saja. Esok pagi dia akan ke sekolah wanita itu. Tak mungkin Aareen tidak ke sekolah. Disana, dia yakin akan berjumpa dengan isterinya dan terus dibawa pulang ke sini.

🍁🍁🍁🍁🍁

Nah untuk korang😚. Jangan marah-marah nanti darah tinggi hahaha.

IeraRoselyn💜

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

5.9M 278K 25
Kamu bisa baca e-booknya di Gramedia Digital. Sebagian Part akan di-unpublish. [Sebelumnya Originals] Pre Order Novel cetak dibuka! 16 Juni 2022 s/d...
5.9K 861 60
[COMPLETE] [ROMANCE] Dua kisah dalam satu buku. *SEHINGGA CINTA* Tersilap calon lelaki? Macam mana boleh terjadi? Keputusan dibuat secara terburu-bur...
21.1K 2.7K 78
Penulis๏ธฐ็ง‹้›จ่Œถ โ€ข 78 Bab Ketika dia bangun, Bai Weiwei menemukan bahwa ada tiga pria tampan dan luar biasa di dalam keluarga. Dia panik: "Siapa kamu? Ke...